As promised,
Behind the scene of my perfect Engagement Day
....
..
.
1.
Rumah yang digunakan untuk majlis ni sebenarnya adalah rumah kosong bersebelahan rumah kami. My dad berjaya sewa atau pinjam rumah ni untuk buat majlis ala arab kami. sebab agak payah la nak alihkan semua perabot dari rumah kami untuk dikosongkan.
2.
Persiapan tunang dibuat dalam masa kurang daripada 2 minggu. Mujur jugaklah kami hire Wedding Planner yang menyediakan pakej lengkap so takdelah busy sangat nak uruskan hal tunang ni. Dekat seminggu jugak mereka berkampung kat our house untuk siapkan "khemah arab" ni..Full Package yang kami tempah dari Kerongsang Emas ni merangkumi:
Mini Pelamin
deco for whole house
entrance deco
frame entrance deco
make-up
baju pertunangan
henna
hantaran elia (full set f.flower)
dulang hantaran (fahmi)
kaftan for family elia
food
photographer- 2
videographer
3. Ramai yang tertarik dengan
kek pertunangan kami kan? ada simbolik disebalik kek2 ni. Pada asalnya saya ingat nak bagi kek bola yang kat Secret Recipe tu. tapi My Incik Apex (MIA) mengadalah plak demand taknak kek bola sebab dah biasa sangat. dia nak something unique and personal. So dia yang cadangkan saya bagi kek jersey yang ada nama dia. design dia serahkan kat saya. so masa tengah sibuk study for final tu sempat lagi saya design kek jersey ni dan serahkan kepada Che'Pah Cute Cakes untuk menyiapkannya. Kek untuk saya pula berbentuk sebuah Laptop, calculator, Mouse dan Sebuah buku Accounting sebagai simbolik Elia seorang student dan blogger(jejariruncing).
4.
Doorgifts atau goodie bags untuk para tetamu merangkumi cupcakes yang ditaja oleh Wan Chik(thnks wanchik!), drink + 2 pieces or imported date chocolates. Hahaha! imported la sangat.. coklat kurma tu kami tempah dari my cousin, Abg Pit who is a pilot. so minta dia belikan kalau dia ada pergi any middle east country. kalau beli kat sini mahal. so easiest and cheapest way is to asked ur cousin to buy it for you whenever he went abroad. bijak tak?hehe. plan asal sepatutnya our doorgifts bag should be printed with our pictures tapi disebabkan tak sempat maka tak jadi.
::sebabkan nak cage putih sanggup ye saya cat cage colour silver tu kpd white!::
5. Disebabkan taknak menyusahkan keluarga bakal mertua yang terpaksa travel jauh, i decided untuk
buatkan hantaran dari pihak lelaki yang bertemakan merah putih(red warriors la kot). pihak perempuan punya hantaran wedding planner yang buatkan so merasa jugalah saya membeli barang dan menggubah hantaran sendiri. kesian family apex nak kena travel dengan 2 kereta selama lebih kurang 8-9jam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. So atleast diorang tak perlu pening kepala nak bawa dan jaga barang hantaran tu sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, keluarga bakal suami menerima baik niat saya tu.
6. Atas sebab kesibukan MIA dan keadaan keluarga bakal mertua dan ipar yang belum pernah ke sini, kami bertanggungjawab menyediakan
rumah penginapan atau homestay buat mereka sepanjang berada disini. Kami berjaya menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat di Wangsa Maju yang sangat luas dan selesa buat mereka berehat. the kids were all excited bila selamat sampai pada malam sebelum majlis dilangsungkan(16/5/11). segala kepenatan travel seolah-olah lenyap setibanya mereka ke kediaman tersebut. Makan malam juga telah disediakan bersama keluarga Zamir. sambil2 tu diorang boleh bincang pasal rombongan keesokan harinya. Lepas hantar diorang ke restoran tu, saya terus minta izin balik ke rumah sebab ada banyak lagi benda yang belum setel.
7.
Inai atau henna disediakan oleh our wedding planner. dah termasuk dalam package so just pakai je lah. memang ada yang pertikaikan kenapa tunang pon nak berinai bagai tapi tak salahpon kan pakai. baru betul ikot ala arab sikit. lagipon dah include dalam package. kalau korang pon takkan lah nak tolak kan?bayar sampai beribu-ribu tapi itu ini taknak. kite gak yang rugi kan?
8. malam tu sangat bersyukur sebab ada member-
member yang baik hati dan ringan tulang datang tolong apa yang patut. tolong bergotong-royong buat persiapan untuk menu breakfast the next day, tolong lap pinggan, masukkan barang dalam goodie bag. kami tidur rumah malam tu dalam kul 3 pagi gak. dan thanks sebab kejutkan saya pagi tuh! sorry terpaksa buat colour negative sebab menghormati mereka yang bertudung.
9.
Hantaran dari pihak lelaki : Kek laptop, coklat, cincin, tepak sireh, buah-buahan
10.
Hantaran dari pihak perempuan : Kurma dan manisan Arab, kek jersey, homemade chocolate, gubahan sireh, pelbagai jenis chocolate, buah-buahan, cincin
11. Sebelum ni saya tak tahu pula
adat Kelantan, bila tunang lelaki dapat sebentuk
cincin. masa MIA cakap tu i was like in a shock. gilerr arrhh.. tapi kita kena la hormati adat atau budaya orang camne diorang hormati adat kita. so saya pon belikanlah cincin tunang buat si dia. tapi tak boleh blah demand laki aku nieyh... nak cincin ada mata je.. nasib sayang, belikan lah jugak.. hehehe..
12. Tiada sebarang
kad jemputan ye untuk tunang ni seperti yang digembar gemburkan sesetengah pihak. "KAD" yang dimaksudkan tu sebenarnya hanyalah a piece of picture yang digantung di our featured wall dekat entrance rumah. so that orang yang hadir tak tersilap rumah. lorong masuk rumah ke hall juga dihiasi indah dengan mini galery of our pictures together and gambar kami masa kecik..huhu..
13.
Featured wall kat entrance tu dihiasi pictures My Dad masa dia bertugas di padang pasir satu ketika dulu. Dia pernah bertugas di(Morocco) Sahara Desert selama setahun, Bosnia dan Somalia selama setahun. So kebanyakkan details untuk tema arabian ni saya dapatkan from my dad la..
14.
Make-up dan baju custom-made ni adalah dari Kerongsang Emas. Baju dia buat agak in short notice but the result was outstanding. thumbs up! plus I get to keep this dress buat kenangan. Its exclusively made for me and i get to keep it. yeayy!!
15.
Hana Bobot menjadi perhatian haritu selain pengantin(pengantin ke??).. Hana comel sangat dengan baju ala2 jinny and ratu gelek.. yang tak tahan tu eye liner tu ye adik2 takleh lawan..meletss sangat.. bila kita nyanyi lagu ali baba mulalah dia bergelek. bijak betul.. coincidentally, ada entertainer lak that day.
16. My long inner(dark purple) +veil+ niqab ditaja oleh
Onlinehijab.com. thanks juga buat photographernya, epick for those lovely pictures! Kak Lela travel all the way from JB that early morning semata-mata nak bawakan tudung2 dari onlinehijab.com ni. Sampai2 try out then terus pakai for the majlis. sangat puas hati dengan hasil kerja tangan team OnlineHijab ni.
17. Orang kata bertunang ni banyak dugaan, tapi kami telah
teruji pada hari pertunangan itu sendiri! Kalau ikotkan plan asal, rombongan lelaki semua gerak dulu ke KL, Fahmi(MIA) dan maknya(Mek) akan naik the first flight ke KL that 17th sebab 16th malam tu MIA ada game. mak dia pula tak boleh travel lama by car. so tiket flight semua dah beli awal2. but on the E-day itself, MIA and his team kena pergi photoshoot tengah haritu(17th) untuk gambar Final Piala FA. kelam-kabut jugalah pagi tu nak uruskan hal flight mak dia sebab takde siapa nak teman dia naik flight tu. in the end MIA terpaksa beli tiket baru untuk anak saudara dia naik temankan Mek sepanjang perjalanan.
18. Setelah Mek
selamat sampai dan dapat rehat yang secukupnya, rombongan pihak lelaki pon bertolak ke destinasi dituju(MINDEF). Rombongan mereka sampai kira-kira selepas Zohor.
19. Abah Zamir(kot biru gelap) menjadi
wakil kepada keluarga pihak lelaki due to some language barriers. lagipon family Zamir telahpon menjadi seperti keluarga kami sendiri. Family Zamir merupakan family angkat MIA sepanjang dia menetap di KL suatu ketika dahulu hingga kini.
20. Alhamdulillah niat Mek untuk
menyarungkan sendiri cincin dijari manis saya tercapai. Bersyukur sangat dapat bakal mak mertua macam Mek ni. dia seorang yang sangat baik hati dan melayan saya dengan baik sekali sejak dari mula kami kenal. tapi haritu Mek diam sikit sebab malu dan kurang fasih cakap bahasa luar dari kelantan. dari sebelum majlis lagi mek dah pesan
"nnti g KL ya bual nge mek deh..mek xreti kecek lua sgt."..cute kan my Future MIL?
21. Selain irama padang pasir yang berkumandang sekitar majlis, tetamu juga dihidangkan dengan hidangan
Nasi Damsyik (makan dalam dulang)beserta minuman jus buahan dan malta..
22. Pada mulanya sedih juga sebab
tunang tersayang tak dapat hadir majlis tu sebab ada photoshot kat Kelantan. tapi tak sangka MIA penuh dengan kejutan. Dia beli juga tiket flight pukul 2.45petang tu. so kami pon bergambarlah sementara menunggu kehadiran futra arab fadang fasirun lahhh(putra arab padang pasir)
23. Dalam pukul 4.30 ptg tu
MIA datang dibawa oleh his bestman n bestfren, Zamir.
MIA dont know anything about the preparation for our engagement. saje xnak serabutkan otak dia. biar dia focus game je. tu yang sampai saya leh turun 6kg tu kehulur kehilir urus semua ni..
24. Masa MIA sampai tu jantung rasa cam nak tercabut je. nerbes lak cam nak kawin pule..owh..maaf mak teroberr.. tapi bile je dia masuk dengan pakaian ala pak arab sesat tu memang nak tersembur mulut ni tergelak.
sumpah kelakar and tak sangka dia nak dressup macam tu. nasib i pakai niqab cover mulut tau.. if not sure kantoi..kahkahkah!
25. Disebabkan kurang biasa dengan adat
menyarungkan cincin kepada pihak lelaki dan juga kebetulan masa tu my Opah is the oldest person in that ceremony(age over 70's), kami minta dia sarungkan cincin tunang ke jari manis MIA. maaf atas segala kekecohan yang ditimbulkan atas insiden ini. mungkin silap pihak kami kerana khilaf soal mahram.
26. Ada
insiden kelakar masa nak bergambar dengan Opah. Masa mula bergambar tu saya pakai niqab. lepas tu photographer suruh buka. so bila saya buka tu automatically MIA toleh dan pandang sambil ternganga lama. saya tak perasan lagi masa tu. tapi orang ramai yang tengah amik gambar tegur
"ammboii... lamanye tenung.. betullah iya tunang awk tuuu..." semua orang gelak..MIA pon termalu sekejap then balas
"takdelah.. nak make sure tak tertukar je..hehehe"..lepas tu satu rumah tu bergema gelak tawa!
27. Masa majlis tu
MIA lain sangat.. ramai yang perasan dia ceria tak macam selalu malu-malu. lagi ramai orang lagi lah malu. merah padam muka. ni masa tengah bergambar pon kuat mengusik. orang tua-tua kata dia excited tunang tuu...
28. Malam tu juga MIA dan keluarganya berkonvoi gerak balik ke Kota Bharu sebab pagi tu MIA ada training kul 8. dah la MIA yang drive the whole way, sampai-sampai terus gi training. sian dia mesti penat rushing sana sini. takpe. baru adil dan saksama, saya penat uruskan this whole engagement thing, dia penat travel on that day. inilah yang dinamakan demokrasi terpimpin!huhuhu
Overall the ceremony was a success and everyone went home with a smile on their face ;)