Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Saturday, December 31, 2011

Akhirnya dapat jugak

Study dah masuk 6 semester yang bermakna dah hampir 3 tahun kami berkawan. Kat Uitm memang kami rapat. kemana-mana bertiga. kadang-kadang berenam atau bertujuh. kadang-kadang lebih lagi. but mostly bertiga la. tak dalam kelas, luar kelas bersama. bukan tu je, kat hostel pon kitorang selalu sama-sama. dah bilik kitorang bersebelahan je. memang level hostel kitorang riuh dengan suara-suara riuh kami jela. biasalah senior buat benda ikot suka hati kepala tintong sendiri je. gi foodcourt, Do3, Tho ke memana semua sama-sama.



yang kelakarnya, setiap kali kitorang nak cuti
tak kiralah cuti mid term ke semester break ke.
ayat paling selalu disebut-sebut

"nanti cuti kite plan lepak-lepak nak?"

memang sepanjang 3 tahun ni tuuuuu jelah ayat yang kita dengar. tapi harrreeemm..
nan ado nye nak kua. balik tempat masing-masing je semua diam, busy dan macam-macam lagi..


tapi akhirnya last week kami dapat la buat benda yang dah 3 tahun tak buat. tu pon planning last minute. kalau planning awal-awal tak jadi punye.

So last week kitorang gi jalan-jalan dan shopping kat Time Square dan KLCC!

Fatin pick me up kat rumah pastu gi pecut amik Bella kt KL Sentral.



Bukti: akhirnya dapat jugak kitorang jalan-jalan sesama kt KL. selalu kat KB je kan..
Firstly kitorang gi TS. mula-mula sampai dah cari pot makan.. sebelum nak mengasah bakat cari gali, kenalah isi minyak dulu.



kena makan benda berat supaya bertenaga nak tawaf TS tu. tapi takde la nak makan pinggan dan mangkuk sekali. tu bukan berat. tu bebal namanye. huhu



sambil makan makan sambil gosip. penambah perisa dalam makanan ;p



bertuah i dapat duduk makan dengan dua orang datin ni. auuuwww..
Datin Bella ngan Datin Fatin.. Datin Gaerah xde busy gi premiere filem terbarunya. huhu.

lepas abes borong baju kat TS kami ke KLCC. sampai sampai tangki sedikit penuh dan hampir nak meletop. masuk toilet KLCC dah macam beratur untuk tiket Ombak Rindu jadi kami terpaksa meleburkan sorang 2 hengget untuk elak tangki melimpah ruah ;)


wet tissue yang saya akan simpan sampai hujung sem. ;p

lepas dah jalan jalan pusing KLCC yang sesak dengan orang walaupon weekdays kami pon stop by for hi-tea. haha. hi-tea la sangat kan. owh lupa datin datin kena hi-tea sambil bergossip dan minum teh panas sambil jari kelingking sedikit terjungkit. cerita tentang jadual somi somi mereka yang sibuk dan mengatur jadual kelas poco poco yang seterusnya.


huiissshh.. hentikanlah sesi verangan ni.. sorry ye semua. saje nak menggedix.


Btw, memang seronok bila jumpa dan lepak dengan kawan yang sekepala dan gila-gila macam diri kita sendiri. seronok sampai tak sedar pon masa berlalu. keluar rumah tengah hari sampai petang pon rasa macam keluar gi buang sampah kat luar rumah. sekejap je. tulah orang kata time flies when we have fun ;)





Malam nanti count down new year. korang celebrate kat mana? kami sekeluarga akan ke Hotel Istana for this time around. tak sabar. nanti kite update lagi ye? btw, Happy New Year guys!


Friday, December 30, 2011

Preview photo shoot for Harian Metro


Haritu Elia ada photo shoot untuk artikel dalam Harian Metro khas buat Online Hijab Boutique.

ni antara gambar disebalik tabir photo shoot tersebut.











Oh ya! Harini dalam kul 2-4 saya akan berada di Plaza Damas, Sri Hartamas.

Untuk apa??


Online Hijab E-Boutique (OHB)

huhu.. marilah kalau nak jumpa saya dan bershopping!



Satu lagi.. setelah sekian lama diminta untuk sediakan/bagi name card, akhirnya saya dah ada name card sendiri! yeahhh!! So sesiapa yang datang jap lagi bolehlah dapat name card ni.. tu pon kalau nak lah kan... ;p

Thursday, December 29, 2011

Tutorial Crystal Shawl with OHB



Yesss... akhirnya video tutorial berjaya di-upload~!! mari kita raikan!

Video dibawah ni dirakam ketika saya buat photo shoot untuk ruangan artikel di Harian Metro yang katanya akan di-publish tahun depan(ala brape hari je dah nak tahun depan kan;p). sempena pembukaan butik Online Hijab(OHB) ni.


Video cara memakai shawl crystal yang ada dijual di OHB ni.

jom kita cekidaud video shawl tutorial ni sambil gelek-gelek ;)



Amacam best x? senang rupanya nak pakai shawl crystal ni supaya nampak subang dangling dua-dua belah ni. haritu sebelum kak Lela buat tutorial ni memang jenuhlah saya membelit shawl yang cun ni. last2 tak pakai pon sebab payah sangat. now dah boleh belit cara yg mudah and gojes.yeahhh!


By the way, JUMAAT ni Online Hijab akan mengadakan Soft Launching of their O.H.B Flagship Store (KL).

Date : Friday (30/12/11)
Location : H-2-2, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Operation hours : 10am -6pm
(weekend & public holiday: 12.30am-6pm)


Basically saya akan berada disana(butik OHB) around pukul 2 hingga 4 petang. so kepada semua followers, blog readers and silent readers yang ingin berjumpa saya face-to-face...ish, macam skema plak ayat kan..

again..again.. kita boleh chill out, borak-borak, beramah mesra, photogedix bersama dan macam-macam ber lagilah... jemputlah datang ke O.H.B Flagship Store antara pukul 2-4ptg Jumaat ni! Elia teringin sangat nak buat gathering dari haritu lagi tapi tak berpeluang dan akhirnya inilah masanya guys! so dont miss out ok?

Kalau nak datang cuci-cuci mata atau try(fitting) shawls dan pakaian yang ada disana, meh le turun Sri Hartamas. ia dibuka dari kul 10pagi sampai 6 petang! its an open invitation. semua boleh datang. sesiapa saja! so apa tunggu lagi???

untuk sebarang pertanyaan, lawati link2 dibawah :





Wednesday, December 28, 2011

Hana at IKEA


Godek punya godek, rupanya ada beberapa post yang dah berhabuk dalam draft blog ni. gambar gambar lama yang tak dia upload dan cerita cerita yang tak di-publish. jadi untuk mengelakkan pembaziran, slow-slow atau from time to time mungkin saya akan update entri-entri lapuk ni.


So harini saya nak cerita pasal my baby sis- Hana Bobot's first trip to IKEA.

these pictures are taken way back in March 2011. haha. gile lama kan!

AMARAN: Anda mungkin akan mengalami gejala geram atau anda mungkin akan mengetap bibir anda setelah melihat gambar-gambar dibawah. Dengan ini saya ingin memaklumkan pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang riaksi yang bakal anda hadapi.

On that day tu Hana tertidur dalam kereta. so bila sampai tu kitorang kesian nak kejut. so i carry her and then put her inside the trolley once we got inside Ikea.





Tak lama lepas tu this little princess pon bangun..


Ololoo... my baby is making that cute lil mamai face which is so frickin adorable n makes me wanna bite! ggrrr..

but not for long!!


Tak lama lepas tu dia kembali segar bugar...


the sisters pon nak menyelit jugak.. owhh damn.. was i that chubby back then?(haha..buat2 xsedar)



IKEA is such a fun place to play around. hehe ;p




















Oh oh this is my fav. berangan 1 hari nanti dapat buat bilik wardrobe just like this!

ok ok.. back to hana









its like her big playground here







aiiippp aipp.. dah pandai ekk adik kakngah ni..




thats all for now... now jom geram sama-sama... grrrrr....


Sunday, December 25, 2011

Back to basic


Semalam ada majlis kecil kat rumah.

dan pertama kalinya saya pakai tudung bawal. sejak mula bertudung memang tahu pakai shawl, pashmina, tudung sarung dan syria je. bawal mawal ni semua tak pernah nak cuba pakai..


tapi saje nak menggedik tu try la pakai bawal balik. menepati tema back to basic. bila tengok kat cermin nampak lain sangat.




betul ke ni aku ni???


hehehe.. whatever it is, i can conclude that... Bawal Power!! hehehe!


Friday, December 23, 2011

Kuku bersinar sinar

Hari ni hari Jumaat, sunat potong kuku.

jadi alang-alang tu, me and my sis pon pergilah ke this nail spa somewhere kat Jusco Au2.

since its her first time here, the treat is on me.
saje je belanja as a token of appreciation to her for being such a good assistant all this while.


Haaa.. tuuu diaa..

Special punya treatment buat si kakak. manicure and pedicure spa complete. ataih bawah habaq hang!!(dan dan la dialek penang mai bila family berkumpul kat rumah ramai-ramai ni) sampai 2 orang buat dah macam puteri raja la plak. saya buat buffing je. sorang jelah yang layan. jeles.. jeles i ni tau...



Akhirnya, kukutangandankakikakakkukilatkilatan! hehehe!*jgn risau,boleh dibawa solat*


kuku dah cantik, barulah manis bila disarung cincin...

tak gitu? ;p


p/s: video turorial still tak dapat nak upload. error ape tah. nnti once dah upload will let u know k?


Thursday, December 22, 2011

Novel terhebat





Suatu hari di salah sebuah bilik hostel/kolej Dato Onn 4, Uitm Machang yang sentiasa menjadi bilik persinggahan para gadis melepak dan ber-xoxo(gossip)...


Kedengaran perbualan rancak antara 3 orang gadis... yang pada asalnya mereka hanya berbual mengenai Novel Ombak Rindu dan akhirnya melalut ke tajuk dan jalan cerita novel-novel yang pernah mereka baca..




"alaa... yang cite pasal kawin kontrak tu.. yg peliknya camne lah si Syah boleh ajak org yg dia baru kenal seminggu tu kawin ek"

"haaahh..maybe sbb muka Alia tu ada iras-iras Nazirah kot. gf dia yg dah meninggal tu. yg si Alia pulak setuju sebab dia nak pakai duit 30K tu utk tolong byr rawatan sakit kawan dia. so perkahwinan pon berlaku n lama kelamaan syarat ntah kemana diorang pon muka suka sama suka"

"walaupon masing2 ego.. geram tapi best kan?"




"Taufik dan Salina yang masing-masing dah ada pasangan tapi terpaksa kahwin. mula mula duduk sebumbung pon tak sehaluan. tapi lama-lama kehadiran Zulkifli yg kerja se-office dengan Taufik menyemarakkan perasaan cemburunya. Usahalah si Taufik ni nak dapatkan cinta Salina."

"Cerita ni best sebab ada banyak part-part romantik dan menusuk jiwa gituw"

"ha'aah.. one of the best novel kot kite pernah baca!"






"cite ni pon best. pasal Razif yang jatuh cinta ngan orang gaji dia Norjihah yang pandai jaga anak-anak dia. tapi ex wife Razim yang dulu curang dengan dia last2 lumpuh kan pastu Razif terpaksa terima ex wife dia balik"

"tapi last2 dia kawin gak ngan jihah tu...novel ni best sampai ada sambungan.. novel Tak Semanis Impian.."



"haah.. yang sambungan ni sakit hati sikit baca. dah elok-elok Norjihah tu bahagia kawin ngan Razif, adik jihah lak si Seha tu kacau lak!"

"Boleh plak adik ipar syok kat abg ipar? kononnya jeles dengan layanan caring n romantik Razif kat Norjihah..eeeii.. geram jadi kat Seha tu!"


tanpa disedari lagi 4 orang gadis lain yang kebetulan berada di bilik tu pon turut dengar perbualan 3 gadis tadi. dengan muka penuh keterujaan salah seorang dari mereka pon menyampuk..


"Haaa... ni ni novel best korang baca tak? mesti penah kan.."


"Novel ape??"


"Bukit Kepong masa kita tingkatan 4 tu!"


Akhirnya satu bilik tu riuh ngan gelak tawa terpekik terlolong gadis-gadis tu...

"AHAHAHAHAAHAHAAAA... adoii... tu novel sastera sekolah dulu kan?"


"haaa'aah.. dah tu je novel yang aku pernah baca!"


Hahahaha...YAA.. kami memang sengal..





p/s: dengan perasaan penuh bangga, riak dan takburnya... saya nak bagitahu saya akhirnya dah tengok cerita Ombak Rindu ni! hehehe ;p



Elia tengah dalam proses nak upload video tutorial shawl... sabar ye menanti ;)


Wednesday, December 21, 2011

Tak ku sangka tak ku duga

Salam Rabu semua!

entri kali ni memang kena dengan tajuk. sebab memang tak ku sangka tak ku duga..
semuanya bermula di Twitter bila someone said my blog - blog jejariruncing yg tomey tomey tomey ni tersenarai sebagai antara 10 blog paling kerap dikunjungi atau di'search' di Google sepanjang tahun 2011 ni!




Biar betik kan? betul ke ni? macam susah nak percaya jadi saya check kat lappy untuk kepastian.

Dan hasilnya.....






Woww.... no 4? Blog Jejariruncing jatuh no 4? tengok nama blog-blog yang lain semua gah gah je. kite rasa macam kerdil je berada dikelompok nama nama besar blog blog femes emes ni.

Walau apapon sebab musababnya, saya tetap bersyukur kerana dapat juga terselit dalam top 5 blogs yang selalu di'google'. Alhamdulillah. memang sebelum ni dalam mimpi jelah benda benda camni kan. macam tajuk lagu Elyana, tak terpakai di akalku la kan..

Lagi satu berita gembira diterima, saya dihubungi pihak Nuffnang tempoh hari dan esok kami akan meet up  to discuss on few things dengan pihak Nuffnang. nervous plak nak tunggu esok ni ;p


Harap harap ia sesuatu yang menggembirakan dan dapat meningkatkan semangat Elia nak terus ber-blogging lepas ni. Semangat dah ni ;D


Tuesday, December 20, 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia


Pernah pergi Kedai Rakyat 1Malaysia?


hehehe.. dengan riak bongkak lagi bangganya saya angkat tangan sambil hidung kembang kuncup..

Saya... saya... saya pernah!


haritu lalu area Wangsa Maju terpandang signboard kedai ni. so kami yang masa tu on the way ke Wangsa Walk Mall pon singgah dengan perasaan terujaan yang melampau dan ingin tahu yang sangat tinggi seperti kanak kanak tadika.


Inilah ghupenye kedai tu..


jom masuk dalam!



Kami masuk masuk je jakun plus teruja terus tengok kebanyakkan barang yang dijual ada sticker ataupon under brand 1Malaysia.

Ice Cream.,, nyum nyumm



waaaa... teruja tak teruja tak??? *buka mata bulat bulat*


tak??? ok fine -_-"



yang penting kami tetap teruja



Paling jakun dan teruja dengan bakut yg ala ala troli ni. masuk masuk kedai tu walau tak de niat nak membeli pon kitorang usong je bakul-roli(gabungan bakul+troli) tu sehulur hilir.



Memang tak dinafikan harga kat kedai ni murah sikit berbanding harga barangan tu dipasaran dan berbanding jenama terkemuka yang lain. tapi untuk sesetengah barang je. tak semua. pembeli kena bijak menyemak dan menilai harga. supaya kita takde lah yakinnn je harga dia murah padahan brand lain jauh lebih murah.



Apapon pengalaman melawat(ceh melawat la sangat.menyemak adalah) ke Kedai Rakyat 1Malaysia ni memang menarik.


Korang ada tak benda ni kat kawasan rumah korang atau area berdekatan? sama tak barangan dia atau lain sikit? kalau ada boleh kongsikan ;)



Blog Widget by LinkWithin