kepada anda semua moga bahagia..
*pada korang yang tertanya-tanya tu, bukan sayalah yang kawin. my kakak.takkanlah saya nak langkah bendul pulak. bagi kakak jalan dulu. tunggu giliran tau temanye..hehe. saya masing single mingle gitu.. haha. kalau tak kawin lagi tu kira single la tu kan?
dihari yang indah lagi mulia.. ececeh.. teringat zaman join nasyid dulu.
dah kata entri bergambar, haruslah kurang menaip dan lebih kepada gambar kan?
sorry kalau membuatkan anda semua ternanti-nanti. selain alasan sibuk dengan urusan tertentu, saya juga menunggu 'green light' dari empunya diri untuk membenarkan saya mengupdate gambar dan details tentang apa yang bakal saya ceritakan ni..
oklah (setelah mendapat perkenan mohor besar diraja;p)
seperti yang telah dijanjikan.. entri gambar sekitar majlis dan story morry sikit la..
seperti yang telah dijanjikan.. entri gambar sekitar majlis dan story morry sikit la..
seperti yang anda sedia maklum, tanggal 25 Ogos yang lalu merupakan tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga kerana buat julung kalinya sebuah majlis pernikahan dan perkahwinan telah dilangsungkan. the first ever wedding in the family.
Majlis pernikahan kakak sulung saya , my darling sister - Aimie Hazerin dengan pasangan hidupnya, Amir Redzuan telah dilangsungkan dengan sambutan yang sederhana tetapi meriah dan cukup bermakna buat kami semua. tak sangka kami dah dapat seorang ahli baru dalam keluarga. buat pertama kalinya saya dapat abg. boleh lah merasa camne ada seorang abang kan kan? hehe.. dah..dah.. jom layan gambaq plak
tujuh orang dayang atau fairies dilantik untuk membawa dulang hantaran dari pihak perempuan ketika majlis nikah yang diadakan pada pagi Sabtu tu. kitorang semua dikenakan tema polkadot.
masa majlis nikah saya pakai baju kurung polkadot purple. untuk majlis nikah belah petang tukar tudung n kain. jimat bukan?heee. padahal malas nak salin baju ;p
pakaian pengantin perempuan = pakaian nikah Mak, 26tahun lepas
Alhamdulillah, Cicik dan Abg Wan
selamat bergelar suami isteri yang sah dengan hanya sekali lafaz..
selamat bergelar suami isteri yang sah dengan hanya sekali lafaz..
Ready for the second session. Majlis Bersanding!
props untuk nak bergambar dan guest book disediakan. dijaga rapi oleh Nurul dan Iera.
Disebabkan my sis berkahwin dengan seorang pegawai tentera udara maka, adalah sesi 'sword barrel' yang dinantikan para tetamu. terdapat juga 'bridesmaids' dikalangan kawan rapat cicik sebagai penyeri majlis
alunan muzik dari 'bagpipe' mengiringi perarakan pengantin masuk ke dewan
Kek pengantin seperti biasa ditaja olah Wan Chik.
its gorgeous and tasty as always.. thanks wan chik!
its gorgeous and tasty as always.. thanks wan chik!
Alhamdulillah komen yang diterima mengenai majlis ni positif belaka. kalau ada yang terlebih terkurang tu harap dimaafkanlah ye. biasalah majlis pertama biasanya kurang pengalaman.
mujur ada ramai rakan yang sudi membantu dalam kelancaran majlis ni. fuhh.. pening jugak nak plan a wedding ni. sampai stress jadinya. kepada sesiapa yang ada terasa atau terkecil hati dengan tindakan atau ada saya terkasar bahasa terlanjur bicara ataupun ada ter-bossy tu minta maaf banyak-banyak. sesungguhnya tiada niat dihati melainkan inginkan majlis yang berjalan dengan lancar buat si kakak tersayang.
seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. sorry saya tak dapat nak jemput semua sebab ni majlis kakak. saya ada limit number of guest yang boleh dijemput. nanti my wedding saya jemput ye. huhuuu *tutup muka*
selain kawan-kawan, terima kasih juga buat sanak saudara yang sudi membantu dan menyumbang wang ringgit mahupun tenaga bagi menjayakan majlis ni. sesungguhnya dari majlis sebeginilah kita dapat tahu dan kenal siapa yang sebenarnya "mereka".
thanks to Mak Dara for coming and the "sireh junjung" yeh!
Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati segala perjalanan sepanjang majlis. Sekali lagi sekalung ucapan terima kasih buat saudara saudari yang hadir pada majlis ini. jika ada sebarang kekurangan harap dimaafkanlah ye. almaklumlah kite-kite yang uruskan. kelam kabut jadinya.
jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dari Aswara yang banyak membantu memeriahkan majlis. nanti boleh la kita jemput korang lagi ye! hehehe.. paling tak dilupakan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru ni dan semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
majlis sebelah lelaki pun dah selesai. nanti kami update gambar yer? ape2 pun bawak2 la bersabar. kurangkan bergosip dan mengumpat walaupun dah bukan bulan puasa yer ;)
*pada korang yang tertanya-tanya tu, bukan sayalah yang kawin. my kakak.takkanlah saya nak langkah bendul pulak. bagi kakak jalan dulu. tunggu giliran tau temanye..hehe. saya masing single mingle gitu.. haha. kalau tak kawin lagi tu kira single la tu kan?