Wednesday, October 31, 2012

Tetamu Jemputan Program Generasi Y (RTM)



Assalamualaikum..

amacam seronok tak beraya? makan daging berapa kati sorang? haha.. pandailah kau kira kati.. syok la masing-masing makan. ada tu siap pergi marathon rumah terbuka. dari satu rumah ke satu rumah. sakkannn korang ekk..

how's my raya?

biasa-biasa je.. asalnya planning nak balik Kedah. Alor Star umah my auntie kat sana. dia beriya lah ajak kita beraya kt sana. last minute tak jadi pulak cause she need to go to her in-law's utk beraya. jadi kami pon batalkanlah planning nak balik kedah.maybe next time la kan. beraya kat KL je la macam biasa. 

btw, cakap pasal Kedah ni teringat pula time kat sana haritu. 

bulan September tu time tengah sibuk dengan kenduri majlis bertandang si kakak kat Kedah memang takde masa lah nak tengok TV ke apa kan. ikot dia pi butik pengantin la try fitting, gi teman dia touch up inal la, teman diorg buat outdoor photoshoot.

tanpa disedari langsung rupanya rakaman yang saya buat untuk program Generasi Y kat RTM tu disiarkan pada tengah hari sebelum majlis bertandang start. ikotkan masatu tak silap kitorang kat umah baru balik dari gi outdoor photoshoot.

tau-tau masa tengah berarak nak iring pengantin masuk tu saya ditegur by my cousins.. 

"Eh, kitorang tengok ya masuk Tv td.. cite Generasi Y kan? kitorang semua tengok kat hotel tadi"

alamak!!! dah terlepassss... tak dapat nak tengok camne rupa diri sendiri kat dalam TV... T_T


Tak lama dulu Elia ada dapat jemputan untuk jadi salah satu panel untuk rancangan Gen Y ni. saya ditemani bunda tercinta ke RTM. debaran tu toksah cakap la macam nak meletup je rasa jantung ni. mana taknya pengalaman pertama nak ditemuramah secara rakaman untuk program TV. i ni dah la pemalu.. hewhewheww..


rakaman ni juga disertai oleh a few of studio audiences yang terdiri daripada para siswazah kolej universiti kalau tak silap. lagi la bertambah-tambah nerbes temann masatu.. ayoyo



mula-mula tu memang i was obviously nervous and it shows. lama-lama dah kurang sikit. sampaikan host di Muaz cakap nampak macam dah biasa bercakap. padahal memang yang hadoo je.


tajuk/topik kitorang haritu ialah "Buat baik berpada-pada".

memang baguslah topik ni sebab banyak benda dan pengalaman peribadi boleh dikaitkan. seronok juga dapat berkongsi cerita dengan penonton yang nampak gayanya macam senang nak related my situation with them. yelah. masing-masing pon student kan. mesti banyak insiden atau situasi tu diorang pernah alami.. 


rasa bertuah sangat sebab didampingi sorang lagi panel yang best, en.asyraf dan juga host yang sempoi macam Muaz. rasa kekok dan nervous tu sedikit sebanyak dapat diatasi atas bantuan diorang berdua ni. ;)


sesi rakaman berlangsung selama 1 jam terasa sekejap je berlalu... then bila director cakap "CUTTT"

alhamdulillahhh.. selesaii


sebelum bersurai saya sempat turun bersalaman dan bergambar dengan penonton di studio. semua sporting abes. im lucky to have them on the show that day.



keselurahannya ia merupakan satu pengalaman yang berharga dan tak dapat dilupakan. terima kasih saya ucapkan kat penerbit dan warga RTM yang memberi layanan yang terbaik dan VIP kat kitorang. seronok sangat dapat merasa pengalaman macam ni even sekali seumur hidup. tapi yang sedihnya sebab tak dapat nak tengok sendiri rancangan ni haritu . ulangan pon takde;(

ada sesiapa yang sempat tengok tak? 



Sunday, October 21, 2012

Smk Bukit Baru, here we come!


Assalamualaikum..

masa mula masuk degree ni memang aware that degree punya level tak sama macam masa diploma. tapi tak sangka la akan sesibuk dan jadual pack gile macam ni. dah berapa weekend tak dapat balik sebab ada je program. weekdays pon pack with classes. lagi2 bila nak cuti raya haji ni diorang banyak buat replacement class. haiiyaaa..

hehehe. bukan mengeluh. cuma nak korang faham yang saya tak boleh nak update blog sekerap selalu. sebab time time ni memang agak crucial sikit. mohon pemahaman korang ye.


haa.. tengoklah program yang menantiku almost every weekends. banyak kan?

tapi dalam senarai kat atas tu tertinggal satu event untuk pagi esok.


seawal jam 7 pagi lagi saya dan rakan-rakan Uitm akan menerjah ke sekolah terpilih iaitu SMK Bukit Baru kat area Melaka ni untuk program Green Academic Mission. yeayy.. dapat jumpa adik-adik sekolah ni. program ni akan berlangsung dari pagi sampai petang kalau tak silap. this program is part of our assignments for Personal Development and Ethics subject. 

dan esok kak jejar korang ni akan ditugaskan untuk  menjadi...

jeng jeng jeng..

jurukamera..!! huahahaha..
so adik-adik do your best esok k. nanti akak nak snap2..manalah tau nanti muka adik pon akan akak selitkan kat entri blog akak kan.. haaa.. (umpan sikit ;p)


esok kalau nampak akak pendek yg pegang camera pink macam mainan tu saya lah tu.. tehehee..



Tak sabar nak tunggu event esok camne la agaknya..

dalam kesibukan menguruskan event ni, kami semua sebenarnya tengah dibebankan dengan test dan quiz yang bakal berlangsung keesokkan harinya. dah la dua2 tu subject killer kitorang sem ni.. waaa...!!hope dapat la jawab dengan tenang walaupun tak cukup masa sangat nak study dengan kena spend time buat program ni.. papepon..good luck guys!



Friday, October 19, 2012

Tutorial :NuffnangX, blogs stalking di hujung jari


Mesti ramai yang dah tahu pasal application NuffnangX ni kan? 

Hahh?? Nuffnang X?? Apa tu?

haaa.. Nuffnang ni satu aplikasi yang patut ada dalam smartphones anda untuk pengalaman baru dalam dunia blogging. ia merupakan cara mudah untuk membaca blog yang sangat user friendly, kita boleh like dan paling best kita boleh chat dengan blogger tu directly kat ruangan komen. anda juga boleh join conversation terbuka dan macam-macam lagilah hanya melalui smartphone anda je!


bagi yang dah teruja nak teroka pasal NuffnangX ni tapi tak tahu caranya... haahh jangan risau. saya akan bagi sedikit panduan memulakan dan mengunakan aplikasi NuffnangX ni.

Pertama sekali, muat turun NuffnangX secara percuma dengan smartphone Apple mahupun 
Android anda.


A3FMONkCQAAz28P

Seterusnya dengan menggunakan komputer anda, 
layarilah NuffnangX.com untuk mendaftarkan diri.
Tip: Jikalau anda memiliki akaun Nuffnang, anda boleh terus daftar masuk dengan e-mel dan kata laluan yang sama!




bila nak register tu dia akan bagi tutorial atau arahan. korang ikot je arahan dia yang mudah tu. lepas tu...wallahhhh.. korang dah pun ada akaun NuffnangX

tapi.... korang jangan lupa claim blog korang tau!

setelah berjaya mendaftar masuk, tekan gambar profil anda di bahagian kiri atas dan klik “claim your blog.




sebab kalau korang tak claim your blog camne saya atau kitorang semua nak follow your blog and read your entries though NuffnangX ni meh?



Cara nak claim your blog mudah je. mula sekali dengan menaip link penuh blog anda yang comel dan gojes tu. pastu ikot je arahan yang diberikan. boleh rujuh gambar kat bawah ni.







Kod yang diberikan seperti langkah ketiga di bawah perlu disalin dan ditampalkan di bahagian “add a gadget” di halaman “layout settings” blog anda. Cuma klik “add HTML/Java Script” dan tampalkan kod tersebut sebelum meneruskan ke langkah terakhir pendaftaran NuffnangX!



Mudah je kan? apa lagi jom la join NuffnangX ni dan Follow blog saya kat sana. nanti saya pasti akan follow blog anda balik. tapi pastikan korang dah "claim your blog" tau.. kang payah saya nak follow taktau bloglink anda.. jomm borak-borak kat NuffnangX! tekan button bwh ni k..



Monday, October 15, 2012

Wishlist accomplished!


Assalamualaikum,

ketahuilah wahai semua bahawa entri ini adalah sedikit back dated. wah macam cek pulak ada back dated back dated ni bagai kan.. tapi dah nama pon dah lama tak update haruslah banyak entri back dated yang menanti kann...

this thing happen some time around Ramadhan this year. kira dalam awal bulan 8 haritulah.. masa tu baru balik dari keluar berbuka kat luar. pastu tengok macam takde orang je kat rumah.. so as usual duk lepak depan TV jap layan AXN. 

tak lama pastu si Hana Bobot keluar dari bilik sambil usung trolley pink faberet dia keluar. i did not suspect anything that time masa dia keluar tu..

tapi bila dia datang towards me and said..

"Kakngah nak beli??"

aku yang tengah penat ni dia nak ajak main ke? layankan ajelah si kecik ni...

"haa.. Hana jual ape?"

"bukalah tengok"


haisshh.. minah kecik ni.. saya pun melayanlah kerenah si kecik and i pull up the pick towel 

and.....


"SURPRISE!!!!"


woowww... is this what i think it is?

my wishlist!

a PINK NIKON 1 Camera!!!




macam tak percaya je dapat this present from my parents.. 


nampak tak muka teruja kita tu?? haa.. dengan Hana2 sekali teruja tau...




Bukan saja saya dapat this cute lil pink camera, siap dapat accessories, extra batt and kit dia skali!





sumpah sangat happy masa tu. few days after that gi jalan je mesti bawa sebab nak snap2 pic.. thanks Abah n Mama for this lovely present. i love it so damn much!! comel sangat!!!


the next day lepas i got my Nikon1, saya akhirnya dapat beli my another thing on my wishlist.




My Samsung Galaxy Note. tapi sedih sebab tak dapat beli yang colour pink punya sebab masa tu yg pink punya dah out of stock. tapi bagus juga atleast boleh bezakan antara my phone, Abah's and Mama's. tiga2 punya lain2 colour. 

arrghh... tapi kalau dapat yang pink kan best..hurm.. ish tak bersyukur betullah.. ok..oklah.. alhamdulillah sgt dapat beli this Note. boleh main conteng2..walaupun tangan tak berseni pun! hehehe ;p


macam ni.. hehe ;p

Wednesday, October 10, 2012

Takziah buat Ayahanda Blogger Mak Dara


Assalamualaikum..

sesungguhnya dari 2 hari lepas lagi, iaitu sebaik menerima berita sedih ni lagi saya nak update kat blog tapi banyak pula halangannya. dengan keadaan lappy yang semakin nazak ni, berkali-kali cubaan nak online asyik tergendala je. tapi tak kira. walau sedikit lewat saya nak juga update pasal ni..


Pada 8 Oktober tu(Isnin), saya difahamkan bapa kepada aunty saya Auntie Ida (Blogger Mak Dara) telah terkena serangan jantung. masa saya bangun pagi tu check status tengok kabarnya keadaan Tok Tam kritikal. masa tu saya dah mula risau. tapi tak sempat nak bertanya lebih lanjut sebab awal pagi tu saya ada kelas dan jadual kelas untuk haritu sangatlah pack.


petang tu dalam pukul 6.30 lepas dah balik kelas mak call dan bagitau bahawa Toktam dah tak ada. dia dah meninggal dunia.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. terkejut dan memang seolah olah tak percaya tok saudaraku dah tidak lagi bernyawa.

apa yang terlintas difikiranku adalah wajah-wajah auntie2 dan uncle ku. anak-anak kepada Arwah Tok Tam. Keluarga D'Adza semua. pasti mereka sangat sdih kerana diorang sangat rapat dengan arwah. kami sendiri terasa kehilangan arwah sebab keluarga kami juga sangat rapat. Malangnya saya tak dapat berada disamping mereka sbb saya berada di Melaka. Hanya Mak dan kakak je yg sempat melawat arwah dan dapat menenangkan auntieku di hospital selepas doctor memaklumkan tentang keadaan Arwah..


Arwah Tok Tam sangat ramah dan suka bergurau. seorang datuk yang penyayang pada cucu-cucunya. a very talented, calm, classy and sporting person. tak pernah nampak dia sakit atau lemah. always energetic. tapi apakan daya, ajal dan maut di tangan Tuhan.


tiada apa yang dapat saya berikan melainkan doa dari jauh. sedih sangat sebab tak dapat nak hadir majlis tahlil mereka semalam. saya harap auntie2 semua dapat hadapi dugaan dan ujian ni dengan tenang. saya juga ingin meminta jasa baik kalian para pembacaku semua untuk mendoakan arwah Tok Tam atau encik Adenan bin Arshad semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.




Al-Fatihah..





Friday, October 5, 2012

Kena cari Hijabista Magazine ni!

Assalamualaikum dan salam jumaat semua!!

Kerana kesibukan melampau haritu, tak perasan pun dah keluar gambar saya yang kat majalah Hijabista. dapat tahu pun setelah di-tag seorang hamba Allah ni.  kalau tak memang terlepas dah la. ni pun keluaran yang lepas-lepas. yang muka depan Natasha Hudson tu kalau tak silap..see.. lama dah kan?.. ikotkan banyak bendalah yang terlepas sebabkan kesibukkan ni. blog kesayangan pon dah lama tak berhapdate. nanti bila update jadi banyak lah entri yang lama berhabuk dah berbulan bulan baru la nak update.. perghh.. harap korang fahamlah keadaan saya ni ye.. student degree ni jadualnya busy sikit dari time diploma. tapi tak kira nak juga update entri-entri yg lama terperam dalam draft ni. hope korang sudilah lagi baca ye?*muncungkan mulot konon comellah sikit mintak simpati*





*sila besarkan mata anda dan cari dimana saya ;)

Thursday, October 4, 2012

Dunia baru, semester baru


Assalamualaikum dan slam sejahtera..

Hahaha.. iye.. saya tahu saya dah lammmmaa giloosss babbasss tak mengupdate belog kesayangan ni.. 
what happen?? sonyap je kann.. dah gulong tikaq ka apa kan.. ishhkk.. idok lee..

sorry sangat sangat pada sesiapa yang tertunggu tunggu tu. sesungguhnya saya terrsangatlah sibuk. haritu sebuk dengan wedding si kakak sorang ni. pastu abes je kena pi majlis bertandang si kakak kat Kedah nunn jauhnye habaq hang!

balik dari Kedah dah berkejar nak register masuk U balik..

Yess kawan-kawan. i've decided to further my studies. 

kat U mana? Uitm lah. Uitm Dihatiku katanya.. kiukiukiuuu.. ;p






Dapat sambung Bachelor Degree in what?? ramai yang dah tanya saya. kat facebook, instagram mahupun twitter.. agak-agak kursus ape ye?? hehe

kursus ekonomi rumah tangga ke? ohh tiidaakkk...




Alhamdulillah saya dapat my first choice punya course. Bac.Degree(hon) in Human Resource Management. hehe. yang haritu masa part 3 diploma dapat offer fast track HRM kat Uitm Sri Iskandar tapi saya tolak tuuu... ingat lagi tak? ingat bila tolak tu harapan nak dapat course tu balik tipis lah,. syukur sgt dapat juga amik HR. 


MODE CUTI-CUTI : OFF

MODE STUDY : ON!

Harap-harap la my lecture subject intro. to HR, Mdm Dalili ada baca entry ni. mesti dia bangga sebab I finally dapat juga course ni.  she's the reason why i took this course. dia buat saya sangat tertarik dengan course ni. to Mdm Dalili, im so sorry i didnt get to see you before i leave Uitm Machang. wish i had the chance to meet u and thankyou for all that you have thought me back then. 




Syukur dapat peluang sambung belajar balik. mula ingat nak kerja tapi dulu pun dah ada pengalaman kerja 2 tahun so buat apa nak tunggu lagi kan. dah dapat sambung tu sambung je la lagipun kalau dah stop tu nak sambung balik ntah bila la lagi kann. alamatnya memang tak bersambung lah kan. biar kita tak kaya dengan harta tapi kita kaya ilmu.

Mesti ramai yang nak tahu kat mana saya dapat sambung belajar kan?? cer teka cer teke... ni clue nya..


siapa kenal tempat ni? kat mana ye? haaa.. kat sinilah Elia sambung my degree. kepada yang tak tahu tu nanti kita update ye... jeng jeng jeng..

PEMBERITAHUAN: Sekarang ada cara paling mudah nak baca blog, like, leave comments dan berinteraksi dengan blogger kegemaran anda(chat) secara terus. Blog sekarang dah mobile friendly!! Untuk mengetahui lebih lanjut jom install Apps NuffnangX ni dari smartphone anda dan kemudian gi kat website NuffnangX ni untuk claim your blog.


lepas dah register kat NuffnangX ni jom ramai-ramai follow my blog from your account - Elia Si Jejariruncing atau search blog - www.jejariruncing.blogspot.com. followers terawal akan saya follow blog dia balik. cepat! jom kite sama-sama explore keseronokkan NuffnangX ni!!