Sunday, December 30, 2012

Jonker walk


Haritu awal-awal sem kat melaka ni sempat jap switch off mode student then turn on mode tourist. lagi-lagi bila kitorang ada tetamu, which is Nurul who came to Melaka for a visit. so kami pon bawa dia gi tempat tarikan pelancong dan pelengcong seperti kami iaitu di Jonker walk. 



Jonker Walk ni tak macam any other night bazaar. its have some sort of historical and craft elements in it. kat Jonker walk ni ada jual macam macam benda dari makanan, pakaian, kraftangan, barangan antik dan macam tagline Astro, Macam-Macam Adaaa...


banyak juga benda-benda comel lotey ciut miut yang dijual kat sini.. boleh cuci-cuci mata. tengok barang ye bukan orang. haishh jangan pikir lain ye *wink*




Jonker walk ni dibuka dan penuh sesak during every weekend, school and public holidays especially.


pets pon ada tau! ololooo.. tiuutttnye.. kucikucii..



kepada yang nak try test public speaking skills boleh naik atas pentas tu. kalau time opera ca ya nun alip takde buat persembahan la ;p



Nurul (pelancong) with me(pelengcong)



jonker walk ni located near the melaka river. kalau naik Melaka River Cruise boleh nampak. 


lepas gi jalan-jalan kami dah lapar pastu apa lagi pekena asam pedas clapot yang femes kat sini..



diorang makan senyap tak keluar suara. huk tidak hak pon tidak. dah licin pinggan baru la dengar suara sumbang mereka ni. and the first word that came out of their mouth was "perghh.. terbaik asam pedas dia!" huhu


and these are all the things i bought at Jonker Walk :



Hp cover


botol air yang boleh lipat2. beli 3 rm10 siap boleh bagi kawan sorang satu.


and also my passport cover. gedik. dah ada cover LV nak ltk gak Hello Kitty lagi kat dalam. 


disebabkan tak dapat memiliki Note Pink, terpaksa beli cover pink. huhu. baru matching.. heee


this pink cute trainee chopstick only cost me around rm10 i guess. xingat sgt berapa harga dia ;p

couldn't resist to buy cuz it too cute!!



Saturday, December 29, 2012

HAHA KO : Hadiah Hari Konvo









overall, this is what i got


Fresh flowers and a teddy from Mak


D-I-Y Fabric bouquet flowers from Sis (cicik)


lovely mickey's convo doll from Limah Kesum, Adibah, Marz and friends





 

a super duper huge card from all my siblings
a cute pink mini fridge from Abah n Mama (will update later)


 

 

Not to forget thanks to all that had wished me upon my graduation. love u all!

Friday, December 28, 2012

[Gambar] Majlis Konvokesyen UiTM yang ke 77







Seperti yang dijanjikan gambar sekitar majlis konvo saya tempoh hari.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
saya dapat capai impian melanjutkan pelajaran ke 
menara gading dan segulung ijazah is on my way.



Saya sesi konvo petang tapi kami datang awal sikit sebelum budak sesi pagi keluar dewan.

datang awal rileks sikit tak payah berebut nak gi ambil gambar kat studio. 
kalau nak tunggu lepas keluar dewan memang berebut dan kelam kabut.
so bila dapat amik gambar awal tu oklah..


Masa tunggu masa nak masuk dewan dapat jumpa beberapa orang dan bergambar. hee tu nanti kite cite ye.


masa masuk dewan tu rasa waaa... nerbesnye..
masuk tu semua senyap je.. wuuu..


lepas dah dapat seat masing-masing memang kematu la kena tunggu orang orang kenamaan datang. sambil nak tunggu tu diorang tayang video. bukan sikit-sikit, tapi banyak gak la videonya.. yang tak menahan..


bila diorang tayang video pasal pengorbanan ibu dan bapa.
 adoiyaiii.. ni yang eden lomah ni..
sebak je menahan last last tak tertahan jugak.

masa kat dalam dewan tu yang duduk kat depan kitorang siswazah degree. tak ramai pun macam budak budak diploma. which make me eager to finish up my degree and graduated with flying colours. insyallah..

 

hehe.. masa naik atas pentas tu berdebar tak terkata. masa tu rasa mata semua tertumpu kat kita. masa rasa macam slow motion je. tapi my sis kata saya berlari lari anak nak kejar ape tah. tapi saya rasa macam jauh betul nak pergi amik scroll tu. hee.. memang tak sedar pun ada berlari-lari anak.

lepas dah amik sijil tu ingat dah boleh belah tapi kena tunggu semua orang abes. lambat la jawabnya sebab nama kite mula dari A. tapi paling best orang yang pangkal nama Z ni. diorang dapat sorakkan lebih gemuruh dari siswazah yang dapat Dean's List. kan kan?

 









Sambung nanti dengan entry hadiah yang saya dapat di majlis konvo saya






A night in K-Town



A : Amboi.. pergi Korea tak ajak pon ek?




B: Wah bestnye dapat gi Korea!


C:  Hmm.. Senyap senyap tau tahu dah gi Korea. Sentap mak!


D : Untunglah dapat gi Korea. Me so jelly..



Haaa.. bukan you je jelly.. saya pon jelly juga sebab saya pon tak pergi lagi Korea dikk. hehe. gambar gambar diatas diambil di sini sajee! kat Times Square je. I know, looks like k-town kan? saya dah lama tak jejak TS pon terkejut and kagum ngan tempat ni. haa... mulalah nak camwhore mcm tourist kan..


Best haritu pi shopping kat TS. timing agak silap sebab masa tu nak dekat Christmas. bukan main ramai orang. gi shopping lak dengan orang yang kaki jalan. penat gile nak follow. berjam-jam gak la kat dalam tu sampai kena bayar parking pat belas hengget! yang penting berbaloi sebab barang kat sana best dan murah!

p/s: nanti kita update barang ape yang kite beli kat sni ye.. ca cincauuu!!

siapa kat sini suka shopping kat Times Square sila "Like" entry ni... ;)