Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Saturday, March 31, 2012

Di Kelantan buat sekian kali

tengah hari tadi alhamdulillah saya dah selamat menjawab kertas terakhir (atau menurut ah chai atau johan, last payyyper)peperiksaan..

maka insyallah berakhirlah pengajian saya selama 6 semester dan 3 tahun menuntut di uitm machang, kelantan.

abah, mama and hana datang dari kl. kul 12 setengah camtu diorang sampai ke uitm..

hana bobot bukan main selesa duk belakang ni


abah and mama dengan tekun ikot direction gps. biasalah datang kelantan ni last masa hantar saya awal sem satu haritu. kan dah tak ingat jalan..

tak sangka dapat hadiah semperna habis belajar ni. abah and mama bagi galaxy tab yang saya idam-idamkan.. lepas ni boleh la update blog on-da-go.. hehe. thanks abah and mama! hilang segala penat lelah tension and stress sepanjang musim exam final ni..


hana paling tak nak kalah..

buai tinggi tinggi sampai baju terlipat

belum tumbuh gigi dah pandai main ipad -_-"

kami tak terus balik kl tapi alang alang dah sampai kelantan ni abah decided untuk gi bercuti-cuti. malam ni ktorang tidur dekat resort dulu semalaman. petang td ktorang mandi swimming pool pastu bawa hana gi jalan-jalan tepi pantai pcb.

esok kalau takde aral melintang ktorang gi jalan jalan dulu area kb pastu gi kuantan stay about 2 hari kat sana baru balik kl. hamboihh.. jalan sakan nohhh.. ;p


Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday(girls, please take note)

Tuesday, March 27, 2012

So sweet. Lamaran paling romantik abad ini!


Salam sejahtera saudara saudari cikeboom cikeboom..


Siapa sangka dalam kesibukkan menelaah pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir semester ni saya dikejutkan dengan kezutan atau kejutan lamaran paling romantik abad ini!


Bayangkanlah.. sedang saya sibuk study, my friend Bella offer makan jajan(snack) yang dia ada dalam simpanan. sambil menelaah perut pon haruslah lapar. jadi sambil mengisi otak, kita kena isi perut jugak. bak kata pepatah pucuk dicita ulam mendatang ;)



jajan atau bahasa saitifiknya cikedis yang dihulur disambut mesra oleh ku tanpa menjangka apa bakal berlaku...


sedang kusyuk mengunyah, rakan ku Bella berkata sebaik melihat suatu bungkusan kecil disebalik timbunan jajan tu..


" EEhhh.. kak Ya! waaahh... romantiknya! sape lamar kite ni?? "


sumpah tak sangka dalam jajan yang kitorang makan ni ada terselit cincin mainan. malam tu memang berdekah-dekah la kitorang gelak. geli hati sampai ktorang buat konklusi mungkin tokey jajan tu nak melamar bella tapi malu sebab dia asyik usha dari jauh je tak berani nak bertegur sapa. so dia pon masukkan cincin tu dengan harapan dia dapat buat lamaran paling romantik dan mengalahkan lamaran Timorthy Tiah. huhuhu ;p



Untunglah kau bella tokey jajan lamar.. so sweet! ;p


kak jejar yang kepochi ni pon nak try juga cincin tu. besar saiznya. maksudnya bukan ditujukan untuk saya.


so duk je diam-diam -_-"


So buat lelaki-lelaki di luar sana silalah fikirkan cara creative untuk melamar pasangan anda. im sure she gonna love it! ;)

*teringat zaman kanak-kanak dulu sanggup beli jajan sebab nak dapatkan mainan kat dalam tu ;p



Dan buat anda si gadis-gadis yang telah berkawin atau bakal mendirikan rumah tangga dan ingin menjaga kecantikan luaran dan dalaman, bolehlah berkunjung ke website Beautyalives Enterprise yang menyediakan pelbagai jenis produk kecantikan dengan harga yang sangatlah berpatutan. silalah lawati juga Facebook Fanpage mereka untuk mengetahui perkembangan terbaru.


menyelesaikan masalah keputihan, 'berbau', senggugut,period tidak teratur and mengetatkan smula dengan kadar segera



menghilangkan garis halus di sekitar bawah mata,lebam hitam di bawah mata, dan melambatkan proses penuaan

membersihkan dan menanggalkan sel kulit mati, blackheads dan whiteheads, mengecilkan pori-pori, memutihkan dan mencerahkan kulit muka.

Email mereka di beautyalives@gmail.com

Sunday, March 25, 2012

Quote from jejariruncing #3






I'm just human.




Friday, March 23, 2012

Quotes from jejariruncing #2


salam jumaat semua..

saya sangat suka hari jumaat sebab dapat tengok abang2 ensem berkain pelekat berbaju melayu berselipar jepun berjalan menuju ke masjib berdekatan.. sejuk mata memandang..

dan sempena hari jumaat ni saya berbesar hati nk bagi quotes untuk anda. haha. biarlah xada kaitan pon hari jumaat dengan kenapa aku nak bagi quotes ni.huhu. nak copy silakan.. tak nak pon xpe. xde keje pon sebenarnya. enjoy :)











Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday



p/s: You know who you are. thanks guys <3!

Monday, March 19, 2012

Melawat ke office Nuffnang


Dah lama dah sebenarnya saya dapat jemputan untuk ke office Nuffnang ni.

tapi al maklumlah teman busy memanjang asyik postpone je. penuh draft inbox ni dengan entry lama. takpe la kite update one by one k?

haritu masa dipanggil untuk ke office Nuffnang ni memang teruja gila lah kan.

nak tahu juga camne rupa office kepada company yang telah banyak berjasa kepada wang saku saya yang alhamdulillah tak putus putus ni.



suasana dalam office ni memang tak dapat digambarkan. selesa walaupon agak padat dengan computers dan pekerja(or shall i call the Nuffies). suasana tempat kerja yang sangat selesa. sangat colourful. membangkitkan suasana ceria. rasa macam kerja kat company Disney or Pixar je. the best part diorang siap ada macam relaxation room lagi. dalam tu siap ada macam macam jenis games. syokk ohh tengok.


bilik meeting diorang pon menarik dan tak macam normal or conventional meeting room. diorang punya memang sempoi dan rilex je. duk atas bean bags! gile best. rasa nak apply keje kat situ je ;p




This is their macam guest book tp dalam bentuk wall. sape sape yang pernah datang akan dapat tinggalkan jejak kat board ni. boleh conteng kat kertas "i was here" ke "Nuffnang rockss!" ke or apa2 jelah.. kat board ni kite dapat tengok sape golongan blogger otai yang dah pernah jejak kaki kat office Nuffnang ni. ramai oohh.. aku sangat ketinggalan -_-"



*teruja* kite pon dapat conteng2 jugak.. yeay!!



Nanti kalau korang dapat peluang lawat office Nuffnang ni look for my ugly handwritting kat board ni tau!hehe..


But best of all, saya dapat jumpa Timorthy Tiah atau Tim. dia ni founder of company Nuffnang ni tau.. dan dia juga sangat famous dan dikenali sebabkan video super awesome and sweet "wedding proposal of the year" yang mendapat perhatian ramai termasuk Ryan Secreast!





Tim ni such a nice guy in person. very humble and cheerful. manalah tunang dia tak cair kann ^_^.. dekat office dia pon penuh pic of funny quotes dari 9gags ni. sumpah gelak je baca kat sekitar office diorang ni. a very relax and fun atmosphere.

teringat when i was introduced to Tim by Thara that day...

" So Elia, this is Tim the founder of Nuffnang."

Dengan nada yang warm and friendly with senyuman sampai tak nampak mata Tim sapa ;


"Hye Elia. u Jejariruncing right? I was the one how found your blog as i was browsing the net and i find it very interesting. So i asked Thara to contact you. nice meeting u yaahh.."

Wwoooo wordd???!! Tim himself the founder of Nuffnang yang found sendiri blog guee yang hado ni?? sangat terharu hokeyyhh..

saya pon mula la terkemut kemut tersipu malu. Rasa nak jerit je time tu "Arrgghhh Tim! i love the way u propose to your fiance.. sooooo romantic lah and funny at the same time. where you got the idea ahh? @_@!! "tapi.. tapi haruslah mak jemah maintain ayu dan senyum sipu dan mengucapkan terima kasih sebab sudi jemput kite yang tak seberapa ni ke office dia yang best lagi comfy tu.. kang buat kang dia fikir pompuan meroyan mana pulak la yang aku jemput datang ofis aku ni.

Whatever it is memang peluang melawat ke office Nuffnang suatu pengalaman yang menyeronokkan. paling tak boleh blah baca notis kat door bell diorang.. kalau sesiapa datang jangan lupa baca tau. sure tergelak-gelak je then terfikir nak tekan ke xnak doorbell tu. creative!(sorry..lupa nak snap gambar XP)



Thursday, March 15, 2012

Bila teruja jumpa blogger famous amos inilah jadinya



Teruja memang teruja bila dapat jumpa blogger-blogger yang famous lagi ngetop dan gorjes. bukan senang nak dapat jumpa diorang ni serentak. rasa bertuah sangat-sangat sebab dipilih oleh Nuffnang untuk join event launching hp LG Prada haritu. semua blogger-blogger bertaraf otai yang hadir cukup membuat kejakunan kak jejar ni hampir terserlah. hampir.. not yet..but close.


Dapat pula yang jenis stock typical pompuan ni..

pantang dihalakan lensa camera. cukup la sorang je sound ;

"korang..korang.. jom amik gambar!"




Macam macam ghupe..



macam macam ghayee..



macam iklan Darlie pon ada.. hheee ;D








Dari kiri: Nisa Kay, Red Mummy, Farah(Nuffies), ME, Erin, Yuyu Zulaikha, Wawa Tasliman, Cik Epal





Special thanks to Wawa for the pictures



Tak lupa juga utk Cikepal kite ;)


Paling tak dapat Elia lupakan bila for the first time dapat jumpa yang idol in the world of blogging.. bukan empunya diri je ada. mummy dia skali pon ada. haruslah saya tak lepaskan peluang bergambar ngan this hot mama ni yang juga seorang blogger.




Auntie Nani yang sizzling hot regardless of her age..





It was like a dream came true la dapat jumpa my favourite blogger, Hanis Zalikha that night. paling tak dapat dilupakan the fact that she recognize me! at first i was so nervous to came up to her and say hi but kalau bukan sekarang ntah bila lagi la dapat jumpa kan. So i pon memberanikan diri walk to her seat (e'eeh..mcm lessy lak aku ni ;p)..



jantung dup dap dup dap, otak dah set nak cakap apa ni.. dah set dah nak cakap "Hye Hanis, I'm ....."

belum sempat buka mulut.. Hanis look at me and say "heyy... Elia!! its so good to see you. how r u"

OMG (Oh-Mak-Gayah), hanis kenal den?!.. " hye!! I'm so glad i could finally see you in person. would u mind kite tak picture same tak?"

"hey..hey.. of coz! come 'er.."


hambik kau.. hanis peluk aku.. kau hado? hehe.. sila lempang saya laju2 -_-"

Hanis ni memang ramah la in person. borak dengan dia macam dah kenal 10 tahun. dah la cun gile. memang natural beauty la this girl. untung bf dia.. ehem..ehem.. yang tengah tunggu dia kat Bangsar malam tu tu ;p

Memang seronok la event LG Prada Celcom malam tu.

for those who were wondering what I wore that night..



Makeup gorgeousku by Marliy Kama

Baju/Jubah koleksi peribadi by Online Hijab


Rantai Butterfly by Closets of Amy Amy

Purple Pump Heels : Koleksi peribadi


Shimmering Grey Pouch by My Worth Buying Shoppe

Zayna Maharani Hijab by OnlineHijab (OHB)

Jutaan Terima Kasih pada para penaja ai malam tu. toceh toceh. semua memang terbaek!


Tudung/hijjab dari OHB ni memang boleh dikatakan semuanya sangat sedap dan selesa dipakai. nak pakai for everyday use pon ok. semua fabrik dia lembut dan tak menyakitkan. selesa je pakai gi kelas or attending events.



Ni tudung Inas Instant Casual Hijab ni memang selesa dipakai untuk bersukan mahupun for everyday-use


Even Diana Amir pon pakai tudung OHB ni tau ;)



Sekarang ni musim exam final memang saya pakai hijjab dari OHB ni je untuk ke library. senang dan bergaya. biarlah muka tak bergaya pon sebab tumbuh jejer bila stress study tak hengat ;p


Monday, March 12, 2012

Elia dalam Drama Puteri Salamia



Seronok bila apa yang kita hasilkan secara kreatif menjadi.

bangga, saya sangat bangga dengan hasil kerja dua orang auntie saya yang gorjes dan meletss ni.




Adza Irdawati atau lebih dikenali sebagai Blogger Mak Dara dan Adza Emie.

both of them ni sangat berbakat dalam penghasilan skrip drama. dah banyak dah skrip drama mahupun filem yang telah diorang ni hasilkan. bukan senang tau nak jadi penulis skrip ni. ingat senang ke? tapi bila hasil kita ditayangkan mesti rasa bangga. kami yang mengenali mereka dengan lebih dekat ni lagilah bangga.


apapon TAHNIAH Elia ucapkan kat auntie berdua atas usaha keras anda selama ni walaupun banyak dugaan dan halangan mendatang.

tapi hasil mereka kalini buat Elia bertambah bangga dan terharu kerana mereka dah masukkan nama saya- ELIA dalam drama tu. disamping nama saya, nama blogger terkenal Ben Ashaari pon turut dimasukkan.


cuba lihat baris kedua dan keempat. ada nama ELIA dan BEN

kat bawah ni pula print screen perbualan saya dan Mak Dara dlm FB sekitar tahun lepas dimana Mak Dara minta keizinan nak masukkan nama saya dalam drama dia ni.




memang terharu bukan kepalang la bila nama saya yang tak glamour ni dijadikan nama salah satu watak dalam drama. Episod pertama drama ni dah keluar Jumaat lepas tapi watak Ben dan Elia tak keluar lagi. dalam episod kedua baru keluar katanya. kat RTM 2. pukul 3 petang. berilah sokongan padu anda pada drama PUTERI SALAMIA ni ye. thank you! ;)


boleh baca coretan Mak Dara tentang drama ni di entry bawah ni :



Blog Widget by LinkWithin