Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Monday, December 30, 2013

Good luck for final exam!

Salam semua.

Harini ramai pelajar IPT sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Termasuklah empunya diri ni. Tapi paper saya start esok.


Kalau pergi tempat makan yang buka 24jam memang skrg ni penuh dengan students yang sedang duduk mentelaah buku. Yelah, nak exam dah kan



Harini ada beberapa yang dah start ada paper exam. Selalunya 1st day ni paper mcm english kan kan.. teka je. Taktau la betul ke x. ;p




As for me, my first paper tomorrow would be paper Research Methodology. Wish me luck k. Doakan Elia bole jawab semua paper dengan tenang. Lagi lagi ni semester akhir for my degree course sebelum Elia start ber-practical sem depan.




Dikesempatan ni juga Elia nk wish pada sesiapa kt luar sana yang about to sit for your final papers like me, to do your best and good luck! Elia doakan korang semua dapat jawab dan pass with flying colours.. weee!!



tak dilupakan juga, special thanks to bondaku.. oh bondaku si ikan kaloi.. ehh.. silap silap.. special thanks to my lovely Mom, a.k.a Mak Lady sebab sudi teman anak dara dia study sampai kul 2-3pagi kat kopitiam. siap ada sesi tunjuk ajarku sifu lagi.. so sweet! love u mom! love you to the moon and back!



P/s: tak sabar rasanya nak habiskan finals dan degree ni. Boleh terus fokus kat perkara lain yg masih dlm perancangan ni ;)


Saturday, December 28, 2013

Study sambil melantak

 Hai.. First paper untuk final sem ni dah nak dekat..
Konon duk rumah tak boleh nak study. katil empok sangat katenye

asal masuk bilik je tido. masuk bilik je tido. tido je masuk bilik. 

awak dah la memang kaki tido ;p


So kena keluar. study kat luar.

bila dah study kat luar tu..

Konon ingat pesan Dr. Fadhilah Kamsah, kalau perut kosong study pon susah nak fokus.

jadi sebelum isi otak, kenalah isi perut dulu..

konon =p




First stop gi pekena Moo Cow. selama bertahun Moo Cow ni wujud, 
tak pernah lagi saya terdetik nak try. asyik dengan Tutti Fruitti je.

hasil pujukan orang tu yang sememangnya suka dan tengah mengidam yougurt ice cream Moo Cow ni, diturutkan jugak lah. tapi seriously memang sedap la benda nih.. harga pon not bad. much cheaper la compare with TF tu ;p




machamm chomell je.. 
macham chomel je...
deco lembu kat belakang tuh. 
macam dia usha kite lak




lepas dah puas ber-sweet cravings, teringin nak pastries lak. 
haaa.. 
hakak ni memang suka pastries ni. buat minum minum petang ni kan..

kat tempat yang saya pergi tu ada promo 4pcs for RM4.50.. Sedap lak tu pastri die

sambil study, sambil mulut menyuap pastry.. 

sambil menikmat angin petang..

perghh.. nikmat seyhh!

tak puas makan time study, balik tu sempat bungkus lagi a few untuk kudapan.. hahh kau!


Dah malam tu, sebelum balik dinner plak.

tried this one western restaurant. makanan dia ala hotel 5 star gitu. tapi price dia not bad. tak mahal mana pun. affordable la. disebabkan saya still kenyang melantak pastries je siang tu, malam makan appetizers je.





I tried the soft shell crab. not bad the taste. harga my dish was about RM 11 and the chicken breast was below RM 30. so ok la kan?

jap.. japp.. Elia, sekarang ni kau nak study ke nak melantak? haisshh..

dugaan.. dugaan.. patutlah badan makin naik. melantak je keje.

hehehe.. biarlah. janji bahagia. ye dop ? ;p

Friday, December 20, 2013

Mengimbau kenangan bersama John


Diam tak diam sekejap je dah masuk sem akhir saya belajar degree ni. tahu tahu dah nak praktikal dan nak habis dah belajar. lagi kira-kira sebulan je lagi tinggal. 

hectic memang hectic musim sekarang ni. test berderet dan masa ni jugalah nak kena buat presentation dan submit semua report dan research... fuhhhhh

tapi dalam kesibukan ni terkenang semua kenangan kat kampus KBM ni.

baru-baru ni kan Elia ada cerita yang lecturer kami ada sorang yang sporting ni kena transfer gi kampus Alor Gajah kan?

kebetulan haritu going though my old pictures and i found gambar-gambar masa kami part 3. time kelas QMT masa hujung sem tu. masing-masing lepas buat presentation. 

lecturer kitorang yang miss Syetul tu kata nak buat makan-makan sikit..

sekalii....

Papa John's kauuuu



semua muka bahagia je nak bantai makan pizza.



sebenarnya dalam kelas miss Syetul ni sangat strict tau. mula-mula kitorang memang takut tiap kali kelas dia. kalau tak bawa buku teks je kena denda bayar RM1, tak bawa kalkulator pon kena denda bayar sehengget. rupanya dia kumpul dui denda tu untuk buat makan-makan utk kitorg. yg selebihnya tu miss topup pakai duit poket dia sendiri... so sweet kan?



gadis comel n molek yg cute buat peace berkurung merah tu la lecturer kitorang tu..



nyummmmeeehhhh





kebetulan haritu pakai ada tema hitam putih pulak kan...



haaaa... nilah dia miss Shahitul a.k.a Syetul tu ;)



















bila tengok balik gambar-gambar budak kelas terasa plak betapa cepat masa berlalu. how fast the time flies. rasa macam baru je masuk belajar. now dah nak habis dah. doakan Elia dapat menjalani segala kesibukan dan kegilaan ni dengan tenang ya...


kelas kitorang memang ada berapa kerat je kaum Adam. selebihnya semua kaum Hawa.. 

biasalah zaman sekarang ni we gegirls yang banyak conquer the world.. haha.. Girl Power!!!

Speaking of girl power, Libresse sekarang ada bagi table Calendar 2014 yang cute dan interaktif bila korang beli promotional pack Libresse. dalam calender tu jugak ada boucer deals daripada Women in Business yang di-featured kan dalam kempen Shine On Libresse. 



Untuk dapatkan promosi atau more deals, anda perlu scan QR code yang terdapat kat kalender tu . korang kena check out macam-macam special deals dari usahawan kat Shine On website tu. The details of the deal be available online starting January 2014!. Tunggu ape lagi?? Visit the hypermarket/supermarket to get the promotion pack!



Blog Widget by LinkWithin