Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Friday, January 29, 2016

Resipi Ayam Kam Heong - masakan cina muslim




Assalamualaikum...

Hari ni rasa macam nak share resipi masakan yang 
Elia dah jatuh cinta dari suapan pertama..


Hehehe.. dengan makanan pun boleh jatuh hati ek?


Yelah.. sebelum ni Elia mana pernah makan Chinese food. 
Lately ni baru diajar makan chinese cuisine.


Haritu saya dibawa makan kat sebuah restoran cina muslim 
-Restoran Haji Sharin Low, kat area Danau Kota 


 bila first timer ni, seperti biasa tadah perut je la. 
 biar yang dah biasa yang meng-order. kita jadi tukang rasa je.





kacang buncis goreng, udang butter dan ayam kam heong



nasiblah semua menu yang diorder sedap-sedap! 

first time makan ayam kam heong ni memang takleh lupa. sedap!
aku ni bila dah rasa sedap makan something ni mulalah dok fikir nak try masak. lepas dah buat research, dan cuba kat rumah - success! memang rasa sama. si dia try pon cakap rasa sama ala chinese.. hehehe *kembang hidung*


so sini saya nak kongsikan resipi Ayam Kam Heong


Bahan-bahan:
Ayam 500gm (dipotong dadu)
1 sudu tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar udang kering (direndam)
cili padi (secukup rasa)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dipotong 6)
garam & gula (secukup rasa)

  

Cara-caranya:

1. Gaulkan ayam yang telah dicuci dengan sedikit garam dan tepung jagung. gorengkan hingga masak tapi jangan sampai kering. light light jerr. angkat dan ketepikan dulu

2. Campurkan serbuk kari, sos tiram, minyak bijan, kicap cair 
dan kicap pekat dalam satu mangkuk. (bahan perencah)

3. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah yang
 dah ditumbuk tu. masukkan udang kering dan biarkan sampai naik bau.

4. masukkan cili padi, daun kari dan bahan perencah tadi. kacau hingga sebati.

5. tambahkan gula dan garam secukup rasa.

6. masukkan ayam yang dah digoreng awal tadi then masukkan bawang besar.

7. kacau rata dan bila macam semua dah masak, boleh matikan api dan siap untuk dihidang



Yang mana sekali sekala tekak nak merasa masakan cina tu boleh la try ye.
selamat mencuba!


Wednesday, January 27, 2016

Goodbye Sime Darby



Assalamualaikum.

Rasa macam sekejap je masa berlalu meninggalkan kita.
Tup tup dah setahun dah kerja under Sime Darby.

Macam masih sedar di ingatan waktu ditemuduga haritu.
Interview pagi, petang dapat call.
Esoknya pergi medical checkup, lusa dah start kerja.

Macam macam suka duka sepanjang bekerja di sini.
tapi paling sayang dan sedih nak tinggalkan colleagues kat sini.
Paling aku akan rindu kat Cheq Hanie yang suka berceloteh


Bulan ni merupakan bulan terakhir Elia kat Sime Darby ni. hehehe. nak beralih angin.
Dapat better offer so tiba masa untuk ke company lain.




Bila dah nak exit dari company, kena isi survey. haishh.. macam macam perasaan timbul masa nak isi exit survey ni.. sayang tapi hopefully its for the best. for a brighter and better future. hehehe


Paling terharu bila rakan sekerja siap buat small jamuan farewell untuk staff yang nak berhenti bulan tu.


Paling comel siap ada kek lagi!*habuk masuk mata*


Satu petang tu lepas waktu kerja dipanggil staff berkumpul sambil dijamu dengan jamuan yang dihostkan oleh mastermind - tak lain tak bukan Cheq Hanie kita ni

Dia lah orang paling rapat dengan Elia kat sini. 
Dia lah pendengar setia, dia lah penasihat peribadi, 
Dia lah tempat nak mengadu masalah, tempat bergossip, tempat nak bergurau senda.
Dialah kawan, dialah kakak and dialah kak yong aku kat sini. dont play play ahh.. hahahaha!

Im totally going to miss this place and these people here. 
Hope I'm making the right decision for my future.  Amin




Makan Besar, Ketam Besar


Tuesday, January 26, 2016

Move On, Terbaik Menanti


Suatu masa dulu aku pernah rasa terhina, terduduk, tersungkur.

Rasa seperti maruah tercalar.

paling worst feeling bila satu masa tu aku rasa macam tak terdaya bila orang sekeliling, sama ada yang kenal(or claimed they knew me) mahupun complete strangers - mengata, mengumpat, mencaci aku dan keluargaku. Rasa macam dah jatuh ditimpa tangga pulak.

at some point I did think it was my mistake.

Maybe I'm not good enough for them.

Maybe its true what ever the rumours said.

Maybe the family really can't accept me.

Maybe.. or just maybe.. its for the best.




after that incident, didnt hear anything from that side accept for a wedding invitation. but I have to politely decline.

As years goes by.. I have started to think they had forgotten about me.

Yelah.. memanglah sebelum ni diorang ada cakap "Even Kak Ya dah putus dengan dia, Kakya tetap dihati kami" dan "harap Elia tak benci kami dan masing nak berhubung"


masa tu terlalu awal dan masih terasa malu nak berhubung. lagipun takut orang kata tak manis or terhegeh-hegeh. jadi aku just move on.

bertahun berlalu..

tetiba saya dihubungi seseorang

terkejut. sebab orang tu sangat la aku kenali. dari dia muda dan sekarang dah jadi anak gadis yang cantik.. tak sangka dia masih ingat lagi aku. rupanya dah lama mereka cuba cari jalan nak hubungi aku..

dah bertahun tak berhubung..now berkali kali di ajak saya turun ke sana dan berjumpa mereka..
.

*jerit = menangis
Rindu pula bila mengenang zaman lama.

zaman petang-petang diorang bawa aku pusing-pusing kampung naik motor. kami akan singgah satu kedai ni, beli buah jambu untuk dijamu beramai-ramai kat pangkin atau beranda dengan the rest of the family members.




rindu the rest of the family ;'(


kadang-kadang kalau rajin aku bawa anak-anak buahnya gi jalan-jalan kat tepi pantai or ke Mall. best sebab masa tu aku memang dah bawa kereta kat sana. bila aku cuti sem, aku balik KL with flight so kete aku tu tinggal ngan diorang. masa tu memang aku sangat rapat dengan diorang. dah macam family angkat pon ade since i dont have any family members kat sana masa tu.




Sebenarnya kita miss the moment, the family not the person

sebab selalunya family tak salah. takde kaitan dan tak tahu menahu.




Betul kata gadis che mek molek ni.. Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian dan saya sangat sangat percaya tu. Sekarang pun sedikit sebanyak dah nampak hikmah dan Alhamdulillah saya lebih bahagia sekarang. Bukan nak toleh ke belakang tapi menghargai yang baik dan indah.

OhWellWhatEverNevermind: People always said that the truth will come out sooner or later

Friday, January 22, 2016

Birthday Mak


Awal tahun 2016 ni memang banyak birthday orang orang terpenting dalam hidup Elia.

4th January birthday my lovely mother.

dan pada hari tu Elia terkejar-kejar jadi runner.

gi beli bunga, beli belon. sorokkan dari pengetahuan Mak

Memang dah menjadi kebiasaan, Elia akan jadi mastermind untuk surprisekan whoever close to me.

Gimik, distraction, pastikan the person tak hidu apa-apa tu semua part of it.

kali ni mangsa kita is my own mother.

untuk birthday dia yang ke..... tuuttt..(biarlah kitorang je tahu. huhu)

Malam tu we plan to have dinner at a fancy western restaurant. Restaurant tu memang dekat dengan area kami dan dah lama kami nak try makan situ. 

masa nak gerak tu dah semangat dah nak makan kat situ. bila sampai agak terkejut bila tengok tempat tu full house! just happened that malam tu ada private function. silap kitorang jugak tak call or make reservation earlier ;-p

so we move to another place. malam tu taktau la kenapa semua tempat nak full. parking kami dapat jauh gile. tapi oklah dari tak ada langsung. cuma nanti jauh lah nak g amik belon n the bouquet.

tapi xkesah lah. untuk Mak kan. kitorang makan western malam tu.
just after semua dah kenyang makan mulalah dengan drama kami. konon kakak nak amk barang kat kereta tertinggal. datang-datang.. surprise!! Happy Birthday Mak!!



Alhamdulillah semua adik beradik dapat berkumpul for her special day..



We managed to get one of her favourite type of flower, carnations. Since kita tahu dia juga minat purple so belon pon kami bagi theme purple.. hehehe



Glad that she's happy with our simple surprise ;)

Mak dengan anak bujang dan cucu sulungnya


kebetulan pula bedsheet Mak pun warna ungu.. hehehe
si kecik Aisyah Amani pun sukaa!!


*schedule post

Tuesday, January 19, 2016

Apa Motiff Kau??!








Apa motif semua perihalku ditanya pada adikku lagi
Apa motifmu menanya dimana ku menetap sekarang
Apa motifmu menanya dimana ku bekerja sekarang
Apa motifmu menanya bagaimana keadaan ku sekarang

Friday, January 8, 2016

Candle Light Dinner + Birthday Surprise + New Year Celebration Part 1


Macam yang saya mention dalam entri sebelum ni
ada orang nak surprisekan kita with a romantic candle light dinner. 



sekali dia yang di'prank'kan

tengah dok syok menikmati makanan dengan cahaya lilin.. 

tetiba terdengar... "Happy Birthday to you... Happy Birthday to you.. "




Wednesday, January 6, 2016

Candle Light Dinner Paling Sweet dan Romantis



Last New Year's Eve I had the best night ever!




Perempuan...
Perempuan mana yang tak suka candle light dinner?
Perempuan mana yang tak suka rose merah?
Perempuan mana yang tak suka suasana romantik?

mungkin ada yang tak suka, tapi saya suka!




Monday, January 4, 2016

3 Hari 3 Kejutan Hari Lahir







Assalamualaikum..

Harini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2016.

yang bekerja pon harinilah hari pertama nak mula kerja bagi tahun baru ni..

So how was your New Year celebration?


As for me, last weekend memang sangat sibuk. sebab kebetulan ada banyak sambutan hari jadi. 

bukan sambutan biasa, semuanya surprise birthday celebration.

maknanya semuanya yang jenis kejutan and perlukan planning yang tip top



Kebetulannya semua event tarikh dekat dekat. 3 hari berturut turut.

lepas satu surprise nak kena ready untuk next one.

semua nak kena set up, lakonan sikit(supaya tak kantoi dengan
orang yang diraikan), dan semestinya hadiah..

next entry lah cerita in details. gambar pon banyak. hehehe

see u on the next entry!

btw, sebelum tu nak wish selamat tahun baru 2016!

semoga tahun ni merupakan tahun yang baik untuk kita semua.. bye!

Blog Widget by LinkWithin