Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, May 18, 2016

Cara miliki iPhone tanpa wang pendahuluan


zaman sekarang ni semuanya boleh dibuat di hujung jari je. nak bayar bil, order makanan, beli barangan dan sebagainya semua boleh buat secara online je sekarang.

paling menarik sekarang ni beli henpon.
bukan cikai cikai punya handpon ye!
iPhone pon boleh dibeli melalui online.

tak perlu ribu ribu duit dalam akaun, tak perlu nak ikat perut atau meminjam sana sini untuk beli IPhone dah sekarang ni. Paling best, dah tak perlu nak ada credit card pun!

Kalau dengan U Mobile, korang boleh dapatkan iphone idaman korang dengan hanya perlu bayar RM58 sebulan sahaja! tanpa perlu ada kredit kad dan tanpa wang pendahuluan. tempoh bayaran balik  pun sangat flexible sampai 36 bulan.

kalau berminat, korang hanya perlu

- isi U MicroCredit form online ataupun offline
- dapat approval comfirmation
- then dah boleh collect iPhone 

Dokumen yang diperlukan hanyalah :

- Kad pengenalan
- Penyata gaji terkini (3 bulan)
- Penyata KWSP terkini (3 bulan)
- Penyata Bank dengan maklumat akaun

offer ni sesuai la untuk korang yang baru kerja dan dah lama nak mengidam pakai iPhone. tak perlu nak tunggu lama. boleh terus apply je dari U Mobile. semua pakej plan korang boleh pilih ikot kesesuaian dan kehendak. 

Sape yang teringin nak pakai iPhone SE baru ni tunggu apa lagi?? Ni lah masanya babe!


nak maklumat lagi jelas boleh layari website


Tuesday, May 17, 2016

Kad Angry Bird yang super comel



Nak dijadikan cerita, haritu gi MBO cinema. Konon nak tanya pasal membership card punya birthday month offer. 

Since this month is my birthday month n tahun lepas punya xsempat nk redeem so saje la gi kaunter nak tanya cite ape yang boleh tgk free tu.

Sekali bila nk refund tu boleh pulak tak jumpa member cardnya. Cari punya cari memang takde.

So trkubur dulu niat nk redeem free movie tu. Bayar jugak la.. Tengok cite Civil war 

Its ok la. Benda tu boleh redeem smpai 31 May kan. Pedehal

Masa dok tunggu movie start tu ade perasan iklan sal limited edition Angry Bird MBO membercard. So saje je la pi tanya..


Kalau membercard hilang nak nk renew boleh tak? And if posibble nk yang Angry Bird punya(gedik kan?).. Staff tu senyum and say boleh jer.. Kena bayar rm 2.12 je.. 


Hahahah.. Punya lah happy masa tu.. Jalan keluar kaunter tu macam muka Mr Bean je.. Bangga tak terkata. Pape tah aku ni..Dah la dapat kad baru, Angry Bird edition lak tu! 



Ni lah kadnya.. Comel kan? Hahahah...

Kalau korang nak boleh la gi buat new membership. Free je kot. Kad ni pon while stock last. So sape cepat dia dapat.. 

P/s: nanti plan nk redeem cite Angry Bird the movie pakai kad ni..yeayyy!!

Monday, May 16, 2016

Feed The Homeless - Beri Makanan kepada Golongan Gelandangan


Assalamualaikum..

Cepat betul masa berlalu.
kita dah nak menghampiri bulan Ramadhan tak lama lagi.

rasa macam baru je sambut bulan Ramadhan tahun lepas.

antara benda paling tak boleh lupa pasal bulan puasa tahun lepas ialah aktiviti feed the homeless.


idea datang dengan sangat spontan.

tengah dok lepak lepas berbuka puasa dengan kawan-kawan, sorang buka idea then ktorang terus setuju.. kira up- jadi terus


kami kumpulkan duit, then belikan makanan ringan macam roti, biskut, dan air. balik tu kitorang pack masukkan dalam plastik. senang nak agih-agihkan nanti.



Ada hari yang kami pack kat rumah, ada hari tu pernah sampai kitorang pack kat atas kaki lima jalan je. senang!



bukan kami je yang buat aktiviti ni. ramai jugak golongan belia yang beramal waktu malam macam ni. kebanyakkannya akan bermula sekitar jam 3pagi. dorang kebanyakkannya sediakan makanan berat untuk sahur. 






memang satu pengalaman yang indah dan tak dapat saya lupakan. melihatkan keadaan mereka, memang akan timbul perasaan sedih, sayu dan dalam masa yang sama kita akan timbul perasaan bersyukur dengan segala rahmat yang kita ada.



Macam-macam jenis manusia kami jumpa. macam-macam kisah disebalik nasib yang menimpa mereka. tua, muda. remaja dan juga anak kecil. ada yang satu keluarga pun hidup bergelandangan. mata memang agak susah nak tampung air mata bila melihat apa yang kita tak selalu nampak ;(



Sepanjang tempuh bulan Ramadhan tu, untuk aktiviti amal ni banyak yang kami sumbang ikot kemampuan dan ada juga pemberian dari hamba-hamba Allah yang pemurah. kami terima dan jalankan amanat. ada antara kami siap berbual dengan beberapa golongan gelandangan untuk tanya barang ape yang mereka perlukan selain makanan. Jadi, dari situ kami terima dan sumbangkan pakaian elok dan terpakai, selimut, makanan ringan, kelengkapan pembersihan diri (toileteries) dan apa saja yang bole dikira berguna untuk mereka.

Rindu betul nak buat aktiviti ni lagi. semoga masih berkesempatan la lagi tahun ni. InsyaAllah.. amin

Monday, May 9, 2016

Berita Baik dari U


Assalamualaikum..

Sharing is caring.. apalah guna sesuatu perkara atau berita gembira tu kalau tak dikongsikan bersama kan?

Harini Elia nak kongsi satu benda baik yang i'm sure korang pon akan excited to know. Just like me when I knew about it earlier.

kepada mereka yang pakai hp dengan line pascabayar ataupun prabayar, anda akan secara langsung jadi 'kedekut' dan ber'jimat' cermat bila melayari video.

streaming apatah lagi.. ye dok?

mana taknya. makan data banyak tuuuu...

kalau kita kerap tengok video, nanti makin lembab la line. silap-silap data habis..

semua takut data habis kan? its like the worst nightmare!

pendek kata, boleh jadi perang besar kalau andai kata adik kita pinjam hp pastu tengok live streaming using our data! right?!


Well.. not anymore!

goodnews for all, U Mobile sekarang memperkenalkan tawaran strim video tanpa had sepanjang hari secara PERCUMA!


dengan adanya "Video-Onz", pengguna pascabayar dan prabayar dapat menikmati tontonan video online secara percuma sepanjang hari tak kira waktu dan tempat.

bermula 29 April 2016, pelanggan U Mobile dah boleh enjoy tengok video stream dari mana-mana 11 penyedia kandungan video seperti YouTube, HyppTV Everywhere, Viu, iflix, tonton, Astro On the Go, Youku Tudou, ErosNow, HeroTalkies, Pocketimes,ONFM, dan YouTube Gaming secara PERCUMA tanpa sebarang kos data. excellent!


anda dapat unlimited streaming PERCUMA untuk pelanggan pelan  Hero P70, i90 dan i130
untuk pelanggan pascabayar dan prabayar U Mobile yang lain akan mendapat
 PERCUMA 100% extra data untuk Video-Onz.

pelanggan U Mobile juga akan dapat premiums access secara percuma selama 60 hari untuk HyppTV Everywhere & Viu

Jadi, apa korang tunggu lagi? jom dapatkan pelan U Mobile dan tengok video streaming 24jam sehari tak kesah la peak hours ke tidok.. carefree!

untuk maklumat lanjut tentang tawaran menarik ni, boleh layari website di sini



Cara Melangsaikan Tunggakkan Hutang PTPTN dan Clear-kan Nama dari CCRIS


Hutang. Semua orang tak boleh lari dari masalah hutang. Especially bagi penuntut atau bekas penuntut IPT macam diri saya sendiri.


tak tahu la kenapa, dari awal lagi I always encounter problem dengan PTPTN. bukan just dari pihak PT tapi dari diri sendiri jugak. tersalah cashout check lah, buat permohonan sampai tiga kali baru approve, duit lambat masuk dari student lain lah..


bila dah habis belajar pun.. fyi, saya ambil pinjaman hanya masa study Diploma sahaja. masa degree tak ambil pinjaman (fuhh..now rasa bersyukur jgk tak ambil). 


masa sambung Degree tu saya siap gi UTC untuk buat penangguhan bayaran sebab melanjutkan pelajaran. now only i know, takde point pun buat penangguhan sebab the amount of tunggakan tetap berjalan even kita buat penangguhan sebab masih belajar dan tak bekerja. 



then bila dah habis degree, dapat kerja. saya buat permohonan potongan gaji. dah hantar and dah dapat surat penerimaan. endup rupanya tak tolak jugak. so selama setahun lebih kerja tu rupanya dia tak tolak pun gaji untuk bayaran balik..



So,, bila satu hari ni terbaca riuh kat FB pasal isu PTPTN, CCRIS, blacklist imigresen, gaji kena tolak sekaligus dan macam-macam isu berkaitan dengan PTPTN ni, saya pun jadi tak senang duduk. gile kau?!.. ntah ape la nasib nak kena lepas ni. dah la ekonomi pon tak berapa nak ok sekarang ni



So one day ni saya pergi la ke Kiosk PTPTN dekat Festival City (now known as Setapak Sentral) untuk semak dan tanya apa yang patut. masa tu saya pergi dengan my fren, Az and her mom.



sebelum tu ada kawan suruh prepare siap-siap surat rayuan in case dorang minta. so saya bawa la.. just in case. masa pergi tu ada 2 orang petugas. both male. sorang kurus, sorang berisi. masa tu yang abg kurus tu tengah attend customer. so kami pergi la approach this abg 'bob'(bukan nama sebenar)



kita ni datang nak buat inquiries. yelah. nak tahu how much we owe and memang kami berdua ade niat nak cari jalan untuk settlekan tunggakan. dan kami nak tanya options.


the abg Bob ni sadly to say that dia sangat-sangatlah tak mesra dan sangat sinis orangnya. 
saya rasa sebab orang macam ni lah mereka mereka yang datang kt kiosk ni akan termenung panjang lepas dptkan khidmat nasihat dia. seriously. he really scare us with the CCRIS isu, takleh amik loan, blacklist and so much more. The only option he gave us is settle everything in cash or your life will be doomed. kitorang yang datang dengan harapan untuk dapat solution, but instead kami rasa tambah serabut. so not helpful what so ever. sampaikan mak kawan I pun bengang je dengan cara si mamat ni attend to us. macam good-good la senang kata.



last week saya dan Az decided to head straight ke PTPTN punya HQ kat Megan Avenue. mungkin segala persoalan dan permasalahan kami boleh terjawab.


ternyata...  we got more than what we hope for!


Masa tu ikotkan saya pergi tangan kosong sebab last minute planning. Az siap bawa EPF slip dia lagi. sebab dia memang nak buat bayaran tolak EPF. I nak tanya dan nak tengok camne prosedur dia dulu.



Dah masuk Menara PTPTN ni, just ambil no. giliran dan tunggu. tak lama sangat pun tunggu. lepas tu kami dipanggil kat kaunter.




Masa tu kalau tak silap kami ke kaunter no.4. Seorang kakak ni attend kitorang. dia sangat baik, ramah dan mesra. dia je staff kat situ yang freehair dan pakai spec



Pada mulanya my friend, Az yang bertanya pasal pinjaman dia. sebab dia ada 2 pinjaman. Diploma dan Degree. tunggakan dia hampir sama dengan saya, dalam 5k.


Akak staff ni sangat baik dan sangat membantu. banyak info dan penerangan dia bagi, dan options pun banyak. bila dah cakap dan dapatkan khidmat nasihat dari dia, rasa lega sikit. sebab banyak info yang abg Bob haritu tu bagi yang menakutkan dan bila tanya akak ni rupanya ade kekeliruan. banyak je options yang kita ada sebenarnya untuk meringankan beban.



So for Az, disebabkan simpanan kat akaun 2 KWSP dia tak cukup, dia hanya buat pengeluaran sebanyak 3K untuk settlekan tunggakan dan dia akan buat jadual penyelarasan baru. so bayaran bulanan dia tak la tinggi sangat dan tunggakan dia settle.



As for me pula, masa saya tanya tu nilai tunggakkan saya ialah RM 5,187. 50


kalau nak buat pengeluaran EPF/KWSP, kena ada i-akaun dulu.
masa kat Kiosk si Bob tu suruh balik buat dulu i-akaun then whatsapp kat dia, nnt dia bagi arahan, then nak kena pergi kaunter Kwsp dan mungkin korang akan banyak berulang alik kesana kemari.


tapi haritu.kat Menara PTPTN akak tu siap tunjukkan cara nak create i-akaun then terus semak baki caruman KWSP kita secara On-line. so freaking convenient!! 
takde lah saya rasa bersalah sangat tak bawa slip KWSP tu.
serious rasa nak joget-joget je kat situ. happy!




My balance kat akaun 2 yang boleh dikeluarkan ialah RM 5199.05. 
So, boleh sangatlah kan nak settlekan terus tunggakan tu!






Jadi akak tu keluarkan borang untuk kita isi. dan lepas dah isi kita diajar terus buat permohonan online dekat website KWSP untuk buat permohonan pengeluaran bagi menjelaskan tunggakan.



Bila dah isi borang semua. akak tu bagi anggaran tempuh dalam masa dalam 2minggu ke sebulan untuk proses clearance tu. 



Akak tu kata lagi nama kita kat CCRIS akan ambil masa 6 bulan untuk clear. so dalam 6 bulan seterusnya ni bayaran kena cantik. tak boleh ada sebarang tunggakan. kalau kita bayar monthly cantik, lagi 6 bulan nama kita dah clear dari senarai hitam CCRIS yang bole menghalang dari buat pinjaman lain.

So dalam kes ni. Kita nampak ada 2 options yang boleh dipilih selain byr lump sum utk settlekan semua pinjaman..

Macam Az, dia pilih untuk settlekan tunggakan dgn byr sebahagian dr tunggakkan guna Epf. Pastu dia minta pihak ptptn utk "restructure" atau selaraskan balik jadual bayaran ikut kemampuan. Tempoh bayaran balik mungkin pjg sikit la dr asal. Yg penting tunggakan jd kosong balik.

As for me, saya pilih untuk settlekan semua tunggakan guna epf yang membolehkan saya settlekan 100% of my tunggakkan. Clear my name from blacklist or CCRIS dan just sambung byr bulan-bulan smpai tempoh yg ditetapkan.





Keluar je kami dari bangunan Menara PTPTN tu, perghhh.. senangnya dalam hati. tak runsing sangat dah. memang kepada korang semua kalau nak buat apa-apa berkaitan PTPTN, baiklah pergi ke HQ terus. memang ada yang prefer pergi kiosk. my friend ada sorang takde masalah dapat khidmat bantuan dan nasihat yang sepatutnya. tapi bagi kami, memang dah serik. baik pergi HQ terus. settle semua masalah dan kekusutan dalam masa sehari.



segala penghargaan dan kredit untuk staff Menara PTPTN bernama Rahiza yang sangat ramah dan helpful. layanan yang baik, understanding and non judgemental. siap boleh mengadap macam macam soalan kami dekat sejam lebih di kaunter. layan 2 orang sekaligus. Sorry and thank you very much Kak! hope tak serik la dengan kitorang ;)


Saturday, May 7, 2016

Burger Arang dan Burger Merah Jambu - Crayon Burger Subang Jaya



Time lapar camnilah semua benda nampak sedap. semua benda kita rasa nak makan

Entri ni sebenarnya agak lama.. sangat lama actually.. kalau tak silap this pic was way back in 2014 punya cerita yang dah bersawang dalam draft blog ni.. Saya pon tak pasti sama ada masih ada lagi atau tak tempat ni..



Friday, May 6, 2016

3 Jenis KAWAN dalam hidup



In life, friends come and go. Some will be with us for a certain period of time. Ada saya pernah dengar quote that goes something like this :

There are three types of friend.

 Friends for a reason, friends for a season and friends for a lifetime.
Blog Widget by LinkWithin