Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, January 11, 2017

Me and my monkeys


Haa.. seperti yang dijanjikan, nak sambung cerita semalam...





punyalah bahagia tengok macam macam jenis 
binatang sampai naik juling mata.. hehe

Tuesday, January 10, 2017

Melihat binatang @ kuala selangor


Disebabkan haritu seronok sangat kena culik dan dibawa melihat keindahan makhluk ciptaan Tuhan, kali ni kami ke Kuala Selangor balik. sebab haritu macam tak puas separuh hari je kat sana.


dalam separuh hari tu pun dapat tengok helang diberi makan, sempat pekena air kelapa muda, dan malam pulak dapat tengok kelip kelip first time di depan mata. Malam tu, lepas dinner seafood terus gerak balik KL. dah kata short getaway!


rupanya banyak lagi tempat tarikan kat Kuala Selangor ni..

Sebabkan tak puas haritu, saya request untuk dibawa ke sana balik. hehe. yelah.. haritu surprise. ni pergi sukarela ;p


haritu gerak petang kalau tak silap. takpun lewat tengahari. kali ni pagi pagi dah gerak ke sana. sebab panjang itinerary haritu.. hehehe


first stop : Naik tram 
(ntah betul ke aku sebut ni main petik je malas nak google..haha)



Monday, January 9, 2017

Creative Presentation - Tema Pilihanraya


Assalamualaikum...

Bila dah kerja ni rasa rindu pula zaman belajar..

Bila sebut zaman belajar or zaman jadi student ni, 
masa sambung Degree lah paling best sekali
Rasa bertuah sebab dapat sambung belajar degree kat kampus bandaraya Melaka (KBM)

saya tak tahu la kalau kat kampus lain macam mana culture dia. tapi kat KBM memang best sebab famous dengan culture "creative presentation". bukan untuk budak subjek Human Resource je.. tapi student course lain pon ada buat creative presentation ni..

memang best, menarik dan terbukti senang nak ingat apa yang di-present bila time nak jawab final paper.. pada siapa yang tak faham ape Elia maksudkan dengan creative presentation ni sila refer entri saya yang sebelum ni ye.. hehe









antara creative presentation yang menarik dan yang sempat dirakam masa presentation bertemakan pilihanraya. jom layan gambar!




satu kelas dihiasi deko ala ala election. siap promote calon-calon pilihan raya..


setiap "calon" akan "berucap dengan propaganda masing masing".. propaganda tu is the content of their presentation 



dalam pada presentation, ada juga game yang dimainkan melibatkan classmate lain

tak ingat dah ape yang lawak sangat tu.. hehehe

muka "calon" serious je present.. taktau la btul serious ke cuak sebenarnya





lepas dah semua calon "berucap", masa untuk participant mengundi...


siap ada kena calit cat lagi.. macam election betul lak ;p

ni logo parti yang bertanding



siap ada sepanduk bagaii



bila semua dah vote, masa untuk kira undi.. our lecturer yang akan kira undi satu persatu dan umumkan calon yang menang..


memang harmoni dan happy je masa zaman belajar kan?/ haishhh... how I wish we can go back to that time.. haha.. dream on jelah Elia oiii..



papepon memang sweet memories la time study ni... 

p/s: Rasa macam tak sabar lak nak tunggu next REAL election ;p

Thursday, January 5, 2017

Bachelorrete Bffs


Assalamualaikum..

Entry ni agak lama tapi wat de hek.. ahahaha

when one of your closest friends about to get married.. 
you will get excited..

so you and the rest of your friends would be glad to plan and organized the bachelorrete party/dinner for the bride..

ada bagusnya bila buat bachelorette ni. bukan saja untuk meraikan bakal pengantin yang nak kahwin.. tapi masa ni juga la nak kumpulkan all the bridesmaids untuk nak bincangkan perancangan untuk majlis tu.. takpun untuk keep update progress majlis 


So last year kitorang dah adakan bachelorrete untuk my bff, FINH.

lokasi kat ACME bar, KL. berdekatan KLCC.


they are among my closest friends - the Joyahs..

kenapa joyahs? bukan sebab kitorang ni kaki kepoh or kaki gosip..

tapi sebab there's always "joy" when we are together.. so.. jadilah JOYAH! heheh..


for the event. we all the Joyahs chip in to organize. yang kelakarnya veil soft pink tu elia amik dari masa saya organize bachelorette my sister. yang kipas bulu bulu tu pulak memang ada dari rumah. tak pernah guna. so memang recycle je la.. jimat!



its the thought that counts!


event ni juga ada involved rakan rakan lain kepada pengantin perempuan. the rest of the bridesmaids were also invited untuk memeriahkan majlis


kek pon ada sempena the event. semua ikut selera si pengantin sebab dia suka sangat kek dari Wondermilk ni. so kami surprise kan dia with the cake and she looove it!





we all have our own life now but once a while we would drop everything to make time to catch up on whats going on with us. Semoga persahabatan kita sampai ke Jannah.. aminn








love you guys Joyahs!

Wednesday, January 4, 2017

Manisan kat Ben's


Assalamualaikum...

Sedang leka dok belek-belek blog yang dah berhabuk bersawang ni.. terjumpa gambar-gambar dalam draft. dah upload tapi lupa nak post..

jadi,.. 

layan jelah gambar-gambar time me and my girls satisfying our sweet tooth kat Ben's Bangsar..






Masa ni memang tengah rambang mata. tak tau nak order apa



sementara menunggu order siap, apa lagi pompuan nak buat kalau bukan selfie?



Disebabkan tujuaan asal datang Ben's ni bukan untuk makan makanan yang berat. kami pilih makanan dan minuman manis. masa ni pun petang.. ala ala hi tea.. cehhh.. konon!





So sorang satu pilih milkshake vanila, 
chocolate and oreo kalau tak silap lah.. semuanya sedap!


kek pon kitorang ambil 3 jenis. saling merasa sorang sikit..

sebelum makan kite pose dulu ;p




antara tiga-tiga kek, ni paling sedap.. lemon apetah namanya.. lupaa!





Red velvet dia ok.. so so la..

yang ni rockie ape tah nama dia.. pon boleh tahan rasa dia


oreo milkshake dia memang sedap sampai kemain lentik lagi my thumbs up ;P







Gendang gendut tali kecapi...
Kenyang perut, senang hati ....


all of us having our sugar rush.. sume ting tong dah lepas tu 






Tuesday, January 3, 2017

Tidur setiap malam tanpa risau dengan Olay Miracle Duo




Bila umur dah meningkat naik ni.. semua penjagaan diri kita kena step up a notch..
kalau dulu kita ambil sambil lewa, sekarang tak boleh dah.

Kalau nak kulit cantik, bukan waktu siang je kena jaga..

malam pun sama!


Kalau dulu nak tidur tu.. nak tepek bedak sejuk pun malas. 

Now bila dah makin tua ni. bila perasan kulit macam dah tak moist and tak segebu biasa, mula la jadi insecure. Malam pun nak kena tepek something kat muka.



dan 2 produk ni lah jadi jawapan segala insecurities 


setiap malam, lepas mandi, cuci muka berus gigi semua...

saya akan gunakan khidmat #MiracleDuo dari Olay Regenerist series ni



lepas dah cuci muka dan letak toner, saya akan sapu serum atau Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ni kat muka. 
tekstur jernih dia sangat refreshing dan akan absorb cepat dalam kulit kita.. Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ni penting untuk nak mempercepatkan penyerapan nutrient kat kulit kita






lepas tu sapu Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream dia pulak..


night cream ni akan plump dan anjalkan kulit kita disamping melembutkan tektur kulit.


bila pakai selalu memang kulit akan nampak lebih radiant dan berseri







sapu pada kulit muka dan boleh focuskan kat bahagian mata dan tempat tempat yang start nak nampak saggy tu



best tekstur krim dia memang light dan tak melekit.



lepas tu... 

steps paling mudah dan favourite, 



just take your beauty sleep






bangun bangun pagi kulit korang akan rasa segar dan lembab je.. best!



So, apa tunggu lagi? dapatkan Olay Miracle Duo series cepat 

For more information, check out their website 


and let the Olay Miracle Duo works their magic while you sleeps!

Resipi Pai Ayam dengan Kerak (Crust pie)



Assalamualaikum, 

kalau korang nak tahu Elia ni penggemar pastri.
dan memang suka sangat pai..

so dah minat sangat tu kena la try buat sendiri..

ni nak share resipi.. enjoy~!









Bahan untuk pastri : 1 cawan air sejuk dari peti ais 
3 1/4 cawan tepung gandum 
180 g mentega 1 sb gula









Tepung yang telah diayak, masukkan dalam besen bersama gula dan mentega


percikkan air sejuk sikit demi sikit


uli sehingga sebati. agak-agak ada rupa doh tu jadilah


bahagikan doh kepada 3 bahagian.









Bahan-bahan untuk filling (inti) : 2 keping dada ayam didadu kecil (nak letak ayam kisar pun boleh) 2 biji tomato potong dadu, 2 batang cederi, 5 biji cendawan butang dipotong nipis 1 sb lada putih 1 biji bawang besar didadu 1 biji ubi kentang didadu 1/2 batang karot didadu 1/2 paket mixed vege 2 - 3 sudu minyak, 2 sudu tepung jagung (boleh gantikan dengan serbuk sup cendawan or campbell soup)




-panaskan 2 atau 3 sb minyak. -tumis bawang besar hingga layu


masukkan isi ayam, kacau sedikit. masukkan bancuhan tepung jagung/ serbuk sup /Campbells cream of chicken dan sedikit air jika perlu. -biar didih sekejap dan ayam telah separuh masak



-masukkan semua sayuran dan masak hingga  empuk (sekejap saja)  -kacau rata dan matikan api, pastikan tekstur filling ni creamy dan tak berderai. Ketepikan filling dan biar sejuk.



sapukan mentega kat foil/loyang supaya doh kita nanti tak melekat lepas bake


tabur tepung pada papan canai dan ambil satu bahagian doh dan canai nipis.


Masukkan dalam foil/loyang pie (boleh dibeli dikedai peralatan bakeri). 

isikan inti kedalam doh

Bakar pastri pada suhu 200'C selama 10-15 minit 

 -keluarkan pastri untuk sejukkan, biar sedikit suam dan masukkan filling dan ratakan.



Potong lebihan doh dan rapikan.

 -ambil garfu dan tekan kat keliling tebing atasnya. 




 -canai 1 bahagian doh lagi dan tutup bahagian atas pie 
sapukan telur kat atas pastri ye.. tu optional . taknak buat pon takpe




 pastu bakar pastri pada suhu 200'C selama 10-15 minit lagi bergantung pada suhu dan  masa oven masing-masing. api atas bawah ye


kalau macam tak fully masak, lama kan sikit lagi. kalau boleh lamakan dapur api bawah. 
sebab pastri belah dalam tu lambat skit nak masak.




camnilah rupanya nanti



inti mestilah mampat dan padat.. kalau berderai tu maknanya inti dia cair la tu



kalau extra rajin buatlah brown sauce. hehehe.. 

resipi brown sauce nanti2 lah kite share ye ;p



selamat mencuba~!!

Blog Widget by LinkWithin