Wednesday, April 22, 2009

Nikmat bila berjaya melawan nafsu

Elia sekarang ni sangat penat dan mengantok...tapi seperti biasa masih gagah ber"belog"..

Mane taknye, setelah beberapa hari aku meliatkan diri untuk ke gym.

Dari Monday haritu pagi2 lagi semangat bawa beg gym lengkap berisi kasut dan kelengkapan bersukan.

Namun, menjelang petang aku akan mencari alasan untuk diri sendiri supaya tidak perlu ke gym.

Padahal alasan sebenarnya MALAS!!

Hari Isnin tu aku bermonolog sendirian "nanti kalau g gym takut balik lambat pulak..nanti terlepas cerita PRISON BREAK..."

dengan pantas menggelengkan kepala..."ee..tak boleh..tak boleh.."

Hari Selasa aku yakinkAn diri ku bahawa "esok-esok pon boleh"

dan terus mengendahkan suara perempuan sexy yang menyebut ayat lebih kurang camnie la..

"ting tong...next station, KLCC.."

Dengan muka tak bersalah aku teruskan perjalanan dan berhenti di station Jelatek.

Hari ni pula mula2 memang ingat malas nak pergi.. tapi kata2 kakakku tiba-tiba terngiang2 di cuping telinga.

"weh, gi la gym...dah lama xg, BONTOT awak dah makin besar dah..serious!"

adushh...sebijik terkena kat muka aku ni..

but it doesn't stop there..

"Mak pon perasan tapi dia tak sampai hati nak cakap kat awak"

Adushh..KEDEBAK!! terkena lagi aku!

kakak aku ni memang cakap tak berlapis sket...

kalau dalam American Idol tu die macam "Simon"- cakap ikot sdap mulot je..kalau bagi dia xsedap, memang dia akan kritik tanpa belas ehsan

Cicik la pengkritik tetap aku..tanpa perlu diminta

My Mom lak macam "Paula Abdul".. If memang suara peserta tak sedap dia akan still compliment the outfit.. pandai berlapik la kirenya..

Ok!! back to the story...




Hari ni aku berjaya ke Fitness First.. Berbulan kot tak masuk..

Duit yuran bulan2 tetap kena byr..='(



Sebelum korang fikir "ape la minah ni nak cite pasar dia kt gym, bosan dowh!"

dengar dulu cerita lawak yang aku lalui di gym hari ini..

kt gym ni aku perasan ada satu group "aerobik" yang sentiasa buat kecoh setiap kali berkumpul..

sampaikan my instructor, Ferdinand pon sempat bergosip ngn aku pasal group ni..

Dia kata derang ni menyemak je dtg gym.. g klas aerobik sejam then drg akan duduk kat lobby
sampai ntah pukul brape, borak2, gosip, makan2...siap bawak bekal mee goreng segala bagai..(bercerita dengan gaya kepochi)

Leader group ni yang paling tak menahan.. seorang mak cik(bg i mak cik la) xnak sebut aunty, mak cik macam effective sket cerita aku ni yang kejap pakai tudung kejap x..kadang2 pakai key, kdg2 tak pakai apa2...

tapi trademark dia pakai subang(bukan subang biasa, anting2 ok!dangling punye gitu) with funky necklace...

Elia tak ada masalah kalau seorang mak cik nak bergaya seperti orang muda...tapi agak2 la..
Nak bersukan pon nak pakai anting2?? this just ridiculous..

if u think this is funny, it doesnt stop there ok..

Bukan saja kat dance klas dia pakai camtu, dalam STEAM ROOM and SAUNA pon same!!! rasa nak gelak guling2 je dalam stim room tuh!

ntah kat siapa dia nak tunjuk pon aku tak tau.. tak berkarat ke telinga mak cik oii?!

Hari ni pula aku masuk2 changing room je nampak mak cik ni dah siap berpakaian sukan dia..

As you guess, lengkap tu bermakna ngan subang n rantai la..

tapi yaaaang paling TAAAKK menahan, dia tengah make up ye cik kiah!!

Aiyo...Motif???!! nak gi berpeluh pon nak make up???

hmm.... Malas nak cakap dah

let's just wish she wore the waterproof type!!

2 comments:

  1. ahaha !mak cik tu fashion victim kowt .
    ataupon mse "muda mudi" xdpt nak merasa ape itu ber"fashion" kowt .. :D

    ReplyDelete
  2. ha..ye la tu...
    nasib kt kl ni blum ada program "Fashion Police"
    kalau tak aku la org pertama bg nama mak cik tuh

    ReplyDelete

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)