Kenapa Saya Suka Rumah Saya? Kenapa Saya Suka Rumah Saya?
1. Saya suka rumah saya sebab ada banyak cermin satah yang boleh saya lihat jika ada sisa-sisa makanan yang terlekat pada jerigi besi braces saya. Selain itu dapat juga saya berkomunikasi sambil melihat wajah si kakak atau cicik yang berada di bilik sebelah tanpa perlu keluar bilik. Buka pintu sahaja dan pandang cermin2 kat depan bilik tu. "cicik, awak pakai baju ya ek!". oleh itu mudah untuk mengkantoikan kerana dapat melihat/mengintai apa orang itu sedang lakukan. Tapi pastikan pintu biliknya juga terbuka. Nanti disconnected pula.
:: Standard la umah bujang meja makan style jepun. hehe ::
2. Saya suka rumah saya sebab ada banyak bunga. Saya sangat suka flora dan fauna. Tapi fauna tu tak termasuk mr.drakula kecil berstokin belang yang membawa virus denggi kepada manusia.. No no no ure not welcome here. Saya tak kata hiasannya secantik Deko Bersama Eric "cantik kan??" tu tapi molek la sekadar termampu. huhu. Walaupon saya suka bunga-bungaan, bunga-bunga cinta plastik menjadi pilihan untuk hiasan rumah. Nak pakai yang fresh memang eden xmampu la kak non. Lagipun xde orang kat umah ni nak jaga. Nak siram la, tukar air la. Sumpah leceh. Pakai artificial flower paling senang. Kau dok la situ berapa bulan pon. Tetap mekar. kahkahkah. bijak-bijak.
:: Terlebih bunga sampai terpaksa tampal kat dinding ::
3. Saya suka rumah saya sebab walau dengan status bujang dia masih kelihatan menarik. Macam tuan dia juga yang bujang dan menarik. haha dan Elia jangan nak perasan. Wtf, kau tu xmenarik pon. Whateva la. Walau penghuninya hanya saya, cicik dan si adik the MarketBoy tapi it still looks like home rather than just a house. Kalau boring-boring boleh lepak kat balcony yang bila menjelang petang akan ada remaja-remaja sabahan main takraw kat court betul2 depan umah saya. Wah, betapa getisnya saya ni. Tapi tu aktiviti dulu. sekarang dah jarang sebab selalu duduk depan Lappy je xsempat nak hirup udara segar. haha. bukan nak hirup sangat pon nak tgk jantan kan. dusyuk2.gatal!
4. Saya suka rumah saya sebab saya dapat ruang saya sendiri. Ruang peribadi(privacy. wah gedik gile nak translate) yang selama ni saya idam-idamkan. Bilik saya sendiri. Selama ni asyik kena kongsi dengan orang saja. nak buat apa pon xsenang. Bila ada Bilik sendiri baru la best nak berjoget2 sambil dengar lagu kat Lappy untuk sesi pembakaran lemak tepu di muntot yang maksima. saje perkataan "BILIK" tu pakai huruf pangkal besar. haha. suka. saya dapat hias Bilik saya mengikut citarasa sendiri. Tak siapa leh persoalkan kenapa perlu saya pasangkan kelambu cinonet pada katil, kenapa saya catkan semua perabot dalam bilik kepada warna putih yang suci mulus tu. wah! Dan hanya di Bilik saya terdapat ruang "Wall-of-Vain" bukan wall of fame sebab banyak gambar-gambar berangan, keluarga tercinta dan beberapa gambar/keratan majalah yang harus saya banggakan. Biarla orang nak kata apa. Its my own SPACE. wehhaaw..
:: Pic ni taken agak lama juga. tapi hentam uploadn saje ::
5. Saya suka rumah saya sebab ia menenangkan. Walau kebelakangan ni saya balik, rumah ni tiada penghuni (cicik praktikal kat UKM, MarketBoy study kat Teknik)tapi saya tak rasa takut atau sunyi pon. Selesa je. Itu lah yang orang kata (orang kata bukan saya kata la) home sweet home. Even kena buat house chores pun tak terasa membebankan. When the time comes, pasang music kuat2, sarung shorts, pakai selipar jepun tanpa tumit, sedia untuk misi Spring Cleaning!! Tu pon part of exercise juga tu. Haa.. banyak exercise pon xkurus2 juga.. T_T
:: Baru tukar Bedsheets baru sempena wabak H1N1 ::
Walau sebest manapun Rumah Bujang Saya, ada juga yang xberapa best macam selalu rindu masakan Tokmama, rindu nak berkubang kat katil Mak sambil tidur atas perut mak which i love so much, melayan kerenah adik bongsu yang paling manja ngan saya and banyak lagi la yang i miss so much since staying alone ni. Tapi xrisau sangat cuz umah my mom dekat je. xsampai 5minit drive dah sampai. hehe. Miss u Mom~!!
haha..akhirnye kaw ade bilik kaw sndri..
ReplyDeletegud2..
ske hati kaw le minah...
hias2 le.
t aku nak dtg!! muahhahha
Datang la kawan.. kalau sempat raya nnti aku buat open house ko jgn xdatang cm taun2 lepas..hehehe
ReplyDelete