"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.
"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.
Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.
Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.
"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.
Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.
Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.
"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.
Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.
Semalam My Incik Apex call lepas game pon dia cam sedih ngan permainan tu. nampak sangat China nak kite kalah. dia ckp Safiq tu just sebut perkataan "WHY?" tu 2 kali je dah dilayangkan kad. not fair kan?
Memang aku tak puas hati ngan perlawanan semalam. harap permainan seterusnya perkara sama tak berulang. Pemain Malaysia rata-rata main dengan baik semalam. pendek kata, bermati-matian.. Wish good luck for this coming 15th Nov with Iran!
Credit: Kosmo Online
xpe2..dorang dah buat yg terbaek smlm...ak tgk game 2 pun rase cam panasss jek hati nga si william 2...mmg agak not fair...xpe laaa..xde rezeki...yg penting mereka dah berusaha sebaik mungkin...syabass wat malaysiaa...huhuhu~
ReplyDeleteur Mr.Apex 2 pun bagus btl smlm...tenang jek jaga pintu gol malaysiaa, walaupun slalu kena serang.....good job taw...=))
ben william entah pape je..
ReplyDeletegiler kad merah rsnya..
next time suh player ckp klantan je la..
xyah kena red card..
konpem refree xphm...
haha..
alaa..dorang tau Malaysia kuat..takutlah tu..saje nk carik kesalahan pemain kita..xpe..still ada peluang lagi..cahyok2!
ReplyDelete