Wednesday, January 5, 2011

KOSMO! : Apex mula cipta nama





MUNGKIN sebelum ini tidak ramai yang mengenalinya dan tidak keterlaluan jika dikatakan peminat bola sepak tempatan cukup sangsi terhadap kemampuan pemain ini ketika jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menyenaraikan namanya ke Piala Millenium di Vietnam baru-baru ini.

Namun, itulah hakikatnya – tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Segalanya bermula dengan kesungguhan, keazaman serta sema- ngat untuk sentiasa mahu menjadi yang terbaik dan akhirnya telah membuahkan hasil.

Sosok yang bergelar Khairul Fahmi Che Mat sebelum ini tidak begitu dikenali seantero negara seperti hari ini, malah peminat Kelantan juga seperti ‘enggan’ mengenalinya terutama ketika dia dibayangi kehebatan beberapa lagi penjaga gol utama pasukan The Red Warriors itu.

Berada di belakang Halim Napi dan Shahrizan Ismail, cukup membuatkan anak muda yang baru me- nginjak ke umur 22 tahun itu ‘lemas’ sehingga pernah memasang hajat untuk meninggalkan pasukan negeri kelahirannya.

Khairul Fahmi atau dikenali sebagai ‘Apex’, tidak pernah menyangka bahawa musim 2010 adalah musim paling bermakna buatnya.

Sebaik pulang dari Tanah Suci selepas mengerjakan umrah bersama pemain-pemain The Red

Warriors, ia membuka lembaran baru buat karier bola sepaknya.

Bagaimanapun, sebelum itu ‘Apex’ terpaksa melalui ranjau yang terlalu beronak selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan ketua jurulatih, B. Sathia- nathan membuat keputusan untuk mendapatkan bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussin.

Kehadiran penjaga gol tinggi lampai itu bermakna ‘Apex’ bukan lagi menjadi penjaga gol ketiga tetapi turun satu tahap lagi kepada pilihan keempat yang tentu- nya membuatkan masa depan yang lebih kelam.

Namanya terus disisihkan sehingga dia tidak mempunyai pili- han selain beraksi bersama skuad Piala Presiden semata-mata untuk mengekalkan prestasi dalam saingan liga kompetitif.

Kosmo! memetik ayat yang ditulis di dalam blog jejariruncing. blogspot milik Aimie Harmelia Mohd. Hashumi, buah hati penjaga gol kebangsaan itu sebagai berkata: “Saya teringat masa tu sering kali mendengar keluhan My Incik Apex (Khairul Fahmi), “Nak buat macam mana yunk, I tak bagus, tak main la.”

Luahan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan betapa ‘Apex’ berperang dengan perasaan untuk membuktikan bakat yang terpendam serta semangat cintakan pasukan kelahirannya menyebabkan dia memilih untuk terus bersabar.

Sejarah penglibatan ‘Apex’ dalam dunia bola sepak cukup sempurna apabila menerima asuhan di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) kemudian meneruskan cita-citanya di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Dia kemudiannya menyertai pasukan PKNS pada tahun 2007 dan seterusnya dipanggil menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2008 sebelum memilih untuk pulang menyertai pasukan negeri kelahirannya, ‘Negeri Cik Siti Wan Kembang’.

Pulang ke pangkuan pasukan negeri bermakna cabaran besar perlu dihadapi olehnya, sementelah ketika itu satu reformasi besar- besaran dilakukan oleh KAFA yang diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa membentuk sebuah pasukan negeri yang cukup mantap dengan membariskan beberapa pemain yang lebih berpenga- laman dan berkaliber.

Kembalinya Shahrizan Ismail yang bekelana ke Terengganu sebelum ini serta penampilan semula Halim Napi sudah pasti menipiskan lagi peluang ‘Apex’ beraksi dalam skuad utama dan musim 2008 kelibat pemain yang mengenakan jersi nombor 30 ini langsung tidak kelihatan.

Musim 2009 sekali lagi menyaksikan ‘Apex’ terus tersisih apabila kekebalan Halim dengan sosok tubuh yang tegak dan ketinggiannya menyebabakan pemain vateran itu sentiasa menjadi pilihan jurulatih Peter James Butler manakala Shahrizan pula sentiasa mengintai peluang.

Turun menjalani latihan dengan status sebagai rakan sparring, ‘Apex’ tahu peluangnya juga makin tertutup selepas KAFA sekali lagi membuat kejutan membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney.

Segala-galanya bermula pada 6 Mac tahun lalu apabila dia disenaraikan oleh B. Sathianathan ketika Kelantan terpaksa berkunjung ke Terengganu untuk aksi Liga Super menentang T-Team.

Ketika itu Sathia seperti tiada pilihan lain kerana Syed Adney mengalami kecederaan selain keyakinan pengurusan dan penonton terhadap pemain tersebut juga sedikit berkurangan ekoran bebe- rapa kesilapan mudah yang dilakukan.

Selain itu, Shahrizan juga mengalami kecederaan manakala Halim yang baru pulih daripada kecederaan, belum cergas sepenuhnya menyebabkan ‘Apex’ terpaksa disenaraikan memikul tanggungjawab di gawang Kelantan.

Sama ada takdir atau kebetulan, bermula dari situ ‘Apex’ enggan menoleh ke belakang lagi apabila aksi demi aksinya amat meyakinkan para penonton dan namanya mula menjadi sebutan puluhan ribu penyokong fanatik The Red

Warriors.

Kemuncak prestasinya apabila Kelantan bertemu Selangor pada peringkat suku akhir Piala Malaysia apabila dia berjaya menyela- matkan beberapa percubaan bahaya pasukan lawan selain membantu Kelantan ke peringkat sepa- ruh akhir menewaskan gergasi Lembah Klang.

Kepantasan serta keyakinannya di padang mula memikat jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang mula memantau kelibatnya dan mula menaruh minat untuk memanggilnya menyarung jersi kebangsaan.

Impian yang lama dipasang menjadi kenyataan apabila ‘Apex’ dipanggil melaporkan diri ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) untuk menyertai skuad kebangsaan dalam misi kejohanan Piala Millenium di Vietnam awal Oktober lalu.

Pulang dari kejohanan tersebut, namanya semakin memuncak selepas Kelantan buat pertama kali- nya berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas penantian selama lebih 80 tahun dan ‘Apex’ adalah antara pemain utama yang membantu Kelantan.

Tugasnya semakin sibuk. Belum pun sempat meraikan kejayaan tersebut, dia diarahkan melaporkan diri bersama skuad Rajagobal untuk persiapan ke Sukan Asia Guangzhou, namun langkah Malaysia hanya terhenti di pusingan kedua.

Akhirnya sinar kegemilangan anak kelahiran Kampung Cherang, Kota Bharu ini semakin jelas kelihatan apabila bersama skuad kebangsaan berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia setelah menunggu selama 14 tahun.

Ramai yang bersetuju salah satu faktor kejayaan pasukan Malaysia adalah disebabkan kecekapan ‘Apex’ di gawang.

Buktinya, perlawanan menentang Indonesia pada pusingan akhir kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno memperlihatkan bakat sebenarnya.

Mentalnya terlalu kuat untuk ‘diganggu’ para penyokong fanatik sang Garuda walaupun pelbagai cubaan dilakukan dan dia juga de- ngan tenang menyelamatkan sepakan penalti ketua pasukan Indo- nesia, Firman Utina.

credits: Kosmonline

43 comments:

  1. wahhh chayok2 KFCM n ELIA..both of u so sweet..! =)

    ReplyDelete
  2. huhuhu..kata orang, kalau rezeki x kemane kan elia..ape2 pon gud luck 4 both of u..moga rezeki Apex n elia mencurah2 dan cepat2 naik pelamin..4 u elia, gud luck 4 ur stdy!

    p/s: suke sgt tgk korang yg suwet muwet ni.ble la tiba mase i nih..pakwe pon xde..hahaha...(^_*)v

    p/s/s: jom g blog i yg newbie..xde la newbie sgt coz b4 nie de blog..tp dh "selamat tinggal"..huhu..

    http://lolaa-nurafizza.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada Khairul Fahmi aka Apex..

    kepada Elia teruskan menjadi pendamping semangat kepada Apex..

    tahniah buat anda berdua..

    =)

    ReplyDelete
  4. hai salam kenal..rasa kagum pulak dapat kenal fahmin kat blog GF dia..hehehheheheh..ingat ke fahmi tu anak jepun mn la..hehehhe

    ReplyDelete
  5. akak addicted arr skrg dik elia..pagi2 msti nk ke blog kamu.. haisshh! :P.syabas dgn kejayaan chenta hati kamu. semoga kuat cinta antara kamu berdua.. i lap u, u lap me everyday ya!.. weeeeee...

    ReplyDelete
  6. all the to apex..

    **still konfius mcmna org sepak penalti xmasuk boleh dpt mvp**

    ReplyDelete
  7. He's really good and sy fikir memang dia layak untuk mendapat pujian dan ganjaran atas semangat dan kecekalannya menjadi penjaga gol yang disegani..kini di asia tenggara.
    Anyway, salam santai dan I dah follow u serta link your blog to mine.
    Do keep in touch.

    ReplyDelete
  8. waahhh..mcm baca buku sejarah topik KFCM...hehe

    ReplyDelete
  9. memang antara penjaga gol terbaik harimau malaya...tak sabar nak tgk aksi KFCM game akan datang...

    entri video terkini Apex di Nasi Lemak Kopi O
    http://papankekunciku.blogspot.com/2011/01/temuramah-bersama-khairul-fahmi-che-mat.html

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah!! tuah ayam nampak di kaki tuah manusia hanya ALLAH swt yang tahu ....tahniah!!

    oh ye lupa lak dulu adik ipar pemain bola sepak jugak...now dah retired coz problem lutut..huhu

    ReplyDelete
  11. elia:yg restoran arab ckp nk mkn2 ngan org tuh..u g x??best2...mkn ditaja..huhu...

    ReplyDelete
  12. 1st time drop comment here:)
    terhru la bce ni..hee~
    all d best both of u!

    ReplyDelete
  13. mmg Apex umpama bintang ang kian menyinar sekarang ni...semoga Apex terus maju...

    ReplyDelete
  14. Semoga Fahmi akan terus berjaya......
    #Pak Man suka blog nih.

    ReplyDelete
  15. penuh ranjau..lastly berjaya...syabas...

    ReplyDelete
  16. all the best to fahmi yerp..for elia sokongan anda amat bermakna buat fahmi so always support dya yerp moga happy2 selalu utk korang berdua :)

    ReplyDelete
  17. he's the best, hopefully dia boleh kekalkan sifat down to earth dan tingkatkan prestasi dengan lebih cemerlang!

    ReplyDelete
  18. all da best to both of you...

    gud sebab bermula dari bawah...

    ReplyDelete
  19. semoga KFCM terus maju dan maju..
    begitu juga dengan pasukan malaysia..

    semoga berjaya semua.. =]

    ReplyDelete
  20. salam alia & apex
    semoga kalian success selalu..

    ReplyDelete
  21. Apex make us proud. Adik Elia jaga dia baik baik yer. Korang memang sesuai untuk bersama :)

    ReplyDelete
  22. i juz fllow ur blog~~mai la follow belog kami plak..hehehehe~~ =)
    btw sweet la korunk... =)

    ReplyDelete
  23. wah moga apek akan terus maju dan betambah cekap serta murah lagi rezeki.. amiin


    Semoga Elia akan terus menyokong apek dan bahagia ke jinjang pelamin.. amiin

    ReplyDelete
  24. elia,

    i just nk bagi pendapat ler.. i think u punye penulisan kena ada copyright ler.. coz nnt ada pihak2 yang tk bertanggungjwb suka2 jer cedok dari u punye blog..

    since its ur blog privasi amat di perlukan ler.. klu tak nnt dorg senag2 jer nk amik without your permission..

    ReplyDelete
  25. waaaa,suke bace entry ni...=) moga rezki apex btambah2 lepas ni ek... 4 elia--> jage apex elok2.. jgn smpai org lain amek die.. mentang2 apex popular, nt ramai lak yg mggoda die... waaaa, xsabar nk tgok korg naik pelamin... wish best of luck 4 both of u in future.. elia n KFCW.. sweet couple..

    ReplyDelete
  26. keep it up...say to him, praktis dan more prektis..jgn cepat putus asa...be a malaysian goalkeeper legend...hehehe..sy dah follow u, n KFCM fb...sapot ur fahmi...gud luck..=)

    ReplyDelete
  27. haha..dlu tak nmpak pn apek kan..skng bru smua nk bukak mata..

    sb tu org kata..jangan cepat nak pandang rendah kat org lain..sebab setiap org mmg dilahirkan dengan kelebihan yg tersendri...bila dh smpai masa,akn nmpak gak kelebihan dia kat mn-mana..bergantung pada takdir yg dh tentukan.bezanya cepat atau lambat je

    good luck apex and u elia,terus jadi tulang blakang apex ye..
    love both of u..muahh(kat Ya je oke)hihihi

    ReplyDelete
  28. kak elia ngan abg fahmi sweet sgt.. semoga bahgia dgn abg fahmi hga akhir hayat.. n berjaya dlm bidang yg akk ceburi.. kte d bwah payung uitm yg same.. hehe.. gudluck ye kak.. n hope akk boelh follow blog sy jugak..:))

    ReplyDelete
  29. betul betul :) tuah orang, kita tak dapat jangka bila dan macam mana...

    untuk elia.. semoga terus bersama apex muhh :P

    ReplyDelete
  30. hahaha....sya pn adicted gak kat blog kamu elia....cam sweet je chinta korg....nk dapat bf cm kamu gak leh? hehe....bahagianya kan,....:)

    ReplyDelete
  31. elia... ziera ada buat entry untuk awk...
    hope this entry will make the haterz juz back off and rised ur spirit again dear...=)

    http://konklisinurul.blogspot.com/2011/01/tak-paham-kenapa-orang-benci-jejari.html

    ReplyDelete
  32. elia..teruskan berblog...jgn pedulik kata org....suka baca blog elia...

    ReplyDelete
  33. wah! femes la KFCM skang ni kan..
    dah ada nama femes gak, KFCM.
    smart2..:)
    gudluck both of u

    ReplyDelete
  34. sukalah baca sejarah dia. =)
    penuh ranjau duri gitu.

    pepun good luck to u all

    ReplyDelete
  35. wah kosmo pun khatam entry u eh. bagus bagus. hihi

    ReplyDelete
  36. http://cheguabbas.blogspot.com/2011/01/khairul-fahmi-apektraining-di-institut.html

    ReplyDelete
  37. http://iniblogfatinizyan.blogspot.com/2011/01/sape-khairul-fahmi-che-mat-hensem.html

    Akak uitm machang! Heeeee i wrote an entry bout him sbb sumpah tak penah kenal mamat tu hehe. :))

    ReplyDelete
  38. sangat setuju dengan entry nie.. dah berkurun rasanya kita tidak dikurniakan pemain-pemain seperti mereka.. utk APEX "all da best" n lakukan yg lebih baik, ini membuktikan keupayaan orang2 kita tanpa memerlukan pemain2 import seperti yg dilakukan Indonesia, tahniah sekali lagi utk KFCM..

    ReplyDelete

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)