Thursday, August 25, 2011

Tutorial Satin/Pashmina shawl - Bella

Salam Ramadhan semua!!

waaa.. lagi berapa hari je lagi kita nak sambut bulan Syawal kan?

So, mesti dah ramai yang dah start membeli-belah barangan utk beraya kan?

Baju raya, kasut raya, stokin raya, makeup raya, handbeg raya, tudung raya, pin tudung raya, kuih raya, sampul duit raya, bunga raya... eh, yang last tu takde-takde ;p

Ok, sempena nak raya ni saya nak bagi sedikit tutorial on How to Wear a Satin/Pashmina Shawl. ni according to my friend, Bella punya style lah.


Kita go step by step k?


1. Letakkan shawl tu kat kepala dan pinkan pada belakang leher.





pastikan panjang kedua2 belah shawl itu tak sama ye.




2. Kemudian ambik bahagian shawl yang pendek tu dan pinkan seperti gambar di bawah.








3. Seterusnya ambik bahagian shawl yang panjang tu dan lilitkan di atas kepala seperti pic di bawah. lipatkan bahagian tepi shawl tu ke dalam supaya jahitan bucu shawl tidak kelihatan. bak kata cik Bella kita "supaya nampak volume sikit"..ececeehhh.. macam rambut pulak ;p





4. Setelah membetul-betulkan shawl mengikut citarasa, pinkan supaya shawl satin ni tak bergerak. biaselah, kain dia lembutkan. kang nak gi beraya kang abes melayang tudung satin uolls ;)





then...



tadaaa....


Dah siap. Senang kan? kalau nak buh accessories lain pon xpe. ikot tahap melaram anda lah.
Style at your own risk! huhu






ha.. senang je kan? So kepada anda yang nak pakai tudung satin untuk raya ni bolehlah try style ni. credit tu cik Bella for this tutorial. Lps ni tutorial Elia plak. alamak. nervous la pulak!!


Lariikkk!!!!!


Kedua-dua ni satin tapi menggunakan teknik berlainan. Satu lipat ke dalam, satu lagi just biar je nampak jahitan bucu/tepi shawl tu.

Selamat Mencuba!

28 comments:

  1. lama nk cr tutorial ni..
    thanx for sharing!

    ReplyDelete
  2. elia, mana nak carik tudung ni? hehehe... sabtu baru nak balik ke nilai. agak2 nilai ada jual tak?? heheheh..

    ReplyDelete
  3. lawa la..
    tp saye pakai msti x lawa..
    sob3..

    ReplyDelete
  4. elia comey sgt bile bertudung.....kekalkan tau =)

    ReplyDelete
  5. thanks sbb share tutorial yg awesome nie..raya nnt leh lah sy try pakai mcm nie..heehehehe..(^__^)

    ReplyDelete
  6. Betul tu linda...biasalah agak malas nk adjust2 tudung, tp bile tgok ni mcm senang gak nk buat kan..thanks elia *wink*

    ReplyDelete
  7. thanks for syaring... boleh la deno cuba lepas nie.... cantik la...(^_^)

    ReplyDelete
  8. nak tutorial yg cam elia pakai kat gambar atas tu...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Cantik..tapi tak pandai nak cuba

    ReplyDelete
  10. buat vlog tutorial pulak.. senang sikit nak paham.. hehe

    btw tanx for sharing...

    ReplyDelete
  11. salam...

    tutorial yang best,,sangat berguna kepada sahabat2 yang masih belum pandai menggayakan tudung ni.

    selamat hari lebaran..

    ReplyDelete
  12. haha..untunglah biela azrina..:p

    nice tutorial ;)

    ReplyDelete
  13. dah berkurun beli satin shawl, tp skali je pakai, pastu mcm tak reti nak buat, so kasi die mati sajork dlm itu lemari, hik3~

    now mau cube balik lah style ni laks, tengs 4 sharing~~

    ReplyDelete
  14. rasa macam tak sesuai jer pakai..macam rumit jer tengok belit belit tapi bila tengok oreng pakai nampak lawa..boleh cuba nie :)

    ReplyDelete
  15. ok cantik tapi ROJAK lebih suka tengok pempuan berbaju kurung bertudung labuh..sejuk je mata memandang..

    ReplyDelete
  16. mcm tak kofindent plak nak pakai hehehe

    ReplyDelete
  17. kalau saya pakai confirm kena tarik dek anak2 hehhee

    sempena bulan baik ni, saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata atau kekasaran bahasa

    salam aidilfitri daripada
    Tinie-Aelek-Fatin-najwa

    ReplyDelete
  18. comey nyer!!! tq for sharing caring!!! swett.. suka3!!!

    ReplyDelete
  19. salam ramadhan.. jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman saya mengembara di 46 buah negara .. :)

    ReplyDelete
  20. keliru la.. pashmina ke shawl ni? x nmpk mcm pashi pun.

    ReplyDelete
  21. Thanks for sharing. Harap dapat tunjuk lebih banyak lagi. Apa kata buat video plak cara2 pakai tudung. Ok ke?

    ReplyDelete

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)