Thursday, December 29, 2011

Tutorial Crystal Shawl with OHB



Yesss... akhirnya video tutorial berjaya di-upload~!! mari kita raikan!

Video dibawah ni dirakam ketika saya buat photo shoot untuk ruangan artikel di Harian Metro yang katanya akan di-publish tahun depan(ala brape hari je dah nak tahun depan kan;p). sempena pembukaan butik Online Hijab(OHB) ni.


Video cara memakai shawl crystal yang ada dijual di OHB ni.

jom kita cekidaud video shawl tutorial ni sambil gelek-gelek ;)



Amacam best x? senang rupanya nak pakai shawl crystal ni supaya nampak subang dangling dua-dua belah ni. haritu sebelum kak Lela buat tutorial ni memang jenuhlah saya membelit shawl yang cun ni. last2 tak pakai pon sebab payah sangat. now dah boleh belit cara yg mudah and gojes.yeahhh!


By the way, JUMAAT ni Online Hijab akan mengadakan Soft Launching of their O.H.B Flagship Store (KL).

Date : Friday (30/12/11)
Location : H-2-2, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Operation hours : 10am -6pm
(weekend & public holiday: 12.30am-6pm)


Basically saya akan berada disana(butik OHB) around pukul 2 hingga 4 petang. so kepada semua followers, blog readers and silent readers yang ingin berjumpa saya face-to-face...ish, macam skema plak ayat kan..

again..again.. kita boleh chill out, borak-borak, beramah mesra, photogedix bersama dan macam-macam ber lagilah... jemputlah datang ke O.H.B Flagship Store antara pukul 2-4ptg Jumaat ni! Elia teringin sangat nak buat gathering dari haritu lagi tapi tak berpeluang dan akhirnya inilah masanya guys! so dont miss out ok?

Kalau nak datang cuci-cuci mata atau try(fitting) shawls dan pakaian yang ada disana, meh le turun Sri Hartamas. ia dibuka dari kul 10pagi sampai 6 petang! its an open invitation. semua boleh datang. sesiapa saja! so apa tunggu lagi???

untuk sebarang pertanyaan, lawati link2 dibawah :





7 comments:

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)