Saturday, December 31, 2011
Akhirnya dapat jugak
Friday, December 30, 2011
Preview photo shoot for Harian Metro
Thursday, December 29, 2011
Tutorial Crystal Shawl with OHB
official website : https://
Wednesday, December 28, 2011
Hana at IKEA
Godek punya godek, rupanya ada beberapa post yang dah berhabuk dalam draft blog ni. gambar gambar lama yang tak dia upload dan cerita cerita yang tak di-publish. jadi untuk mengelakkan pembaziran, slow-slow atau from time to time mungkin saya akan update entri-entri lapuk ni.
Sunday, December 25, 2011
Back to basic
Friday, December 23, 2011
Kuku bersinar sinar
Haaa.. tuuu diaa..
Special punya treatment buat si kakak. manicure and pedicure spa complete. ataih bawah habaq hang!!(dan dan la dialek penang mai bila family berkumpul kat rumah ramai-ramai ni) sampai 2 orang buat dah macam puteri raja la plak. saya buat buffing je. sorang jelah yang layan. jeles.. jeles i ni tau...
Akhirnya, kukutangandankakikakakkukilatkilatan! hehehe!*jgn risau,boleh dibawa solat*
kuku dah cantik, barulah manis bila disarung cincin...
tak gitu? ;p
p/s: video turorial still tak dapat nak upload. error ape tah. nnti once dah upload will let u know k?
Thursday, December 22, 2011
Novel terhebat
Suatu hari di salah sebuah bilik hostel/kolej Dato Onn 4, Uitm Machang yang sentiasa menjadi bilik persinggahan para gadis melepak dan ber-xoxo(gossip)...
Kedengaran perbualan rancak antara 3 orang gadis... yang pada asalnya mereka hanya berbual mengenai Novel Ombak Rindu dan akhirnya melalut ke tajuk dan jalan cerita novel-novel yang pernah mereka baca..
"alaa... yang cite pasal kawin kontrak tu.. yg peliknya camne lah si Syah boleh ajak org yg dia baru kenal seminggu tu kawin ek"
"haaahh..maybe sbb muka Alia tu ada iras-iras Nazirah kot. gf dia yg dah meninggal tu. yg si Alia pulak setuju sebab dia nak pakai duit 30K tu utk tolong byr rawatan sakit kawan dia. so perkahwinan pon berlaku n lama kelamaan syarat ntah kemana diorang pon muka suka sama suka"
"walaupon masing2 ego.. geram tapi best kan?"
"Taufik dan Salina yang masing-masing dah ada pasangan tapi terpaksa kahwin. mula mula duduk sebumbung pon tak sehaluan. tapi lama-lama kehadiran Zulkifli yg kerja se-office dengan Taufik menyemarakkan perasaan cemburunya. Usahalah si Taufik ni nak dapatkan cinta Salina."
"Cerita ni best sebab ada banyak part-part romantik dan menusuk jiwa gituw"
"ha'aah.. one of the best novel kot kite pernah baca!"
"cite ni pon best. pasal Razif yang jatuh cinta ngan orang gaji dia Norjihah yang pandai jaga anak-anak dia. tapi ex wife Razim yang dulu curang dengan dia last2 lumpuh kan pastu Razif terpaksa terima ex wife dia balik"
"tapi last2 dia kawin gak ngan jihah tu...novel ni best sampai ada sambungan.. novel Tak Semanis Impian.."
"haah.. yang sambungan ni sakit hati sikit baca. dah elok-elok Norjihah tu bahagia kawin ngan Razif, adik jihah lak si Seha tu kacau lak!"
"Boleh plak adik ipar syok kat abg ipar? kononnya jeles dengan layanan caring n romantik Razif kat Norjihah..eeeii.. geram jadi kat Seha tu!"
tanpa disedari lagi 4 orang gadis lain yang kebetulan berada di bilik tu pon turut dengar perbualan 3 gadis tadi. dengan muka penuh keterujaan salah seorang dari mereka pon menyampuk..
"Haaa... ni ni novel best korang baca tak? mesti penah kan.."
"Novel ape??"
"Bukit Kepong masa kita tingkatan 4 tu!"
Akhirnya satu bilik tu riuh ngan gelak tawa terpekik terlolong gadis-gadis tu...
"AHAHAHAHAAHAHAAAA... adoii... tu novel sastera sekolah dulu kan?"
"haaa'aah.. dah tu je novel yang aku pernah baca!"
Hahahaha...YAA.. kami memang sengal..
p/s: dengan perasaan penuh bangga, riak dan takburnya... saya nak bagitahu saya akhirnya dah tengok cerita Ombak Rindu ni! hehehe ;p
Elia tengah dalam proses nak upload video tutorial shawl... sabar ye menanti ;)
Wednesday, December 21, 2011
Tak ku sangka tak ku duga
entri kali ni memang kena dengan tajuk. sebab memang tak ku sangka tak ku duga..
semuanya bermula di Twitter bila someone said my blog - blog jejariruncing yg tomey tomey tomey ni tersenarai sebagai antara 10 blog paling kerap dikunjungi atau di'search' di Google sepanjang tahun 2011 ni!
Biar betik kan? betul ke ni? macam susah nak percaya jadi saya check kat lappy untuk kepastian.
Dan hasilnya.....
Woww.... no 4? Blog Jejariruncing jatuh no 4? tengok nama blog-blog yang lain semua gah gah je. kite rasa macam kerdil je berada dikelompok nama nama besar blog blog femes emes ni.
Walau apapon sebab musababnya, saya tetap bersyukur kerana dapat juga terselit dalam top 5 blogs yang selalu di'google'. Alhamdulillah. memang sebelum ni dalam mimpi jelah benda benda camni kan. macam tajuk lagu Elyana, tak terpakai di akalku la kan..
Lagi satu berita gembira diterima, saya dihubungi pihak Nuffnang tempoh hari dan esok kami akan meet up to discuss on few things dengan pihak Nuffnang. nervous plak nak tunggu esok ni ;p
Harap harap ia sesuatu yang menggembirakan dan dapat meningkatkan semangat Elia nak terus ber-blogging lepas ni. Semangat dah ni ;D
Tuesday, December 20, 2011
Kedai Rakyat 1Malaysia
Inilah ghupenye kedai tu..
jom masuk dalam!
Kami masuk masuk je jakun plus teruja terus tengok kebanyakkan barang yang dijual ada sticker ataupon under brand 1Malaysia.
Ice Cream.,, nyum nyumm
waaaa... teruja tak teruja tak??? *buka mata bulat bulat*
tak??? ok fine -_-"
yang penting kami tetap teruja
Paling jakun dan teruja dengan bakut yg ala ala troli ni. masuk masuk kedai tu walau tak de niat nak membeli pon kitorang usong je bakul-roli(gabungan bakul+troli) tu sehulur hilir.
Memang tak dinafikan harga kat kedai ni murah sikit berbanding harga barangan tu dipasaran dan berbanding jenama terkemuka yang lain. tapi untuk sesetengah barang je. tak semua. pembeli kena bijak menyemak dan menilai harga. supaya kita takde lah yakinnn je harga dia murah padahan brand lain jauh lebih murah.
Apapon pengalaman melawat(ceh melawat la sangat.menyemak adalah) ke Kedai Rakyat 1Malaysia ni memang menarik.
Korang ada tak benda ni kat kawasan rumah korang atau area berdekatan? sama tak barangan dia atau lain sikit? kalau ada boleh kongsikan ;)