Monday, February 27, 2012

Pernahkah semalas ini?


Pernah tak anda rasa satu hari tu malas sangat? rasa macam tak ada mood nak belajar, datang kelas pon semata-mata untuk tanda kehadiran je.

saya pernah rasa. baru minggu lepas. mungkin sebab otak dan badan penat, hari tu rasa malas yang tak terhingga.. sampaikan..


bila lecturer suruh salin soalan dari kertas tu..


what to know i did?



took out my camera phone. *snap*

then tulis kat kertas



hahaha.. ni dah tahap malas sangatlah nak salin soalan. tak pernah lagi sepanjang sem buat tapi hari tu memang rasa malas sangat nak salin soalan yang panjang berjela ni ;p

dah la kelas kat makmal komputer, berhawa dingin. member sebelah buka pula komputer.


haiishh.. dugaan.. dugaan..




p/s: jangan tiru aksi di atas ye ;p



Pecah Rekod


Seperti yang korang sedia maklum, jadual harian saya sangatlah pack sekarang ni. tahukah anda bahawa saya dan rakan group assignment dah 2 hari tak tidur?


pecah rekod kot 2 hari berturut-turut tak tidur. ikotkan entry ni ditaip pada pukul 6 pagi. tapi di-schedule-post kan ke waktu lain supaya korang semua leh baca.

ketahuilah wahai anda semua, kami dah pun siapkan report dan segala preparation untuk assignments yang bakal dibentangkan kul 10 pagi nanti. tapi kami decide tak nak tidur terus sebab lepas subuh kalau tidur balik nescaya memang takleh bangun la pagi nnti.

oleh kerana risau kami 'syahid' tak bangun pg nanti, kami pon decide takyah tidur. so, terhasillah entry ni walau dengan keadaan kepalaku yang agak weng weng ni.

Dah la japgi nak present, petang nanti nak test pula. lusa test lagi. tulat pon ada test lagi. makaaiiihh.. nampak gayanya bermata-panda lah aku ni nanti.




cuba korang bayangkan... dari rupa seperti diatas ni.



Elia bertukar jadi macam kat bawah ni ....

.....
...
..
.




Tadaaaa... Elia bermata panda!*buat nada doreamon*




" hehehe... muka aku pon tak seteruk si Elia ni hah! ;p "



btw, alang alang hari isnin ni disunatkan memotong kuku. jadi adalah lebih baik potong ikot sunah nabi.




Selamat pagi dan selamat beramal!

Sunday, February 26, 2012

Padat Maksima

Padat! padat padat...

apa yang padatnya?

nak tahu?

jadual saya harini la yang padat maksima macam iklan milo tuhh. banyak benda yang kena completekan by today. dah la semalam pon tak cukup tidur. pagi tadi ada kelas (jangan lupa saya study kat Kelantan so Ahad ada kelas). tengah hari tadi ada test untuk subjek Investment dengan Sir Iqram yang best. huihuihui. puji nampak. belum tentu dia baca entry ni. ;p

nak tengok my To-Do-List untuk harini sahaja?

1. Hantar draft ENT -done
2. Test Inv - done
3. Tidur - soon. after this entry. kena qada' tidur yang tak cukup smlm
4. Shoot for ENT report
5. Siapkan balance report ENT
6. Siapkan slide ENT untuk presentation
7. Print all the report to be submitted
6. Study for ENT test which is tomorrow


Gila banyak benda kan nak kena siapkan by today? kebanyakkannya kerja dari subject Entrepreneurship. papepon kena rehat jap. i need my short nap. lepas bangun ni kena buat kerahan tenaga dan otak. ntah pukul berapa pula la nak tidur malam(or shall i say pagi) ini.

Whatever it is, tak boleh complaint. kena senyum...




it can release stress. relax. sabar.. sabar itu kan sebahagian daripada iman?

Saturday, February 25, 2012

Funny photos

Bila dah takde kerja saya suka suft internet cari gambar-gambar yang kelakar.

the end ;p







Thursday, February 23, 2012

Diam tak diam


Diam tak diam perjalanan Elia dah nak sampai penghujungnya.

diam tak diam minggu depan dah minggu terakhir sebelum study week.

diam tak diam enam semester hampir berakhir.

diam tak diam dua minggu sahaja lagi saya bakal menduduki peperiksaan final.

bukan sahaja final untuk semester ini.

tapi juga untuk sepanjang tempoh 3 tahun pengajianku.

ini perjuangan ku yang terakhir.

Diam tak diam Elia bakal meninggalkan negeri Che Siti Wan Kembang ini.

tak pasti sama ada saya akan kembali lagi ke sini.

negeri yang telah mencalitkan pelbagai kenangan.

manis mahupun pahit.

Yang pastinya selepas ini, lebaran atau coretan baru bakal ditempuh.

semoga dipermudahkan, amin..



Minggu depan memang minggu yang sibuk.

sibuk sangat sibuk.

kaki pastinya akan melangkah ke sana ke mari.

ke hulur ke hilir.

otak pastinya dikerah lebih dari biasa.

Test dan kuiz berderet hampir setiap hari

assignments to submit which due someday around next week.

dengan presentations-nya lagi.

nasib MUET dah settle dan Alhamdulillah keputusan tak menghampakan.

lepas next week ni kena bersiap sedia untuk ke medan perang pulak.

perang peperiksaan.

penat memang penat tapi kita kena buat.

biarlah berkampung kat library ke, tak cukup tidur ke, muka naik jerawat ke.

janji berbaloi, because this is our last chance!



So, may i ask for your prayers?

Doakan semoga saya dapat menempuhi segala ujian dengan tenang dan jayanya.

doa anda sangatlah dihargai. sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalasnya.

"Always remember in life, whatever we do
we are never Defeated unless we GIVE UP"

* mungkin lepas ni kurang online. tapi kalau updated blog pon mungkin yang scheduled post. maksudnya yang dah dikarang awal-awal dan di-post kan ikot schedule. tak nak la hampakan my lovely readers ni kan ;)


Wednesday, February 22, 2012

Jangan marah ye sayangku

Heee.. saya tahu mesti ramai yang bengang, excited, geram, malu malu gajah dengan entry saya yang sebelum ni. Pasal jemputan ke majlis perkahwinan saya tu. aalaaa.. yang jatuh pada 31 Feb ni!


hehehe.. ramai jugak yang terkena ye?

ada beberapa orang yang siap hantar alamat penuh dengan nama sekali.
ada yang personally inbox saya mohon dapat invite ke majlis tu.
pagi pagi lagi Mak dah call kate dia terkejut orang call dia tanya kenapa Elia kawin tak jemput dia pon. Kak Lela owner OnlineHijab pon nyaris sentap hati mak nab sebab saya kawin senyap senyap padahal dia dah janji nak buatkan tudung dan headgear gorgeous for my wedding nanti. kawan-kawan lama yang jarang bertegur sapa pon dan dan lah tegur hai lah tahniah la..then bagi pesanan penaja, jangan lupa jemput aiii ye.. hamboihh..


tapi mungkin mereka pandang tarikh tu sekali lalu je. anyway it was just a joke. prank di pagi Rabu yang suram ni.. hehehe. alkisahnya sebenarnya Elia pon terkena juga oleh my aunty, so ni siri balas dendam la ni..


tak sangka pula ramai yang amik perhatian. ingat nak kenakan family, kawan rapat and my faithful readers je. tup tup kecoh pulak. hehe. minta ampun mntak maap..

Nasib my mum knows me well. takdelah dia call pagi tu marah marah but instead dia gelak. dia tahu perangai anak dia yang sorang ni. she often said i'm the joker in the family. kalau Ya takde sure tak meriah majlis. sebab ai memang suka bergurau dan ai sorang je yang berani sakat tok tok sedara sampai diorang blush dan gelak terbahak bahak. huhuhu.

Korang bayangkanlah masa 21/10/2011 tahun lepas. tarikh sepatutnya saya diijab kabulkan dengan sipolan.. orang lain sure tengah sedih, meroyan or meratapi nasib kan. but nak tau saya buat ape? pompuan takde kerja ini pergi call all the aunties, uncles, tok dan nenek saudara sepupu sepapat (yang boleh bawa bergurau) then buat suara serious kepochi.


me: hello
aunty: helloo
me: aunty katne tu?
aunty: kat office lah. awatnya?
me: awatnya?? haiisshh.. awat tak amik cuti ni? tau dak dah kul brapa ni? orang dah start mai dah. rumah tak siap kemaih lagi. satni mak andam mai, aunty duk office lagi?!(nada serious hokey..cuba bayangkan)
aunty: huhh?? apa ni? apa yg awk merepek ni??
me: laaa.. aunty ni.. lupa letteww.. harini kan majlis aiii.. cepat2.. tok kadi dah nak mai dah!lambat kang tak gojes la mai time majlis dah abes..
aunty. : -_-"
me: kahkahakahakah *gelak puaka* hahaha.. k lah nak call Mama Tok pulak nak sakat dia lak
aunty: ciss.. kuasa tau pompuan ni. sabor je lah!

lebih kurang camtulah prank yang berjaya saya pull that day. memang kelakar la semua geram je dengan saya. well.. thats just me. love to jokes around and make people around me happy ;)



So kepada anda yang sudah terkono den tu Elia minta ampun minta maaf ye. takde niat lain melainkan nak suka suka je. bergurau senda. pengubat duka!

At least now, tahulah rupanya ramai yang nak datang majlis saya nanti.. fuhh.. kena kumpul duit dari sekarang ni.. hehehe

jika anda sudi maafkan saya, tekanlah butang "LIKE" kat bawah ni.. :)

Walimatulurus

Bismillahhirrahmannirrahimm..


Sukacita dimaklumkan bahawa anda, yeee kamu!! para pembaca blog jejariruncing yang amat dikasihi.. dijemput hadir pada hari perkahwinan saya yang akan bertempat di hotel Concorde Shah Alam pada tarikh 31/02/2012. Majlis serba ringkas namun meriah ini akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 4 petang, waktu bersanding adalah pada jam 2 petang.

kehadiran kalian amatlah kami hargai, turut mengundang seisi keluarga bersama.
Tema pakaian adalah formal dan kemas.





Sila hantarkan alamat penuh anda untuk kami menghantar jemputan kad kawen. namun jemputan hanya untuk 50 pembaca pertama sahaja. first come first serve basis.


Thank you..

p/s: Sila check tarikh betul-betul ye? hahahakss ;p


Tuesday, February 21, 2012

Quotes from jejariruncing


Rasa seronok pula edit gambar dan buat quotes ni.. huhu














Anda suka dengan quotes saya? kalau nak saya buat lagi dan lagi sila klik butang "like" kat bawah ni ye.. thanks! ;)

Monday, February 20, 2012

Warkah dari si B



Hai pemilik DIRI ku,
Aku sungguh beruntung menjadi milikmu

Kau memegangku dgn kedua tanganmu secara hati2.
Akulah yang pertama kau cari di pagi hari dan yang terakhir sblm tidur.
Kau selalu percaya aku bersama dgnmu.
Jika aku jatuh kamu selalu takut aku rosak.
Aku selalu mendptkan perhatianmu.
Kamu tak mahu terganggu jika org lain mengganggu wkt kita berdua.
Kamu tdk akan prnh meninggalkanku di taxi dan kamu tdk akan mudah menggantikanku spt tmn lamaku Nokia, Sony dan hp lainnya.

Ketika makan,,
Aku di sampingmu.
Ketika di toilet,,
Aku bersamamu.
Ketika tidur,,
Aku disamping bantalmu.
Ketika aku berbunyi,, kamu lgsg mencari dan mengangkat ku secara hati2 spt sebutir telur.
Ketika aku lemah,,
Kau berusaha mencari tempat utk men charge ku.

Kamu membelikanku semua pakaian yg bagus utk melindungiku dan menutup tubuhku.

Dan jika kamu merasa ada yg bisa membahayakanku, kau akan menyimpan aku di dalam saku atau tasmu.
Setiap bulan kamu selalu mengasingkan wang utk membelikanku sesuatu yg baru.
Kamu mengupgrade aku setiap kali ada versi baru.
Bahkan kamu rela menggantikan tmnku seperti Nokia, Samsung, Sony dgn Curve,Bold,strom,Onyx,Tourch

Kamu rela ber-jam2 menghabiskan wkt dgn diriku.
Kamu bisa selalu tersenyum di dpn ku.
walau aku tidak memiliki sifat spt manusia.
Kadang2 aku membuatmu tertawa yg membuat org disekitarmu berpikir kamu orang kurang waras.
Aku lihat pasanganmu cemburu dgn kita berdua..

Nasehatku utk kamu semua, jgnlah buang wkt Hidupmu secara sia2 kerana diriku.

Sisihkan waktumu,,tinggalkan aku dan lihat serta dengarkan apa yg sdg terjadi disekelilingmu.
beri perhatian kpd mereka yg sgt bererti bagi mu, suami/isteri, orang tua, anak2, sahabat2 mu dan yg plg penting ketepikan waktumu untuk saat berhargamu dgn Tuhan. Karena aku akan tetap mencintaimu spt kamu mencintai ku.

Aku hanya benda mati. Aku hanya Blackberry,,, tidak lebih.. !!!




Salam Manis,
Your Blackberry(y)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 19, 2012

Perempuan, kamera dan dot dot dot

Orang kata perempuan ni pemalu..

tappiii


bila depan camera.....





haahahahah!!! betul ke macam ni??

hisshh... mane ada.. kami kaum yang sangat sopan(hihi.. malu nak mengaku ;p)

Apa kata anda?


Saturday, February 18, 2012

Lagi lagi hadiah


Happy weekends everyone!

here are a few photo quotes for you. feel free to grab one ;)


















Friday, February 17, 2012

Elia featured di ruangan Ayu, Harian Metro










Salam Jumaat semua!

Alhamdulillah, akhirnya keluar juga artikel ni. lama juga penantian. Shooting haritu kalau tak silap hujung tahun lepas (2011). terkejut akaq bangun pagi tadi tengok dekat twitter ada orang twit pic di atas ni. rupanya artikel tu dah keluar. anyway thanks pada si gadis comel yang informkan tu ye. sayang awk ;)


Tajuk Sejuk dalam kepanasan tuuu.. hehehe.. memang tak sangkalah gambar kita sebesar gabak ni dalam paper tu. ingat gambar kecik-kecik je. *malu*



Foto


Tudung dan jubah koleksi OnlineHijab ni memang eksklusif dan terbaiklah! ada beberapa koleksi terbaru mereka Elia ada beli sendiri sebab kebanyakkan design koleksi diorang ni kite tak leh dapat kat luar. harga pon berpatutan. tak percaya cuba pergi sendiri ke butik mereka atau lihat saja kat website OHB ni sendiri.



Foto



Apa-apa pon dapatkanlah senaskah akhbar Harian Metro hari ini ye!


Foto







Selamat Pengantin Baru Kakak!




:: Kakak and Me ::


Entri ni agak terlewat beberapa hari. almaklumlah saya busy sikit kebelakangan ni.

Entri kali ni khas buat Nurul Ezzati atau lebih mesra dikenali sebagai "kakak" dikalangan ahli keluarganya.


Dear Kakak, agak terkejut juga bila baru-baru ni kak ya dapat panggilan dari kakak. yelah berbulan bulan juga kita macam lost contact kan. agak terharu jugaklah bila kak ya diberitahu kakak and adik-adik yang lain masih ikuti perkembangan kak ya despite all the things that had happened. hehe. malu pulaks i rase bila korang baca blog kak ya yang tak seberapa ni. -_-"


::Kakak, Pok Dik and Me::

Memang tak sangka walau dah lama tak jumpa dan contact korang still ingat kat kak ya yg ntah hape hape ni*tutup muka*. paling terharu bila korang cakap "walau apapon terjadi kitorang tetap sayang kak ya.Kak Ya tetap Kak ya. Kak Ya tetap kat hati kami. yelah kite dah kenal lama kan. dekat 3 tahun dah".. hee..ecceccehh.. pandai ek korang bodek akak korang nie? dah naik kembang dan montot ni ;p


"Kak Ya sombong ek sekarang ni. dah taknak dah jumpa kitorang kat KB ni. ada masa tu datang la lawat kitorang kat sini. lama tak bawa kak ya round-round kampung naik motor. setiap kali kitorang lalu kedai jambu alik kampong tu teringat kat kak ya. takde dah la orang nak belanja kitorang jambu petang-petang" ujar Rina


adoii la adik-adikku sayang. bukannya kak ya tak nak lawat korang. lupakan korang jauh sekali. cuma sekarang ni payah sikit sebab sem ni kan sem akhir bagi kak ya kat uitm Machang ni. Sem ni lak kak ya malas bawa kereta datang Kelantan. saje tinggalkan je kat KL. tu yang leceh tu nak datang KB kena sewa kereta. Kalau dulu takpelah kan..



:: Alang, Kakak, Pok Dik n Me ::

Cepat betul masa berlalu. dah dekat 3 tahun dah kite kenal kan? dari kakak sekolah menengah lagi, pok dik baru masuk tadika dan alang pon sek rendah lagi. now kakak dah nak kawin. bukan nak kawin. dah kawin dah pon (10hb Feb baru baru ni)! dah besar dah korang ek? gilelah!




Ingat tak lagi dulu kak ya bawa korang gi jalan jalan kat PCB? kite makan seafood tepi pantai ramai ramai then amik gambar banyak-banyak. banyak kali Kakak dan Rina minta gambar tu tapi kak ya tak sempat nak gi cuci. sorry sesangat tau. so untuk korang, kak ya sertakan antara gambar gambar yang kita ambil haritu buat tatapan dan kenangan bersama.










Lepas gi pantai PCB tu on the way nak balik tu kita gi KB Mall lak. Kakak cakap yang kakak tak pernah lagi dapat jalan-jalan kat sana so Kak Ya pon bawalah adik-adik kesayangan hamba ni. sakan korang kan dapat jalan jalan? berjalan sambil berdating lak tu. nasiblah aku ni sporting. layankanlah aje.


Bukan main seronok lagi korang main game kat tingkat atas tu. mula-mula main amik gambar kat photo booth tu pastu beli token main game dalam store tu. kite conquer tempat tu macam budak budak lak kan? hehehe. padahal semua dah besor panjang. kak ya korang ni even yang paling kecik saiznya tapi yang paling tua pon ikot gak main game. siap naik sampan yang untuk budak-budak tu! hahaks! tak de keje betul kan masa tu? now tempat tu dah jadi Mizi Sport store dah.


As time goes by, korang pon sudah semakin besar dan matang dan Kakak dah selamat pun diijabkabulkan dengan kekasih hati. Abe Mat! hehe. suka lettteww!



Kak Ya nak ambil kesempatan ni nak cakap sorry sangat sangat sebab tak dapat hadir ke kenduri kahwin Kakak dengan Abe Mat baru ni. Kak Ya ada hal yang tak dapat dielakkan. yess.. i know you guys were counting on me to come. Angah, Mek, Rina, Alang, Abe Mat semua beriya sangat jemput tapi akhirnya Kak Ya tak dapat juga hadir. 10 jejari runcing ni kak ya susun. maaf sangat sangat sangat. kalau ada 20 jari ni dopuloh doploh jari ni kak ya susun mohon maaf tak dapat datang.


Walau apa pon doa kak ya tetap pada kalian. semoga bahtera perkahwinan yang dibina berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Masing-masing darah muda, kena banyak sabar. nanti dah dapat baby jangan tak bagitahu pulak! kata anak-anak angkat kak ya kan? :) btw, sampaikan salam peluk cium buat keluarga smua ye. dengan ucapan, nanti kak ya kawin jangan tak datang pulak ye?! hehehe ;p

Mohon juga doa serta ucapan selamat para pembaca buat Kakak serta suaminya ya!

kepak kepakk kepongg kepooonnnggg....kepakk keeppakk kebung kebooongg`!!



Thursday, February 16, 2012

Voucher Buku 1Malaysia


Dah lama sebenarnya dapat Voucher buku 1 Malaysia ni. Korang dah dapat belum? mesti dah dapat dah kan? boleh tahan gak azab nak beratur gi collect voucher ni kan? beratur pun tak macam beratur. punyalah bersesak-sesak.


saya yang kecik ni(tulah masa tecik takmau minum susu byk2 kasi tinggi) tersepit dikelilingi umat manusia yang besar dan tinggi tinggi jenuh saya mendongak untuk cari ruang bernafas. dah macam nyawa nyawa ikan dah. berpeluh peluh berlengas bau lak toksah cakap lah. wangggiiii sangattt! baru voucher rm200. kalau voucher rm2000 memang dah mati kena pijak agaknya den ni. hehe ;p


tapi setelah mengharungi detik detik sukar dan memenatkan, akhirnya...



Walaupun dah sem akhir, part 6 baru dapat. dapat pon dah nak penghujung sem, buku pelajaran semua dah beli. so nak beli apa lagi kan??



I've decided untuk beli alat tulis, dan buku untuk adik yang masih bersekolah. tu pon baru guna rm100. Lagi seratus nanti nantilah beli. tapi kena beli sebelum akhir bulan 3 ni lah kan.


korang yang dapat voucher ni beli ape? novel, alat tulis, buku motivasi atau benda-benda lain?? share lah sikit ;)


p/s: mula-mula dapat voucher dengar ada pihak nak beli voucher ni dan akan bayar rm180. nasib saya tak terpedaya. tak pasal-pasal kena tindakan kalau kantoi. ;p



Wednesday, February 15, 2012

Valentine di Pizza Hut

semalam kan 14 feb, bersamaan dengan hari valentine. memang hari yang membahagiakan bagi saya dan kawan kawan

wah, sambut valentine ke dik non?

hehe. bukan bahagia sebab sambut valentine. tapi sebab sambut birthday my friend, bella yang harijadi dia jatuh pada 14 feb.


nilah si gadis yang baru masuk 21tahun semalam. dapat kunci kebebasan la kononnye.


mula plan nak buat surprise macam geng geng yang lain kena. baling dengan tepung, simbah dengan air, kena prank. tapi kalini kitorang bertamadun la sikit. lagipon birthday girl kita ni demam.

so untuk menceriakan hati bawa gi pizza hut untuk mengisi perut ;)

kebetulan haritu ada pizza khas for valentine bentuk hati atau heart shape. tapi kitorang tak amik pon set tu. ktorang amik set yang ada udang konon banyak melimpah ruah tu. sebab birthday girl tu hantu udang.. ikotkan ajelah ye

lepas gi pizza, alang alang dah sewa keta drive sampai kok lanas tu kitorang pon singgah la kedai ayam penyet. bungkus utk mkn malam. pergh memang hari yang membahagiakan lah semalam sebab perut begitu bahagia. perut selesa, si manja ceria, mama juga ceria! heheks..

yang paling penting kami tak sambut valentine ek. jangan memandai nak fitnah. tajuk tu saje je kasi gempak tapi nan ado je. buat pe lah kita nak sambut hari valentine yang pastinya bukan budaya kita. tak perlu nak sambut hari kekasih kalau hari hari kita layan kekasih kita dengan baik dan anggaplah setiap hari tu hari kekasih.;)