Saturday, April 28, 2012

sesi Kepochi : Esok Ulang Tahun Perkahwinan Putera William dan Kate Middleton

Esok tanggal 29 April ini genaplah setahun perkahwinan pasangan diraja yang menjadi ikon dunia, Putera William dan Kate Middleton. Seluruh dunia mengikuti kisah cinta romantik mereka dan majlis perkahwinan mereka yang gemilang di Westminster Abbey.


Penonton setia stesen ntv7 turut terpaku di kaca TV pada 29 April tahun lalu untuk menyaksikan


kegemilangan majlis perkahwinan diraja ini yang umpama kisah dongeng

menjadi kenyataan.


Tahun ini, stesen ntv7 ada sediakan rancangan dokumentari istimewa William & Kate: A First Anniversary Celebration yang bakal bersiaran secara eksklusif pada 29 April ini, jam 8.30 malam, selama sejam.


Dokumentari khas ini bakal berkongsi kisah lanjut pasangan ini selepas hampir setahun lensa media tidak tertumpu kepada mereka. Pasti ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu mengenai perkembangan mereka.

Antara yang menarik adalah saat indah mereka berdua, temubual dengan tetamu istimewa yang mahir dalam urusan diraja, rakan terdekat dan mereka yang pernah berkesempatan bertemu pasangan ini.


Ramalan mengenai pasangan ini untuk fasa seterusnya juga bakal menjadi input yang menarik buat tatapan ramai termasuk hala tuju mereka sebagai bakal raja dan permaisuri.





OhWellWhateverNeverMind : The sweet and best part yg kepochi dengar dan tengok kat berita haritu pasal diorang siap ada buat khas Barbie Dolls Kate-Williams as their special edition dolls sempena ulang tahun pasangan ni. kepochi terjerit-jerit kat tv bila tengok patung2 ni. cute!! eh.. terlebih sudah~


vote blog saya untuk fave kay poh - http://t.co/2v3KTn7K

No comments:

Post a Comment

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)