Thursday, June 14, 2012

Hati-hati bila mengomen




Perkara ni mungkin ramai dah sedia maklum. tapi saya yang baru tahu ni nak ingatkan juga sebab mungkin ada juga diantara kita yang tak tahu lagi pasal perkara ni.


PERINGATAN PENTING
MULAI 1 HB JUN 2012

Mulai tarikh hari ini, segala bentuk pemindahan maklumat, info, gambar, komen maupn pandangan telah menjadi tanggungjawap para pengguna Internet itu sendiri. Para Blogger juga tidak terkecuali, harus bertanggungjawap atas apa2 tindakan mereka.

Melalui pindaan pada Akta Keterangan, pengguna Internet (termasuk para blogger) akan lebih ALERT dan bertanggungjawap dengan tindakan mereka ketika mengedar, mengirim, menerbit, memaparkan, merakam maupn pandangan dan komen melalui blog mereka. Segala aktiviti pengisian maklumat melalui Internet termasuk aktiviti blogging tertakluk dgn pindaan Akta ini.


Akta ini juga, menetapkan yang mana para pengguna Internet bakal bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Ini bermakna, jika sesiapa pn yang mengirim sebarang komen atau pandangan , melalui blog anda, facebook page/wall anda, twitter anda, maupn melalui pengkongsian WIFI anda, maka ANDA akan dipertanggungjawapkan ke atas apa jua aktiviti yang berkaitan melalui pengkongsian tersebut dibawah Akta Keterangan (Pindaan) 2012.


Bagi mereka yg masih tidak alert tentang akta tersebut sila klik sini .. Akta Keterangan (Pindaan) 2012






Ini bermakna kita sebagai blogger dan pemilik url blog kita bertanggungjawab di atas semua komen yang di-approved kat blog kita. sebagai contoh si A meletakkan kata-kata fitnah ke atas diri B di ruangan komen blog C. jika pihak B mengambil tindakan undang-undang bukan si A sahaja yang akan di kenakan tindakan tetapi si pemilik blog C juga boleh diheret.

Sebab itulah semua blogger digalakkan menyemak semua komen sebelum menyiarkannya(publish/approve). auto-publish sangat tidak digalakkan.

Jangan ambil mudah perkara ni. jangan ingat kita menaip ikot sedap tangan dan jejari kita je..

Mungkin ramai yang tak tahu saya pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah blog ni kerana telah menyebarkan fitnah bertujuan menjatuhkan maruah dan mengaibkan saya serta keluarga. Alhamdulillah tak lama lepas buat police report tu that person has stop. dah takde dah entry darinya lagi.

Saya tak boleh bercerita panjang pasal benda ni sebab ianya masih dalam siasatan pihak Polis dan CyberSecurity Malaysia. apa yang penting kita perlu tahu hak kita dan jaga adab dalam penulisan.

kalau kat parking lot ada sign board "Park at Your Own Risk",
at dunia cyber ni kita guna ungkapan "Comment at Your Own Risk"..


26 comments:

  1. oh... baru tahu... lama x update... tq

    ReplyDelete
  2. Thanks for the info. Akak selalu hati2 kalau komen....

    ReplyDelete
  3. elia...saya minta share diblog saya juga...tQ

    ReplyDelete
  4. nice info!
    nak copy paste for sharing pls :D

    ReplyDelete
  5. pasneh nak komen cket2 ja....cthnyer...mcm....hurmmm...heh..huhu..hoho...hahaha....selamakn mcm tuh....huhuhuhu...;p

    ReplyDelete
  6. ok.. noted.. tq for the info.. ;)

    ReplyDelete
  7. ok.. noted.. tq for the info.. ;)

    ReplyDelete
  8. bgs jg ada law mcm ni... harus lebih hati2...

    ReplyDelete
  9. terima kasih kongsikan info ni.. mmg kena hati² bile approve komen ....

    ReplyDelete
  10. thx elia..kalau elia x buat entry psl hal ni mesti sy xkan tahu..huhu. tp bgs la gov buat akta mcm ni..makin lama makin ramai yg suka jd kan internet tmpt yg slh. esp guna internet utk jatuhkan org atau malukan org.

    hugss elia!

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum elia...kena lebih berhati2lahkan walaupun dlm apa cara sekali pun...

    ReplyDelete
  12. waa dasat jg yah..hoho..baru tau tmasuk akta plak

    ReplyDelete
  13. setuju kalau akta macam nie ada.. jadi pebgguna ebih berhati2 dalam memberi komen dan sebagainya..

    ReplyDelete
  14. wow!!! baru tahu.. sebelum ni tahu je la, kalau kita boleh saman as that person in techno law.. tapi tak tahu la pulak, ada spesifikasi undang2 dalam blog. wow, wow , wow

    ReplyDelete
  15. Betul tu Cik Elia. Thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  16. serius baru tau..insaf jap..hehe. thanks for sharing elia..moga elia trus sukses dalam menulis.. :)

    ReplyDelete
  17. Kak Elia thanks sbb britahu...tpi skarang rse brtmbah takut pula nak post something kat blog...

    ReplyDelete
  18. info yang bagus =) kena berhati2 kadang2 xperasan kan

    ReplyDelete
  19. info yg sangat berguna. Nak mintak copy paste dlm blog iqa yew

    ReplyDelete
  20. Kak Elia yang cantik..... ingat lagi tak kita.. :)

    http://www.siezuka.com/2012/06/bergumbira-di-digi-wwoww-awards.html

    ReplyDelete
  21. So, lepas ni kena lebih berhati-hati dalam mengomen dan mengapprove komen.

    ReplyDelete

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)