Tuesday, August 21, 2012

Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung jejariruncing (entri banyak gambar)



Assalammualaikum semua. Selamat menyambut hari raya yang ketiga! mesti korang masih syok beraya sakan lagi kan? untunglahhh..

perghh.. lama tak update blog kesayangan ni.. sumpah banyak sangat benda nak di update tapi tak jugak berhapdate nyee.. cisss...

awkward sangat rasa nak menaip entry bila dah lama tak menaip ni. lagi awkward bila ayahandaku sendiri tetiba out of no where came out with an extremely awkward question masa saya tengah syok kusyuk menyapu cream atas my home-made pavlova yang membuatkan saya tersentak sekejap dan teringat nak update blog..

taktau lah korang penah lalui moments awkward ni bila ayah korang sendiri tanya soalan macam ni..

"haaa.. blog jejariruncing dah lama tak ber-update.. kenapa?"

sangaattt awkward hokeyhh!! soalan tu kalau orang lain tanya tak pelik tapi bila your own father tanya macam agak awkward dan menimbulkan banyak persoalan. is he one of my silent reader? erkkk.. awkward!!


oh. ok ok. berbalik kepada cerita asal, sebenarnya saya buka sengaja nak malas update blog ni. tapi sebenarnya... eh, sebelum tu saya nak ucap thank you kat my lovely aunty, Mak Dara for making this cute hari raya greeting card...



cute sangat.. huhu.. thanks Mak Dara. rajin!

ok ok ok... balik kepada soal tak hapdate blog tadi balikkkk!!

saya sebenar benarnya tersangatlah busy kebelakangan ni.. sebab ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. masa semakin suntuk dan kerja masih banyak tak siap. apa dia urusan tu? hehehehe... adalah.. tungguu..

tapi sesibok-sebok kite pon kite sempatlah update perkembangan dalam Instagram.. hehe. tetibe jadi gila mengupdate instagram berbanding blog kan..benda baru biasalahh kannn

mari tengok beberapa keping gambar sekitar sambutan hari raya saya tahun ini..(taken from my instagram ofcoz!)





my dad took this pic after the "awkward question"









Raya tahun ni semestinya raya yang sangat sayu dan bermakna buat kami sekeluarga.. sobs sobss.. sobss.. Kami beraya di ipoh sehari je then malam raya pertama tu kami dah balik KL. takleh raya lama2 kat kampung sebab banyak lagi kerja tak siap kt KL..


this is what awaits us at home.. sorry, atas permintaan keluarga im not allowed to spill the beans yet about what about to happen but u will know once everything is done and please pray for the best. semoga semua berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. so far agak stress sebab ada a few things yang tak setel lagi but hopefully it will by the time comes. dan oh, nanti saya akan buat pengumuman tentang beberapa perkara. tapi bukan sekarang. harap korang semua faham. nanti kite akan cite and share kat korang jugak pembaca setiaku semua. sayang korang sangat tau. muah!


Di sini saya nak ambil kesempatan nak mohon maaf kepada anda semua atas sebarang kesalahan. sengaja atau tak disengajakan. jika ada keterlanjuran bahasa atau perbuatan saya yang melukakan hati sesiapa. kosong-kosong ok? ;D

you can follow me on instagram if u want - @elia_jejariruncing


16 comments:

  1. cepat cepat buat pengumuman :) hehee tapi macam dapat agak jeee.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aimie =)

    p/s: duit raya blogger xdak? =p

    ReplyDelete
  3. wahhh...dpt raye sehari kt ipoh pon still meriah...selamat hari raye..mintak maaf kalau ade salah silap.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Aidilfitri :)

    ReplyDelete
  5. Semoga segala urusan Kak Elia dipermudahkan :D

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya aidlifitri kat Elia...^^

    ReplyDelete
  7. xsabarnya nak tunggu akak bgtahu perkara yang akak nak bgtahu tu,, huhu.. all the best, kak! Selamat hari raya maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya..maaf zahir batin elia :)

    ReplyDelete
  9. mak aih, byknya kue..slmt hari raya

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum wbt..

    Salam Aidilfitri...ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada silap yg mguris kata selama ini..

    semoga apa jua yg elia buat..ianya berjalan lancar ok :)

    regards,
    Unsmiley

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya Elia. Maaf zahir & batin. Hope you have a blessed Eid. :)

    Love,
    Your silent reader ;)

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)