Thursday, November 1, 2012

Bakal keudara (on-air) di Radio 24 Malam ini!


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

 haa.. satu Malaysia gituu..hewahh hewah kemain deknon membodek pepagi Khamis yang mulia ni...


Walau dalam kesibukkan dan kejarangan mengahdate belog akak ni, tak sangka ada pihak yang sudi lagi jemput saya.. eh tadi akak sekarang saya pulakkss.. pening ke ape aku ni.. haisshh

papepun saya rasa sangat berbesar hati bila dijemput untuk menjadi tetamu jemputan bagi sebuah stesen radio tempatan. iaitu....


jeng jeng jeng...



Radio 24 BERNAMA!!!! BERNAMA pada jam 915pm di siaran 93.9FM di Klang Valley dan 107.5FM di Johor&Singapura

berbesar hatilah sebab ada jugak orang sudi jemput blogger picisan ni untuk ditemuramah live on-air di dalam konti selama lebih kurang sejam slot The Lounge @ 8Twelve Live mereka. 

kalau diikotkan ini merupakan kali kedua saya menjadi tetamu jemputan di stesen radio. pengalaman pertama adalah masa di stesen radio Kelantan.fm. Memanglah nak kata nervous tu sepatutnya berkurang sebab dah ada pengalaman sebelum ni. tapi kalini lain sikit pengalamannya sebab bakal ditemuramah di satu slot radio berbahasa inggeris... uuuuhhh.. i speaking london la u uollss.. hahaha..tak koseww makk.. harap takde la ohmyenglish byk sangat ye malam ni...amin.. nerbes.. nerbes ni..


kepada anda yang teringin sangat nak dengan suara "chipmunk" si jejariruncing ni. silalah dengar slot malam ni di frekuensi 93.9fm tepat pada pukul 9.15 malam atau pada yang depan komputer tu dan nak dengar melalui live streaming, boleh ke laman web ni - ->http://www.radio24.com.my/


::klik dekat "dengar secara langsung" macam kat dalam bulatan kuning tu::


Kalau korang dah dengar tu dan ingin ajukan soalan atau ingin berbual sendiri dengan saya kat radio ni boleh call no talian yang tertera kat bulatan merah tu..heee.. kalau sudi lah *tutup muka*

jangan lupa tau temu janji kita malam ni.. *kenyit mata*


6 comments:

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)