Monday, April 8, 2013

Aktif bersukan dan berpersatuan

Semester ni merupakan semester yang paling sibuk. Bukan sahaja sibuk dengan jadual kelas yang pack, assignments, presentation yang berlambak dan test2 yang makin menghampiri.

tapi saya juga semakin sibuk dengan aktiviti kokurikulum. 

sebagai seorang student, masa ni lah kita nak aktifkan diri dalam aktiviti di luar kampus.
masa diploma haritu macam banyak aktif dalam bidang tarian, kesenian, masakan atau kecantikan je kan.

masuk musim degree ni try ubah angin. cuba aktiviti lasak dan bersukan sikit.

semuanya bermula dengan aktiviti yang dianjurkan persatuan bagi program saya iaitu Human Resource Society.(HRS) yang terbaru ni diorang buat aktiviti sukan antara kelas. Dalam beberapa sukan yang dianjurkan me n my classmates join 2 acara. iaitu bowling dan futsal.


pertandingan bowling HRS dianjurkan Sabtu lepas. kitorang join pun last minutes. semua sporting. main redah je. sehari sebelum pertandingan baru kumpul orang. tapi memang kitorang have fun.  takde pasang niat ntak menang pun. we just wanted to participate, enjoying ourselves and spend some quality time with our friends.


dah lama tak main bowling. sesekali dapat lepas gian memang seronok. 


there were absolutely no pressure pon joint competition camni sebab kitorang masing-masing dah letak mindset just nak enjoy dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan. bukan susah pon.


lepas main bowling, kitorang sempat memain lagi kat area Mahkota Parade tu. main permainan arked tu ramai-ramai memang seronok. merapatkan lagi hubungan kitorang sebagai rakan sekelas. sesi camwhoring jangan cakap lah. non stop! tapi sebab masa yang agak terhad ni kita letak picture dari my Instagram account je la ye :)


Kami juga mula tubuhkan team untuk praktis dan join futsal tournament.
kami bukan pro pon. dan kebanyakan dari kami memang tak pernah main bola mahupun futsal. tapi kami bedal je. selagi tak try mane tahu kan? samalah ngah saya ni pun. tak pandai langsung main futsal whatsoever. tapi minat nak try.

sampaikan nama team kitorang pon "KBFC"

nooo...no..no.. bukan Kota Bharu FC atau Kampong Baru FC. 
tapi asalnya nama team kami ialah "Kaki Bangku FC" sebab kami semua asalnya kaki bangku yg tak pernah dan tak pandai pun main bola.

but it doesn't stop us from trying..



dari aktiviti futsal nilah kitorang jadi makin rapat dan makin mesra sesama sendiri. lepas futsal kami akan pergi lepak kedai makan then beborak sakan dan lepas tu selalunya akan menjurus ke aktiviti-aktiviti best yang kami akan buat macam pergi ke funfair dan redah main permainan yg ada kat sana

korang boleh tgk video yang berjaya dirakam kat my keek account : elia_jejariruncing :) 


lepas berlatih tak sampai 3 kali pun kami redah je join tournament futsal pada Karnival Sukan HRS Ahad lepas. kami tak meletakkan harapan yang tinggi pun since kami ni pun masih baru dan mentah. tgk team lain gempak plak. tapi we keep on motivating ourselves that we could do our best and be proud of where we stand. 

"yang penting kita have fun. play for fun. not to fight "



Alhamdulillah berkat kerjasama sepasukan dan usaha keras kami berjaya mendapat tempat kedua dan sekaligus melayakkan kami ke peringkat seterusnya, perlawanan antara program/persatuan. ini sekaligus menyemarakkan lagi semangat kitorang untuk bergiat aktif dan jadikan aktiviti ni sebagai aktiviti riadah kami jika ada masa lapang. insyallah


pasukan yang dpt 1st and 2nd place bergambar kenangan.


lepas habis event futsal tu kami cam biasa gi lepak minum petang kat Klebang's origina coconut shake since kami punya tempat tounament pon kat Klebang Sport Arena.

lepas dah minum petang diorang ajak lepak tepi pantai Klebang sambil menikmati permandangan yang indah kat sane. ewahhh..


dah penat main futsal pon diorang ni nak main lagi. kali ni kat persisiran pantai pulak. layankan aje. tapi memang seronok beriadah kat tepi pantai ni. nyaman je rasa. ni kira macam recovery la juga kot. hehehe.

tak sabar untuk our next projects and activities yang dah dirangka. we'll keep u update ok?




-Elia-Az-Fin-Ain-Nad-Wanie-Kiera-Sab-

oh, ya.. saya tak boleh nak menaip lagi sebab nak sambung buat assignment lak. hehe. tapi tak sabar nak cite kat korang pasal benda kat bawah ni....

::seek peek::


apakah kaitan henpon, OldTown dan ikon Line ni?

haaa... tunggu.. akan diberitahu kelak..


p/s: Jangan malu untuk mencuba sesuatu yang
 baru dan menikmati zaman remaja selagi masih berkesempatan. 


5 comments:

  1. betul2, tak salah nak cuba something yg luar dr kebiasaan.. mana tau ada bakat terpendam ke.. hehe

    ReplyDelete
  2. Zaman belajar ini akan menjadi zaman yang sering diingati satu masa nanti... :)

    ReplyDelete
  3. aktifnya elia. good :-) at least tak la belaja + belaja dan belaja ajer kan.....:-) akak dulu main netball :-)

    ReplyDelete
  4. anyway, cun pulak colour blocking tudung kuning dengan baju purple tu :-)

    ReplyDelete
  5. selamat belajar..sempat lagi main bowling...release tension ker??

    ReplyDelete

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)