MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
segala paper final, kesemua 8 subject untuk semester 4 Degree in Human Resource Management dah settle!! waaaahuuuu...
Final exam kali ni memang mencabar dari yang sebelum sebelum ni. selain sebab banyak paper, hari exam diadakan semua beza dalam 2-3 hari ni je. selang sehari dua ada paper. sehari dua je ade paper. memang agak pack la hari-hari study.
rumah kat KL dekat 2 bulan gak tak jejak. selain tu tak ada pun study week macam selalu Uitm bagi tempoh seminggu tanpa kelas untuk study before the exam starts. tapi kalini memang direct. dah la kelas pack. macam macam assignments kena buat.
sepanjang musim yang gila ni memang sedikit terabailah masa nak jaga muka ni. hectic schedules la katakan. memang tak terjaga muka segala bagai. kalau korang ade terjumpa Elia time ngah musim exam ni maafkanlah rupa diri ni.
masa musim-musim exam ni banyak masa terluang kat luar, study kat library or kat mana-mana selain kat rumah. dengan cuaca yang jerebu teruk baru-baru ni. habis kulit muka semua. blackhead, whitehead, minyak semua bukan main banyak naik kat muka.
but i said to myself, "Sabar Elia, habis je semua papers siaplah kau si budak itam(blackheads) dan putih(whiteheads), akan ku proses korang!!"
dan as soon as the last paper finished, OPS KULIT pon bermulalah!
Biasalah time stress camni blackheads dan white heals menjelma, untuk selesaikan masalah ni tanpa perlu memicit ngah seksanya, salah sorang kawan saya syorkan guna produk Hansaegee ni. beberapa keping mask dia recommended untuk saya gunakan bagi menyelesaikan malasah kulit yg membelenggu diri dn kulit ni. ececeh..ewahh!
Since blackheads and whiteheads amatlah sakit untuk dikeluarkan dengan teknik picit manually, i choose another alternative iaitu menggunakan mask or nose strips. banyak nose strips kat pasaran tapi dah banyak brands Elia cuba tapi ni antara yang terbaik. one of the best solution so far!
Nose pack dari Hansaegee ni comes with a pore serum. kira macam 2-in-1 la. sangat practical.
sharing is caring so me and my roomate, Az pon pakai benda alah ni sama-sama. masing-masing blackheads dah bermaharajalela kan ;p
lepas dalam 15 minit tu tanggalkan nose strip tu pelahan lahan
lihatlah hasil tangkapan ku...
lepas je dah tanggalkan nose strip ni memang rasa kulit lembut sangat. bila semua kepala(black/white heads) dah keluat, memang lembut la kulit kita jadinye ;)
lepas dah keluarkan segala kekotoran yang ada kat liang roma, pori kita kan terbuka luas. oleh itu, fungsi pore stamping serum ni untuk tutup balik pori atau liang roma yang terbuka tu.
sapukan just a small amount kat bahagian yang dah kena tadi.
then, its done!
NEXT- eye bags, dark eye circle, mata panda atau whatever you want to call it. bila dah study ni tidur memang tak tentu. kadang-kadang tu sehari dapat tidur dua tiga jam je. mata tu makin tired la kan. makin gelap bawah mata. once again Hansaegee has the solution.
so far memang banyak jenis eye mask yang Elia guna. macam-macam bentuk, rupa, warna dan fungsi.
tapi sekali lagi product dari Hansaegee tak menghampakan.
rupa dan cara pakai dia macam normal and like any other eye mask. tapi memang dapat rasa kelainan pakai yang dari Hansaegee ni. mask dia tak meleleh atau berair sangat, tak mudah koyak, sejuk bila dipakai and the best part is ianya sangat melekat. korang tak perlu sentiasa terbaring pun bila nak pakai. tak mudah slips down. memang kuat di mencengkam kulit. best!
lapisan mask yang lembut dan mencengkam membuatkan saya boleh buat benda lain sementara tunggu mask ni kering. nose strip dan eye mask ni saya pakai serentak selalunya.
boleh tengok movie kat laptop...
leh baca buku. dan macam-macam lagi lah sambil pakai mask ni.
produk seterusnya yang telah disyorkn ialah Pore Stamping Mask ayng berasaskan Charcoal atau arang yang bertindak untuk menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma
cara pemakaian macam mask yang lain. tapi pakai mask ni memang rasa penyerapannya yang cepat..
sejuk je.. rileks sangat rasa sambil layan musik kat bilik. very calming!
lepas dalam kira-kira 10-20 minit, tanggalkan mask jangan basuh muka. biarkan ia menyerap segala cecair yang ade kt permukaan muka kite tu. sambil2 u boleh buat sapuan lembuut untuk bagi rata dan kulit kita dapat serap semua kebaikan mask ni
Bila dah try tiga produk dari Hansaegee ni memang saya sangat puas hati. lepas dah pakai semua mask ni kulit rasa sangat lembut dan sejuk je. very refreshing!
* btw, minggu lepas adalah minggu terakhir saya berpuasa di semenanjung. starting from today i'll be spending my ramadan and raya di seberang lautan iaitu di Labuan. cuaca dikawasan pulau selalunya kering. jadi memang semua produk penjagaan kulit kena prepare bawa ke sana. kecantikn dan kesihatan kulit kena jaga setiap masa dan dimana jua kite berada.
kat Labuan ni juga saya akan lebih kerap update my blog, instagram takpun keek! jangan lupa follow ye!
selamat menjalani ibadah puasa dan selamat mencuba!
cmne nk beli bende alah ni? kt watson k ad jual eh? nk jdi cam sis gak la cun melecun je.. =)
ReplyDeleteSalam elia,nak tny yg nose pack tu 1 paket tu ada brp?1 paket yg tuk mask tu tahan brp lama?yg eye tu 1 paket ada 2 je ke?tq elia sudi jawab.
ReplyDeletecomey la diaaa...
ReplyDeleteSweetnya....(^_^)
ReplyDelete