Hutang. Semua orang tak boleh lari dari masalah hutang. Especially bagi penuntut atau bekas penuntut IPT macam diri saya sendiri.
tak tahu la kenapa, dari awal lagi I always encounter problem dengan PTPTN. bukan just dari pihak PT tapi dari diri sendiri jugak. tersalah cashout check lah, buat permohonan sampai tiga kali baru approve, duit lambat masuk dari student lain lah..
bila dah habis belajar pun.. fyi, saya ambil pinjaman hanya masa study Diploma sahaja. masa degree tak ambil pinjaman (fuhh..now rasa bersyukur jgk tak ambil).
masa sambung Degree tu saya siap gi UTC untuk buat penangguhan bayaran sebab melanjutkan pelajaran. now only i know, takde point pun buat penangguhan sebab the amount of tunggakan tetap berjalan even kita buat penangguhan sebab masih belajar dan tak bekerja.
then bila dah habis degree, dapat kerja. saya buat permohonan potongan gaji. dah hantar and dah dapat surat penerimaan. endup rupanya tak tolak jugak. so selama setahun lebih kerja tu rupanya dia tak tolak pun gaji untuk bayaran balik..
So,, bila satu hari ni terbaca riuh kat FB pasal isu PTPTN, CCRIS, blacklist imigresen, gaji kena tolak sekaligus dan macam-macam isu berkaitan dengan PTPTN ni, saya pun jadi tak senang duduk. gile kau?!.. ntah ape la nasib nak kena lepas ni. dah la ekonomi pon tak berapa nak ok sekarang ni
So one day ni saya pergi la ke Kiosk PTPTN dekat Festival City (now known as Setapak Sentral) untuk semak dan tanya apa yang patut. masa tu saya pergi dengan my fren, Az and her mom.
sebelum tu ada kawan suruh prepare siap-siap surat rayuan in case dorang minta. so saya bawa la.. just in case. masa pergi tu ada 2 orang petugas. both male. sorang kurus, sorang berisi. masa tu yang abg kurus tu tengah attend customer. so kami pergi la approach this abg 'bob'(bukan nama sebenar)
kita ni datang nak buat inquiries. yelah. nak tahu how much we owe and memang kami berdua ade niat nak cari jalan untuk settlekan tunggakan. dan kami nak tanya options.
the abg Bob ni sadly to say that dia sangat-sangatlah tak mesra dan sangat sinis orangnya.
saya rasa sebab orang macam ni lah mereka mereka yang datang kt kiosk ni akan termenung panjang lepas dptkan khidmat nasihat dia. seriously. he really scare us with the CCRIS isu, takleh amik loan, blacklist and so much more. The only option he gave us is settle everything in cash or your life will be doomed. kitorang yang datang dengan harapan untuk dapat solution, but instead kami rasa tambah serabut. so not helpful what so ever. sampaikan mak kawan I pun bengang je dengan cara si mamat ni attend to us. macam good-good la senang kata.
last week saya dan Az decided to head straight ke PTPTN punya HQ kat Megan Avenue. mungkin segala persoalan dan permasalahan kami boleh terjawab.
ternyata... we got more than what we hope for!
Masa tu ikotkan saya pergi tangan kosong sebab last minute planning. Az siap bawa EPF slip dia lagi. sebab dia memang nak buat bayaran tolak EPF. I nak tanya dan nak tengok camne prosedur dia dulu.
Dah masuk Menara PTPTN ni, just ambil no. giliran dan tunggu. tak lama sangat pun tunggu. lepas tu kami dipanggil kat kaunter.
Masa tu kalau tak silap kami ke kaunter no.4. Seorang kakak ni attend kitorang. dia sangat baik, ramah dan mesra. dia je staff kat situ yang freehair dan pakai spec
Pada mulanya my friend, Az yang bertanya pasal pinjaman dia. sebab dia ada 2 pinjaman. Diploma dan Degree. tunggakan dia hampir sama dengan saya, dalam 5k.
Akak staff ni sangat baik dan sangat membantu. banyak info dan penerangan dia bagi, dan options pun banyak. bila dah cakap dan dapatkan khidmat nasihat dari dia, rasa lega sikit. sebab banyak info yang abg Bob haritu tu bagi yang menakutkan dan bila tanya akak ni rupanya ade kekeliruan. banyak je options yang kita ada sebenarnya untuk meringankan beban.
So for Az, disebabkan simpanan kat akaun 2 KWSP dia tak cukup, dia hanya buat pengeluaran sebanyak 3K untuk settlekan tunggakan dan dia akan buat jadual penyelarasan baru. so bayaran bulanan dia tak la tinggi sangat dan tunggakan dia settle.
As for me pula, masa saya tanya tu nilai tunggakkan saya ialah RM 5,187. 50
kalau nak buat pengeluaran EPF/KWSP, kena ada i-akaun dulu.
masa kat Kiosk si Bob tu suruh balik buat dulu i-akaun then whatsapp kat dia, nnt dia bagi arahan, then nak kena pergi kaunter Kwsp dan mungkin korang akan banyak berulang alik kesana kemari.
tapi haritu.kat Menara PTPTN akak tu siap tunjukkan cara nak create i-akaun then terus semak baki caruman KWSP kita secara On-line. so freaking convenient!!
takde lah saya rasa bersalah sangat tak bawa slip KWSP tu.
serious rasa nak joget-joget je kat situ. happy!
My balance kat akaun 2 yang boleh dikeluarkan ialah RM 5199.05.
So, boleh sangatlah kan nak settlekan terus tunggakan tu!
Jadi akak tu keluarkan borang untuk kita isi. dan lepas dah isi kita diajar terus buat permohonan online dekat website KWSP untuk buat permohonan pengeluaran bagi menjelaskan tunggakan.
Bila dah isi borang semua. akak tu bagi anggaran tempuh dalam masa dalam 2minggu ke sebulan untuk proses clearance tu.
Akak tu kata lagi nama kita kat CCRIS akan ambil masa 6 bulan untuk clear. so dalam 6 bulan seterusnya ni bayaran kena cantik. tak boleh ada sebarang tunggakan. kalau kita bayar monthly cantik, lagi 6 bulan nama kita dah clear dari senarai hitam CCRIS yang bole menghalang dari buat pinjaman lain.
So dalam kes ni. Kita nampak ada 2 options yang boleh dipilih selain byr lump sum utk settlekan semua pinjaman..
Macam Az, dia pilih untuk settlekan tunggakan dgn byr sebahagian dr tunggakkan guna Epf. Pastu dia minta pihak ptptn utk "restructure" atau selaraskan balik jadual bayaran ikut kemampuan. Tempoh bayaran balik mungkin pjg sikit la dr asal. Yg penting tunggakan jd kosong balik.
As for me, saya pilih untuk settlekan semua tunggakan guna epf yang membolehkan saya settlekan 100% of my tunggakkan. Clear my name from blacklist or CCRIS dan just sambung byr bulan-bulan smpai tempoh yg ditetapkan.
Keluar je kami dari bangunan Menara PTPTN tu, perghhh.. senangnya dalam hati. tak runsing sangat dah. memang kepada korang semua kalau nak buat apa-apa berkaitan PTPTN, baiklah pergi ke HQ terus. memang ada yang prefer pergi kiosk. my friend ada sorang takde masalah dapat khidmat bantuan dan nasihat yang sepatutnya. tapi bagi kami, memang dah serik. baik pergi HQ terus. settle semua masalah dan kekusutan dalam masa sehari.
segala penghargaan dan kredit untuk staff Menara PTPTN bernama Rahiza yang sangat ramah dan helpful. layanan yang baik, understanding and non judgemental. siap boleh mengadap macam macam soalan kami dekat sejam lebih di kaunter. layan 2 orang sekaligus. Sorry and thank you very much Kak! hope tak serik la dengan kitorang ;)