Monday, May 16, 2016

Feed The Homeless - Beri Makanan kepada Golongan Gelandangan


Assalamualaikum..

Cepat betul masa berlalu.
kita dah nak menghampiri bulan Ramadhan tak lama lagi.

rasa macam baru je sambut bulan Ramadhan tahun lepas.

antara benda paling tak boleh lupa pasal bulan puasa tahun lepas ialah aktiviti feed the homeless.


idea datang dengan sangat spontan.

tengah dok lepak lepas berbuka puasa dengan kawan-kawan, sorang buka idea then ktorang terus setuju.. kira up- jadi terus


kami kumpulkan duit, then belikan makanan ringan macam roti, biskut, dan air. balik tu kitorang pack masukkan dalam plastik. senang nak agih-agihkan nanti.



Ada hari yang kami pack kat rumah, ada hari tu pernah sampai kitorang pack kat atas kaki lima jalan je. senang!



bukan kami je yang buat aktiviti ni. ramai jugak golongan belia yang beramal waktu malam macam ni. kebanyakkannya akan bermula sekitar jam 3pagi. dorang kebanyakkannya sediakan makanan berat untuk sahur. 






memang satu pengalaman yang indah dan tak dapat saya lupakan. melihatkan keadaan mereka, memang akan timbul perasaan sedih, sayu dan dalam masa yang sama kita akan timbul perasaan bersyukur dengan segala rahmat yang kita ada.



Macam-macam jenis manusia kami jumpa. macam-macam kisah disebalik nasib yang menimpa mereka. tua, muda. remaja dan juga anak kecil. ada yang satu keluarga pun hidup bergelandangan. mata memang agak susah nak tampung air mata bila melihat apa yang kita tak selalu nampak ;(



Sepanjang tempuh bulan Ramadhan tu, untuk aktiviti amal ni banyak yang kami sumbang ikot kemampuan dan ada juga pemberian dari hamba-hamba Allah yang pemurah. kami terima dan jalankan amanat. ada antara kami siap berbual dengan beberapa golongan gelandangan untuk tanya barang ape yang mereka perlukan selain makanan. Jadi, dari situ kami terima dan sumbangkan pakaian elok dan terpakai, selimut, makanan ringan, kelengkapan pembersihan diri (toileteries) dan apa saja yang bole dikira berguna untuk mereka.

Rindu betul nak buat aktiviti ni lagi. semoga masih berkesempatan la lagi tahun ni. InsyaAllah.. amin

2 comments:

  1. Auuww Kak Ya! Bestnya buat prog cam nih. May Allah east your plan this Ramadhan :)

    ReplyDelete
  2. Kak nak buat aktiviti ni kena bagi apa2 Surat ke kepada dbkl? Atau boleh bagi je terus ?

    ReplyDelete

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)