Tuesday, August 15, 2017

Gambar & Cerita Majlis Pertunangan Part 1


Assalamualaikum..
entri kali ni Elia nak kongsikan gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan Elia yang berlangsung pada 1 July 2017 (01.07.17).

teruskan membaca ;)






kalau sebelum ni Elia dah kongsi pasal persiapan hantaran dan sebagainya, kali ni nak cerita pasal majlis tu sendiri. di hari kejadian.


pagi tu memang kalut. malam tu tak cukup tidur sebab kami sibuk kat dapur masak lauk untuk dihidang pada majlis tu. pagi-pagi pula saya dah kena jadi runner pergi Pasar Keramat cari daun sireh dan beberapa barang kiriman last minute.


lepas tu sambung siapkan hantaran yang mana tak habis lagi. bila jam dah nak masuk tengah hari barulah kalut mandi dan bersiap. kena rushing since dah decide nak makeup muka sendiri je.



Majlis direncanakan berlansung selepas Asar. 
tapi pihak lelaki dan sampai kawasan sekitar tu terlebih awal. so agak kalut sikit tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. wakil dari kedua belah pihak tiba tepat pada masanya.






ketika majlis perbincangan antara dua belah pihak berjalan.
 tak pasti lah ade sesi berbalas balas pantun ke tak ;p


tepak sireh dan dulang hantaran dari pihak lelaki







sementara perbincangan rancak kat ruang tamu tu.......


Elia yang kat bilik...




tengoklah muka ku yang cuak. hahaha cuak ke?

honestly sebelum dan sepanjang preparation untuk majlis tu Elia takde rasa apa. 

bila kawan kawan tanya..

"amacam nervous tak?"

i was like 'Nahhhh.. biasa je.' (belum rasa apa lagi..)

even my fiance pon lebih excited and nervous since days before the engagement..


But bila masa betul betul rombongan meminang datang dan tengah berbincang. bukan main tak keruan lagi elia masa tu. nervous, ke hulur hilir dalam bilik tu. berpeluh kemain!


nampak tak peluh berkilat masa ni? punya lah nervous. dup dap dup dap didalam dadaaaa




sambil nak tenangkan diri, kami bergambar kenangan lah dulu



Bila sampai masanya.. someone came in the room asking me to go out..

masa untuk sarungkan cincin..


jari kanan untuk cincin risik..






kiri pula untuk cincin tunang


this is my future mother in law. a very warm and sporting. I'm such a lucky girl!








Kalau ikutkan majlis pertunangan saya ni biasa biasa je. simple and intimate. tapi yang lain sikit bila ada sesi suap gula, sesi suap gula ni biasa bagi budaya orang utara. buat  pemanis mulut katanya..

dah nak jadi darah manis kan.. nasib tak kencing manis ;)


with his aunty







wajah ceria sebaik bertukar status




sebaik selesai sesi sarung cincin, tetamu dijemput menjamu selera. Alhamdulillah semua berjalan lancar. tak lama lepas tu en. tunang pun datang join





Mohon doa dari semua. semoga semua perancangan kami berjalan lancar dan diberkati




25 comments:

  1. wahh sonoknyer nak kawen., mugo dipermudahkan dan selamat kejinjang pelamin., aminn

    ReplyDelete
  2. Congrats, Elia! Can't wait mine on 16/9/17 Insya-ALLAH. Dah 28 tahun baru terhegeh-hegeh nak bertunang. Hihihi...

    Btw, cincin risik + tunang tu size berapa? Berapa lama nak prepare cincin tu? Risau lak jari plus size ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dear.. wah. Goodluck 16/9 ni.. umor bkn pengukur. Jodoh semua rahsia Allah kan ;)
      Anyway nnt kite jwb soalan2 awk tu dlm entri blog pasal cincin k? Stay tuned

      Delete
    2. Tq dear.. wah. Goodluck 16/9 ni.. umor bkn pengukur. Jodoh semua rahsia Allah kan ;)
      Anyway nnt kite jwb soalan2 awk tu dlm entri blog pasal cincin k? Stay tuned

      Delete
  3. Tahniah Elia. Cantiknya kulit. Putih gebu! Tengah darah manis ni kena jaga diri... Banyak dugaan dalam bertunang. Semoga Elia dapat mengharung dugaan tempoh pertunangan sampai lah kejinjang pelamin :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Elia, semoga kekal bahagia. 😍
    Alhamdulillah, im happy for u. Tacing plak tengok.😘

    ReplyDelete
  5. Tahniah amy dan pasangan. makin sihat sekarang :) alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Tahniah (:

    Singgah malam :) https://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/09/back-to-school.html

    ReplyDelete
  7. Time bertunangni paling nak jaga perhubungan. Moga kekal ke jinjang pelamin.
    Jemput comment ye:)
    https://ummiqadeer.com

    ReplyDelete
  8. Tahniah Elia. Moga lepas ni klepak klepung pula...

    ReplyDelete
  9. Tahniah Elia. Moga sampai ke jinjang pelamin. Insya allah.....

    ReplyDelete
  10. Selamat melangkah ke alam pernikahan, didoakan bahagia dunia akhirat :)

    ReplyDelete

  11. Tahniahsis elia moga semua berjalan lancar sehingga majlis besar..

    ReplyDelete

Tulis entri panjang sekali,
Jejariruncing nama diberi,
Dahulu Elia bergigi besi,
Lain kali comment la lagi!!

*mind your words.any harsh words will not be entertained ;)