Dulu masa saya mula-mula couple dengan My Incik Apex, ada jugak yang ragu-ragu dengan hubungan kami dan status dia sebagai pemain bola(yang ketika tu hanya duduk di bench).
"kita rasa kak ya dengan apex takkan kekal. sanggup ke kak ya nak kawin ngan dia? sebab dia macam takde masa depan la"sampai sekarang saya ingat kata-kata tu. ia sangat mengguris perasaan saya. tapi i just kept it to myself. biar la apa orang nak kata. kalau kita betul-betul sayang orang tu, kita sanggup hidup dengan dia biar susah mahupon senang. saya pegang kata kata tu dan Alhamdulillah saya bahagia dengan pilihan saya. tak pernah sekalipun saya menyesal kenal dengan insan bernama Khairul Fahmi. tak pernah pun sekali saya kesah walaupun ketika tu tak pernah dengar atau tengok dia turun padang.
Namun, betapa besarnya kuasa Allah.. sepulangnya dia dari "Rumah Allah", segalanya berubah. Alhamdulillah rezekinya murah dan dia tak pernah berhenti bersyukur atas nikmatNya yang tak terhingga.
::ketika melakukan umrah di bln Ramadhan lalu::
:: Di Jabal Rahmah ::
::Terharu MIA sanggup g sini smata2 utk doakan jodoh kami ::
agak memeranjatkan bila nama KHAIRUL FAHMI CHE MAT menjadi buah mulut satu Malaysia ni. termasuk negara jiran sekali. Popularitinya melonjak naik macam roket berenjin turbo(weh,ada ke?hyperbola sungguh). Kalau dulu bukan je nama, rupa pon orang tak kenal. tapi sekarang sampai kecoh namanya disebut-sebut kat Twitter, Facebook, tmblr, blog, forum, berita, dada akhbar, radio dan macam-macam lagi medium.
Tidak tercalit sedikit pun niat dihati nak berlagak. jauh sekali untuk bermegah. cuba rasa kagum bercampur pelik dengan perubahan ketara perhatian yang diberikan kepada My Incik Apex ni.
1. kalau check kat blog stats, nama Khairul Fahmi Che Mat la yang paling banyak dicari. ni based on the referrals atau keyword yang di-google oleh anda. selain tu, banyak juga rakyat kita update status pasal bola dan perlawanan Malaysia menentang negara lain.
:: keywords yg di-search utk minggu ni::
2. fans kat
fanpage facebook dia yang di-create tak sampai 3 bulan dah mencecah 42 ribu. sangat diluar jangkaan kami. sampaikan ramai yang mengaku sebelum ni tak minat tengok atau nak amik tahu pasal arena bola sepak negara kita. sekarang dah boleh dibanggakan. akaun2 fake fb beliau pon makin ramai.
::ni tak ingat sape bg gmbr ni kt fb::
3. Namanya disebut-sebut di media massa dan elektronik. sampaikan hampir setiap hari saya kena keluar cari paper. (sebab saya diamanatkan oleh My Incik Apex untuk kumpul semua gambar atau artikel pasal dia yang keluar paper). penuh dah hampir 2 album. tu pon banyak lagi yang tertinggal tak sempat nak beli. hehehe. sorry ye syg!
4. Setiap kali keluar, banyak mata yang akan memandang dan ramai yang menegur. mungkin sebab muka dia orang senang nak cam kot. pernah tu dia pakai topi konon nak under cover pon orang perasan jugak. pada mulanya memang apex malu sangat tapi lama2 tu dia dah ok skit. kadang-kadang kita malu orang ingat kita sombong. so i nasihatkan dia, layan peminat dengan baik.
5. Telefon jadi semakin busy. nak dating pon asyik terganggu je dengan phone calls. ntah sape2 je yang call. kadang-kadang kalau dia cakap lama tu dengan wartawan yang nak interview. baru saya tahu rupa-rupanya artikel yang orang tulis kat paper tu tak semestinya orang interview face-to-face. via SMS pon ada tau tak? wahh.. jakun saya kejap
::masa ni kesian cashier dia tunggu lama kat kaunter. sorry arr miss!::
Setakat ni tu je la yang saya perasan. so far tiada sebarang perubahan dalam diri My Incik Apex walau dihujani populariti. dia tetap fahmi yang dulu. tak berkurang sedikit pon layanan atau kasih sayang dia kat saya. bahkah, lebih baik dari hari ke hari. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kehadrat Illahi atas limpah dan kurniaNya kerana menemukan kami. Semoga Kau pelihara hubungan kami dan lindungi kami dari sebarang perkara yang tak diingini.. Amin..
:: Syukur Alhamdulillah ::
OhWellWhatEverNeverMind: perkara paling saya terharu sekali, ketika MIA pulang dari umrah dijemput oleh saya dan keluarganya. Sampai je kat rumah malam tu kami solat beramai2 kat ruang tamu diimamkan oleh apex. lepas habis baca doa saya mengalirkan air mata sebab terharu. pertama kali saya solat berimamkan boyfriend sendiri. Ya Allah, semoga dia akan menjadi "imam" dalam hidupku selama-lamanya...