Thanks For Viewing My Blog =)

Sunday, February 28, 2010

Perkenalkan Ratu - anak Que Haidar dan Linda Jasmine














WAJAH Tengku Ratu Haidar yang ditunggu-tunggu buat julung kalinya diperkenalkan oleh pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine, semalam di Bora Ombak, Ampang

Majlis bermula dengan memasukkan Ratu dalam stroller dan Que menolaknya ke buaian di pelamin yang dihias indah dengan pepatung oleh Cradle ‘N’ All.

“Selepas meletakkan Ratu ke dalam buaian, terus dia tidur. Selepas itu, bila saya bangunkan dia dari tidur, muka dia terpisat-pisat kerana baru bangun tidur. Tetapi bila orang ramai mengambil gambarnya banyak-banyak, dia tidak meragam,” kata Linda kepada mStar Online.

Tambah koreografer terkenal menerusi program realiti Akademi Fantasia dan Sehati Berdansa itu lagi, majlis yang mendapat tajaan Cradle ‘N’ All dan Bora Ombak itu bertemakan warna putih, emas dan krim.

Setiap tetamu yang hadir juga dihadiahkan dengan sebekas biskut berbentuk mahkota yang disediakan oleh Cradle ‘N’ All. Turut disediakan adalah sebiji kek cawan yang diletakkan mahkota kecil di atasnya.

Antara tetamu yang hadir adalah kaum keluarga, rakan-rakan terdekat, wakil media dan rakan artis.

Mereka adalah Sofia Jane, Riz, Dafi, Lufya, Mawi, Ekin, Aein, Jeslina Hashim dan Eizlan Yusuf.

Ratu dilahirkan pada 26 Oktober 2009. Linda dan Que berkahwin pada 14 Februari lalu di tempat yang sama memperkenalkan Ratu










credits: gosipartismalaysia

Tuesday, February 23, 2010

Pemain Bola Sepak Ditangkap Dalam KeadaanTidak Berbaju

OMG (Oh-My-Manggo), ni hot story ni.. khas buat pembaca yang berumur 18TAHUN KE ATAS SAHAJA.. tak kira la lagi 3hari baru nak 18 tahun pon xlah tengok.. aiippp.. babap kang.. haa..


Setelah anda cek i/c masing2, baru kita boleh mulakan..







Ok. Kejadian menerjah ini dilaporkan terjadi apabila krew Jalan Jalan Cari Pasal mengejar sebuah kereta Proton Iswara merah. Kami kejar punya kejar sampai la ke destinasi ni.. jauh tuu.. dari Kota Bharu ke Lata Tembaka, Terengganu.










Kami berjaya mengikuti rapat suspek.. dah akhirnya..

...
...





Laa.. BF aku rupanye!!

hehehe.. sorry guys.. saje bikin suspen-der. kasi menarik je story ni untuk korang bace.. padahal nak cite pasal kitorg g mandi air terjun je kat Lata Tembakah ni..
jangan marah hehh.. nanti jika anda marah,anda dan keluarga anda akan dijual dan segala kekayaan tuah hamba akan saya rampas kesemuanya.. huahahaha!!!


ok2.. teruskan cerita




:: Sebelum mandi isi perut dulu ::




:: Perut dah kenyang.. terus menuju ke destinasi wooo..woo.. (tetibe teringat lagu destinasi cinta by CT..)::




:: Hujan rintih2 pon kami redahh!! yeaahhh!! ::




:: Haa, ni yang I lemah sikit ni.. titi gantung..eeii.. gayat!! ::








:: Air terjun dia memang best la.. air bersih jernih dan dalam! ::






:: Yang colour gelap tu tempat dia dalam.. pss.. baju itam 2 org tu xpandai brenang. tu dok tmpat cetek je..cian2 ::





:: Ni Apik ::




:: Ni Eject ::





:: Ni taktau la sape.. huduh benor.. hehe ::




:: Baju itam girl tu Yaya ::




:: Dah lama tak mandi sungai or air terjun.. best sgt! ::





:: Ni dah macam refomasi renang berirama je ::




:: yang paut kat bf i tu yaya.. i yg suruh sbb dia xreti brenang.. see, i gf yg sporting ::


Air kat sini time ni perrghh.. sejuk gilerr... macam kat air ais je.. semua menggigil je naik2 tu.. bercakap pon kuar asap kat mulut.. feeling2 kat oversea pulak.. hehe.. disebabkan masing2 tersangatlah sejuk sampai mulut pon berbunyi "gggrrr" dan "pppeerrrr" cam iklan coke, kami pon gerak pulak ke kolam air panas.. dekat2 kawasan tu jugak.. drive dalam 20minit sampai la..





:: Kat sini panas pulak air dia.. mamat2 ni nampak je macho.. tak tahan! ::





:: Kitorang posing dulu b4 masuk.. hehe.. well, biasa la tu ::






:: Tengok wap panas yang dikeluarkan ::


Mandi kat sini memang mula2 tu panas, geli lak tu ngn lumut2 kat dalam tu.. tapi sebab memikirkan khasiat dia i masuk jugak.. lame2 best la pulak.. sedap je.. siap main selam2 lagi!




Dah puas panaskan badan kitorang pon beransur la ke destinasi masing2.. segar giler rasa badan.. lepas mandi air sejuk, pastu mandi air panas lak..




:: Disebabkan Incik Apex ada training petang tu di Mardi, dia terus pecut sebab takut lambat pulak sampai Mardi ::




OhWellWhatEverNeverMind : Masa kat Lata Tembakah tu ada konvoi kereta myvi putih.. banyak giler.. xtau la mane datang diorang ni semua.. semua parking sederet. cambest je!

Malam Perasmian Fesko Uitm Machang




Semalam berlangsungnya Malam Festival Kolej yang ke 6.. Kitorang semangat semalam turun kul 8.30.. Naik bas yang disediakan tapi terpaksa berdiri dan terhuyung hayang badan kitorang. tapi tak kesah la.. demi Fesko.. (haha.. padahal demi kupon!)








Sampai2 kitorang terkejut..


" Wah, kite kat Wakaf Che Yeh ke ni?"

penuh gerai2 jual mcm2 benda. pakaian, kasut, accessories, makanan.. Big Apple pon ada! kami pun mula menjadi jakun. ramai orang datang. lame2 tu naik rimas jugak. Sem lepas tak dapat merasa Fesko ni sebab masa tu ngah H1N1. so segala aktiviti kampus dibatalkan. baru kali ni la kitorang nak merasa suasana fesko pon..




:: Semua pegang Mummy kuat2.. nanti hilang ::








Dah puas berjalan2 kitorang pon duduk la tengok persembahan yang disajikan. Ada persembahan tarian, nyanyian, sketsa n macam2 lagi la.. best la jugak. tapi lame2 tu start boring..











Acara berakhir dalam pukul 11pm.. yang tak bestnya time diumumkan pelajar boleh collect kupon kat jpk bertugas je.. penuh orang berkerumun dan berhimpit2 cam orang somalia berebut makanan je.. sesak! Naik penyek aku dikerjakan.. last2 baru dapat kupon tu.. punya la seksa.. pastu balik kena jalan kaki cuz kat bas pon org nak kerumun.. malas aku nak menyeksakan diri.. jalan kaki saje... exercise sikit!


Malam esok I akan perform mewakili falkulti Bisnes.. I masuk persembahan tarian tradisional.. So jom ramai2 turun Medan Ilmu ye.. bagi sokongan.. Plus, ada kupon!!! hehehe

Need i say more?

Amaran : Entry ini mungkin tidak sesuai dibaca oleh orang-orang yang tak menghargai nilai sentimental sesuatu perkara dan orang-orang yang allergic dengan jivang2 ni.. serious, anda tak perlu baca..


bukan ape, I rasa bertuah sangat sebab ditemukan dengan my Mr.Right... ur Incik Apex..

Bukan nak show off atau riak but just showing my appreciation.. Even though we have been together tak sampai setahun but he has been one of the best thing in my life.. within this few months pon dah cukup buat i beberapa kali terharu dan tersentuh.. Kalau nak diceritakan memang panjang berjela la what he had done to me.. all I can say is he can be the perfect candidate to be my future husband..


Petang tadi lepas kelas Incik Apex dah terpacak kat depan hostel I, lepas bawa I g minum area Machang ni dia buka boot kereta. nak bagi kotak air mineral yang i kirim katanya. rupa2nya diselitkan sekali this bouquet of roses.





Kali ni je dah masuk kali ketiga I dapat bunga dari dia. Bukan sebab dapat bunga je yang I suka sangat tapi sebab cara and muslihat Incik Apex korang nak bagi bunga ni yang buat I terharu sangat2..

Masa first time tu dia siap buat drama swasta.. kasi I chuak tak tentu fasal.. Datang amik I from my friends then terus pecut bawa I g tempat we first met.. Bila i tanya dia diam, buat muka serious then tetibe bagi bunga.. arrghh.. buat org kaget je!

Second time masa I demam, Incik Apex sanggup datang dari KB ke Machang yang amik masa sejam utk sampai. Masa tu dia layan I cam puteri and bawa g klinik.. Sebelum gi klinik tu dia bagi bunga lagi.. So sweet.. But the sweetest part bile setiap kali dia bagi bunga tu is not on any special occasions. for no other reason but love itself.

I suka sebab I ni jenis sukakan kejutan tapi orang selalu gagal buat i suprised. Sebab i selalu dapat figure out dulu. So selalu time bufday atau anniversary I dapat agak what kind of surprise i will get. so there is no element surprise dah.. tapi dengan Apex ni, he's the only one yang betul2 buat I surprise..

Love you so much sayang!

Sunday, February 21, 2010

Can you believe this?

Terkejut bila buka facebook ada orang tag I..

Owhh.. bukan lah I ni terkejut sebab jakun xpernah ditag kat fesbuk. tapi agak terkezut+terharu la bile tengok picture yang dimaksudkan ni.




::Pic zaman tok naduk ye adik2 ::


Picture wajah suci tanpa secebis jerawat dimuka.(oh. belum kenal erti compac powder lagi masa tu mungkin.) bila terpandang pic ni, tiba2 terkenang sekitar waktu pic ni diambil. Ketika ni baru lepas SPM. baru nak belajar pegang duit sendiri. kerja part time kat Lovely Lace KLCC. gaji 800 sebulan je kot kalau xsilap. tp masa tu rasa dah besar dah. dapat2 gaji beli hp baru! haha.. last2 back to square one. mintak abah duit blanje..hehe.. atleast I xpecahkan record. setiap hp I beli pakai duit sendri tauu.

Masa tengah sebuk2 kerja tibe2 my plkn's fren, ika text minta pic terbaru. so I pon lari masuk fitting room, snap2 pic then terus send mms pic tu. pastu terus sambung kerja. haha. kelakar sangat bile ingat balik. walaupon bos jarang ada kat butik, tapi dia selalu usha kitorang through cctv. so nak curi tulang pon terbantut. damn those CCTV!

Pic ni diambil sebelum ada hp baru. Pic ni boleh dianggap sangat mahal sebab nak masukkan ke frienster/myspace (time tu xde fesbuk lagi) hanya boleh dengan mms ke email. so pic ni sekeping dalam 50sen ye! huhu. itu la sebab pic frienster dulu2 pic xbyk cam sekarang ni. sampai beribu2.. sampai naik juling nak tengok satu2.. sampaikan pic jiran sebelah punya anak sedara punya selipar putus pon nak amik gambar dan tag kepada 100 orang yang dengan secara langsung ingin memberitahu orang ramai yang "saya seorang yang prihatin".(oh. ini bukan saya).


Zaman tu if dalam friendster atau myspace orang selalu amik pic sambil pegang kertas tertulis perkataan "i <3 U", "Frienship 4eva" , "promote nama bukan dalam i/c " atau yang sewaktu dengannya sambil amik gambar dari angle atas. Mata pulak dibulatkan sedikit dengan muka yang sayu untuk mendapatkan impak "comel".. if pic begitu berjaya diambil, semestinya akan diletakkan di bahagian "profile picture" sebab ia dianggap pic paling market la.. haha.. (oh. ini juga bukan saya)


Ada sesiapa lagi ingat trend2 posing zaman dulu?

Saturday, February 20, 2010

100.. wow! thanks korang!




Dah genap 100 follower saya.. wow.. syukur alhamdulillah.. walau pon orang lain lagi ramai follower dari kite.. apa2pon saya hargai follower2 saya... sayang korang semua!!

Wednesday, February 17, 2010

Dokumentari Gigi & Braces


I tak tahu la korang perasan ke tak kat sebelah tepi kanan blog ni ada survey.. pasal gigi.. kenapa rasanya Elia ni pakai braces??



Jawapannya korang tengok la sendiri.



Gigi tak tersusun. siap ada taring raja siong tapi kat sebelah je. cacat. hehe. plus, I memang teringin nak pakai braces dari dulu lagi. i suke tengok org yg pakai braces.. cam comel je. siap color2 lagi kan.. best2.. So minta kat Ayahanda dari time sekolah menengah lagi. try nak buat kat klinik kerajaan, line menunggu panjang. nak buat kat klinik ATM, doc tu further study oversea la.

Sampai la satu hari tu, time bulan puasa 10/10/08, Ayahanda bersetuju nak bawa I g klinik swasta. Survey punya survey last2 g kat Klinik Pergigian Aidil kat Wangsa Link. Lepas check doc kate kondisi gigi I xteruk sangat dan dia cadangkan I pakai braces yang paling latest kat klinik dia. jenis Damon. tempoh pemakaian diberikan 18bulan. Harga RM 5000. Tapi sebelum pasang kitorang kena byr deposit 50%. so lagi RM 2500 I kena ansur2 setiap bulan. Ansuran tu bayar setiap kali appointment untuk tukar besi dia. Besi braces makin lama akan ditukar kepada yang semakin tebal. The best part was, takde sebatang gigi pon yang dia cabut!


Disebabkan keterujaan yang melampau, I have decided untuk buat dokumentari dlm bentuk gambar perkembangan gigi I. So kita boleh nampak progress gigi tu. Siapa nak minat nak tengok? Jom~!!

:: Bulan Pertama ::



Ni masa mula2 pasang dia pasang bahagian atas je dulu selama sebulan supaya senang nak biasakan. Mula2 pakai tu dekat seminggu xbole makan benda keras. nasi pon xleh sgt. gigi rasa tegang je bile nak tdo. sakit. nasib doc bagi pain killer and wax..


:: Bulan kedua ::



Dia start pasang braces belah bawah gigi pulak. waaa.. tengok la betapa horrornya gigi saya itu.. uhh..uh.. malu2.. sampai bengkang bengkuk besi dia tu.. time tidor sakit gile. nyilu. tegang je rasa.. after 2 minggu br ok sikit


:: Bulan ketiga ::




cube korang tengok besi tu dah tak berapa nak bengkok kan? hehehe.. sila teruja seperti saya sekarang juga!





saje menganga nak tunjukkan ketidakselarian gigi bawah ku.




dan perhatikan jugak gigi taring i yang senget 180 darjah tu.


:: Bulan keempat::




Agak boring pasal Damon dia xmacam braces lama yg org ramai pakai ada getah colour2. Doc kate getah tu sebenarnya melambatkan pergerakan gigi and susah nak lembutkan gigi tu. so doc kate lambat lagi i boleh pakai getah colour2. kne tunggu sampai gigi tu dah teratur betul baru dia bg pakai suka2.




Plain je kan?




Taring dah gerak sikit. gigi bawah pon dah ok sket. hehe. ke ye?



:: Bulan Kelima ::





Pakai braces ni kebersihan gigi kene lebih sikit la. setiap kali makan kene berus gigi, kumur and flos. tapi bila i buat tu semua lain lak jadinya...







Ntah kenapa gigi i belah kiri tu jadi jarak pulak, nmpak x? terus refer doc masa next visit.



:: Bulan Keenam ::




Solutionnya doc pasangkan getah ni.. Baru la rasa normal sikit. tapi tetap pelik la. color sikit je. belah atas je pulak tu. doc kate. perkara tu biasa la sebab gigi tu dh lembut n mula gerak2. so getah tu utk rapatkan balik gigi yg jarak tu.





Lame2 pakai, warna getah tu pon dah tukar. tapi yang penting gigi jarak tu dah makin rapat.


:: Bulan ketujuh ::







:: Bulan kelapan ::




Lepas dia tanggal getah tu dia ikat lilit lak besi gigi I dengan dawai. xnak bagi gigi atas depan tu renggang. adoi. susah nak mampos nak cuci gigi bila dah ada gawai2 ni. ishk!







:: Bulan kesembilan ::







One day after my birthday ye!! huhu.. saje promote


:: Bulan ke-10 ::




Gigi taring dah mula sebaris dengan yg lain.




Tapi sedikit terangkat.



:: Bulan ke-11 ::









:: Bulan ke 12 ::




Genap setahun baruuu la boleh doc letak getah color2 ni. ada pernah i mention dalam entry sblm2 ni. pasal benda ni.. refer sini - http://jejariruncing.blogspot.com/2009/09/ada-pinknya-ada-yellownya.html


:: Bulan ke-13 hingga ke-16 ::

-Tiada gambar-

maaf. lupa!! hehe




:: Bulan ke-17 ::






Setelah hampir 5 bulan xtukar warna getah. asyik kuning n pink je. tadi i g dentist, doc bgtau 2 berita gembira.

1. Ada koleksi warna baru boleh dipilih.

2. Bulan depan dah boleh tanggal braces and pakai retainer!!

:: Bulan ke-18 ::

Sama-sama kita nantikan...yehaww!!!
Blog Widget by LinkWithin