Thanks For Viewing My Blog =)

Wednesday, November 9, 2016

Rutin pagi dengan Olay Miracle Duo untuk tampak muda


Assalamualaikum...

ada satu teka teki..

Apakah yang sentiasa meningkat, tak pernah menurun even how bad we wish?
dan setiap kali ia meningkat, garis-garis halus dan kedutan makin bertambah?

haa.. jawapannya --- USIA!


Elia pun kadang kadang macam tak percaya je umur dah masuk 27. 
Rasa macam sweet 25 je lagi. hahaha..
how we wish we are forever 25.. hmmm

but macam teka teki tu cakap, ia takkan menurun atau berhenti walau camne pun kita harap.
So bila umur makin meningkat, makin banyak la perubahan fizikal yang kita akan nampak dan perasan.


Dulu kulit muka Elia memang simple dan senang nak dijaga. Jarang bermasalah atau tumbuh jerawat. kalau ada pun masa datang bulan. lepas abis tu hilang lah.

kulit muka pon sentiasa nampak lembab, tegang dan fresh je. walau tak banyak pakai produk muka.

tapi bila umur dah 27 ni, kulit muka dah mula nampak dull. tak fresh, nampak tak bermaya dan kulit dah tak setegang dan anjal macam dulu.


One day Elia tanya nasihat my aunties. memang Elia rapat dengan mak cik mak cik belah Mak. memang kitorang membesar sama dulu. Dorang suggest guna Olay. memang Elia dari dulu perasan produk olay dulu sentiasa ada atas meja solek diorang. masa tu packaging lama. ingat lagi.

Dia suggest Elia cuba produk baru Olay Miracle Duo ni. Katanya even first time pakai pun dah boleh rasa different dia.






Ni set Olay Miracle Duo yang terdiri daripada Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dengan Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream



Miracle Boost ni untuk digunakan selepas kita dah cuci dan toner muka. 



ia ada Skin Energy Complex yang berfungsi membuatkan kulit korang lebih bertenaga dan menguatkan kulit dan bagi korang nampak flawless.


tektur dia memang mudah serap 


tektur dia memang mudah serap dan kena guna sekali dengan krim siang Olay Regenerist



lepas dah sapu Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence kat muka, sapu pula moisturizer  ni. 
fungsi dia untuk memperbaharui lapisan tektur kulit dan mengecilkan pori.

krim ni jugak boleh kurangkan garisan kedutan dan memberi kelembapan pada kulit

bagi kulit kita jadi radiance dan anjal giteww


tektur dia best dan tak melekit. paling best bau dia.. perghh!! wangiiii


bila pakai selalu memang kulit akan nampak lebih radiant dan berseri




Tadaaaa… kulit terus nampak segar dan tegang walau dengan sapuan pertama! Takperlu bantuan make up atau filter camera dah.. Kalau kerap pakai dan konsisten, insya Allah kulit dan wajah korang akan Nampak muda remaja je selalu ;)

Layarilah website mereka di sini untuk more info ;)

https://www.everydayme.com.my/olay


posted from Bloggeroid

Tuesday, June 28, 2016

Jual Baju Preloved kat Carousell


Assalamualaikum..

Dari hari ke hari dok bebel pada diri sendiri apelah baju aku ni banyak sangat. Dah sort out bagi kat homeless dah. Dah pas turunkan bagi kat kawan kawan pon dah. Tp almari still penuh.

You have too much stuffs. Cuba jual online as preloved. Dapat juga la duit.

So, setelah sekian lama akhirnya buat jugak la acc carousell ni.



Jadilah for starter.. hahaha.. for starter pon dh 50 postings. Kemain byk barang aku ni kan.. haishh



Ni pon tak abes lg sort out and post..
Nak jual murah murah je. Senang sikit almari kosong..

Ni pon byk lagi tak smpt nk upload. Tgk sambutan dulu.



Atleast takde la org boring if post kt ig je memanjang. Dah sah sah sape yg buka apps ni sbb nk browse barang kan..?

So korg semua, jemput la checkout my carousell account..

Carousell.com/jr.preloved

Mana la tau my lost would end up to be your gain? ;)




Resipi Pai Tanpa Tepung atau Doh (Crust-less Pie)





Seperti yang korang tahu atau mungkin tak tahu..  Elia suka bake. bukan bake cake. tapi lebih kepada Pastry. tak hebat tapi minat. minat makan dan dalam masa yang sama belajar buat. 


Harini saya nak kongsi resipi yang agak unik, menarik dan tak susah. 
nak buat pai tanpa crust (crustless pie) . tanpa tepung.

Selalu kalau pastri mesti nak ada tepung kan? nak kena ada butter and so on..

So ni Elia nak kongsi resepi yang korang semua boleh cuba.


Bahan A

Sausage*
Cendawan butang*
Crabstick*
2 biji tomato*
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji capsicum merah (dihiris)
1biji capsicum kuning (dihiris)
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Minyak masak
Garam secukup rasa

*=dipotong kecil

Bahan B
1 cawan susu segar
5 biji telur
Kepingan keju cheddar (dihiris)


Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai layu. Masukkan sausage (boleh ganti dengan daging, ayam atau seafood)
2. .Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
3. Masukkan tomato, capsicum, cendawan butang dan taburkan garam. 
Biar sampai masak dan ketepikan.



4. Masukkan susu segar dan telur ke dalam mangkuk tahan panas. (kalau nak lagi sedap boleh pukul telur dengan mayo. kasi fluffy!!)
5. Masukkan keju cheddar dan bahan inti yang dimasak tadi (bahan A)
6. Susunkan crabstick (crabstik taknak masukkan awal sebab nk elakkan dari hancur atau berderai) dan bakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama sejam.
7. Sedia untuk dihidang






rasa dia memang marvelous i tell you... Selamat mencuba!


Sunday, June 26, 2016

Resipi Jeruk Mangga Asamboi Paling Simple




Resipi simple jeruk mangga asamboi

Bahan-bahan:
Mangga muda/mempelam
Asamboi
Gula dan garam (nisbah 5:1)
Cili padi( dipotong halus)


Cara simple membuatnya:
- Kupas mangga ikut potongan yang anda minat
- Cuci dan toskan air
- Campurkan semua bahan. Gaul sebati
- Simpan dalam peti sejuk dalam beberapa jam. Kalau leh more than 3hours.
- Sedia untuk dihidang


senang kan? ni memang fav saya. so, selamat mencuba!!

Friday, June 24, 2016

Resipi Makaroni Bakar ala Lasagna


Harini saya rasa macam nak sharekan resipi senang ni. boleh jadikan ideas untuk juadah berbuka nanti. Enjoy!




Bahan Diperlukan


- 250g macaroni (setengah bungkus)
- 1 tin tomato paste
- 5 biji telur gred A
- 1 paket ayam/daging kisar 
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dipotong kecil-kecilan)
- 3 sudu minyak (untuk menumis)
- Garam dan serbuk perasa

Sedikit serbuk parmesan cheese
- Sedikit lada sulah dan marjerin
- Mozarella yang diparut
-kepingan keju cheddar



Cara Buat / Memasak Makaroni Bakar ala Lasagna


- Pertama sekali, rebus macaroni sehingga empuk. 
Kemudian basuh dan toskan. Ketepikan dalam satu bekas.



- Masukkan telur, taburkan serbuk parmesan dan 
sedikit marjerin kemudian gaul macaroni.



- Panas minyak di kuali. Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
- Kemudian, masukkan daging dan biar seketika hingga daging masak.





- Masukkan makaroni yang direbus tadi.
- Selepas itu, masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah
- Gaul hingga semua bercampur. Ketepikan.


- Sapu loyang dengan majerin dan tuang separuh 
adunan macaroni tadi ke dalam loyang. tekan dengan sudip supaya padat.




- letakkan kepingan cheese 





-kemudian tuang lebihan macaroni diatasnya. (tema layer mcm lasagna)


- taburkan mozzarella yang diparut beserta serbuk
 parmesan sehingga menutupi makaroni.




- Bakar dengan suhu 180' selama hampir 45 minit.


- Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.




Tadaaa... sedia untuk dimakan ;)


Thursday, June 23, 2016

D-I-Y Piknik Deko untuk Si Tunang


Zaman sekarang ni dah jadi macam trend untuk buat surprise or organize an event for someone. It can be for birthday, bridal shower, baby shower, anniversary dan macam macam lagilah!

 Siap ada orang make a business out of it.

Tapi kan..

Kalau buat, plan dan organize sendiri lagi best dan sentimental tau!

D-I-Y style~!


And speaking of birthday and DIY, it bring us to today’s post.


Pasal a D.I.Y deco I made for someone….



Wednesday, June 22, 2016

Deko Hostel yang Unik!


Here’s something menarik yang saya jumpa masa zaman study kat U dulu.
 Masa diploma memang saya dapat hostel, tapi bila Degree memang stay luar je.. Tapi ada je student lain yang dapat hostel.

Dan masa saya ke salah satu dorm diorang sebab nak discuss pasal group presentation……


What I found was sooooo interesting.

Tak tau lah saya sorang je yang rasa benda ni menarik atau ni sememangnya menarik..

Yang pastinya, saya jakun jap lah..


Wednesday, May 18, 2016

Cara miliki iPhone tanpa wang pendahuluan


zaman sekarang ni semuanya boleh dibuat di hujung jari je. nak bayar bil, order makanan, beli barangan dan sebagainya semua boleh buat secara online je sekarang.

paling menarik sekarang ni beli henpon.
bukan cikai cikai punya handpon ye!
iPhone pon boleh dibeli melalui online.

tak perlu ribu ribu duit dalam akaun, tak perlu nak ikat perut atau meminjam sana sini untuk beli IPhone dah sekarang ni. Paling best, dah tak perlu nak ada credit card pun!

Kalau dengan U Mobile, korang boleh dapatkan iphone idaman korang dengan hanya perlu bayar RM58 sebulan sahaja! tanpa perlu ada kredit kad dan tanpa wang pendahuluan. tempoh bayaran balik  pun sangat flexible sampai 36 bulan.

kalau berminat, korang hanya perlu

- isi U MicroCredit form online ataupun offline
- dapat approval comfirmation
- then dah boleh collect iPhone 

Dokumen yang diperlukan hanyalah :

- Kad pengenalan
- Penyata gaji terkini (3 bulan)
- Penyata KWSP terkini (3 bulan)
- Penyata Bank dengan maklumat akaun

offer ni sesuai la untuk korang yang baru kerja dan dah lama nak mengidam pakai iPhone. tak perlu nak tunggu lama. boleh terus apply je dari U Mobile. semua pakej plan korang boleh pilih ikot kesesuaian dan kehendak. 

Sape yang teringin nak pakai iPhone SE baru ni tunggu apa lagi?? Ni lah masanya babe!


nak maklumat lagi jelas boleh layari website


Birthday @ kl tower part 2


















Surprise Birthday with kesayangan 2016
















wajah wajah kesayangan hamba. tq for everything !!













Blog Widget by LinkWithin