Thanks For Viewing My Blog =)

Friday, March 21, 2014

Detox: Cuci perut dengan infused water

Salam Jumaat semua.
Semalam sebelum tido Elia ada post kat instagram pasal i made this infused water.

Banyak kebaikan infused water ni. Antaranya bagus untuk detox. Keluarkan toksin dalam badan, seimbangankn pH, sekat selera makan, kurangkan water retention, dan macam-macan lagilah! Hehe




Bagi yang nak tau cam mana Elia buat infused water ni... meh nak bagitau..

2 Liter air
1 biji lemon
1 biji timun (saiz kecil)
12-15 helai daun pudina

Rendamkan semalaman. Esoknya bangun pagi minumlah air rendaman tu. Sangat refreshing.

Ada yang tanya.. 'untuk minum pagi je ke?'

Ehh.. xde la.. untuk diminum sepanjang hari. Ia boleh galakkan korang minum lebih air macam yang badan kite perlukan.

Benda ni baguslah buat korang yang susah sangat nk minum air putih 2liter sehari. Atleast bila berperisa ni rajin la sikit kann.. sedap n refreshing lak tu!




Btw, tak semestinya boleh buat pakai lemon, mint n timun je.. bole guna ape je buah2 yg korang suka..

So...
Selamat mencuba!
posted from Bloggeroid

Wednesday, March 19, 2014

Resepi Sherperd's Pie Ayam Cendawan



Buat yang tanya pasal resipi sherperd's pie yang Elia buat haritu, di sini saya sertakan resipinya. Elia guna daging ayam sebab Elia tak makan daging lembu tau. so.. daging tu optional la untuk uolls ;)


Bahan A untuk Inti

500g ayam kisar
1 abu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 cawan mix vege
10 biji cendawan butang
5 biji tomato
1 pokok daun parsli
1 sudu makan tepung jagung(dibancuh dgn secawan air)
1 kiub stok ayam
minyak masak*
serbuk lada hitam*
garam*
serbuk mushroom soup(optional)*

*secukup rasa

Bahan B (untuk pai)

1kg kentang(dipotong dadu)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rsa





Cara buat inti pai:

   

1. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau(wangi)


 
2. masukkan daging/ayam kisar dan cendawan butang. kacau sampai daging tu masak

 
3. masukkan tomato dengan semua bahan2 yang lain kecuali bancuhan tepung jagung dengan kiub ayam/ serbuk mushroom soup


 
4. bila mendidih barulah masukkan bancuhan tepung jagung tu. pastu kacau sampai dia masak


5. padamkan api, angkat letak dalam pinggan. ketepikan dlu untuk buat pai dia plak





 
Cara buat pai :

1. rebus kentang dalam air yang dh dimasukkan garam. rebus sampai air rebusan tu kering.




2. masukkan susu segar dan mash-kan atau lecek kentang tu. masukkan skali butter(mentega) dengan lada sulah

  

 

3. bila dah lenyek, masukkan dalam bekas mangkuk aluminium. ratakan pakai sudu


 
4. masukkan inti yang kita dah masak awal tadi pastu on top tu tutupkan dengan kentang tu balik


Untuk kasi sedap sikit, Elia taburkan Mozarella Cheese on top of the pie.



 
5. bakar dalam a pre-heat oven pada suhu 200'C for about 30 minit.


 

Dah siap!!!

 

Selamat Mencuba!







WW - Rajin masak tapi...



Situasi ni selalu Elia lalui.
Sebab tu mak selalu pesan..
Sambil-sambil awak memasak tu kemas kemas, lap lap dan basuh ape yang patut bila ada kesempatan. Jangan biar singki penuh.

Nanti dh berrimbun, nak basuh pon malas.. heheehe

Baiklah makk..

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 18, 2014

Dunia mempersendakan kehilangan pesawat MH370


Assalamualaikum...
Tak sangka dalam Elia dok sedap scroll website troll yang femes dengan jokes and funny memes ni, saya terperasankan it did upload something about our missing MH370 ni. yang menyedihkan bile ramai manusia yang comment dan mempersendakan segala isu yang timbul tentang kejadian ni tanpa menghiraukan sensitiviti orang lain.

 ni lah gambar dia...





dalam laman 9Gag ni, they make fun of the incident. kononnya pesawat MH370 ni johan peringkat dunia dalam permainan "hide and seek" atau orang kita panggil "main sorok-sorok"..

haisshh.. dah la pasal bomoh tampar buaya tu pon dah kecoh satu dunia mentertawakan kita. ni kes ni pulak..





Biasalah kalau terjadi sesuatu pada negara kita, kita macam gatal tangan je nak update or nak sebarkan apa-apa maklumat yang kita dapat tanpa memastikan kesahihannya.

Tak dinafikan kita semua rasa tersentuh dengan kejadian ni. walaupun not directly affected, kita sebagai manusia tak dapat membayangkan perasaan mereka yang ahli keluarga atau rakan-rakan rapat kepada semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 ini.










 Elia dapat tahu pasal kejadian ni awal pagi tu dari kakak, sebab kakak saya merupakan ex-classmate pada co-pilot pesawat tu. my sis nampak sangat terkesan dengan insiden ni. mungkin sebab diorang baru je berwhatssap pagi tu just right before he went for his morning briefing before take off.



Screenshot atas ni antara perbualan mereka yang sekarang ni sangat terkesan sebab kita sendiri tak tahu kemana perginya pesawat tu and what had happened.

kalau kawan pon boleh rasa terkesan sampai tak lalu makan, inikan pula ahli keluarga mereka. bayangkanlah bagaimana perasaan dan keadaan mereka bila dengar segala kutukan dan pertikaian yang berlalu dan ditujukan ke atas ahli keluarga mereka..

Elia tak nak komen banyak pasal isu ni, tapi yang penting kita perlu kurangkan spekulasi dan tingkatkan doa.. semoga segalanya berjalan dengan lancar dan kita berjaya menemui our big bird tak lama lagi.. aminnn..

p/s: Abah Elia dah berapa hari berkampong kt ofis, balik umah tukar baju then g ofis balik.day in day out. even during weekends. been working 24/7 for the SAR of this flight.


Friday, March 7, 2014

Preloved clothes for sale tomorrow at #SBB2014



Harini dah Jumaat. My favorite day of the whole week.

esok dah Sabtu. pada sesiapa yang takde plan tu, apa kata jom ke bazaar yang diadakan sempena acara Sepetang Bersama Blogger anjuran Denai Hati Network(SBB2014).


Bertempat di bazaar #SBB2014
@ Saloma Bistro, Jalan Ampang
(bersebelahan dengan Zook KL)
dari jam 10 pagi - 5 ptg. 


Me and my partners will be there at booth NO.4. Esok, Elia akan let go some of my pre-loved items. 

selain tu ada juga other stuff from my partners at our booth.



:: Mini pretzel from Mak Lady ::


Closets Of AmyAmy



Banyak lagi booth dan vendors will be there selling their stuffs.. Elia pon dh lama tak shopping. So jom pakat ramai ramai ke bazaar #SBB2014 esok ok? see u there! ;)

Monday, March 3, 2014

Resepi Spagetti Aglio E Olio (seafood and veges)



Semalam Mak Elia message kata dia tetibe teringin nak makan spagetti yang jenis goreng.

ntah kenapa tetibe tekak mak kite tu nak italian food plak. slalu dia jarang suka makanan italian. tetibe siap request the one that she wanted. 


bukan main lagi dia punya tekak nak yang goreng lah. yang takde tomato paste la. yang ada letak olive oil la. so semalam lepas kami dah pi beli segala barang yang nak digunakan. (ingredients dia ktorg main bantai je. agak-agak) malas nak suft tenet for the resipi.

masa nak masak tu pon just sekadar tanya my aunt the resipi. dia pon bg resipi ikot mulot je. so. Elia pon masak je la ngah keyakinan yang ada. hentam je. main campak-campak je.


Alhamdulillah menjadi! senang jugak nak buatnya. since ramai yang minta resipi kat Elia, so here it goes..

Bahan2 :
 
 Spagetti (Elia pakai jenis vermicelli, bole juga guna thin spagetti)
 Seafood (udang, sotong, dll)
 1 labu bawang kuning (potong 4)
5-6 ulas bawang putih(cicang)
serbuk lada hitam, garam dan serbuk oregano secukup rasa
kiub ikan bilis (guna sbb nk extract flavor. since seafood krg dpt kuakan byk flavor brbanding ayam)
sayur-sayuran (lada benggala, tomato ceri, sederi, dll)
olive oil


Cara-caranya:

mula mula rebuskan spagetti then toskan

pastu sambil merebus tu gaulkan seafood dgn garam dan lada seckup rasa.


panaskan kuali, tuang sedikit olive oil dan masukkan seafood tu tadi.

bila dah masak angkat dan asingkan dulu dalam pinggan lain. dengan lebihan air n minyak from that kuali tu, tumiskan bawang putih, bawang holland(kuning). lepas dah naik bau, masukkan sayur2 tadi. kacau sampai masak.


lepas tu boleh lah korang masukkan spagetti yang dah ditoskan td. masukkan sekali seafood yang dah masak tadi dan gaul. taburkan serbuk oregano, garam, kiub ikan bilis dan lada hitam secukup rasa. tambahkan juga olive oil kalau spagetti anda nampak kering.

 
once done. its ready to serve! bon apetite !




Since Elia memang suka makan brocolli, saya campurkan sekali brocolli yang dah direbus awal tadi as hiasan.. hehehe.. simple je kan? so, selamat mencuba!



Blog Widget by LinkWithin