Thanks For Viewing My Blog =)

Friday, February 28, 2014

Betul ke bedak talkum mengundang maut?


Dari kecik kita pakai bedak talkum. tak kira la brand apa. 

sedangkan sekarang ni pon Elia memang boleh dikatakan masih pakai bedak talkum. sebab selesa dan ringan. suka pakai kat badan dan muka. 

tapi bila baca pasal benda ni.. serious terkejut gile.. haiyooo..

hmm.. camne ni??

Tuesday, February 25, 2014

Resepi Pasta Penne dengan Sos Ayam Cendawan




as promise(from the vintage picnic post), the recipe for making this easy peasy dish ;)







Bahan-bahan:

1 paket pasta Penne
1 tin tomato paste 
500g Ayam/daging kisar
2-3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris)
cendawan butang
lobak merah
tomato cherry(optional)
garam (secukup rasa)

Cara- cara :

1. tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.


2. masukkan ayam/daging kisar dan goreng sampai masak.


3. masukkan sayur-sayuran tadi dan biarkn sehingga mendidih.


4. masukkan tomato paste tadi bersama sedikit air dan biarkan sehingga mendidih. letakkan garam secukup rasa. boleh letak tomato cherry tu sekali for more juicy taste. bila dah masak, tutup api. dah siap!




pasta Penne ni pulak kena rebus dalam air. letakkan garam sikit dan berapa titisan minyak supaya dia x melekat. rebus sampai dia kembang. tp jgn biarkan dia masak sgt. sedang-sedang gitu. angkat dan toskan. sedia untuk dimakan!

*disebabkan nak piknik, saya tak gorengkan sekali kuah dengan pasta. sebab taknak dia kembang. nanti xsedap. kalau korang nak buat kat rumah n nak terus mengadap makan, boleh terus masukkan pasta ni dan gorengkan dalam sos yang kita buat tu. lagi sedap!


selamat mencuba ;)





Monday, February 24, 2014

Picnic Vintage Style






Picnic Vintage? camne picnic vintage ni? macam pelik je bunyinya. makanan zaman purba ke ape?

NOOOO.. baby nooo


gini ceritanya..

ada satu petang tu. jalan-jalan masuk this grocery store. Elia ni pelik sikit. gegadis selalu kalau keluar jenjalan dia suka masuk retail shops yang jual baju, kasut or handbags kan. tapi saya suka masuk grocery stores, supermarket atau hypermarket yang kat dalam shopping complex.


Elia hanya akan masuk retail store kalau memang ada pasang niat nak beli barang-barang camtu. kalau setakat nak window shopping, I rather go window shopping kat groceries store. 


Dalam cuci-cuci mata dan window shopping tu, tetiba datang mood tung tang tung tang alexander kak jejar kau ni. terasa nak memasak lak. kebetulan juga ada yang request nak rasa iolls masak. dah tu demand pulak nak rasa pasta yang Elia selalu gembar gemburkan kat dia tapi tak pernah bagi dia rasa.




No hal... wa tatak gentar punya olang. wa sahut cabaran lu! sambil berlari lari anak seperti pelakon baywatch dipersisiran pantai, iolls pick up few things to cook the pasta.

Esoknya masak-masak, bungkus dalam tupperware. besides the penne pasta, iolls buat fresh salad mixed with ikan bilis goreng. haha.. kasi rangup rangup kriuk kriuk sikit mengulam salad tu.

pada awalnya xde pon nak bertema tema ni. gedik je kan.

tapi tetiba time tengah kusyuk masak kat dapur, my mom datang and show me this very vintage picnic bag. dia cadangkan make it as the picnic basket.

waaaa... ni baru betul-betul picnic!

so i stopped by Giant, bought this sparkling drink then we headed straight to the park!



sampai kat port yang baik. redup and nyaman je, terus buka bekalan yang dibawa, hidangkan dan....

 lets dig in!




punya syok makan sampai tak terkata kekdahnya. Alhamdulillah. syok sangat rasa bila kita tengok orang makan masakan kita dengan penuh selera. rasa kenyang terus. hehehe. selalu kalau Elia masak, mesti rasa cepat je kenyang. tapi kalau makanan orang lain makan, aku bedal macam ape je. like there's no tomorrow. tak taulah kenapa..




untuk melangkapkan lagi tema "vintage" kita, lets enjoy this picture yang gaya pon ala-ala vintage....





.... padahal kat Taman Tasek Titiwangsa je! hahahahahaa....

*Resipi akan diupdate pada entri seterusnya.. tungguuuuuuuu ;)

Friday, February 21, 2014

Kalut! Bila hujan lebat dan lampu trafik tak berfungsi




Pernah tak korang stuck dalam jam kat traffic light kat jalan utama?

last week, isnin tu boleh pulak traffic light kat simpang empat Setiawangsa/DUKE tu rosak?!

dekat setengah jam jugak la Elia stuck kat tengah-tengah kotak kuning tu. takde pon polis traffic datang masa tu. mungkin diorang tengah on their way nak datang masa tu.

dengar cerita juga bukan kat simpng tu je semua lampu isyarat diorang tak berfungsi, ada simpang lain juga. mungkin masalah teknikal berlaku bila hujan lebat ni.

pape pon just nak share la.. its my first time experience something like that. dah la waktu peak hours masa semua orang tengah berpusu nak balik rumah dari tempat kerja. ntah brape lama la diorg stuck.

semua kereta dari penjuru simpang nak keluar. nasib tak ada sebarang incident buruk berlaku. semua pemandu bertolak ansur.

korang pulak pernah tak experience tersepit ditengah-tengah kotak kuning macam ni? ;)
 

Thursday, February 20, 2014

(Resipi) Salmon dengan sos oren


Salam.

antara banyak banyak ikan, Elia paling suka makan ikan Salmon. kalau ada ikan Salmon kat rumah memang selera je nak makan. cara paling mudah dan lazat tip top tahap jilat pinggan saya selalu panggang atas grill pan ataupun masak cara ni..... 



Bahan-bahan:

aluminium foil
2 keping ikan Salmon
1 sudu sos tiram
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan lada hitam
garam(secukup rasa)
lobak merah
sebiji oren sunkist

Cara masak :

1. sapukan sos tiram, serbuk lada hitam, oregano dan garam pada ikan.
2. perahkan oren sunkist tu pada ikan dan sapu rata. lepas tu korang biarkan ikan tu perap for few minutes.
3. potong lobak merah halus halus. 
4. masukkan ikan yang diperap tadi dalam aluminium foil dan masukkan carrot yang dh dipotong skali dalam tu.
5. tuangkan lebihan air perapan dalam aluminium foil supaya boleh dijadikan kuah.
6. bungkus aluminium foil tu dan masukkan dalam oven atau bakar atas kuali for about 20minutes.


and wallllaahhh... dah siap untuk dimakan. senang je kan? senang gila tahap budak darjah satu pon boleh buat....not to forget, its healthy too! so selamat mencuba dan menghirup kuah dia macam iklan mamee slurp!



PERINGATAN: Lady Drivers, Sila berhati-hati!


Perhatian buat semua. but ladies especially!

baru-baru ni my aunty punya kawan hampir KENA ROMPAK masa keretanya tengah berhenti untuk lampu merah kat traffic light.

kita gegirls ni biasalah kan.. letak handbag kt sebelah seat driver. dah bila kita memandu sorang memang selalunya akan letak kat sebelah. kononnya senang nak capai purse or handphone. 

lagipun kita fikir, "ahhh.. iolls lock je kereta. takkan orang nak buka ambil pulak!"

tapi NO NO NOOOOO..

NOW.. tanggapan dan tindakan tu terrsangatlah salahh..

wrong wrong wrong!

sebab apa? even dah kunci pon masih tak selamat! senang cite just tengok dan baca nih :





So, lepas ni dah tak boleh nak letak beg kat seat sebelah dah kat seat belakang laaaagi la tak boleh
. nak tak nak kena letak kat bawah seat kita.. takuttttt...

nasib mangsa tak diapa-apakan dan dia sempat melawan perompak tu. orang tu pon tak sempat nak larikan handbeg dia

Wednesday, February 19, 2014

Yeay, Dah boleh skodeng insta dari blog!





tak kesah la orang nak kata outdated ke ketapi lambat ke... soo last yeeear ke.. yang penting sekarang akak nak menjakunkan diri..

tak kira tak kira.... nak jugak.. ;P


nak jakunkan diri sebab now dah ada new widget kat blog. blog readers yang mana takda account instagram, yang malas nak buka tengok kat hp atau yang saje nak stalk tapi takut tertekan "like"(haha.. kantoi!) bolehlah scroll around beberapa keping gambarku kat instagram terus menerus dari blog nih. haaa.. siap haku ajar orang cara nak stalk lagi tau... kuurrlasss!



so.. to korang, selamat menyengkodeng!(haa..ada ke ayat tu? hentam je la)


Pengorbanan seorang bergelar bapa



Gambar di atas ni Elia ambil masa keluar dengan my mom haritu. Manalah aku tak jakun sekejap bila tengok dengan mata kepala kita sendiri sebiji motosikal yang keluar dari sebuah sekolah. kelihatan seorang pak cik dengan 5 anak menaiki one single bike! bayangkn satu motor naik 6orang. 2 orang anak kecik dalam lingkungan 7-10 tahun duduk kat dalam bakul motor tu. Yes. you tak salah bacaa. DUA org budak dlm basket motor tu

UNBELIEVABLE?! BELIEVE IT! (dah macam tagline Ribley's Believe it or not plak ;p)

Tapi baguslah pak cik ni. tak membeza-bezakan 5 anak-anak dia. semua merasa naik motor dia. takde lah dia nak suh sorang jalan kali ke yang kecik naik motor ke. lagipun seorang bapa ni perlu berlaku adil pada semua anak-anak dia. dalam hadis pon ada sebut pasal ni.




Dan mungkin juga dia nak jimat. harga minyak kan dah naik, so dengan naik motor, bole jimat. who knows?

papepun rasa terharu bila tengok benda-benda camni. terfikir tentang tahap pengorbanan seorang bapa ni. tak membeza atau tak melebihkan mana-mana anak and how far they can go to fulfills the needs of their children.

siapa kat sini pernah nampak orang naik motor berenam macam ni?



Wordless Wednesday - Speechless


memang wordless la utk gambar ni.. taktau nak kata ape. hmmmmm. kekeliruan melanda diri.. *larrrikkkkk*


Tuesday, February 18, 2014

Cerita masa temuduga untuk praktikal



Bila mengenangkan usaha nak dapatkan tempah untuk praktikal ni.. mak aihh.. ramai yang mengeluh. tapi Alhamdulillah Elia punya taklah susah sangat. Even masa mula apply kat company 1st choice tu application terpaksa ditolak sebab dorang dh penuh quota untuk internship. agak down jugak masa tu sebab memang lama aim nak buat practical kat situ. tapi rezeki takde. so takpelah.


try pulak kat company lain. yang kelakarnya masa Elia nak submit resume kat company A ni, kebetulan pulak sorang wakil dari company B ni saw my resume and request Elia untuk try apply kat company B ni. Since Uitm hanya bagi sorg student untuk apply 3 tempat je, so i just try my luck.



Bila di panggil interview.. pergh.. cuak babe.. memang cuak..
ikotkan Elia ni memang tak berapa gemar nak temuduga bagai ni kan. yelah.. sape tak cuak nak di interview kan??

Lagipon so far Elia tak banyak pengalaman di-interview. Dulu masa 1st time interview kat Koop CIMB tu Alhamdulillah trus diterima kerja. lepas tu kerja 2 tahun then i resign to further my studies fulltime.

bayangkanlah setelah like more than 5years, nak kena mengadap interviewer lagi.. sape tak cuak?

to make things worst, ada sedikit salah faham or ketegangan happen before nak set date for the interview tu. nasib i manage to handle it well and professionally. tapi sape tak cuak kalau belum pape dah ada a slight misunderstanding dengan the majikan?

ye la. risaulah kalau belum pape dia dah ada bad first impression pasal kite. even though the misunderstanding tu bukan salah kite sepenuhnya tapi kite kena pandai defend dengan cara proper la kan.


Masa Elia dipanggil interview tu. it was set at around 5pm. fuhh.. haritu tengah hari dah sebok prepare my resume and stuff. tapi apelah hidup Elia ni tanpa sebarang unsur drama atau saspen? dalam cerita nak siapkan resume pon ada drama. boleh pulak time some of my sijil-sijil hilang? sijil dekan Uitm kebanyakkannya. nasib minitranskrip ada. boleh suruh interviewer tengok kat situ je result.

tapi yang kelakarnya sijil ori hilang yang photostatnya ada. so aku fikir.. ahh.. bedal je la. ni mesti kes sijil-sijil tu tertinggal kat rumah sewa kt Melaka. mood dah sedikit terganggu dah masa tu. tapi kira kes redho je la. kalau diorang tanya just tell the truth. dapat tak dapat tu kira rezeki.

petang tu as usual datang awal. masuk office. orang kat office tu ckp the person tu tak datang lagi. so i took my seat at the waiting area. hmm. tunggu punya tunggu..

it was for almost 2 hours. 2 jam tau kena tunggu. sabo je la. sampai-sampai kena intervew dekat sejam gak. macam-macam yang dia tanya. bukan tanya je. siap kena test skali. dia keluarkan this one huge file. bappppp (hambek kau!)

dia letak depan muka satu fail besar ni..

dalam fail tu ada all this documents penting

the interviewer suruh identify each of the document

aiyooo.. tengok memang macam familiar je docs tu semua. macam penah nampak jee.. macam kenal je..macam pernah belajar masa subject finance dulu je.. huhu

tapi tergagap-gagap la. siap kena test a few general knowledge. Elia pon jawab dengan confident je. kalau tak tahu just be honest. "i'm not sure the exact answer but i think......"

jangan cuba menipu interviewer. sebab mesti diorang dapat detect. so just be yourself..


Alhamdulillah lepas interview tu die terus confirmkan my internship placement. legaaa terus. walau awal2 tu macam-macam dugaan, syukur. semua berjalan dengan lancar.

moral of the story, nothing comes easy in life. semua benda mesti ada obstacle baru kite dapat apa yang kita nak. kalau orang yang smooth sailing tu baguslah..


Thursday, February 13, 2014

Pakai losyen bilas dalam bilik mandi


Salam,

Korang perasan tak sekarang ni cuaca sangat panas dan terik? hari-hari pun panas kan kebelakangan ni. lagi-lagi kat KL ni. perghh.. tak tahan!

memang mulalah aku malas nak kuar time siang-siang ni. dengan bahangnya, terik, panas n sangat tak selesa. memang dehydrated je la. asyik dahaga. so kena kerap minum air.

dengan cuaca yang terik dan bahang ni, bukan badan kita je perluakan air atau kelembapan. tapi ada satu lagi yang sangat penting untuk kite jaga. which is our kulit ni. lagi-lagilah golongan hey ladies ni. dah memang kena la jaga kelembapan kulit. nanti akan cepat kering dan kedutan pon boleh cpt jadi.


ada sesetengah orang suka pakai losyen kulit. hari-hari lepas mandi, dah keringkan badan n pakai baju, dia mesti sapu losyen kat badan. 

Honestly Elia memang jenis orang yang SANGAT MALAS nak menyapu losyen kat badan ni. losyen ada. tapi memang jarang sangat nak sapu hari-hari. 

yelah. mane taknya. 1st. sebab Elia ni selalu rushing bila bersiap. kalau nak pakai losyen kan kena tunggu lama sampai losyen tu kering baru la leh selesa nak pakai baju.

satu lagi benda yang Elia kurang berkenan dengan pakai losyen ni sebab nanti ada rasa macam kesan berminyak kat badan. lagi2 kalau masa kua kat terik panas(dah la skrg ni memang tengah musim panas kt sini). bile losyen kt badan kita dah bercampur dengan peluh... haiissshh.. rimas.. melekit-lekit! me dont loikeyyy

lepas tu yang Elia tak berkenan nak sapu-sapu losyen ni. masa kita nak makan. iolls kan ala ala pompuan melayu terakhir, makan pakai tangan. so selalunya even dah basuh tangan sebelum makan pon ada rasa macam kite makan makanan tu dengan "perasa tambahan".. sebab tu la Elia ni selalu malas sangat nak pakai losyen hari-hari. 

kadang-kadang tu in just simply TERLUPA nak sapu losyen sebab cepat sangat bersiap ;p

Malas dan cerewet punya pasal, hadap lah kau kulit macam kulit kayu. tak sehalus mulus macam orang lain 





TAPI, baru-baru ni Elia happy dan sangat teruja sebab SEMUA masalah yang Elia dapat bila pakai losyen ni hilang!

dengan cara PAKAI LOSYEN MASA MANDI.

haaaa... bunyi macam pelik je lak?

tapi tak pelik mana. walau benda ni baru and 1st time ada benda macam ni, memang Elia yakin benda ni akan jadi hot stuff n ramai akan cari. 

bukan just any kind of lotion, but its the NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner. its the FIRST of its kind. bunyi macam pelik je kan. tapi sangat best dan debabooom

conditioner ni ada 2 jenis. Firstly, NIVEA In-shower Intensive Skin Conditioner diperbuat khas untuk kulit kering. Formula conditioner ni mengandungi khasiat almond oil yg membolehkan kulit rasa lebih lembut dan licin. Bestnyeeeee!

Yg satu lagi tu, NIVEA In-Shower Skin Conditioner diperbuat khas untuk kulit biasa. Formula ni mengandungi sea minerals yg membantu melembapkan kulit ;)



bukan susah pon nak pakai. nama pon SKIN CONDITIONER. Cara pemakaian pon macam ala-ala kite shampoo n pakai conditioner rambut kita tuuu..

1. mandi dan sabun pakai shower cream atau sabun buku anda macam biasa dan bilas.

2. sapukan losyen NIVEA In-Shower Skin Conditioner ni kat seluruh badan masa badan masih lembab-lembab gitu.

3. bilas badan lagi sekali (tak perlu tunggu lama pon. lepas sapu tu dah leh bilas macam biasa)

4. Lap/keringkan badan dan pakai baju macam biasa ;)


senang je kan? Elia memang suka sangat pakai benda ni sebab one thing kita bole sapu ke seluruh badan. kalau losyen biasa, dah pakai baju baru nak sapu. confirm la ada kawasan yang tak kena sapuan tu kan.. ni haaa.. hambek kau sapu la ngan murah hati ke satu badan kau. no hal

dah tu memang jimat masa dan tenaga. zap zap zup dah siap. bole terus siap2 pakai baju.

 Elia dah la dah start berpraktikal. so memang agak rushing bersiap. pastu kat ofis satu hari kena aircond. habis kering kulit ku yang sediakala tak berapa mulus ni.

yang bestnya, even masa penggunaan pertama Elia personally dah nampak dan rasa perbezaam die.





tak caya tengok gambar tangan Elia sebelum pakai. keringnya makhaiii.. macam ular nak bersalin kulit!



lepas pakai losyen kulit NIVEA ni, terus hilang kesan-kesan kulit kering tu..



memang terbaek la losyen ni. now Elia dah tak malas atau lupa dah nak sapu losyen. sebab apa? sebab dah letak sekali denga shower cream. takkan boleh lupa pakai kann.. ada ke orang yang mandi leh lupa pakai shower cream? hehe.. so suksesss!!

bagi yang nak tengok dan nak tahu kepentingan melembabkan kulit, ada video on this yang bertajuk“Sexy In-Shower Experiment”



jom la layan video ni 





nak try losyen ni dan rasakan keberkesanan dia? dapatkan sample PERCUMA kat -- https://www.facebook.com/mynivea

Wednesday, February 12, 2014

Minggu Pertama Praktikal



Assalamualaikum..

Sedar tak sedar dah seminggu lebih dah Elia start berpraktikal..

Macam tak sangka je 5sem berlalu macam tu je. Tau tau dah nak praktikal. Habis praktikal ni dah nak grad.

harap harap la takde sebarang halangan untuk saya grad ni.


Ramai yang tanya Elia dapat practical kat mana? susah la nak share the name of the company. nak kena la jaga P&C compay tu juga kan. but all i can say that company ni sebuah syarikat yang provide manpower provisions for oil and gas industry. company ni terletak dekat je dengan area rumah Elia which is kat Setiawangsa ni je ;)



Minggu pertama masuk office last week tak macam member-member lain. dorang kebanyakkan nya cakap dorang duk rileks tak tahu nak buat ape. sebab maybe for their first day mostly they were given a simple brief about the company. ada round-round office, ada yang mengadu mengantuk sebab takde apa nak buat, ada yang kena ikot pergi meeting n macam-macamlah.


as for me, my first day was so proactive. masuk-masuk, semua tengah busy. i was waiting for the person in charge untuk brief ape yang patut. tengok-tengok he was not around. he extend his holiday. tapi dia ada singgah office untuk bagi Elia kerja and assign someone to guide me.





korang bayangkanlah first day Elia dah kena buat proposal and quotation for the company's client. due datenya lagi 2 hari. so memang i take it as a challenge. Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar from the project engineers Elia boleh buat.

first day tu jugak Elia diberi tanggung jawab untuk make phone calls to client untuk request for certain information. nasib dah biasa buat masa keje dulu. takdelah cuak sangat ;p

pape pon memang cuak nak practical kat sini. sebab industry ni agak lari sikit dari my bidang. yelah. dari Human Resource pergi ke Oil n Gas industry. banyak terms terms diorang kat sini yang Elia macam "amende tu?" tapi tak segan silu tanya je..  yelaa.. malu bertanya sesat jalan wehh.. kita ni praktikal untuk belajar n grab as many knowledge, experience and ilmu yang kita boleh dapat. tapi masa nak bertanya tu,buat mula innocent sikit la kan. baru la dorang tak marah ;p


2nd week. which was last monday n yesterday kitorang kena attend this 2 days training program kat Heliconia Felda. lepas attend tu baru la clear sikit on what the process and procedure yang company ni kena go through.

naik je office lepas training program tu, (which is today!) Elia dah kena start buat my 1st task or responsibility handed to me by the organization. fuhh.. harap semua berjalan dengan lancar. aminn.

as for the environment and staff kat sini, alhamdulillah semua best-best. office kat sni sangat convenience. ada toilet yang cukup, siap ada shower(haha.mcm la aku nk mandi kat office kan, ada pantry yang lengkap dengan segala perkakas n petisejuk yang besar, ada surau yang selesa and working space yang menenangkan.

staffs semua baik-baik and ramah. bosses lak cool, sporting and funny. staffs kat sini have a good rlationship wth one another. friendly and tak lokek ilmu nak ajar kite yang masih fresh bak buah cempedak di luar pagar ni (sukehati buat perumpamaan sendiri!)

so, buat sesiapa kat luar sana yang tengah praktikal jugak, goodluck! kalau rajin, sharelah your experience ngan kitorang kat sni, bagi link if korang ada buat entry kat ruangan komen. nanti insyallah boleh Elia jenguk n share kat blog ;) SHARING IS CARING kannn ;)

Blog Widget by LinkWithin