Thanks For Viewing My Blog =)

Tuesday, June 28, 2016

Jual Baju Preloved kat Carousell


Assalamualaikum..

Dari hari ke hari dok bebel pada diri sendiri apelah baju aku ni banyak sangat. Dah sort out bagi kat homeless dah. Dah pas turunkan bagi kat kawan kawan pon dah. Tp almari still penuh.

You have too much stuffs. Cuba jual online as preloved. Dapat juga la duit.

So, setelah sekian lama akhirnya buat jugak la acc carousell ni.



Jadilah for starter.. hahaha.. for starter pon dh 50 postings. Kemain byk barang aku ni kan.. haishh



Ni pon tak abes lg sort out and post..
Nak jual murah murah je. Senang sikit almari kosong..

Ni pon byk lagi tak smpt nk upload. Tgk sambutan dulu.



Atleast takde la org boring if post kt ig je memanjang. Dah sah sah sape yg buka apps ni sbb nk browse barang kan..?

So korg semua, jemput la checkout my carousell account..

Carousell.com/jr.preloved

Mana la tau my lost would end up to be your gain? ;)




Resipi Pai Tanpa Tepung atau Doh (Crust-less Pie)





Seperti yang korang tahu atau mungkin tak tahu..  Elia suka bake. bukan bake cake. tapi lebih kepada Pastry. tak hebat tapi minat. minat makan dan dalam masa yang sama belajar buat. 


Harini saya nak kongsi resipi yang agak unik, menarik dan tak susah. 
nak buat pai tanpa crust (crustless pie) . tanpa tepung.

Selalu kalau pastri mesti nak ada tepung kan? nak kena ada butter and so on..

So ni Elia nak kongsi resepi yang korang semua boleh cuba.


Bahan A

Sausage*
Cendawan butang*
Crabstick*
2 biji tomato*
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji capsicum merah (dihiris)
1biji capsicum kuning (dihiris)
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Minyak masak
Garam secukup rasa

*=dipotong kecil

Bahan B
1 cawan susu segar
5 biji telur
Kepingan keju cheddar (dihiris)


Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai layu. Masukkan sausage (boleh ganti dengan daging, ayam atau seafood)
2. .Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
3. Masukkan tomato, capsicum, cendawan butang dan taburkan garam. 
Biar sampai masak dan ketepikan.



4. Masukkan susu segar dan telur ke dalam mangkuk tahan panas. (kalau nak lagi sedap boleh pukul telur dengan mayo. kasi fluffy!!)
5. Masukkan keju cheddar dan bahan inti yang dimasak tadi (bahan A)
6. Susunkan crabstick (crabstik taknak masukkan awal sebab nk elakkan dari hancur atau berderai) dan bakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama sejam.
7. Sedia untuk dihidang






rasa dia memang marvelous i tell you... Selamat mencuba!


Sunday, June 26, 2016

Resipi Jeruk Mangga Asamboi Paling Simple




Resipi simple jeruk mangga asamboi

Bahan-bahan:
Mangga muda/mempelam
Asamboi
Gula dan garam (nisbah 5:1)
Cili padi( dipotong halus)


Cara simple membuatnya:
- Kupas mangga ikut potongan yang anda minat
- Cuci dan toskan air
- Campurkan semua bahan. Gaul sebati
- Simpan dalam peti sejuk dalam beberapa jam. Kalau leh more than 3hours.
- Sedia untuk dihidang


senang kan? ni memang fav saya. so, selamat mencuba!!

Friday, June 24, 2016

Resipi Makaroni Bakar ala Lasagna


Harini saya rasa macam nak sharekan resipi senang ni. boleh jadikan ideas untuk juadah berbuka nanti. Enjoy!




Bahan Diperlukan


- 250g macaroni (setengah bungkus)
- 1 tin tomato paste
- 5 biji telur gred A
- 1 paket ayam/daging kisar 
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dipotong kecil-kecilan)
- 3 sudu minyak (untuk menumis)
- Garam dan serbuk perasa

Sedikit serbuk parmesan cheese
- Sedikit lada sulah dan marjerin
- Mozarella yang diparut
-kepingan keju cheddar



Cara Buat / Memasak Makaroni Bakar ala Lasagna


- Pertama sekali, rebus macaroni sehingga empuk. 
Kemudian basuh dan toskan. Ketepikan dalam satu bekas.



- Masukkan telur, taburkan serbuk parmesan dan 
sedikit marjerin kemudian gaul macaroni.



- Panas minyak di kuali. Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
- Kemudian, masukkan daging dan biar seketika hingga daging masak.





- Masukkan makaroni yang direbus tadi.
- Selepas itu, masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah
- Gaul hingga semua bercampur. Ketepikan.


- Sapu loyang dengan majerin dan tuang separuh 
adunan macaroni tadi ke dalam loyang. tekan dengan sudip supaya padat.




- letakkan kepingan cheese 





-kemudian tuang lebihan macaroni diatasnya. (tema layer mcm lasagna)


- taburkan mozzarella yang diparut beserta serbuk
 parmesan sehingga menutupi makaroni.




- Bakar dengan suhu 180' selama hampir 45 minit.


- Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.




Tadaaa... sedia untuk dimakan ;)


Thursday, June 23, 2016

D-I-Y Piknik Deko untuk Si Tunang


Zaman sekarang ni dah jadi macam trend untuk buat surprise or organize an event for someone. It can be for birthday, bridal shower, baby shower, anniversary dan macam macam lagilah!

 Siap ada orang make a business out of it.

Tapi kan..

Kalau buat, plan dan organize sendiri lagi best dan sentimental tau!

D-I-Y style~!


And speaking of birthday and DIY, it bring us to today’s post.


Pasal a D.I.Y deco I made for someone….



Wednesday, June 22, 2016

Deko Hostel yang Unik!


Here’s something menarik yang saya jumpa masa zaman study kat U dulu.
 Masa diploma memang saya dapat hostel, tapi bila Degree memang stay luar je.. Tapi ada je student lain yang dapat hostel.

Dan masa saya ke salah satu dorm diorang sebab nak discuss pasal group presentation……


What I found was sooooo interesting.

Tak tau lah saya sorang je yang rasa benda ni menarik atau ni sememangnya menarik..

Yang pastinya, saya jakun jap lah..


Blog Widget by LinkWithin