Thanks For Viewing My Blog =)

Wednesday, February 17, 2016

Pengalaman Temuduga Kerja Baru


Assalamualaikum.. 

Seperti yang korang sedia maklum, Elia dah resigned 
from Sime Darby untuk join a new company..


Dah genap setahun, rasa macam nak tukar angin. So cuba la submit resume kat Jobstreet. 


Kalau korang yang mana tengah cari kerja tu, tips dari saya ialah sentiasa update your latest resume info dan kalau korang apply kt website agensi pekerjaan mcm jobstreet, monster, dan yang sewaktu dgnnya.. Korang kena rajin usha dan just apply je kt mana mana vacancy yang korang rasa sesuai.


Janganlah lepas dah update tu, tunggu je company offer.. Bak kata pepatah, tuah tak akan datang bergolek berguling hindustan mai kat kita.. so kena la usaha lebih sikit. Dulu Elia mcm tu jgk tp haritu jadi super rajin, hantar byk2 tempat.. Then finally dapat a call for an interview..

Memang Elia nervous gile bab2 nak gi interview ni.. (Even study HR ni, interview dah macam makanan student HR) but still, I was quite nervous that time. Sebab terus terang saya memang tak banyak pengalaman attend interview..


Rasanya dlm seumur hidup baru 4 kali je.. First masa kerja kat Kop CIMB, then masa internship,  pastu kat fitness centre, seterusnya masa dengan Sime Darby. Mungkin rezeki saya masa tu, kebetulan tiap kali attend interview i managed to get the job. Tapi gap masa untuk setiap kali interview tu lama dan bertahun.. 

So masa nk dtg interview tu memang nervous sebab almost setahun tak ditemuduga..


Temuduga kali ni lak sangatlahh susah dan banyak stage nak kena lepas.

Sebelum dipanggil interview, kena jawab questionnaires.. Essay pasal leadership. Dah jawab kena email balik then tunggu respond sama ada layak dipanggil interview ke tak.


Beberapa hari lepas tu i got the call that says i was shortlisted to attend the interview.

So saya pergilah.. Perghhh dah macam 
Audition AF lak dia siap ade stage by stage.. 
Setiap stage if xlepas dia suh balik.. 
Kalau suruh balik tu almaklum, bye bye.. tak dapet letteww..

Mula2 dtg kena submit all required documents, pastu kena jawab Math tests and English/problematic essay. Sape xdpt marks above 90% xlepas next stage which was group interview.

Group interview lak dia letak dalam 10 orang satu group dalam satu bilik. 2 orang interviewer akan tanya soalan dan masa tu kita takleh jadi passive. Kena try stand out from the rest. Tapi jangan over sangatlah. Nak kata masa group interview tu saya talkative sgt tu taklah. Tp I tried to answer the questions as best i could while maintaining the sweetest smile even tak pasti masa tu ade cili tak lekat kat gigi. Hahaha!

Lepas settle group interview, diorang biar kitorang duduk and tunggu turn for individual interview. Paling cuak, while tunggu tu nampak interviewer send off few candidates. So tiap kali interviewer kua je dup dap dup dap je jantung. Seriaauuu.. Tak tahu dia nak panggil utk mara next stage ke untuk suruh balik dlu..


Lepas individual interview, ada simulation test lak... Alhamdulillah I survived all 4 stages.. Walau ade terkucil here and there. Tak silap masa sesi tu calon dalam 20 lebih orang. Tapi yang dapat bertahan sampai stage 4 adelah dalam 5 ke 6 orang. Masa tu nak kata 100% confident dapat tu taklah.. Tapi pasrah je.. Hope for the best. Kalau ada rezeki adalah, if takde tu anggap sebagai pengalaman..

Akhirnya, Alhamdulillah, dapat panggilan yang mengatakan I got the job. Ambil offer letter, then barulah submit my one-month notice kat current company masa tu. 





For those who wonder kat company apalah yang rumit sangat interview dia yang Elia bercerita dengan panjang lebar ni, its OCBC Bank.

Dah lama tinggalkan dunia banking, tapi akhirnya kembali balik.. Heheehe.. Tak kesahlah.. Where ever my rezeki brings me, i will follow..



Cuma kalini lain sikit.. Lain dari beberapa segi.. Foreign bank, foreign market, tougher tasks, greater responsibilities.. Tapi insyallah, i will take on the challenge!

Bismillahhirahmannirrohim... Bring it on!


Friday, February 12, 2016

Gambar Konvo Degree Ditemui


Dalam Elia dok godek godek laptop ni. terjumpa gambar-gambar time Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda haritu (Dec 2014). tak banyak gambar yang diambil sebab masa tu pon masing-masing rushing. lagipun banyak gambar focus amik dekat studio (tu pon tak tau mana pergi gambarnya.. huhu)

Jom layan je gambar yang ada..


Ni gambar lepas ambil sijil/scroll Degree tu.
terlampau ramai orang.. nasib jumpa segelintir classmates. sempatlah berposing campak topi macam kite selalu tengok orang buat tu.. nak jugekkk



Ada lah jugak gambar kenangan dengan rakan sekelas dan seperjuangan. 
diorang ni best dan havoc!

Even sekarang masing-masing dah ada haluan sendiri pun kitorang 
masih aktif berhubung dalam group whatsapp.



Alhamdulillah semua berjaya mendapat segulung ijazah. hasil penat 
lelah struggle kat KBM for two years.


Sepanjang 2 tahun study Degree kat UITM Kampus Bandaraya Melaka ni lah saya berpeluang kenal my two closest friends- Finh dan Az. (The Joyahs)
Macam-macam ragam, pengalaman, suka, duka yang kitorang lalui sama-sama. Kalau lepak and kenang balik, sampai esok pagi pon tak habis cerita. 

Pendek kata, kenangan study kat Melaka lah kenangan zaman study yang paling saya suka dan treasure. kawan-kawan tak ada yang jenis tikam belakang, talam dua muka, jenis yang ambil kesempatan dan yang busuk hati. semua baik dan happening!

Kalau diberi peluang nak repeat study pon aku sanggup asalkan kat KBM dan dengan diorang yang sama.. hehehe.. boleh ke macam tu? ;p

Saturday, February 6, 2016

Bean Bag Merah Murah


Assalamualaikum.

Tak tahu kenapa lately ni Elia jadi suka dengan warna merah. 
Especially untuk home deco. sampaikan satu rumah punya tema dari all white jadi white, red and black.

then since merah ni kena pula dengan tema Chinese New Year, 
I nak buat entri pasal current red thing I bought

haritu Elia ada beli this one nice Bean Bag dari Lazada. 
nak bagi good review ikhlas dari hati sebab rasa puas hati dengan pembelian kali ni



Ni Elia beli bean bag ni dari Easy Bean Bag
Harga asal dari RM 242 jatuh RM 85 je masa time saya beli tu. murah! warna dia cantik



  

product ni saya beli online, dapat pun cepat. tak sampai seminggu sampai. 
kualiti above my expectation.


comel kan? best bean bag ni.. cuma yg kurangnya isi dia lah. 
kalau ade isi dia lebih sikit lagi empuk kot..


overall memang best dan berpatutan la bean bag ni

Friday, February 5, 2016

Mengeratkan Hubungan dengan Papan


Ini bukan kisah papan playwood atau sorong papan tarik papan ye.
Papan yang saya maksudkan adalah papan permainan or omputeh panggil board game.

Satu bentuk permainan yang dimainkan diatas papan khas. haa.. btul ke huraian aku ni? anggap betul je lah ;p

Siapa sangka a simple thing as board game boleh jadi pengerat silaturrahim?


Yelah..  Zaman sekarang ni bila meet up. semua pun ala ala anti-social. kata je nak lepak nak jumpa hangout laa.. last last semua dok sibuk mengadap hp tak habis habis.

kadang kadang tu kite kena letak syarat.

" kumpul hp semua letak atas meja. sape amk hp dia kena payung satu table! "

haaa.. masa tu barulah semua nak terketor ketor letak hp and pay attention. kalau tak sakit hati je cakap dengan member macam cakap dengan spender. huuhuhu

Kalau dengan familly members pon macam tu jugak..

Sampailah satu hari tu my bro bought this gameboard- Monopoly.
Dia ajak datang umah main. almaklumlah kakak-kakak dia semua dh tak tinggal situ.

so we come by and play. lagipun rasa mcam dah lama tak main benda alah ni




Seronok pulak bila dapat main sesama ahli keluarga, adik beradik, pasangan, kawan-kawan dan lain-lain.

sebab masa nilah nak rapatkan ikatan kekeluargaan. nak bergurau senda, uji tahap kemahiran berfikir, perancangan dan just simply to have fun!



Boleh dikatakan siap jadi aktiviti mingguan dah. hujung minggu, kalau masing-masing tak ada apa-apa program memang kitorang akan berkumpul untuk main game ni bersama.

kadang kadang tu dari lepas Isyak sampaikan ke jam 1 pagi. punya seronok dan riuhnya suasana masa tu. masa tu lah semua nak feeling-feeling jutawan ala-ala Dato' Vida. memang kelakar bila ingat balik perangai and telatah seorang sorang


The boys getting all serious macam urus kewangan negara je ;p


Selain tu game board macam Monopoly dan Saidina ni boleh jadi tools untuk merapatkan kembali hubungan saudara mara. sebagai contoh masa yang ada gathering family, kita bole bawa balik gameboard ke kampung untuk main dengan sepupu sepapat. sekaligus sepupu yang kita tak berapa nak rapat tu pon boleh jadi mesra dengan kita. yelahh.. dah main game skali.. maunya tak bercakap ;)


My 2 bros and our cousins riuh main Saidina (ramai sbenarnya tp xtnjuk sbb masing2 xbrtudung)

Bagi korang yang duduk rumah sewa or rumah bujang, bila ramai-ramai berkumpul, taktau nak buat aktiviti ape, cubalah main board game. sume best! the more the merrier!

ni haritu Elia main dgn housemate.. acik kayoooo!!


Memang patut ada lah game board ni kat setiap rumah. Khas buat rumah yang selalu ada tetamu datang. instead of duduk mengadap TV je tanpa berinteraksi, ada bagusnya cuba main permainan macam ni. ye dok? dalam bersuka ria, kita dapat asah dan tajamkan otak.




Blog Widget by LinkWithin