Thanks For Viewing My Blog =)

Tuesday, April 12, 2016

Product Review : CNP Laboratory Propolis Range


Assalamualaikum..

lama dah Elia tak buat product review..
kalau product kecantikan ni saya memang sangat suka produk dari korea.

bukan apa. tengok sajalah pelakon pelakon korea kat TV.

muka semua flawless.. dan kalau korang perhatikan kebanyakan semua awet muda.

Harini Elia nak buat review pasal product yang tengah meletup kat Malaysia ni..



CNP Laboratory : Propolis Range of products.



CNP Laboratory ni dah banyak product dah keluar. Macam macam produk ade Elia tengok. ada untuk kulit berminyak, untuk masalah jerawat dan macam macam lagi.

Kali ni Elia tertarik dengan rangkain produk daripada propolis yang kita tahu hasilnya baik untuk antioksidan dan pelembab.

Dalam range dia ada 3 produk :

1. Propolis Energy Ampule (memperbaharui)



Ni packaging dalam kotak colour silver ni. dalam dia ada botol 15ml


Dalam botol ni terdapat 10% ekstrak propolis yang cukup untuk mengekalkan kelembapan. ia juga mengandungi anti-iritasi CNP, ekstrak Sohopra, Hiahruronsan dan ekstrak akar Imperata Cylindrica untuk melembutkan dan mengekalkan kulit terhidrat dan lembut. Beta Glucan dan Medecassoside didalamnya juga bagus untuk membaiki kulit dan mengurangkan kemerahan.

yang GEMPAKnya, propolis energy ampoule ni ada 4 fungsi berguna
-boleh guna sebagai serum 
-campur dengan krim (krim pelembab atau krim mata)
- campur dengan BB cream atau sunblok
- guna pada bibir sebagai pelembab



2. Propolis Energy Ampule Mask - 2 step mask ni mengembalikan keanjalan kulit dan memberikan tona kulit yang lebih sihat. hyaluronic asid didalamnya juga menghasilkan satu lapisan pelindung kulit untuk kekalkan kehalusan dan membasmi dari iritasi luaran.




3. Propolis Deep Moisture Pack (sleeping mask)- segala nutrien dan kebaikan akan diserap ketika tidur. mengembalikan kelembapan kulit sambil menyerlahkan keanjalan disamping menguatkan kulit. semasa tidur, Medecassoside bertindak mengembalikan keremajaan kulit yang dah terdedah kepada stress dan persekitaran yang membahayakan..



Lately ni memang stress. kerja stress, cuaca pulak makin teruk. duduk dalam office aircond sejuk dan kering. bila keluar, panas terik pula.. 


bila balik kerja kulit punyalah berminyak. bila tengok cermin.. 
mak aiiihh..

nape lah kusam sangat muka nih?!

muka memang tak nampak glowing ape pon. kusam  je kan?




Jadi, untuk mengunakan product CNP Laboratory Propolis Range ni..

kita kena cuci muka dulu..



lepas dah cuci muka, sapukan toner ke wajah..


step PERTAMA, kena sapukan ampule dulu. tapi since Elia dah ada pack mask ni, gunakan ampule yang ada kat step 1 dia



inilah rupa ampule nya.. bau dia sedap. macam honey.. hehe.. dah kata propolis kann

Sapukan rata pada kulit dan biarkan kulit menyerap semua kebaikan propolis tuu..  weee


kalau tak ada mask tu boleh sapu ampule ni.


lepas tu koyakkan step 2 untuk keluarkan masker muka



tepekkan kat muka dan biarkan selama 15 minit.


lepas 15 minit, tanggalkan dan lebihan cecair tu dap dap kan kat muka bagi kulit kita serap..





sumpah segar gile rasa muka lepas tu! sejuk je rasa kulit... refreshing!


lepas tu sebelum masuk tidur, sapukan Propolis Deep Mosture Pack kat muka. then masuklah tidur!





Esok paginya bangun muka kuranglah macam hantu kak limah. nampak lah fresh sikit dan tak la kering macam selalu. dengan musim panas sekarang ni memang sesuailah pakai produk ni.


Bagi yang tertarik nak dapatkan produk CNP Laboratory, boleh la ke farmasi Watsons terdekat!
Tak tahu list outlet Watson mana? jom click list ni ---> http://www.bit.ly/CNPWatsonsOutlets


7 comments:

Cheq hanie said...

yes..you comeback..hhehheheh...ok itry it..

Unknown said...

Wahh.. macam best je produk ne. Tapi saya ne tak reti la nak tepek bebanyak kat muka. Btw muka awak x kusam pun. 😍

Unknown said...

Macam best ja produk ni.Tq info

ieyra h. said...

First time kita tengok mask sheet yang ada step 1 dengan step 2. Hehe. :D

Adam said...

I appreciate if you could link my blog biarlembuyangjadilembu.blogspot.com to yrs.

I am just a new blogger

AKU CHUN said...

Nampak menarik je produk niiiiii

yaya cendana said...

assalamualaikum..hai..yaya buat blogwalking di sini & done follow sini....jemput singgah blog http://www.yayacendana.com/
terima kasih...... ^_^

Blog Widget by LinkWithin