Thanks For Viewing My Blog =)

Friday, November 21, 2014

New spy in town


Ada suatu hari ni Elia pergi ke kedai runcit ni untuk restock pad Libresse. haa.. memang tak nampak lain dah.. cari Libresse je.. masa tu baru Elia perasan, macam ade yang lain je dari biasa. rupanya produk Libresse dah berwajah baru..





balik tu, apelagi? hakak yang kepochi lagi penuh rasa ingin tahu ni mula la siasat.. dah kenapa Libresse berubah rupa.. gali punya gali cari punya cari barulah dapat jawapannyeee..

Rupanya pada 28 Oktober 2014 haritu Libresse ada buat majlis pelancaran 2 produk terbaru iaitu Libresse®Maxi Night Secure dan Libresse®Longer and Wider CurveFitTM Liner .


masa tu barulah perasan.. rupanya pad yang Elia amik tu pad baru, Libresse®Maxi Night Secure.


Biasalah masalah wanita bila datang bulan ni kebocoran kan? benda tuuu lah yang paling Elia rimas bila datang bulan. sampai rasa nak duduk rumah malas nak keluar kalau time2 "heavy flow" ni. nasib produk baru ni cover the problem. 



Panty Liner Libresse yang baru ni pon lebih panjang dan lebar. sesuai dipakai masa aliran dan tak banyak tapi still nak berjaga2 and utk keselesaan maximum.

Dan bersempena dengan pelancaran produk baru ni juga, Libresse ada menganjurkan kempen dan aktiviti yang melibatkan penguna. pernah dengar LIBRESSE®THE HUNT?

 

Aktiviti yang melibatkan media sosial ni menggalakkan pengguna mengambil bahagian dalampermainan pelbagai tahap solve petunjuk dan merungkai jawapan yang membawa kepada kemenangan juga lebih ganjaran.

Dengan tema ala-ala "spy", kempen ni berjalan selama kira-kira 3 minggu berturut-turut dimana setiap minggu peserta diberikan petunjuk yang akan membawa kepada penemuan isi kandingan beg bimbit. cool kan?

Kemuncak kepada kempen ni atau finale nya pada 28 haribulan tu. dimana majlis dihoskan oleh Fahrin Ahmad yang macho dan Adibah Noor yang comel sentiasa yang tampil dengan pakaian "perisik".. huhu.. teruja hakakk uollls.. 



pemenang-pemenang LIBRESSE®THE HUNT  dapat spent time mingle dengan selebriti jemputan dan dapat bawa balik hadiah yang menarik. di majlis tu juga ada berlangsung beberapa aktiviti menarik. mereka yang hadir sempat merakamkan 'wefies' terhebat melalui 'Mobsta', serta aktiviti-aktiviti samaran lain seperti mencari bilangan perkataan LIBRESSE®, Kotak  misteri dan latihan sasaran. Diorang juga sangat bertuah sebab dapat tgk pelancaran produk barru secara live gituu.. 

jom layan gambar sekitar majlis tersebut..

















No comments:

Blog Widget by LinkWithin