Thanks For Viewing My Blog =)

Friday, September 30, 2011

Rahsia kulit cerah berseri



Zaman sekarang ni semua nk cantik kan, siapa yg tak nak cantik. Lagi-lagi zaman menyingle ni. wah.. tetibe puleks kan.huhu. opss..ter-over sudeh. takdelah. sekarang ni semua tegur "nampak berseri-serilah semenjak dua menjak ni nape ek?"


haaa... mulalah tu nak start gosip-gosip liar. aipp.. xmo-xmo gosip. mak xrela.
*kembang kuncup kembang kuncup lubang hidung* terharu pon ada malu pon ada sebenarnya. terharu sebab ada orang puji. malu sebab nampoook sangat sebelum ni tak berseri. haaa. okbai!



semua nak tanya apa rahsia? adoii.. tak ada rahsialah sayang-sayang ku semua. semua macam biasa je. cuma sekarang ni terrover rajin pula pergi spa. penjagaan kecantikan tu macam naik sikit la. hihi. sikit je xbanyak pon.



lagi² sekarang ni banyak spa² yg tumbuh mcm cendawan, pilih je, pakej apa semua nya mudah. tapi tak semua yg mampu utk dapatkan rawatan di spa kan. maybe tak banyak masa, rawatan yg mahal & tak mampu kan.

so disini, mushonline shoppe ada tawarkan produk² lulur seperti yg digunakan di spa² dengan hanya membeli produk² lulur, kita pun dapat buat rawatan yg sama mcm di spa, dengan murah, kebebasan berlulur, mandi rempah semuanya di rumah.
skrg ni semua berhak utk cantik kan...

alaaa.. buat kat rumah pon boleh.. lebih jimat dan boleh buat bila-bila masa.. me loike.. !



untuk sebarang maklumat dan untuk membuat tempahan :-


Tuesday, September 20, 2011

Lawak Nama Jepun

Yang pemarah- KEIJI CACIMAKI
Yang suke bjimat- SAYORI SUKAMURA
Yang bisu- KIETA TADASORA
Yang suka mkn nasi- NANACHI KASIBANYA
Yang suka lyn blues- APO NADIKATO
Yang suka belajar- ASHIKO ULANGKAJU
Yang kerap bikin kacau- WAKASI HURUHARA
Yang sangat kdekut- MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sgt tidur- ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai- HINTAI AKOSUKA
Yang tua-TARAGIGI PADANMUKA
Yang kne tinggal bini- SUSAHATI BINILARI
Yang suke merempit- SAJA CARIMATI
Yang lembab- AYUMI SIPUTBABI

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 18, 2011

Sabar itu indah




Alhamdulillah... Kau turunkan ujian bagi ku.

Alhamdulillah.. Kau datangkan sahabat-sahabat yang baik menemaniku.

Alhamdulillah.. Kau tingkatkan kesabaran ku.

Alhamdulillah.. Kau pelihara kesejahteraan keluarga ku.

Alhamdulillah.. Kau beri sinar keceriaan dalam hidup ku.

Alhamdulillah.. Kau murahkan rezeki ku.


Syukur... Alhamdulillah..

Allahhuakbar~!

Saturday, September 17, 2011

Borong tudung secara online dengan Zaharah

Nak berniaga tudung secara online?


Website www.zaharah.com yang terkenal membawa banyak jenis tudung dan shawl pelbagai jenis yang hot dan berkualiti. Tudung tudung mereka berkualiti boutique dengan harga berpatutan. Mereka juga ada jual tudung biasa yang murah murah.


Kalau cari tudung berkualiti, ni lah websitenya. Ada juga di antara tudung yang nampak sama macam yang di pasaran, tetapi bila sentuh kain tudung Zaharah.com barulah tahu bezanya, kalau pakai, bakal jatuh cinta. Selesa dan kemas, tak panas macam tudung tudung murah di pasaran yang nipis dan cepat berlobang.

Jom ramai ramai tengok video mereka dari Safiyya TV9, yang disiarkan baru saja seminggu sebelum raya lalu.


Mereka bukan saja menjual tudung dan shawl secara borong tetapi juga menjual secara runcit. Jangan lupa like page mereka di facebook www.facebook.com/wholesalehijabs, kerana ada banyak tudung dan shawl baru yang bakal di keluarkan, yang tiada dalam pasaran! Sungguh exotic!

Tak rugi kalau jadi member kerana mereka update tudung setiap minggu dan banyak tudung tudung baru yang latest akan di pamerkan di website mereka, kalau nak jadi member, senang saja click Register atau link ini http://zaharah.com/index.php?main_page=login


Untuk lihat tudung yang latest latest, click Latest di website atau link inihttp://zaharah.com/products_new.html
Jangan lupa register atau like page mereka kerana next update insyallah hari Isnin ni dan banyak tudung dan selendang exotic, pashmina satin dan macam macam lagi!

Dengan lebih 300 jenis tudung, rambang mata lah nampaknya kita semua!
Lihat saja contoh contoh nya....
slide1[1]







Jangan lupa nama website www.zaharah.com

Penghantaran cepat dan selamat, sedunia. Pembelian juga boleh di buat melalui pengedar pengedar Zaharah.com di merata Malaysia, Brunei, Indonesia, USA, Canada, UK, Thailand dan Singapore.

Cara order, melalui online shopping cart (paling senang), email atau sms. Semua order luar negara perlu di buat melalui shopping cart sahaja.
Pelanggan Zaharah.com termasuk dari golongan selebriti dan kerabat diraja Kedah, kerana keunggulan selendang yang Zaharah.com tawarkan.


Jadilah sebahagian dari pelanggan atau member Zaharah.com supaya sentiasa dapat update, kerana project project terbaru yang bakal Zaharah.com lancarkan memang teramat best! Teruja rasanya!
Selamat berbelanja dan berniaga!


*if you are interested to advertise your business blog or website... kindly email my sis (Erin) at aaron_axquack@yahoo.com for more info

Thursday, September 15, 2011

Musim Photo shoot

Salam semua..!!



Perghh.. setiap kali balik KL mesti jadual jadi pack. banyak benda kena buat. ke hulur ke hilir setelkan kerja. tapi memang berbaloilah buat semua tu.

Since dari balik haritu memang xde satu hari pon dapat rehat lama kat rumah. nak mengadap lappy pon jarang. balik tu memang bila dah ready nk knock-out lah. sampai nak online pon malas. nasib dapat family yang memahami. kalau tak memang susahlah sebab memang kebetulan dapat banyak job sepanjang cuti seminggu ni. semua nak grab masa tengah ada kat KL ni.

Dah macam musim photoshoot pulak sebab bayangkanlah minggu ni je hampir setiap hari ada. mula dari hari Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu/Ahad. then ikotkan 27 pon ada dapat job tapi terpaksa ditolak sebab masa tu dah dekat sesangat2 dah dengan Final. ushh.. tu memang tak dapetlah den nak ambik. sorry ye kak? ;p

Haa.. cakap pasal shoot, mesti ramai yang nak tengok pictures dan details pasal yang saya dapat shoot untuk cover depan majalah tu kan?

ikotkan hati yang gediks ni memang nak story morry dan upload pic2 tu sampai kebas jejari korang scroll-down tapi kak jejar tak boleh lagi. atas permintaan puan Editor majalah tu demi menjaga hak exclusive mereka. nanti bila majalah tu dah keluar kita baru leh upload those pictures di depan, tepi, kiri kanan, sisi dan di belakang tabir k? ;)

cuma buat untuk mengurangkan kesaspenan anda, saya upload pic muka yang telah dimakeup oleh mak andam untuk shoot tu. masa tak sarung lagi baju persalinan. siapa artis yang terlibat pon i cannot expose lagi.



:: Me with Kak Anne(mak andam yg gojes n baik) ::

Cantik??

Gorgeous??

Flawless??

hahaha.. itu semua ilusi dari makeup yang tebal semata-mata..

ni bawah ni gambar masa otw nak g shoot pagi tu. tanpa secalit makeup. hehe. horror kan? siap ada jerawat yang sangat gedik tumbuh. saje je nak interframe tau jerawat ni. time-time nak shoot nilah dia nak menonjolkan dirinya. mencik aii...


muka tak nak letih je kan sebab memang tak cukup tidur. sampai-sampai dari Kelantan subuh tu balik mandi then terus pecut ke Shah Alam dalam kul 7.40pg tu. sampai Karangkraf tepat kul 9. then makeup. memang lama gila shoot haritu sampai dekat pukul 2 baru kitorang keluar dari Karangkraf. tapi memang tak terasalah masa tu coz crew2 semua best2. memang shooting kali ni seronok. semua macam mesra je. teringat kenangan shoot kat sana dulu. banyak gak yang dah berubah.


oklah. cukup jelah dulu update kita harini.. sambung nanti pulak. kang lagi banyak karang lagi banyak clue terkeluar.. hehehe.. tak sabar nak tunggu majalah terbitan Karangkraf tu keluar bulan November ni ;p




Sambil-sambil tu mari kita berehat sebentar bersama lolipop ;p



Monday, September 12, 2011

Nervous nak kena tembak


gemuruh jiwa.. semangat membara.. eh. xsesuai


dak.. dik.. duk.. dak.. dik duk.. di dalam dada.. ewah berdandut pulak dia.. tapi sebenarnya memang ya tengah gemuruh ni. nervous, gementar semua ada. kenapa?

sebab elia nak kena tembak?

actually bukan bakal kena tembaklah. sebenor-benornya elia bakal menghadiri sesi photoshot untuk menjadi cover depan sebuah majalah. alamak.. nervousnya..


dah la ni memang my first time penampilan khas di muka depan majalah. sebelum ni kat bahagian dalam-dalam je. tu pon shoot untuk promote barang. orang pon xkenal dan xakan perasan siapa kita. ni siap cover depan.. pergh.. nervousnya..

paling nervous bila dapat tahu saya bakal digandingkan dengan seorang artis terkenal. siapa dia? hehe. maneleh bagitau lagi. tak saspenlah camtu. ok.oklah saya bg clue. dia seorang pelakon. hehe. tu je clue yg leh bagi.. adoi.. sambung nervous balik

majalah apa tu kak jejar oiii..??

hehehe.. tunggguu.. takleh bagitahu lagi.. tak saspen lah if bagitahu.. nanti sampai masanya akan dihapdate kelak ye..

sekarang ni elia tengah dalam bas otw nak balik ke kl. dijangka sampai kul 5/6 pagi nanti. sampai2 balik rumah mandi solat semua then terus pecut ke destinasi photoshot tu. hope sempat sampai sbb kena kul 9pg diorang dah nak start makeup.

doakan semoga elia selamat sampai dan semuanya berjalan dengan lancar ye kawan-kawan.. and hope i wont spoilt the photoshoot. this is really once in a lifetime punya opportunity. tak tau lah lepas ni ada rezeki lagi ke nak tampil as covergirl.

hope xnampak gems le dek kerana membedal makanan time g beraya sakan haritu. aiyoyoo.. nervous weyhh..

oklah nak tidor kang mata cam panda lak time shoot esk. sambil2 tu layanlah gambar candid n bloopers masa photoshot gedik2 kitorang haritu kat uitm machang ;p






Saturday, September 10, 2011

Masih Beraya Sakan




"When a situation gets you down, remember there's SOMEONE in Heaven who loves you and watches over you and there's SOMEONE on Earth who cares"



Ececehhh...

Ni schedule post sebenarnya. sebab harini kak jejar(short form bg jejariruncing) tiada depan Lappy. tapi tengah sibuk beraya uolls. beraya kat mana? adoii... tak tahulah kat merata-rata dik oiii.. Ni kak jejar berkonvoi beramai-ramai dengan rakan classmate gi jelajah sekitar Kelantan ni untuk beraya umah kengkawan dan para lecturers. huhu. lama tak join konvoi beraya ni..


yang agak terkejutnya kak jejar bila dengar jumlah rumah yang kitorang kena kunjung ni. 11 buah rumah. ye anda tak salah baca.. SEBELAS BUAH RUMAH ye! aiyoyo kadawaleyy. banyak tu 11 rumah. tu yang kena gerak awal. kul 8.30pg katanya kitorang dah kena start konvoi. sakan tak??

Yang merunsingkan kak jejar ni 11 rumah tuu.. boleh ke kak jejar control makan ni? kalau 11 rumah maunya berpuluh-puluh menu yg best2.. paling tidak pon kuih raya.dah la kak jejar ada appointment penting ni next week. hope tak terjejaslah berat badanku yang dah elok-elok turun ni. janganlah naik balik ye sayang?




Friday, September 9, 2011

Dance Tutorial - Smooth Criminal (lawak)

Salam Jumaat semua!

How's your Friday?

what?? Freaky Friday??

kenapa perlu jadi freaky itu friday?

Apa perlu kita buat bila stress, moody, sedih atau bosan ye??

ceriakan hari anda dengan perkara yang lucu. jangan tambahkan kebosanan atau kesedihan anda. come on and do something that will make u feel happy and cheer your day.

So kepada sesiapa yang tengah berada dalam situasi seperti yang disebut kat atas tu. meh Elia bagi anda layan this video yang berjaya buat saya ceria di hari-hari yang suram. =)

Its a video of Andy and his friend Barry. Andy is the one teaching the steps but Barry yang kat belakang tu yang stole my attention. really hilarious moves he got there. macam Mr.Bean pon ada.

cekidaud guyss.. enjoy ;p



I'm very blessed to have friends by my side to cheer me up, make me laugh sampai pecah abes mask muka yang dipakai utk kekalkan kulit halus mulus tanpa sebarang suntikan dan melayan semua kerenah pelik tatkala teringin sesangat nak makan atau buat sesuatu macam wanita mengandung 4 bulan yang mengidam macam2 tetapi sang somi tetap turutkan walaupon rasa macam nak hempok je kepala si bini dengan majalah Ujang edisi BUMPER Raya. ehh.. ada lagi ke majalah Ujang ni ek?



Wednesday, September 7, 2011

Tutorial Shawl Chiffon - Elia





Salam semua!!

Alamak... lamanya berjanji nak bagi tutorial tapi tak bagi-bagi...

sorry ye.. maaf.. maaf.. jangan marah ye..

hari raya camni tak baik marah-marah.. kena saling memaafkan.

so maaf k? ;p


Gambar-gambar ni dah lamaaa gila ambik tapi tak upload2. ni barulah berpeluang nak upload.


So kepada yang duk selalu tanya camne nak pakai shawl yang cam Elia selalu pakai tu.. yang selalu minta saya buat tutorial tu... receive-lah! huhuhu


1. Letakkan shawl di atas kepala. pastikan panjang shawl tak sama ye.


bagi sebelah panjang, sebelah pendek


2. Ambil bahagian yang pendek tu dan pinkan di bahagian tepi seperti di bawah




3. Kemudian tarik/betulkan kedudukan shawl supaya mengikut bentuk inner/anak tudung yang dipakai.



4. Tegangkan lilitan tadi dan bawa lebihan bahagian shawl yang panjang tu ke belakang.




5. dan bawakan ke sebelah. pinkan supaya kedudukan tak lari




6. Lebihan shawl panjang yang dah dibawa ke sebelah tu di letakkan di atas kepala.



7. Pastikan kedua-dua bahagian bucu selari.





7. Bila dah selari and in place, bolehlah pinkan ditempat yang sepatutnya;



Siap!! camtu je.. dalam gambar tutorial kat atas ni saya pakai shawl jenis kain chiffon. kalau nak pakai shawl jenis kain lain pon boleh ;)





Macam dalam gambar atas ni dengan shawl jenis satin.

Selamat mencuba ;)


Saturday, September 3, 2011

PREVIEW : Shooting with a Diva!


Raya keempat orang tengah sedap menjamah kuih-muih dan ketupat, kita berphotoshoot ;p


Special thanks tu Phat Diva Mama (PDM)for the offer! bukan senang nak dapat peluang untuk sentuhan akak ni. ;)

it was super duper fun hang out ngan this hot mama. Very warm and friendly. Love u lah Sis!

Shooting pon tak terasa sangat. rasa cepat je.

papepon

jom cekidaud PREVIEW dulu..



PDM kata saya photogenic tapi saya kata saya futugedix.. hehehe ;)





2 keping je dulu...

Kata preview....

stay tuned,

there's more to come ;)



Thursday, September 1, 2011

Mood Raya



Seronok sangat beraya sampai lupa nak wish kat korang semua..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimat.

perrghh.. gila lambat nak wish. sorry ye semua.. ampun.. ampun pak ampun... hehehe

kami sibuk sangat beraya sambil bercuti-cuti Malaysia gituw..

Sempena hari raya ni Elia nak menyusun 10 jari memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada salah dan silap,terlanjur kata tersalah laku atau ada coretan saya yang menyinggung perasaan anda selama ni. Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja Elia minta maaf.



Kesalahan atau dosa kita dengan Allah kita boleh mohon ampun dengan Dia. tapi kesalahan sesama manusia adalah antara kita dengan manusia tersebut. Oleh itu, jika kita ada buat salah kat sesiapa lebih baik kita minta maaf cepat-cepat dekat orang tu(personally). Bermaaf-maafan kan sifat yang mulia. kenapa perlu takut atau ego untuk mohon maaf atas kesilapan kita sendiri?

tahukah anda jika kita buat sesuatu kesalahan terhadap seorang individu dan tak minta maaf(ketika di dunia) atau individu tersebut tak memaafkan kesalahan kita tu, jenuhlah kita kena cari dia nanti kat Padang Masyar untuk minta keampunan atas kesalahan kita tu. Kita tak tahu bila ajal akan sampai jadi, its better to be safe than sorry.


Dosa atau kesalah kita yang paling simple, common and mudah adalah dosa mengumpat. buat ketupat raya tu bagus tapi jangan la "buat ketupat" lain. iaitu mengumpat. memang kita tak lari dari mengumpat tentang orang lain secara sengaja atau tidak sengaja, sedar ataupn tidak tapi ingatlah,


Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"(Hadis riwayat Abu Daud)



Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.



tidak lupa juga dosa kita menyebarkan FITNAH kepada sesama manusia.
Fitnah tu lagii la teruk dari mengumpat.


Maaf sekali kalau apa yang saya coretkan ini menyinggung mana-mana pihak. bukan ingin bersyarah tapi ini juga peringatan buat diri ini. jadi sama-samalah kita cuba perbaiki diri ni jadi lebih baik dari sebelumnya. kalau boleh, mulakan dengan meminta ampun dengan kedua ibu bapa kita setiap kali kita nak tidur.

p.s: Sambil-sambil beraya atau kutip ampau tu hulurkan tangan dan mohon maaf kepada individu tersebut. tak kiralah kita ada buat salah atau tidak ;)

Blog Widget by LinkWithin