Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Ohana Means Family. Show all posts
Showing posts with label Ohana Means Family. Show all posts

Monday, August 14, 2017

Open House Raya 2017


Assalamualaikum.

As some of you have known, on the 7th Syawal, I had my engagement ceremony in the afternoon. Right after the event took place, we also had our open house later that night.


Disebabkan majlis pertunangan tu dibuat secara tertutup dan khas buat keluarga terdekat, kami raikan malam tu dengan mengadakan sedikit jamuan makan untuk rakan rapat saya dan encik tunang.



Alhamdulillah.. walau ramai yang tak dapat hadir sebab masih beraya dikampung, open house tu tetap meriah dengan kehadiran my bestfriends and those who matter most.

jom layan je pictures k?

My Joyahs





some of my ex-colleagues who managed to make it



terima kasih juga buat teman sekerja dan kawan-kawan rapat en.tunang yang sudi datang







Alhamdulillah semua majlis dari siang sampailah malam berjalan dengan lancar dan meriah walaupun serba sederhana.

yang bestnya dorang lepak sampai pukul berapa. dari makan2, lepak borak, main game, tolong kemas susun meja kerusi semua. terima kasih la banyak banyak. hope lepas ni ada rezeki boleh berkumpul lagi








Tuesday, August 1, 2017

1.7.17 Ikatan pertunangan EL & EL



Assalamualaikum..

setelah sekian lama tak menjengah ke blog kesayangan, akhirnya tercoret juga.

saya tahu ramai yang menantikan kepulangan si jejariruncing untuk menulis kembali,
memang niat tu ada cuma kekangan masa yang tak begitu mengizinkan.


namun, janji pasti ditunaikan...
coretan kali ini agak istimewa sebab Elia nak kongsikan
antara coretan gembira dalam hidup.


kalau blog ni merupakan diari hidup saya, pastinya kenangan ini wajib dicatit dan dipahat dalam ingatan dan coretan kisah hidupku yang penuh warna warni dan berliku.


Bismillahirahmannirrahim..


diam tak diam sudah genap sebulan dari tarikh kejadian atau peristiwa ni berlaku.

1 July 2017

7 Syawal 1438h




satu rombongan telah datang ke rumah untuk sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga rapat Elia.


berlangsungnya majlis merisik dan bertunang yang diadakan secara sederhana tetapi meriah.






Cincin risik disarung di jari kanan


cincin tanda atau tunang di jari manis kiri.


maka terikatlah sebuah perjanjian diantara dua hati dan dua keluarga.



hantaran dari pihak elia kepada pihak lelaki

hantaran dari pihak Elia memang hasil gubahan saya sendiri dengan dibantu oleh my guardian angel, Mak. memang tema dia simple dan bajet yang dikeluarkan pun taklah banyak. yang penting dia nampak simple but nice.





Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna.

Elia sangat bersyukur sebab dilimpahi rezeki yang tak disangka untuk majlis tu.

dapat banyak sumbangan, pemberian dan bantuan dari kawan-kawan baik dan saudara.



ucapan terima kasih tak terhingga buat mereka yang dah banyak sangat membantu.


special thanks to :

my backbone, my strength and my guardian angel - Mak
Aunty Lynn - for sponsoring the baju that I wore on the Eday. and also for the dessert
Aunty Kiah - for the beautiful and delicate italian lace veil
Nurul - for the awesome lontong and sambal ikan bilis
Aunty Nora - for helping me with the shawl and along the majlis
Linda - for sponsoring to be my official photographer (tak pi amik lagi the pics)
Eira - tq so much for sponsoring the dulangs and also for the tasty spagetti blognese
Haizat - thanks for sponsoring tons of soft drinks and barbicans all day n night long
Shaffl- thanks for being my hulubalang

and for all that has contribute on that day. I may forget few names but please be informed that I am forever thankful for it


my one and only Mak

with aunty Kiah

btw, FYI 

I did my own make up on that day. ahhaha. jimat habis kan? tapi oklah. buat apa nak bazir duit amik MUA kalau kita boleh makeup sendiri kan..


Oklah. buat masa ni sampai situ je la dulu coretan Elia. nanti sambung lagi k?




 kami mengharapkan kiriman doa yang baik baik..
kerana nawaitu kami juga demi pengakhiran yang baik

separuh jalan telah dilalui, separuh lagi perlu diharungi
doakan yang indah, maafkan yang cela



p/s: Rasa dah lama tak blogging. any suggestion tak korang nak Elia blog pasal apa?


Wednesday, April 26, 2017

Aisyah Amani's newborn photoshoot


Assalamualaikum..

dalam duk godek-godek album dalam laptop. terjumpa gambar-gambar ni.

masa ni my one and only niece baru beberapa hari selepas dilahirkan..


I just grab what ever available and start shooting..




sayang sebab moment macam ni takkan datang dah..






kelakar bila ingat balik scarf kepala pon leh jadikan props







time dia tidur lagi best shoot. senang dia dah tak bergerak dah ;p







tu dia model dah kepenatan.. thanks for the photoshot yah!


Friday, February 5, 2016

Mengeratkan Hubungan dengan Papan


Ini bukan kisah papan playwood atau sorong papan tarik papan ye.
Papan yang saya maksudkan adalah papan permainan or omputeh panggil board game.

Satu bentuk permainan yang dimainkan diatas papan khas. haa.. btul ke huraian aku ni? anggap betul je lah ;p

Siapa sangka a simple thing as board game boleh jadi pengerat silaturrahim?


Yelah..  Zaman sekarang ni bila meet up. semua pun ala ala anti-social. kata je nak lepak nak jumpa hangout laa.. last last semua dok sibuk mengadap hp tak habis habis.

kadang kadang tu kite kena letak syarat.

" kumpul hp semua letak atas meja. sape amk hp dia kena payung satu table! "

haaa.. masa tu barulah semua nak terketor ketor letak hp and pay attention. kalau tak sakit hati je cakap dengan member macam cakap dengan spender. huuhuhu

Kalau dengan familly members pon macam tu jugak..

Sampailah satu hari tu my bro bought this gameboard- Monopoly.
Dia ajak datang umah main. almaklumlah kakak-kakak dia semua dh tak tinggal situ.

so we come by and play. lagipun rasa mcam dah lama tak main benda alah ni




Seronok pulak bila dapat main sesama ahli keluarga, adik beradik, pasangan, kawan-kawan dan lain-lain.

sebab masa nilah nak rapatkan ikatan kekeluargaan. nak bergurau senda, uji tahap kemahiran berfikir, perancangan dan just simply to have fun!



Boleh dikatakan siap jadi aktiviti mingguan dah. hujung minggu, kalau masing-masing tak ada apa-apa program memang kitorang akan berkumpul untuk main game ni bersama.

kadang kadang tu dari lepas Isyak sampaikan ke jam 1 pagi. punya seronok dan riuhnya suasana masa tu. masa tu lah semua nak feeling-feeling jutawan ala-ala Dato' Vida. memang kelakar bila ingat balik perangai and telatah seorang sorang


The boys getting all serious macam urus kewangan negara je ;p


Selain tu game board macam Monopoly dan Saidina ni boleh jadi tools untuk merapatkan kembali hubungan saudara mara. sebagai contoh masa yang ada gathering family, kita bole bawa balik gameboard ke kampung untuk main dengan sepupu sepapat. sekaligus sepupu yang kita tak berapa nak rapat tu pon boleh jadi mesra dengan kita. yelahh.. dah main game skali.. maunya tak bercakap ;)


My 2 bros and our cousins riuh main Saidina (ramai sbenarnya tp xtnjuk sbb masing2 xbrtudung)

Bagi korang yang duduk rumah sewa or rumah bujang, bila ramai-ramai berkumpul, taktau nak buat aktiviti ape, cubalah main board game. sume best! the more the merrier!

ni haritu Elia main dgn housemate.. acik kayoooo!!


Memang patut ada lah game board ni kat setiap rumah. Khas buat rumah yang selalu ada tetamu datang. instead of duduk mengadap TV je tanpa berinteraksi, ada bagusnya cuba main permainan macam ni. ye dok? dalam bersuka ria, kita dapat asah dan tajamkan otak.




Friday, January 22, 2016

Birthday Mak


Awal tahun 2016 ni memang banyak birthday orang orang terpenting dalam hidup Elia.

4th January birthday my lovely mother.

dan pada hari tu Elia terkejar-kejar jadi runner.

gi beli bunga, beli belon. sorokkan dari pengetahuan Mak

Memang dah menjadi kebiasaan, Elia akan jadi mastermind untuk surprisekan whoever close to me.

Gimik, distraction, pastikan the person tak hidu apa-apa tu semua part of it.

kali ni mangsa kita is my own mother.

untuk birthday dia yang ke..... tuuttt..(biarlah kitorang je tahu. huhu)

Malam tu we plan to have dinner at a fancy western restaurant. Restaurant tu memang dekat dengan area kami dan dah lama kami nak try makan situ. 

masa nak gerak tu dah semangat dah nak makan kat situ. bila sampai agak terkejut bila tengok tempat tu full house! just happened that malam tu ada private function. silap kitorang jugak tak call or make reservation earlier ;-p

so we move to another place. malam tu taktau la kenapa semua tempat nak full. parking kami dapat jauh gile. tapi oklah dari tak ada langsung. cuma nanti jauh lah nak g amik belon n the bouquet.

tapi xkesah lah. untuk Mak kan. kitorang makan western malam tu.
just after semua dah kenyang makan mulalah dengan drama kami. konon kakak nak amk barang kat kereta tertinggal. datang-datang.. surprise!! Happy Birthday Mak!!



Alhamdulillah semua adik beradik dapat berkumpul for her special day..



We managed to get one of her favourite type of flower, carnations. Since kita tahu dia juga minat purple so belon pon kami bagi theme purple.. hehehe



Glad that she's happy with our simple surprise ;)

Mak dengan anak bujang dan cucu sulungnya


kebetulan pula bedsheet Mak pun warna ungu.. hehehe
si kecik Aisyah Amani pun sukaa!!


*schedule post

Monday, January 4, 2016

3 Hari 3 Kejutan Hari Lahir







Assalamualaikum..

Harini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2016.

yang bekerja pon harinilah hari pertama nak mula kerja bagi tahun baru ni..

So how was your New Year celebration?


As for me, last weekend memang sangat sibuk. sebab kebetulan ada banyak sambutan hari jadi. 

bukan sambutan biasa, semuanya surprise birthday celebration.

maknanya semuanya yang jenis kejutan and perlukan planning yang tip top



Kebetulannya semua event tarikh dekat dekat. 3 hari berturut turut.

lepas satu surprise nak kena ready untuk next one.

semua nak kena set up, lakonan sikit(supaya tak kantoi dengan
orang yang diraikan), dan semestinya hadiah..

next entry lah cerita in details. gambar pon banyak. hehehe

see u on the next entry!

btw, sebelum tu nak wish selamat tahun baru 2016!

semoga tahun ni merupakan tahun yang baik untuk kita semua.. bye!

Tuesday, December 22, 2015

Bukti. Kenan Itu Wujud




Assalamualaikum.
 korang mesti pernah dengar orang tua-tua dulu pesan pada orang yang mengandung..

"jangan mengata orang tu sangat, nanti terkenan.."

or

"jangan mengusik/mentertawa/mencederakan orang atau makhluk lain seperti binatang, nanti terkenan kat anak"

pendek kata, kalau wanita mengandung ni banyaklah pantang larangnya. bukan hanya pada si ibu mengandung, tapi si suami juga kena pantang. tak boleh gi memancing, memburu dan perlu sentiasa jaga perlakuan. sebab orang kata nanti boleh terkenan kat anak bila lahir nanti..


terkenan ni tak semuanya buruk. ada yang terkenan baik (baik ke?) macam kes Elia sendiri..


Saturday, December 19, 2015

Pop up Greeting Cards yang super duper CUTE



Assamualaikum,

Dari dulu Elia sangat kagumi orang yang creative ni. yang pandai buat kraftangan dan benda-benda yang artsy or DIY.

Memang sejak azali lagi Elia tau my mom ni suka buat benda-benda kraf-ty. tapi bermusim la.
dia pandai menjahit, buat cross stitch, mengait, dan macam-macam..

Memang dari dulu kalau nak bagi card kat orang, minta bantuan Mak. hahaha..(sebab tulisan saya pon macam cakar ayam. apa lagi bile buat kraf ;p)

tp one day, my mom cakap dia sekarang buat pop-up card and take orders for custom-made.

mula-mula ingat biasa biasa je.. tapi..





ternyata tanggapan saya meleset bila tengok hasilnya...

bawah ni antara koleksi custom-made greeting cards dia buat for her lovely customers..

 
 






 Siap ada yang boleh letak pic sendiri lagi!


Selain kad, dia ade juga buat bookmarks. khas buat peminat novel. like herself








untuk Christmas pon ada


Masa birthday Elia pon i got this super cute and adorable card. all my fav things ada dalam tu.. so thoughtful






Si kecik Aisyah Amani ni pun suke the pop-up card Mak Nani made for her 1st birthday..


Buat korang yang suka juga pop-up card macam ni, 
bole lah check out her blog - My Worth Buying Shoppe



Buat yang nak beli terus ready-made or nak belek sendiri pop-up card ni, SABTU dan AHAD (19 &20 hb December 2015) ni korang boleh ke Time Square dari 11am-10pm for more choices of cards and bookmarks!

Handcraft Bazaar @TS
THIS WEEKEND
19&20 dec 2015
11am-10pm
2nd floor east @ times square KL
Booth #1
Near BOAT NOODLE
below OLDTOWN & TAIPEI STREET







Buat yang nak kawin or tunang and looking for a handmade hand bouquet by Closet of AmyAmy , pon boleh ke sana..


Elia juga akan ke sana esok (Ahad). kalau nak jumpa boleh la datang ye!

#handmadepopupcard #Myworthbuyingshoppe #

Blog Widget by LinkWithin