Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Peluang blogger ke Old Trafford


Kepada peminat-peminat bola sepak di luar sana, sila baca entri ni!

Tahun lepas Elia ada blog about program realiti bola sepak, Mancari Ramli ni kan?. Tahun ni Mencari Ramli dah masuk musim KEDUA!


Kalau dah masuk musim kedua tu pastinya ia menjanjikan sesuatu yang jauh lebih menarik dan terbaik berbanding yang sebelum ni kan? yess.. betul.. untuk musim kedua ni anda, ye ANDA yang tengah baca entri ni sambil terkebil-kebil tu. tak. saya tak tipu.. anda berpeluang untuk melawat ke Stadium Old Trafford!!!



waaa... dapat gi Stadium Old Trafford tuu.. penaja utama rancangan ni iaitu Telekom Malaysia(TM) telah bermurah hati menyediakan hadiah berupa bukan sahaja anda dapat visit the legendary Old Trafford Stadium, tapi anda juga dapat melihat perlawanan Manchester United secara langsung di depan mata!

Kepada salah satu blogger bertuah di luar sana, sempena kempen Mencari Ramli 2 ni anda berpeluang memenangi all-expenses paid trip ke Old Trafford, UK untuk 2 orang untuk melihat sendiri pasukan Manchester United beraksi secara LIVE!


selain dari hadiah utama yang kat atas ni, akan ada 3 hadiah misteri bag yang bernilai RM350 untuk dimenangi.

mesti korang semua dah tak senang duduk, dah berangan nak pakai baju ape kat Stadium Old Trafford tu nanti kan? hehe.. sabar.. korang kena join blogging contest ni dulu. 

Camne cara nye? senang je:

 Anda perlu 2 blog post yang mengikut syarat. 
klik here  untuk download MR2 kit


BLOG POST 1 : Kongsikan dengan pembaca tentang program Mencari Ramli 2 ni, highlightkan tentang sesi ujibakat yang masih berlangsung dan tentang TV Program Mencari Ramli 2 itu sendiri. Di samping itu juga, beritahu kami, mengikut firasat anda orang macam mana agaknya yang akan dapat gelaran “Ramli – the most talented player” ni. adakah dia seorang yang tinggi kah, rendah kah, kecilkah tubuhnya atau seorang yang berbadan sasa. auuumm.. ;p



BLOG POST 2: Saksikan dan kongsikan pendapat peribadi anda tentang program realiti bola Mencar Ramli 2 yang keudara di TV3 dan galakkan pembaca anda untuk VOTE pemain kegemaran mereka sepanjang program ini berlangsung dengan menyediakan the voting mechanics. selitkan sekali, siapakah yang anda rasa layak atau akan memenangi gelaran Ramli untuk musim yang terbaru ni dan kenapa?

kepada yang berminat, sila ke SINI untuk mengetahui lebih lanjut dan menghantar butir peribadi anda. Tarikh  tutup untuk submit entri korang adalah pada 12.00pm, 15 Jun 2013 (Sabtu).

cepat, jangan lepaskan peluang menjadikan impian anda kenyataan!

Friday, January 25, 2013

Naan cheese dan Hi-tea terbaik



Bukan senang nak dapat kawan yang suka explore tempat-tempat makan yang best dan sedap. kebetulan saya jumpa kawan yang sekepala, Az yang macam saya suka explore tempat dan benda baru..

haritu masa kami sama-sama pulang ke KL dari Melaka, Az sebut something about cheese. terus teringat satu tempat ni yang saya pernah pergi satu ketika dulu yang menghidangkan Naan Cheese teeeerrbaikk.. so far xde lagi yang boleh tanding..

since Az xpernah lagi try, saya pon berkobar-kobar nak bagi dia rasa...

kami pun pergi ke restoran berhampiran Maju Junction ni... 

nak tau sedap ke tak dan ape kelainan Naan ni jom tengok gambar.. kasi leleh sikit air liur tuu..





Cheese dia memang melimpah ruah.. sedap pulak tu. macam makan pizza pon ada! masa Az mula-mula makan terbeliak jugak biji mata dia. punya sedappp katanyeee..




benda kuning dlm bekas tu cheese mozarella yang dah standby untuk dimasukkan ke dalam naan..




tengoklah sendiri kekenyalan dan kesedapannyeee..





selain naan, ada baru-baru ni saya ada pergi satu event Hi-tea anjuran HiShop.


 Jumaat lepas, 18 Januari di Rooftop, Binjai 8, Kuala Lumpur City Center telah berlangsungnya Hishop's Launch Party. Hishop ni merupakan one stop beauty shop online dimana anda boleh dapatkn pelbagai jenis product kecantikan yang ternama dengan harga yang berpatutan.dengan slogan "HiShop.my makes beauty accessible for ALL MALAYSIANS" Hishop offers convenience, realibility and product guarantee.



event tu memang menarik plus kitorang pakai colourful pulak gi event tu. laaagii lah bertambah meriah. sambil dapat main makeup-make-over. sebab kat event ni siap ada booth atau 


ada booth dari produk makeup FCC dan Arty.


Arty Professional Make-up akan lauching kat Hishop pada 31 Januari 2013 ni. tunggu tau! tak lupa juga dari Mircoz. sape yang tak makeup tu boleh dtg dapatkan quick makeover ;)


ada juga sesi makeup show dan live performance. Emcee untuk event tu bukan calang-calang, Linora Low (Red.fm annoucer)


the best part adalah ofcuzzz the goodies yang banyakkkk dan best2.. goodies dalam tu worth of RM200 setiap seorang tau.. tengoklah!


memang teruja sangat macam budak buka hadiah besday. tapi yang ni goodies dari beberapa pihak yang terlibat dalam Hishop ni. suka sangat product dari Touch In Sol especially Toc Toc Toning Capsule Base, Feel Like Honey Moon Skin Base and Pure Dew Water Drop BB Cream.
  haa.. nanti ada masa kita buat review produk-produk yang saya dapat ni k? tungguuu...





disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri, time event camnilah dapat jumpa para rakan blogger dan catch up. sebab tu saya suka pergi event. dah start cuti sem ni insyallah akan lebih kerap ke event-event lepas ni ;)

btw, jangan lupa singgah website http://www.hishop.my/ ni tau! mereka ada discount 20% off sempena launching produk mereka ni. cepat.. lambat tak dapett . sampai 31 Januari ni je;p


*DISCLAIMER: This is a sponsored post

Friday, October 19, 2012

Tutorial :NuffnangX, blogs stalking di hujung jari


Mesti ramai yang dah tahu pasal application NuffnangX ni kan? 

Hahh?? Nuffnang X?? Apa tu?

haaa.. Nuffnang ni satu aplikasi yang patut ada dalam smartphones anda untuk pengalaman baru dalam dunia blogging. ia merupakan cara mudah untuk membaca blog yang sangat user friendly, kita boleh like dan paling best kita boleh chat dengan blogger tu directly kat ruangan komen. anda juga boleh join conversation terbuka dan macam-macam lagilah hanya melalui smartphone anda je!


bagi yang dah teruja nak teroka pasal NuffnangX ni tapi tak tahu caranya... haahh jangan risau. saya akan bagi sedikit panduan memulakan dan mengunakan aplikasi NuffnangX ni.

Pertama sekali, muat turun NuffnangX secara percuma dengan smartphone Apple mahupun 
Android anda.


A3FMONkCQAAz28P

Seterusnya dengan menggunakan komputer anda, 
layarilah NuffnangX.com untuk mendaftarkan diri.
Tip: Jikalau anda memiliki akaun Nuffnang, anda boleh terus daftar masuk dengan e-mel dan kata laluan yang sama!




bila nak register tu dia akan bagi tutorial atau arahan. korang ikot je arahan dia yang mudah tu. lepas tu...wallahhhh.. korang dah pun ada akaun NuffnangX

tapi.... korang jangan lupa claim blog korang tau!

setelah berjaya mendaftar masuk, tekan gambar profil anda di bahagian kiri atas dan klik “claim your blog.




sebab kalau korang tak claim your blog camne saya atau kitorang semua nak follow your blog and read your entries though NuffnangX ni meh?



Cara nak claim your blog mudah je. mula sekali dengan menaip link penuh blog anda yang comel dan gojes tu. pastu ikot je arahan yang diberikan. boleh rujuh gambar kat bawah ni.







Kod yang diberikan seperti langkah ketiga di bawah perlu disalin dan ditampalkan di bahagian “add a gadget” di halaman “layout settings” blog anda. Cuma klik “add HTML/Java Script” dan tampalkan kod tersebut sebelum meneruskan ke langkah terakhir pendaftaran NuffnangX!



Mudah je kan? apa lagi jom la join NuffnangX ni dan Follow blog saya kat sana. nanti saya pasti akan follow blog anda balik. tapi pastikan korang dah "claim your blog" tau.. kang payah saya nak follow taktau bloglink anda.. jomm borak-borak kat NuffnangX! tekan button bwh ni k..



Wednesday, July 25, 2012

Blogopolis pertama Nuffnang Malaysia 2012


Assalamualaikum semua..

Harini saya nak bercerita pasal seminar blogopolis yang berlangsung baru-baru ni..




Seminar atau bengkel untuk improve our blogging skills ni berlangsung julung kalinya di Malaysia dan saya semestinya tak nak terlepas peluang keemasan ni untuk timba ilmu dan pengalaman dari otai2 atau panel speakers yang mahir dalam bidang masing-masing.


Seminar yang mengambil masa hampir seharian tu sangat sangat lah padat dengan informasi berguna dan menguntungkan. it worth every ringgit i tell yah!


Pagi tu seawal 8pg para peserta dah penuh beratur untuk mendaftar di ruang legar ballroom Hotel Concorde Kuala Lumpur ni. Semua dah teruja nak masuk dan download ilmu yang bakal dicurahkan. to be a step ahead in blogsphere .





event ni memang grannnddd! masuk masuk rasa macam wahhhh!!!! cantek gile hall diorang deco. berkobar-kobar jiwo rago den raso nak start!

Blogopolis ni juga peluang yang baik untuk bertemu blogger-blogger hebat dan make new friends. its a good platform to learn from the experts.

mereka ni lah muka-muka speaker yang berucap that day.. osem kan? tulah dah cakap best xnak caye!


Pada awal sesi tu i was sitting with my mum dan geng-geng seangkatan ngan dia. it was ok but later on rasa macam tak best pulak. macam salah duduk dalam kelompok era yang berlainan pula. no hal sebenarnya tp lama2 rasa boring sikit. last2 me and aunty Nani swap places sebab kami macam at the wrong seats je kan. dia duk ngan blogger my age and i was sitting among my mum's era punya geng. so kami tukar tempat suka sama suka..


Seronok la MakLady dan Aunt Nani duduk sesama dan borak sepanjang seminar.. masing-masing super awesome+cool mum who love to blog. both berjiwa muda lak tu. elook sgt suk sekali





Percaya atau tidak blogopolis ni merangkumi 10 sesi.banyak kan? macam2 tips diorang bagi dari segi design blog, traffic, sumber blogging, photography dan macam macam lagilah!


Antara panel speaker yang dinanti-nanti ialah Maria Elena. slot/sesi dia paling best antara semua. even slot dia among yang last for the day tapi memang yang paling inspiring and funny! kalau ikotkan time tu semua peserta dah mengantuk, boring, tak focus tapi as soon as kak Maria kita ni masuk je terus semua orang jadi segar balik dan start paying attention. pandai organiser susun jadual ek!



and oh oh.. saya dapat bergambar dengan Xiaxue! *buat moonwalk* blogger terfemes dan terhangat dari Singapore ni! nasib cepat amik gambar dengan dia sebab bukan senang nak jumpa, dah la dia balik awal. slot yang Xiaxue ni bagi pon best jugak.


haha. kite pon taknak terlepas peluang bergambar dengan Aunty Nani. ibunda tersayang cik Hanis Zalikha kita. suka tengok aunty ni. very the sporting and gorgeous in person.




Ni antara goodies yang kami dapat dari pihak penganjur. best wooo dapat bawak balik ilmu yang bertimba-timba dan merchandise buat kenangan of this great event!

kalau xcaya event ni best, tengoklah bawah ni...

*best sampai boleh buat collage?xde kaitan. sorry ;p*


dont worry, saya takkan makan sorang. from time to time saya akan share sedikit sebanyak tips and trick yang saya pelajari dari seminar ni untuk kebaikan dan pengetahuan bersama. sharing is caring kan!

bertuah sangat rasa dapat belajar dari otai dan seniors ilmu dan skills yang perlu ditajamkan lagi. semoga dapat belog dengan lebih berkualiti dan produktif di masa akan datang dan dapat berkongsi info berguna dengan pembaca.

kepada yang terlepas seminar ni dont worry, this will be an annual event so next year make sure korang join ok? kalau 1st time ni dah best i wonder how next year's would turn out to be..mesti ohsemkebabooom!


Blog Widget by LinkWithin