Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Kembali Ke Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Kembali Ke Sekolah. Show all posts

Monday, January 9, 2017

Creative Presentation - Tema Pilihanraya


Assalamualaikum...

Bila dah kerja ni rasa rindu pula zaman belajar..

Bila sebut zaman belajar or zaman jadi student ni, 
masa sambung Degree lah paling best sekali
Rasa bertuah sebab dapat sambung belajar degree kat kampus bandaraya Melaka (KBM)

saya tak tahu la kalau kat kampus lain macam mana culture dia. tapi kat KBM memang best sebab famous dengan culture "creative presentation". bukan untuk budak subjek Human Resource je.. tapi student course lain pon ada buat creative presentation ni..

memang best, menarik dan terbukti senang nak ingat apa yang di-present bila time nak jawab final paper.. pada siapa yang tak faham ape Elia maksudkan dengan creative presentation ni sila refer entri saya yang sebelum ni ye.. hehe









antara creative presentation yang menarik dan yang sempat dirakam masa presentation bertemakan pilihanraya. jom layan gambar!




satu kelas dihiasi deko ala ala election. siap promote calon-calon pilihan raya..


setiap "calon" akan "berucap dengan propaganda masing masing".. propaganda tu is the content of their presentation 



dalam pada presentation, ada juga game yang dimainkan melibatkan classmate lain

tak ingat dah ape yang lawak sangat tu.. hehehe

muka "calon" serious je present.. taktau la btul serious ke cuak sebenarnya





lepas dah semua calon "berucap", masa untuk participant mengundi...


siap ada kena calit cat lagi.. macam election betul lak ;p

ni logo parti yang bertanding



siap ada sepanduk bagaii



bila semua dah vote, masa untuk kira undi.. our lecturer yang akan kira undi satu persatu dan umumkan calon yang menang..


memang harmoni dan happy je masa zaman belajar kan?/ haishhh... how I wish we can go back to that time.. haha.. dream on jelah Elia oiii..



papepon memang sweet memories la time study ni... 

p/s: Rasa macam tak sabar lak nak tunggu next REAL election ;p

Wednesday, June 22, 2016

Deko Hostel yang Unik!


Here’s something menarik yang saya jumpa masa zaman study kat U dulu.
 Masa diploma memang saya dapat hostel, tapi bila Degree memang stay luar je.. Tapi ada je student lain yang dapat hostel.

Dan masa saya ke salah satu dorm diorang sebab nak discuss pasal group presentation……


What I found was sooooo interesting.

Tak tau lah saya sorang je yang rasa benda ni menarik atau ni sememangnya menarik..

Yang pastinya, saya jakun jap lah..


Friday, February 12, 2016

Gambar Konvo Degree Ditemui


Dalam Elia dok godek godek laptop ni. terjumpa gambar-gambar time Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda haritu (Dec 2014). tak banyak gambar yang diambil sebab masa tu pon masing-masing rushing. lagipun banyak gambar focus amik dekat studio (tu pon tak tau mana pergi gambarnya.. huhu)

Jom layan je gambar yang ada..


Ni gambar lepas ambil sijil/scroll Degree tu.
terlampau ramai orang.. nasib jumpa segelintir classmates. sempatlah berposing campak topi macam kite selalu tengok orang buat tu.. nak jugekkk



Ada lah jugak gambar kenangan dengan rakan sekelas dan seperjuangan. 
diorang ni best dan havoc!

Even sekarang masing-masing dah ada haluan sendiri pun kitorang 
masih aktif berhubung dalam group whatsapp.



Alhamdulillah semua berjaya mendapat segulung ijazah. hasil penat 
lelah struggle kat KBM for two years.


Sepanjang 2 tahun study Degree kat UITM Kampus Bandaraya Melaka ni lah saya berpeluang kenal my two closest friends- Finh dan Az. (The Joyahs)
Macam-macam ragam, pengalaman, suka, duka yang kitorang lalui sama-sama. Kalau lepak and kenang balik, sampai esok pagi pon tak habis cerita. 

Pendek kata, kenangan study kat Melaka lah kenangan zaman study yang paling saya suka dan treasure. kawan-kawan tak ada yang jenis tikam belakang, talam dua muka, jenis yang ambil kesempatan dan yang busuk hati. semua baik dan happening!

Kalau diberi peluang nak repeat study pon aku sanggup asalkan kat KBM dan dengan diorang yang sama.. hehehe.. boleh ke macam tu? ;p

Monday, December 14, 2015

Creative presentation - Career Fair

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjspGW_KuwFH8eJ-x4clAw_Djd9aIHM7l9rTLPxB9enPt5gF2MaF5wmY7ZoInl_aPmJzBJRXuMoGiMmXhPliLAmAQBlAtJlltbxA1lwJ579w1sM8ShHkCSneOkdDr40tTky4hyphenhyphenAi8SzHQk/s1600/20130618_163219.jpg

Assalamualaikum semua,

I dont know about uolls, but masa Elia degree kat Uitm Kampus Bandaraya Melaka (KBM) antara masa yang best untuk dikenang... 


As you all know I studied Human Resource Management. Masa study ni presentation adalah perkara biasa dan bila korang ambil subject macam HR, Marketing dan yang seangkatan dengannya, memang presentation ni makanan korang. Almost tiap subjects require us to do presentation.



Kalau kat tempat lain mungkin presentation adalah perkara yang paling digerunkan atau membosankan... but not at our campus. 

yang UNIK nya kat sini sebab presentation will NOT be ordinary.. its gonna be a CREATIVE PRESENTATION.

apa maksud creative tu?

Monday, September 28, 2015

Lecturer UiTM KBM baik hati dan pemurah


Assalamualaikum..

Bila dok terkenang zaman kat universiti ni. macam tak sangka dah habis dah 5 tahun belajar (Diploma+Degree). Macam macam kenangan dan memori yang terukir. 

Bila dah kerja ni. kengkadang tengah duduk duduk saje ni pon boleh terkenang..

betapa seronoknya time jadi student dulu.  

antara yang saya paling suka dan kenang masa kat Uitm Bandaraya Melaka. 

terutama sekali 

Tuesday, April 29, 2014

Part 3 : Main "Truth or Dare" masa Barbeque




Masa barbeque session haritu..just to kill time and make the night more enjoyable, weolls ada buat game session.. even though we have been in class together for about year and a half, banyak lagi benda yang kita tak tahu pasal eachother. so masa nilah kita nak kenal kenal dan kena mengena!

what we did was gather each of us and sit in a circle. then there was this pandora box with all our names in it. sorang akan cabut undi dalam pandora box tu and yes! u guessed it.. the name yang came out will be asked to choose whether they wanted "truth" or "dare"..

hehehe.. as usual, mesti ramai choose dare sbb wouldn't dare to spill the "truth" question! heheh

here are some example of the dare we managed to capture during that night..


:: The guy kena "dare" untuk mengorat one of our girl in class.. since this guy ala-ala mat romeo in our class.. huhu..jk.. jk  ;p ::


lepas dah habis satu pusingan.. semua dah kena soal.. tapi mostly choose untuk buat dare..

So.. for the second round weolls tukar sikit rules..

Pandora box akan diberikan pada one of them..nama siapa yang kena pilih dalam pandora box tu, that person yang cabut undi tu akan kena cuba buat/lakonkan gaya, mimik or anything that related to that person n weoll yg lain lain kena teka siapa org yang dimaksudkan tu...

serious sangat-sangat kelakar part ni.. tak caye nanti tengok example videonye.
lepas dah tau jawapan, orang yang cabut undi tu kena cerita the truth on what are their first impression of that person masa mula2 masuk kelas tu..

haaa.. creative kan game ni? yela.. its a combination of both "truth" and "dare".. plus.. kat situ kita akan dapat rapatkan sillaturahim... mungkin ada benda benda yang kita tak berapa kenal or kita tak perasankan keunikan or habit seseorang tu...

oklah.. senang kata.. jom tengok antara video yang menarik masa permainan ni...









antara semua. .tak tahu bila sampai turn Elia.. kemain panjang lagi.. semua nak bgtau their first impression... waaa.. malu malu.. larikkkk


so menarik tak? kalau korang nak tengok the rest of the video of us playing this game, bole check out my Youtube channel yang tah pape tu : Elia Jejariruncing

pape pon.. korang memang the best lahh!!! rindu... bila nak buat gathering lagi?!!

Monday, April 28, 2014

Part 2: Barbeque dan burned Marshmellow



Masa barbeque haritu Elia ada beli marshmellow untuk dipanggang. sebab memang sedap gila nak mati je rasa burned marshmellow yang Elia pernah rasa time barbeque rumah my friend dulu.

so disebabkan ramai budak-budak kelas ni tak pernah rasa kenikmatan burned marshmellow ni, Elia bagi semua merasa membakaran dan rasa sendiri...

nak tau camne respon mereka? jom layan video ni..






siapa lagi yang suka makan burned marshmellow?

Part 1: Barbeque Tengah Malam



Haritu.. ingat lagi..

sebelum kami semua start Final papers, dan sebelum kitorang semua pulang ke halaman masing-masing untuk mula berpraktikal.. we decided to enjoy a barbeque session together. 

plan memang last minute pun.. kalau plan awal-awal selalu tak jadi..

weekend tu kitorang plan dan terus gi beli barang-barang untuk nak buat barbeque dengan budak kelas. majoriti setuju dan happy to join since it considered as the last one we ever. lepas lepas ni sure susah nak gatherkan semua orang kann..

malam tu kami berkumpul kat pantai puteri, depan sikit dari Pantai Klebang..

jom layan gambar masa barbeque tu..





Masa bbq ni kitorang ada organized a few activities untuk merapatkan silaturahhim dan untuk suka-suka.. nanti kita cerita kat part yang seterusnya ok? on mean time, layan gambar-gambar ni dulu keyh?
 






 macam comel macam cantek je kan my classmates? hehehe...




Kalau tak puas tengok gambar boleh layan my videos that i took that day on my Youtube channel : Elia Jejariruncing





Tuesday, April 15, 2014

Sehari fefeeling tourist di Melaka


#throwback

Nama je study kat Melaka. tapi takde pon nak pergi jalan-jalan sekitar melaka. asal weekend je balik KL. kalau tak dapat balik pon duduk bilik je..

ada satu masa ni kitorg dah siap smart2 nak gi kelas. sekali kelas tu batal. dah nak sampai kampus baru diberitahu kelas tu batal.. so disebabkan dah dressup cantek cantek, rugilah kalau balik umah tido je kan. so.. kami pon decide to switch off mode student n switch ON mode pelancong.. hehehe..

masa ni lah nak jalan-jalan and bergambar kat Melaka bandar bersejarah kann

jom layan antara gambar menarik kitorang masa tu..





 Tak sangka, bangunan kedai kedai kat area Jonker Walk ni 
cantek untuk buat background bergambar ;)


 Ni pulak pintu rumah orang. cantek. macam ala-ala pintu kat Bali gitu kan? redah saje bergambar kat depan rumah orang pon ;p


Dah penat jalan, kami pon stop for lunch kat restoran Halia Inc kat area bangunan Merah tu.. leh tahan cantik deko restoran ni. terbaik.





Thursday, April 10, 2014

Memori Futsal 2013



Assalamualaikum...

haisshh.. tak sangka bila dah start practical ni dia punya busy... perghh.. tak hengat..

dulu ingat bestlah practical buat keje simple-simple je.. fotostat kertas or buat kerja-kerja remeh.. yelah.. intern kan..

tapi.. ohh tidak sama sekali.. ada masa kerja or tugasan yang nak kena buat satu hari tu bole buat kita tak sedar pon masa berjalan. tau-tau dah kul 5.30ptg..

balik-balik sampai je rumah, lemau.. sudah mandi, solat dan makan semua.. memang tido je jawabnya.. semenjak kerja ni memang tidor awal je..

dalam masa kerja ni, kena pulak curi-curi masa siapkan tesis ataupun my final year project paper.

memang takde masa sangatlah nak buat aktiviti lain-lain..

nak blogging pon tak menyempat nak taip panjang-panjang.. ada je keje kena siapkan..

Masa sibuk ni lah teringat keseronokkan masa belajar.. ada masa free je gi swimming, jogging..
rajin je masuk pertandingan itu ini sebab nak kekal aktif. paling best futsal lah..

dari sorang yang kaki bangku.. tak tahu langsung sepak bola, sampai bole join futsal tournament, siap dapat 1st runner up tu walaupun takde practise pape..huhuhu

haiishhh... bila tengok balik gambar-gambar time futsal tu.. teringat balik moments yang best masa tu..



 Masa tu memang last minute punya hal.. ada our old competitor masa tournament last year ajak gabung team dia. so 4 orang dari kelas kami masuklah team dorang. Finh, Ain, me n Az..  nama team "Just Nice". memang nice la sebab cukup-cukup orang je kan..




Mula- mula plan nak training atleast sekali la b4 turun padang kan.. tapi disebabkan masa tu masing masing sibuk dengan test, memang tak dapat nak squeeze time for training.. bukan je takde time nak training.. pada malam nak game tu, ktorang siap ada presentation lagi.. abes je presentation memang kitorng rush balik rumah nak tukar baju. then terus peeeeecut ke sport arena tu kat Klebang. haahh.. tempat yang femes ngan coconur shake tu ;p







before gi futsal court tu kitorng singgah makan cucuk2 kat tepi pantai klebang tu dulu untuk isi perut. lapar gile lepas kelas kan.. tengah syok makan budak-budak tu dah call cakap tournament dah nak start... kami pon pecutlah ke tempat kejadian..

sampai-sampai tu ingat boleh la warm-up dlu ke apa kan.. sekali sampai sampai dah kena panggil masuk court. game starts!

perghh.. memang tak bole lupa la time tournament tu.. kitorang ada dekat 5 game berturut-turut dan Elia sempat rehat for sekali 1st half je. lain dari tu memang Elia rembat je main. ntah camne stamina masa tu memang tak hengat2. lari sana lari sini. pecut sana pecut sini. block bola. jadi defender tapi dah macam keeper pon ade. cuma tak pegang bola je. turun naik turun naik. pergh.. ntah tenaga apa yang ada masa tu..




Alhamdulillah.. berkat usaha n tenaga setelah makan steamboat cucuk-cucuk secara rakus petang tu, kami dapat la juga tempat.. walaupun second runner up je. boleh la. dengan tak kenal teammate, tak practise n masih newbie dalam arena futsal ni kan..

yang penting kenangan tu..

memang terbaik dan insyallah akan dikenang sampai selagi kotak memori ni masih kuat capacitynya ;)


p/s: haiishh.. bilalah nak main futsal lg ni ek?

Monday, January 27, 2014

Powerpuff Girls jadi Super Women



Best je tengok balik gambar-gambar kitorang masa join game futsal. main redah je join. walau masing masing takde pon yang mahir main. tapi kitorg join je semata-mata nak memeriahkan majlis. tak sangka boleh menang. 


Elia sendiri personally tak pernah pon sepak bola or whatsoever ni.. tapi redah je.. diorang bagi Elia main position defense. tak sangka its suits my abilities. tak tau camne even jarang bersukan tapi bila masuk futsal court tu stamina jadi gagah plak kan. berdesup lari ke sana berdesup lari sini. block bola yang datang. memang susah la bola tu nak tembus gawang. alhamdulillah they said i performed well it my position. walau sebenarnya tak taupun i got that skill. 

the moral of the story sebenarnya.. kita memang tak tahu our own abilities and skills until we try something new. dare to take risk and challenge yourself.




zaman sekarang ni kaum wanita dah makin success. we can do almost anything that we set our mind into. 



 tak yah pergi jauh. tengok my class sudah. satu kelas yang ada 20 orang ni. ada 4 ketul je budak lelaki. bilangan student perempuan kat ipt memang dah semakin ramai. masing-masing mengejar kejayaan dalam pelajaran dan hidup.

patutlah sekarang ni dah banyak program yang memperkasakan penglibatan wanita ni. rancangan kt TV pon dah banyak program bertemakan feminin ni..

yang terbaru Elia dapat tahu yang Libresse ambil inisiatif untuk create satu website khas buat semua wanita kat luar sana


nama kempen dia Shine On. kat website ni ada macam-macam. banyak input berguna yang Elia dapat kat sni. 



bila Elia pergi usha kat bahagian "Street Savvy" ni elia dapat baca cerita dan kisah berinspirasi dari wanita-wanita hebat yang menjalankan bisnes masing-masing. semua ada kisah dorang yang tersendiri. semua ni wanita yang telah di-featured kan kat segmen "Women in Business"



ada cerita pasal beberapa business women yang daring ambil risiko untuk buka bisnes yang kebanyakkan nya unik dan baru. bila bisnes yang baru ni memang risiko dia tinggi la kan. ada 50-50 chances sama ada bisnes tu akan berjaya atau fail terus.


bila baca kisah diorang ni sedikit sebanyak elia rasa semangat and terinspirasi lak. Dengan kata-kata semangat diorang yang dah berani mencuba dan menceburi bidang yang bagi mereka sangat berisiko ni. tapi diorang kekal positif. kita yang baca kisah diorang ni pon terasa positif


tapi..  dalam banyak-banyak story diorang, ada satu yang menarik perhatian Elia.

kisah Mei yang merupakan pesakit Cancer atau barah seawal usia 18tahun yang berjaya melepasi tahap kronik. dia tak patah semangat. sebaliknya dia cabar diri dia untuk become better and get herself involve with jewellery making business.


memang bagus gila Mei ni. dia tak putus asa dan sentiasa berfikir positif. tu yang buat dia dapat overcome the obstacle of her life. kudos tu her!!

Mei, you are my inspiration!




Selain dari kita dapat tahu kisah-kisah para women entrepreneurs ni, ada juga promotion dari kedai atau online shop mereka khas buat kita! so pada yang kaki shopping tu bole la tengok-tengok dan beli ;) 


Our “survivor entrepreneur” specifically sells accessories. Yang elia respect sekaliialahmeisendiri yang customize semua bracelet and necklaces customers. dan yang bestnyeboleh send photo-charm requests kepadameidanbeliauakan try her best to suit your demands. eliammgsukabenda yang susahnakdapatkattempat lain sbbtaklahnampak mainstream sgtnantihihi

products yang meijualmmgmenarikdan unique, tapielia paling admire that she didn’t let her past bring her down. kalautgk fighting spirit mei, takkanbolehsangkabeliauadalah cancer survivor betultak?

Lepas tu bolehlah singgah2 kat Gosh! That’s Great! Gallery dan tgk products unique offered by women in business. Ada byk products yg menarik mcm accessories dan barang2 vintage pun ade. If you click on the product, there’ll be information on the woman in business too. Kalau ade hajat nak mulakan business ker atau nak beli product, atau saja2 curious nak tau latarbelakang businesswoman dgn lebih lanjut bolehlah pergi ke Let’s Talk Shop. There you can interact dgn para women in business. bolehlah nak tanya pendapat ke tips ke ape2 la kat sana ;)




bila dah baca kisah diorang ni.. terasa macam nak start bisnes lak. macam menarik dan menguntungkan je kan.. tapi camne ek??


haaaa... yang terbaeknye... dalam website pon siap ada information penting dan guidelines on how kita nak start our own bisnes. SEMUA persoalan yang kita ada akan terjawab kat sini. Great!




Ada juga ruangan "Inspire Me Now" lak ada kisah 3 wanita WOW ni..



paling Elia suka baca pasal kak Adibah Noor kita ni. siapa sangka dari seorang guru or an English teacher boleh make a leap of faith and jump into being a singer that she is now?

kepada mereka yang sering rasa rendah diri dengan fizikal or bentuk badan, you should read her story on how she deals with it. Tengok Adibah Noor sekarang.. selain dari jadi penyanyi she also is a good announcer. Siapa kata orang berbadan gempal ni tak boleh jadi pengacara TV? 


pendek kata semua cerita dan ruangan dalam website ni sangat memberi inspirasi kat Elia to become a better women. we can definitely do whatever we set our mind to it. dan yang penting tawakal. so, korang yang mana perlukan sedikit dorongan or motivasi untuk majukan diri.. ataupun nak mulakan bisnes baru tapi taktahu bagaimana, jom checkout website shine on Libresse ni!















Blog Widget by LinkWithin