Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label LaughOutLoud. Show all posts
Showing posts with label LaughOutLoud. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Produk ciplak jenama sabun terkenal yang LOL


Baru baru ni elia ade pergi kat satu kedai serbaneka ni. banyak barang dijual dengan harga yang murah. Sekali terperasankan satu benda ni..

Sekali pandang memang takkan perasan...

sebab dia punya design, font n colour sama macam satu produk sabun yang agak femes kat Malaysia ni... tapi bila tengok betul betull....





KAHKAHAKAHAKAHHH... memang tak boleh blah. Daiyo tuuu... ayoyoyyoo kadawalleyyy



bukan satu jenis je, siap macam macam flavours lagi.,, hehehe...

Made my day ;)





Ada yang penah perasan ataupon ada tak yang dah beli pon sabun ni? ok tak?


Wednesday, July 31, 2013

Funny Signs/ Papan Tanda Unik dan Kelakar


Baru seminggu kat Labuan tapi saya dah rasa keunikan dan kelainan tempat ni. antaranya, papan-papan tanda yang saya temui masa round-round pusing Labuan ni.

1. Pasar Babi


Masa abang ipar bawa gi pasar basah untuk beli ikan, saya terperasankan gerai kecil yang terpencil di satu sudut ni. papan tanda dia besar-besar tulis "PASAR BABI". rupanya gerai ni memang jual khinzir. almaklumlah di Labuan ni banyak juga orang bukan Islam.


2. Gerai Sumber Rezeki


macam agak kelakar juga tak lama lepas beli ikan kat area pasar basah ni saya ternampak nama gerai ni. Gerai Sumber Rezeki. takde la kelakar mana tapi agak unik sebab memang gerai tu sumber rezeki mereka kan.. gerai makan ni saya tak pasti sangat dia jual ape sebab ngah bulan puasa kan. hehehe


3. Notis kebakaran




mula-mula nampak macam biasa je kan. tapi bila baca betul-betul rasa macam kelakar sangat part yang arahan no.1 yang die suruh jerit api api api!!! haha.. so xboleh jerit lebih dari 3 kali la yerk?

btw, so far ni je la yang saya perasan. lepas ni kalau ade lagi saya snap gambar dan post lagi ye..



Monday, July 30, 2012

Genting Day 2 - Haunted Adventure


Oh. ini adalah cerita basi atau projek kerjaraya yang terbengkalai setelah sekian lama.
taktau la orang minat lagi nak baca ke tak.
huhu. lantok le janji kita nak cerita jugak jugak. sebab cerita ni sangat kelakar. very the lakar laka for me and my siblings. bila cerita balik sure kitorang akan tergelak besar sampai sakit sakit perut.




Cerita ni pasal trip kitorg ke Genting Highland haritu.
kitorg bertiga. me, si kakak dan si adik lelaki konon berani dan excited masuk rumah hantu. teruja la konon mula-mula tu.

kitorang pon bagi tiket kat orang yang jaga kaunter tu. sementara nak tunggu turn kitorang nak masuk ni :

Si kakak: Eh, Ajat! awak duk depan sekali la.. biar kitorang duk belakang awak
Si adik lelaki: Haa.. ok ok. korang duk belakang ajat
Saya : haa.. elok sangat tu.. biar kak ngah duk belakang skali *sedar diri ni tak berapa nak berani*

Masa ni muka si adik lelaki ni machoman ala ala berani gituee kan..

pastu sambil tunggu turn tu ada screen tv kat depan kitorang yang tunjuk demo atau parts of the excitement and scenes dalam rumah hantu tu. nampak la orang duk lari jerit jerit. ada banyak adegan adegan terkejut hantu timbul dari mana ntah.. pastu pengunjung lelaki tu terjerit2 terlari2 hilang kemachoannya begitu saje.


masa tu hati ni dah rasa nerbes dah..

dup dap dup dap macam motor bot daaa..





Sebaik je kitorang bagi pass masuk masing-masing, kami dibawa naik this rickety cart that slowly hauled us up to the doorway of the Haunted mansion. Masa ni bulu roma dah mula meremang sikit. ececehh. takyah nak poyo berani la kan. kalau korang naik menatang kren ni mesti sikit sebanyak rasa sereeemm tu akan timbul.


Sampai kat atas tu kami disambut dengan pekerja yang agak misterius. taktau la dia ni into character sangat or dia tengah lapar tak keluar lunch lagi ke hape. muka nak serrremmm gituw kann..

Bila pintu entrance Haunted Mansion ni dibuka, it reveals nothing but darkness. huisshh.. gelap gulita babe..

This is the best part of the story...

bayangkan ekk..

posisi kami 3 beradik : Si adik lelaki depan sekali. si kakak belakang adik dan saya kat belakang sekali.

tapi tak sampai 10 saat je bila sampai kat pintu masuk yang gelap gelita tuuu terdengar bunyi dentum dentam siap ngan nyilai tawa yang menyeramkan..si adik lelaki ni jenguk kepala kat lorong rumah hantu tu*rumah hantu ni memang byk lorong dan simpang yg mendebarkan!*.. terus dia kecut perut and freak out. terus dia pusing seraya berkata :

"eehhh...uisshhh.. Ajat tak boleh.. korang la gi depan!"

tersentak sekejap saya dan kakak. si kakak pon berkata

"oitt.. pesal lak? gi jelah.." *tolak si adik*

"Ajat nampak ada benda kat tepi lorong tuu.. eeii. korang la gi depannn"

situasi hang tolak aku aku tolak hang berlaku hampir 5 minit. lama woii. masa tu rasa nak patah balik keluar je. the first rule of attraction tempat ni there is no turning back katanya..(which was soo hazab)bayangkanlah sampai pekerja yang tadi tu tegor suh kitorang masuk cepat. lama agaknya dia tunggu kitorang duk gaduh tolak menolak. in the end....

si kakak : ehh.. awk la elia gi depan. cicik xleh.. ajat pon taknak..

me: uissshhh... me? ya? adoiiii.. (aku yang paling penakut ni lak yang kena gi dulu?)

si adik : haa. gi la kak ngah. ajat memang xnak gi dulu *geleng2 kepala*

setelah si adik dan kakak
berkomplot memaksa saya gi dulu.. akhirnya aku yang paling penakut ni terpaksa memberanikan diri to lead the whole journey of the haunted house to brace through the creepy, narrow, twisted hallways la kekdahnye. menciiikk taukk!!

Ahkak yang ketakutan tapi cuba memberanikan diri ni pon terintai intailah di setiap penjuru lorong rumah hantu yang bersimpang siuh tuu.. bunyi surrounding toksah cakap lah. susah nak gambarkan. macam-macam bunyi yang menyeramkan. u just have to be there to experience it yourself i tell yah!



main cak cak kalau kat rumah memang best tapi kalau kat rumah hantu sangat tak best dan mendebarkan dap dip dup di dalam dada.. wah.. berdandut pulak. macam gambar nilah aku duk terintai intai di setiap penjuru lorong yang bersimpang siuh ni. nak pastikan takde benda yang nak terkejut2kan kite. serious nervous tak hengatlah.

dah la kena lead dua ekor penakut yang konon berani on the outside tu kann.. hisshh.. tak puas ati lagi ni sebenarnya. sebab kalau apa2 memang yang depan yang kena dulu.


Mata kitorang dalam tu memang macam nak tak nak je bukak. takut takut. worst dari macam tengok cite hantu kat movie! yelah. live kot! We figured early on that closing our eyes or ears was not an option, the pathways proved to be tricky and we needed all our senses to detect our way through the dimly lit passage.


Ntah menatang apalah yang ada dalam tu. tak ingat sangat sebab i was running and screaming like crazy in there. jalan slow-slow, usha line, lari, jerit, tunduk.. macam-macam ghupe dan gaya dah aku kat dalam tu. nasib tak merangkak macam komander je!




the worst park bila i spot lembaga seorang manusia in disguise as ghost grabbing and chasing us!memang dalam tu semua deria kena peka. sebab memang macam2 jenis kejutan yang in store for us. ada letupan la. moving potraits la. isshkk.. macam2. rasa macam masuk dalam thriller, horror and scary movie!




kitorang semua took a deep breath; clung on to each others clammy palms and braved on. We made our way pass bloodstained walls, monstrous creatures with shrilling screams and characters with menacing laughter, making sure to avoid bizarre hands which reached out to grab us from all angles.(sila bayangkan)

Just when we thought that we were going to pass out from the lack of oxygen (sebab jerit bagai nak rak) our eyes caught on lampu yang menghala ke pintu keluar. fuhhh... EXIT!!

Punyalah lega sangat rasa masa tu. rasa macam nak sujud syukur je. lega. keluar tu we look at each other and laugh so hard sampai terkeluar air mata. kejang perut gelak mengenangkan perangai masing2 dalam tu. i just couldnt imagine what just happen back then and how brave i was! haha. at least berani la dari 2 ekor tu kan. hehh. *hidung kembang kempis

Sampai sekarang cerita ni menggelikan hati kami sekeluarga. kisah di Haunted Adventure di Genting Highland. Epik!



Monday, April 30, 2012

Funniest video of the year 2012 : Baby Marissa


Marissa Amani. My youngest sister. She is 6 month old.


A very cute little baby. mudah mesra dengan orang. tak memilih sangat. sape angkat dia ok je. hulur tangan, up, jalan. cuma satu je. bila diagah, dia akan senyum. comel. memang comel. tapi paling hebat pon dia gelak je. gelak tapi jenis yang tak ada suara.

sampai orang ramai kata payah
sangat nak dengar suara dia.
gelak pon tak ada bunyi! cuba anda bayangkan...

aipp.. kite suruh bayangkan je. bukan suruh buat gaya gelak xde suara!
buruk bebenor ghupenyee..
hehe. gurau gurau. jangan maree ;p




Tapi last weekend kitorang sekeluarga pergi bercuti di Genting Highland dan ada satu masa tu dalam kereta. Macam biasa kitorang main main dengan dia. agah dia. tapi kalini for the first time dia gelak keluar suara! kuat pulak tu! plus, sangat CUTE! sumpah tak tipu.. adorable




Terus my brother grab the camera dan record this moment. memang tergelak je setiap kali kitorang tengok video ni. tak percaya cuba korang tengok sendiri..

layannzzz...



kami rasa video ni sangat precious dan special lalu kami masukkan video ni ke dalam contest Digi Wwwow ni kategori Funniest video of the year 2012. Harap-haraplah boleh menang.

so, amacam? best tak? korang rasa video ni lucu? cute? undilah di http://www.wwwow.my/display_entry.aspx?ID=bd450d41-1045-4881-84c8-08238d2bbd12


Thank you for your support guys!

p/s: Ada sesiapa nak kirim peluk cium utk si Marissa ni? bak sehengget! hehe. kidding ;p


Saturday, February 25, 2012

Funny photos

Bila dah takde kerja saya suka suft internet cari gambar-gambar yang kelakar.

the end ;p







Thursday, December 22, 2011

Novel terhebat





Suatu hari di salah sebuah bilik hostel/kolej Dato Onn 4, Uitm Machang yang sentiasa menjadi bilik persinggahan para gadis melepak dan ber-xoxo(gossip)...


Kedengaran perbualan rancak antara 3 orang gadis... yang pada asalnya mereka hanya berbual mengenai Novel Ombak Rindu dan akhirnya melalut ke tajuk dan jalan cerita novel-novel yang pernah mereka baca..




"alaa... yang cite pasal kawin kontrak tu.. yg peliknya camne lah si Syah boleh ajak org yg dia baru kenal seminggu tu kawin ek"

"haaahh..maybe sbb muka Alia tu ada iras-iras Nazirah kot. gf dia yg dah meninggal tu. yg si Alia pulak setuju sebab dia nak pakai duit 30K tu utk tolong byr rawatan sakit kawan dia. so perkahwinan pon berlaku n lama kelamaan syarat ntah kemana diorang pon muka suka sama suka"

"walaupon masing2 ego.. geram tapi best kan?"




"Taufik dan Salina yang masing-masing dah ada pasangan tapi terpaksa kahwin. mula mula duduk sebumbung pon tak sehaluan. tapi lama-lama kehadiran Zulkifli yg kerja se-office dengan Taufik menyemarakkan perasaan cemburunya. Usahalah si Taufik ni nak dapatkan cinta Salina."

"Cerita ni best sebab ada banyak part-part romantik dan menusuk jiwa gituw"

"ha'aah.. one of the best novel kot kite pernah baca!"






"cite ni pon best. pasal Razif yang jatuh cinta ngan orang gaji dia Norjihah yang pandai jaga anak-anak dia. tapi ex wife Razim yang dulu curang dengan dia last2 lumpuh kan pastu Razif terpaksa terima ex wife dia balik"

"tapi last2 dia kawin gak ngan jihah tu...novel ni best sampai ada sambungan.. novel Tak Semanis Impian.."



"haah.. yang sambungan ni sakit hati sikit baca. dah elok-elok Norjihah tu bahagia kawin ngan Razif, adik jihah lak si Seha tu kacau lak!"

"Boleh plak adik ipar syok kat abg ipar? kononnya jeles dengan layanan caring n romantik Razif kat Norjihah..eeeii.. geram jadi kat Seha tu!"


tanpa disedari lagi 4 orang gadis lain yang kebetulan berada di bilik tu pon turut dengar perbualan 3 gadis tadi. dengan muka penuh keterujaan salah seorang dari mereka pon menyampuk..


"Haaa... ni ni novel best korang baca tak? mesti penah kan.."


"Novel ape??"


"Bukit Kepong masa kita tingkatan 4 tu!"


Akhirnya satu bilik tu riuh ngan gelak tawa terpekik terlolong gadis-gadis tu...

"AHAHAHAHAAHAHAAAA... adoii... tu novel sastera sekolah dulu kan?"


"haaa'aah.. dah tu je novel yang aku pernah baca!"


Hahahaha...YAA.. kami memang sengal..





p/s: dengan perasaan penuh bangga, riak dan takburnya... saya nak bagitahu saya akhirnya dah tengok cerita Ombak Rindu ni! hehehe ;p



Elia tengah dalam proses nak upload video tutorial shawl... sabar ye menanti ;)


Tuesday, September 20, 2011

Lawak Nama Jepun

Yang pemarah- KEIJI CACIMAKI
Yang suke bjimat- SAYORI SUKAMURA
Yang bisu- KIETA TADASORA
Yang suka mkn nasi- NANACHI KASIBANYA
Yang suka lyn blues- APO NADIKATO
Yang suka belajar- ASHIKO ULANGKAJU
Yang kerap bikin kacau- WAKASI HURUHARA
Yang sangat kdekut- MATIMATI TAMOKASI
Yang suka sgt tidur- ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai- HINTAI AKOSUKA
Yang tua-TARAGIGI PADANMUKA
Yang kne tinggal bini- SUSAHATI BINILARI
Yang suke merempit- SAJA CARIMATI
Yang lembab- AYUMI SIPUTBABI

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, September 9, 2011

Dance Tutorial - Smooth Criminal (lawak)

Salam Jumaat semua!

How's your Friday?

what?? Freaky Friday??

kenapa perlu jadi freaky itu friday?

Apa perlu kita buat bila stress, moody, sedih atau bosan ye??

ceriakan hari anda dengan perkara yang lucu. jangan tambahkan kebosanan atau kesedihan anda. come on and do something that will make u feel happy and cheer your day.

So kepada sesiapa yang tengah berada dalam situasi seperti yang disebut kat atas tu. meh Elia bagi anda layan this video yang berjaya buat saya ceria di hari-hari yang suram. =)

Its a video of Andy and his friend Barry. Andy is the one teaching the steps but Barry yang kat belakang tu yang stole my attention. really hilarious moves he got there. macam Mr.Bean pon ada.

cekidaud guyss.. enjoy ;p



I'm very blessed to have friends by my side to cheer me up, make me laugh sampai pecah abes mask muka yang dipakai utk kekalkan kulit halus mulus tanpa sebarang suntikan dan melayan semua kerenah pelik tatkala teringin sesangat nak makan atau buat sesuatu macam wanita mengandung 4 bulan yang mengidam macam2 tetapi sang somi tetap turutkan walaupon rasa macam nak hempok je kepala si bini dengan majalah Ujang edisi BUMPER Raya. ehh.. ada lagi ke majalah Ujang ni ek?



Sunday, February 13, 2011

Kelakar tapi mendalam




kebetulan semalam saya jumpa video ni.. dari petikan cerita "Oh Yeah" yang secara kelakarnya menyindir wartawan-wartawan di Malaysia. memang kelakar tapi tu lah hakikatnya. memang sejak terlibat secara tak langsung baru saya tahu yang sebenarnya kita tak boleh nak percaya sangat apa yang kita baca. even kalau orang tu cakap ia keluar dari mulut simpolan-simpolan ni. kita tak sure kesalihan sesuatu report tu melainkan ada bukti black and white. memang sekarang ni it changed my perspective. dulu bila baca blog, forum or majalah tentang laporan atau gosip simpolan simpolan ni kita terus percaya dan judge orang tu camni camtu. sekarang, bila kita baca sesuatu artikel pasal simpolan tu saya akan fikir balik.. "ntah betul ntah tidak benda ni..ntah-ntah diorang tokok tambah cerita..".. well who knows kan? hanya Allah je yang tahu kisah sebenar.. wahh.. panjang lak leteran kak jejar pepagi ni. k la.. enjoy your weekend!

Saturday, December 25, 2010

Pernah makan Nasi G. Sillipatty tak?

Satu malam tu saya dan My Incik Apex pergi makan ke kedai mamak kat area Kelana Jaya. Seperti biasa kami order makanan dan minuman yang diingini. Tak lama selepas order tu sepinggan nasi pon sampai ke meja kami.

My Incik Apex pon tanya, " ane, ni nasi apa? "

mamak tu pon refer kat resit dia dan cakap. "Nasi goreng cili padi"

Apex: owhh.. ha.. betul lah tu. ok ok

mamak tu pon letak resit tu atas meja dan blah dengan muka sangat lega sebab order yang diambil tidak silap




sedang MIA menikmati nasi gorengnya saya terpandang resit order yang mamak tadi letak atas meja tu. macam ada yang menarik perhatian je..





What?? Nasi Goreng Sillipaty?? Cili padi la! ayooyoo kadawaley~!!


huhuhuh.. Sumpah kelakar n tak dapat dilupakan insiden ni sampai tahun depan!*gelak guling guling*

Sunday, December 5, 2010

Si Busuk Hati

:: Si Busuk Hati ::


Atas permintaan ramai, ni ANTARA( yee.. antara je.. byk lagi sebenarnya!) comment yang di-post oleh Nia Rashitla(bukan nama sebenar). seorang gadis(xtau la masih gadis ke x) yang claim dirinya "High Class" and pemain bola ni sebagai low class..


mari kita lihat dan nilai sendiri mentaliti "high classnya ini"


Cth comment keatas gambar KFCM beraksi pada perlawanan mentang Thailand semalam yang dipost oleh peminat di laman fanpage KFCM:








::Sila click gambar untuk tumbesaran::




Wednesday, November 24, 2010

Pengganti Dr Rozmey




Ni la dia pesaing dR,akan keluar dgn filem barunya....

Gerenti Pecah Punggung.


kahkahkahkah!


lagi lawak, cuba tengok video ni! ---> http://www.youtube.com/watch?v=ycbZ5xCb4Yk

hehehe.. jangan marah ye dR..

Friday, November 5, 2010

So you think you can beat this kid?

Memang tak tahan tengok si kecik ni beraksi.. dia ni memang berbakat..budak lelaki ni memang slalu ceriakan hati semua org.. baru 5 tahun dah pandai mengajuk character, menari, berdikir.. pendek kate asal suh buat aksi apa2 dia tak segan nak buat.. biasa la budak.. ni antara video yang sempat dirakam..


persembahkan IMAN FARHAN ber"belly dancing".. Aswara bole la hantar borang (yang si kecik interframe tu "apan@bulat" atau nama penuh tg. Amirul Azfhan).. kalah gelek gerudi Inul~!!




Apa hubungan saya ngn budak ni?? ni la anak sedara Incik Apex.. anak kakak dia-Angah.. my future nephew.. yang selalu bertenggek n bermanja ngn i bila i datang jengok dia.. he reminded me of my lil bro Amer.. miss him =(

Sunday, September 26, 2010

Lawak Mat Punk


Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

Friday, September 24, 2010

Ketahui Jantina Laptop Anda

Jgn xtau.....laptop pun ada jantina...

so, nak tahu tak jantina laptop yg selalu dingadap tiap2 hari tu? jantan ke betina....hehehehehe

buat je step kt bwh ni...

1. Buka notepad dan paste ayat ini dalam notepad:CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2. Selepas itu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (pastikan korang save di desktop supaya senang nak cari/buka nanti).

Save as = love u.vbs

3. Close notepad apabila habis save. Then double click file td (love u.vbs) dan akan dengar suara "i love u."

Cuba dengar btul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan?

Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya....

Enjoy! blh wt korg gelak tau.... try la!



My results??


My new Sammy ni rupanya pompuan..patotla ngam je ngn saye!



credits to : WJuliyana

Thursday, May 27, 2010

Cabaran menanda kertas.. Lawak betol!




Semenjak dua menjak tiga menjak menjadi seorang penganggur berjaya ni, saya asyik duduk rumah je.. makan, tidur, tengok tv, makan, tidur.. Tadi sambil tengok tv saya tetiba terpandang kertas ujian PKSR 1 bagi budak tahun 2.



Sekolah dan cikgu yang menanda kertas ni terpaksa dirahsiakan.


bagi sesiapa yang xdapat baca apa yg ditulis(mungkin dia tulis short hand dan baca long hand), biar saya taipkan..


1. ada dua orang membau bunga rose yang dan ada seorang lelaki melihat bunga rose.

2. ada seorang Abang membaca baku komiknya dan baca atas kerusi batu.

3. ada seorang perempuan sedang membuang sampah didalam tong sampah DBKL.

4. ada dua adik-beradik sedang bermain benda turun,naik,turun,naik,turun dan naik.

5. ada seorang budak perempuan sedang bermain swin

hahaha!!


ada sorang lagi budak tulis ni dalam jawapannya :

Ada seorang budak perempuan sedang membuang sampah ke dalam peti surat DBKL..

PETI SURAT?? ADOII... ayat dah cantek dah..sekali die tulis peti surat.. tong sampah la adik!!
Blog Widget by LinkWithin