Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Little Black Book. Show all posts
Showing posts with label Little Black Book. Show all posts

Tuesday, January 26, 2016

Move On, Terbaik Menanti


Suatu masa dulu aku pernah rasa terhina, terduduk, tersungkur.

Rasa seperti maruah tercalar.

paling worst feeling bila satu masa tu aku rasa macam tak terdaya bila orang sekeliling, sama ada yang kenal(or claimed they knew me) mahupun complete strangers - mengata, mengumpat, mencaci aku dan keluargaku. Rasa macam dah jatuh ditimpa tangga pulak.

at some point I did think it was my mistake.

Maybe I'm not good enough for them.

Maybe its true what ever the rumours said.

Maybe the family really can't accept me.

Maybe.. or just maybe.. its for the best.




after that incident, didnt hear anything from that side accept for a wedding invitation. but I have to politely decline.

As years goes by.. I have started to think they had forgotten about me.

Yelah.. memanglah sebelum ni diorang ada cakap "Even Kak Ya dah putus dengan dia, Kakya tetap dihati kami" dan "harap Elia tak benci kami dan masing nak berhubung"


masa tu terlalu awal dan masih terasa malu nak berhubung. lagipun takut orang kata tak manis or terhegeh-hegeh. jadi aku just move on.

bertahun berlalu..

tetiba saya dihubungi seseorang

terkejut. sebab orang tu sangat la aku kenali. dari dia muda dan sekarang dah jadi anak gadis yang cantik.. tak sangka dia masih ingat lagi aku. rupanya dah lama mereka cuba cari jalan nak hubungi aku..

dah bertahun tak berhubung..now berkali kali di ajak saya turun ke sana dan berjumpa mereka..
.

*jerit = menangis
Rindu pula bila mengenang zaman lama.

zaman petang-petang diorang bawa aku pusing-pusing kampung naik motor. kami akan singgah satu kedai ni, beli buah jambu untuk dijamu beramai-ramai kat pangkin atau beranda dengan the rest of the family members.




rindu the rest of the family ;'(


kadang-kadang kalau rajin aku bawa anak-anak buahnya gi jalan-jalan kat tepi pantai or ke Mall. best sebab masa tu aku memang dah bawa kereta kat sana. bila aku cuti sem, aku balik KL with flight so kete aku tu tinggal ngan diorang. masa tu memang aku sangat rapat dengan diorang. dah macam family angkat pon ade since i dont have any family members kat sana masa tu.




Sebenarnya kita miss the moment, the family not the person

sebab selalunya family tak salah. takde kaitan dan tak tahu menahu.




Betul kata gadis che mek molek ni.. Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian dan saya sangat sangat percaya tu. Sekarang pun sedikit sebanyak dah nampak hikmah dan Alhamdulillah saya lebih bahagia sekarang. Bukan nak toleh ke belakang tapi menghargai yang baik dan indah.

OhWellWhatEverNevermind: People always said that the truth will come out sooner or later

Tuesday, January 19, 2016

Apa Motiff Kau??!








Apa motif semua perihalku ditanya pada adikku lagi
Apa motifmu menanya dimana ku menetap sekarang
Apa motifmu menanya dimana ku bekerja sekarang
Apa motifmu menanya bagaimana keadaan ku sekarang

Tuesday, December 18, 2012

Ohana Ku

Tajuk bunyi macam unik je kan? Hehe..


 “Ohana means family”

Satu dialog dalam cerita kartun Lilo&Stitch yang 
selalu terngiang-ngiang kat cuping telinga saya ni.
Rupanya Ohana bermaksud family atau keluarga dalam bahasa orang Hawaii.
Tahukah anda bahawa orang Hawaii ada 
banyak persamaan dengan bangsa melayu?
Pernah korang dengar orang puteh or mat salleh melatah tak? Tak kan? Melatah dalam bahasa inggeris pon mcm tak pernah dengar pun.  Tapi Cuma bangsa kita dan orang Hawaii je yang melatah ni. Dan ada research shows that kite dengan orang Hawaiian ni sebenarnya related. Ada bau-bau baceng eh bacang gituee. Sebab kalau kite tengok muka Hawaiian ada macam kemelayuan sikit kan? Haa.. dan2 la sebab aku minat The Rock la cakap cmtu ;p Wahh.. interesting kan? Ni pon my lecturer yang bagitahu. Betul ke tidak taktaulah. hehe


Eh, apa yang aku melalut ni? Haiya suka sangat hanyut ntah kemana je cerita. Ok ok berbalik kepada tajuk asal pasal family. Bila bercakap je pasal family ofcoz la it instantly became a personal affair. Sebab keluarga ni very personal. Peribadi. Sesuatu yang sulit dan rapat dengan kita.


Sebab tu kadang-kadang ada orang tu bila dah betul-betul rapat with a person baru dia ready nak introduce that person to his or her whole family. Tapi ada je yang jenis family open dan sempoi boleh je nak huha huha kan. For me, family is an important part of my life. I treasure the value of family. Walau kadang-kadang tak nampak sangat but truly i care about them.


Being a blogger ni means u share your personal experiences with your readers but at some point i would like to keep something for myself. Banyak benda sebenarnya yang saya tak expose so that i could at least protect my family from their privacy life being violated.

:: Raya 2010 with family and relatives ::

Kadang-kadang bila orang dah tau pasal kita, dah stalk habis-habis pasal diri kita diorang nak jadi inspector pulak nak siasat background family la macam-macam lah. These people sometimes don’t know when to stop. Stalk sana sini habis semua ahli keluarga kita dia nak follow their updates. Kalau tak mendatangkan masalah takpe. Ni lain pulak jadinya. Pantang slack je kena hentam. Macam diorang tu malaikat.

 Makes me wonder, sempurna sangat ke hidup mereka ni ek?


Bila kita tak expose in details, diorang make extremely stupid and false accusations. Confident je buat statement and assume itu ini about my family. Konon dah tau and kenal sangat kami. Haktuiii la. Sebut nama pon tak betul lagi nak mengaku rapat dengan family kami. Urghh.. sorry we don’t be friend with those kind of busybody-put-their-nose-on-other-ppl’s-business-punya-orang.

Seronok ek buat cerita dan fitnah-fitnah orang ni? Self satisfaction ek? Nampak sangat the symptoms of ppl with lack of self-belonging. Kesian kesian..


One of the most stupidest (haaa..dah most tu stupidest lagi..lantaklah grammar kelaut pun sbab ni memang dah kes abnormal pon)thing among the rumors i heard was my mum hidup bermadu. Hahaha.. hahh. Kah kahkah proott..Memang tergelak guling guling sampai terkentut la aku dengar cite ni.


Let me make it clear okay? My mother TAK PERNAH. never Ever EVER (mcm lagu taylor swift tu) dimadukan macam yang korang heboh-heboh kan tu. She is single dan tak pernah dimadukan oleh suaminya. Titik!

:: from my instagram ::

 My parents divorced sooo long time ago. About 12 years ago when i was around 11 years old. Sebab penceraian? simply kerana tiada jodoh. Diorang cerai pon secara damai. Tak payahlah korang nak pung pang pung pang jadikan isu pasal diorang bercerai sebab dah memang tertulis di luh Mahfuz dah jodoh mereka sampai situ je. Both of them were cool about it. So why weren’t you? Korang pun belum tahu lagi korang punya takdir, jodoh, pertemuan, ajal dan maut semua macam mana kan?

:: Raya 2012 ::

My dad married my step mum  4 years ago. I am blessed with two adorable baby sisters, Hana and Marissa from their marriage. I call her Mama. She’s a cool step mum and we don’t have any problem living together under the same roof. Memang saya jarang post gambar my Mama ni sebab i still want to protect her privacy and everyday personal life. I don’t want her to get affected from anything that may come from my blog.

:: Sis wedding ::

My biological mum, Mak is a single mother for 12years. She’s an indeed the strongest and independent women i have even known in my entire life. Raising us up especially me who have been staying with her since zaman sekolah lagi sampailah dah besar panjang ni. Even bila my dad remarried baru kitorang start moving in with my dad, saya dan mak still close as usual.

:: first present i gave Mak that i bought with my own money::


 She can be considered as my best friend who knows all my secrets, comforts me every time im down with something. She’s definitely my backbone-my strength. Some people even said that i inherit her strong heart and perseverance. Alhamdulillah i believe she is also the reason how im still standing strong until today.




Photo: Elia's Graduation Day [one for the album]

:: On my diploma graduation day 2012 ::

I paling pantang kalau sesiapa sentuh, cuit or hurt my mum verbally or physically(sofar xpnh lg). Saya seorang yang sangat penyabar dan bukan pemarah. Baran jauh sekali. Tapi kalau who ever tinggi suara or kurang ajar with my mum memang it gets on my nerves la sebab saya sendiri tak pernah tinggi suara dengan dia let alone kurang ajar. That’s why pernah sampai tahap i lost my patience and exploded bila ada this mamat kurang ajar nak tinggi suara tengking ngan my mum. Kalau dulu nak tengking2 hentak2 saya, i still can take but if it’s my mum u’re talking about, no way hozeyy.. Tak kesah la dia nak mengaku ke nak nafikan yang penting, saya,Mak dan Allah tahu the truth.


Even mak selalu nasihatkan “sabar je. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Insyallah akan ada hikmah dan balasan dikemudian hari. Ya kena yakin dengan Qada’ dan Qada. Doa je banyak-banyak, doa orang teraniaya diangkat darjatnya.”

Nasiblah mak saya seorang yang penyabar. Banyak sangat dugaan yang kami terpaksa tempuh bersama. Just like what happened to HanisZalikha and her mother dimana orang kutuk mak dia tak pandai jaga anak la itu lah ini lah. Heyy.. who are you to point out people’s way of nurturing and parenting?

 Aduii.. sabar Elia. Istighfar banyak-banyak. Astaghfirullahalazim...


Bukan nak meluahkan kemarahan cuma im trying to set things straight. Lepas ni kalau ada lagi dengar bunyi-bunyi sumbang tu taktau lah apa lagi aku nak buat. Cuma mampu berdoa diorang ni bertaubatlah sebelum terlambat. 

Ingatllah, dosa dengan Allah kita boleh minta ampun dengan Dia, dosa sesama manusia hanya orang itu yang mampu memaafkannya. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati. 

Salam sejahtera dan selamat beramal ~!

Thursday, December 13, 2012

12-12-12 bawa berita gembira


Ramai sangat orang yang update pasal date 
12-12-12 semalam. Malas plak nak ikut diorang
Nanti orang terlepas pandang lak entry kite. Hiewheiwheww....

Memanglah tarikh semalam cantek. Mesti ramai yang mengharapkan sesuatu terjadi atau merancang sesuatu event untuk dilaksanakan pada tarikh tu kan?

As for me tak rasa apa pon sebab bagi saya biasa je. 
Tapi kecoh orang celebrate 121212. 
Mungkin diorang fikir lepas ni dah xleh dah nak dpt tarikh cantik camni kan. Start dari 010101 lagi orang start book tarikh2 cantik ni utk wedding especially. Lepas ni xdpt dh la. Xkan ada 13-13-13.

Saya sendiri tak ada masa nak fikir pasal
Tarikh2 ni sebab tengah sibuk tahap gaban tapi pada lewat malam, hanya beberapa minit  menjengah ke tarikh 12-12-12....
Saya sedang berehat. Tido jap sebab nak bangun stay up study. Tak lama lepas terjaga tu satu deringan menjengah ke henpon.saya terima satu panggilan.. Dari Mak

dan sebaik mendengar isi perkara yang disampaikan.. all i can say was..

Ya Allah. Alhamdulillahhh syukurrrrr...

Akhirnya...
Rupanya tarikh 121212 ni membawa satu perkhabaran yang sangat baik.
Memang terbaik terhangat dan ter ter semualah..

Memang unexpected and out of this world but who are we to question Allah's work?
Its all qada' and qadar..
Syukur. Terharu sampai hampir mengalirkan airmata mendengar berita ni. 

Thank you Allah.

Apa perkhabaran yang mengembirakan tu?
Hhheheheee... Shhhhh...

tungguuu...

Biarlah rahsia..ggh
Macam malique pernah kata..
"tak perlu kata apa-apa..




Senyummm :D"

buat masa ni apa yang boleh dilakukan adalah senyum. tak perlu kata apa apa kita senyum je dulu


weee.. btw, cantik tak spec baru kita? hehehe ;p



Friday, November 11, 2011

Buhuhu, Shame on you!






Hai uolls..!!

Ingat lagi tak contest yang OnlineHijab buat tu?

alaa... yang The Sweetest Smile Contest tu!

tak tahu tengok poster bawah ni



ha.. kita dah ada pemenangnya.

nak tengok siapakah gerangan pemenang kita ni?


Ezmaliza Ezrik


Ni lah Ezmaliza Ezrik. wah. unik kan nama dia?
cantek. sweet je orangnya. tak sabar nak jumpa dia esok.
nak main sep sep talilatamplom sambil berphotogedik.

nanti dah dapat gambarnya akan saya update kat blog nanti k?


Haa.. ni ada satu cerita lagi. mulanya memang rasa malas nak cite kat blog. tapi sampai benda dah melibatkan nama baik dan maruah, i just feel that i need to clear things out. malas nak betulkan dekat twitter sebab 140 huruf tak cukup untuk menerangkan tambahan pulak banyak 'ahli nujum' yang jauh lebih pandai menilik dan mengolah apa yang kita cakap. hihi!


Ok. Last week saya ada tweet these words:





tweet yang saya tulis ni berkaitan dengan seorang kawan lama dan dahulunya kami rapat. i'm not sure whether she got a twitter account or not but the thing is mcm yg saya kata tu dia hanya akan datang bila dia dalam kesusahan dan bila dia perlukan sesuatu. bila kita perlukan teman, memang mcm2 alasan lah dia bagi. dah la dah lama lost contact and baru baru ni je reconnect balik. then bila dia dah senang or bahagia mulalah menghilang.


i did sound it to her via text telling her my feelings and all then dia macam bengang and said she didn't need me. so takpelah kan. i cakap pon just to be honest with her. if she chooses to end the friendship just over some stupid thing i pon malas nak perbesarkan.

tup..tup..




yes. u can guess what happen kan? she contacted me again and again. pakai no yg i tak kenal. cuz maybe dia tau if call pakai no dia, i tak akan angkat. padahal if dia pakai no unknown lagii la aku tak mau angkat kan.. tup2 she text me. without saying sorry terus minta tolong. what kind of favor tak yah citelah.

Usually saya tak marah lama. xnak la berdendam ngn orang that long. but mmg saje nak teach her a lesson. ;p

what happened next with her tak perlulah dibahaskan kat sini.

tapi ada cerita yang tetiba dan tak semena-mena PANAS SESAK lak kat sini.

Semalam saya dikejutkan dengan berita yang paling tak masuk akal. rupanya ada blog (nickname = makanan) yang tak pasal pasal mereka cerita palsu about me and kaitkan my twit with 'budak tu' dgn yakinnya seolah2 mereka ada bukti kukuh. yeah i knoww.. that was soo last year!



so this is what i responded :




Bila agaknya benda-benda macam ni nak abes ye?

tak pasal pasal saya dituduh cuba untuk "melenyapkan konsentrasi" dan "berdendam" untuk buat "budak" tu jatuh *rolling eyes* sebenarnya dari mula lagi saya sudah menjangkakan pendapat seperti itu bakal diluahkan setelah membaca spekulasi karut milik blog gosip (makanan) itu.

sorry to say, bola pon saya dah tak tengok n tak ambil tahu. i'm too busy with my family activities, job opportunities and business. tak ada masa nak buat benda benda bodoh macam tu. kita bukan belasan tahun lagi



To gossip blogs : Saya faham niat anda untuk menaikkan trafik blog anda (that's what blogger do to stay "alive"), tapi saya sarankan atleast, sediakan bukti kukuh sebelum membuat spekulasi. better yet, pictures cuz ppl said "picture shout louder than words". lagi fun macam tu kan? ;) dan kalau yg 'bias' tu, saya faham. dah 'geng' kn..klu bole mesti nak tolong kawan, biarla kalau die menipu sekalipun. oh well, dunia! ;p


Be careful with what you write in the internet, friends! ;)


p/s: biar Allah je yang membalas segala kebaikan dan keburukan mereka2 yang berlaku "zalim" padaku :)






oh yaaaaa! sebelum terlupa, takmo kait-kaitkan saya lagi dengan bintang sukan tu ok? takmo la guna gelaran "bekas-bekas" tu. saya blogger saja. dan biarlah saya dikenali sebagai elia or blogger jejariruncing..

ahaaii.. menyesal pulak terima lamaran org yang beriya-iya sangat tu sampai sanggup call my mum minta izin n pujuk (bcuz she was reluctant at first). well, naluri hati seorang ibu tak pernah salah kan? :p so lain kali,dengar!




Friday, October 7, 2011

Featured in URTV #799



Ha.. dah lama sebenarnya entry ni tapi lupa nak publish. masa raya haritu if tak silap keluar artikel pasal Elia kat majalah URTV ni. just an interview with my darling Huzz. it was an interview via phone coz masa tu saya kat Machang. ingat lagi tarikhnya 8.08.2011.





Hahahaha. tajuk tak menahan ye. but its true. i don't want to think about it so much. i won't look for it coz love is something natural. that is why it is call "falling in love". we don't force ourselves to fall. it just happen. I'm completely happy with my life now and wouldn't wish to look back but move forward into becoming the best that i could be.

Minus all the negative people and atmospheres beside adding or keeping the positiveness around me is the best method I've develop so far. i have no time entertaining nonsense and crap. im looking forward in achieving what i want in life without any interferences.

Sometimes ppl might say or do things to bring you down, but it will actually making you more determined than ever! If they only knew ;p

I'm happy to be positive and optimistic in life. They make me what I am today and at this moment it doesn't hurt me an inch. worrying is a waste of time. it won't change anything. it messes with your mind and steal your happiness.

So for all of you out there, stay positive and just be happy with what you have. let those who hate you eat their own hearts out because we don't even have time to care ;D


Sunday, September 18, 2011

Sabar itu indah




Alhamdulillah... Kau turunkan ujian bagi ku.

Alhamdulillah.. Kau datangkan sahabat-sahabat yang baik menemaniku.

Alhamdulillah.. Kau tingkatkan kesabaran ku.

Alhamdulillah.. Kau pelihara kesejahteraan keluarga ku.

Alhamdulillah.. Kau beri sinar keceriaan dalam hidup ku.

Alhamdulillah.. Kau murahkan rezeki ku.


Syukur... Alhamdulillah..

Allahhuakbar~!

Thursday, September 1, 2011

Mood Raya



Seronok sangat beraya sampai lupa nak wish kat korang semua..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimat.

perrghh.. gila lambat nak wish. sorry ye semua.. ampun.. ampun pak ampun... hehehe

kami sibuk sangat beraya sambil bercuti-cuti Malaysia gituw..

Sempena hari raya ni Elia nak menyusun 10 jari memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada salah dan silap,terlanjur kata tersalah laku atau ada coretan saya yang menyinggung perasaan anda selama ni. Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja Elia minta maaf.



Kesalahan atau dosa kita dengan Allah kita boleh mohon ampun dengan Dia. tapi kesalahan sesama manusia adalah antara kita dengan manusia tersebut. Oleh itu, jika kita ada buat salah kat sesiapa lebih baik kita minta maaf cepat-cepat dekat orang tu(personally). Bermaaf-maafan kan sifat yang mulia. kenapa perlu takut atau ego untuk mohon maaf atas kesilapan kita sendiri?

tahukah anda jika kita buat sesuatu kesalahan terhadap seorang individu dan tak minta maaf(ketika di dunia) atau individu tersebut tak memaafkan kesalahan kita tu, jenuhlah kita kena cari dia nanti kat Padang Masyar untuk minta keampunan atas kesalahan kita tu. Kita tak tahu bila ajal akan sampai jadi, its better to be safe than sorry.


Dosa atau kesalah kita yang paling simple, common and mudah adalah dosa mengumpat. buat ketupat raya tu bagus tapi jangan la "buat ketupat" lain. iaitu mengumpat. memang kita tak lari dari mengumpat tentang orang lain secara sengaja atau tidak sengaja, sedar ataupn tidak tapi ingatlah,


Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"(Hadis riwayat Abu Daud)



Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.



tidak lupa juga dosa kita menyebarkan FITNAH kepada sesama manusia.
Fitnah tu lagii la teruk dari mengumpat.


Maaf sekali kalau apa yang saya coretkan ini menyinggung mana-mana pihak. bukan ingin bersyarah tapi ini juga peringatan buat diri ini. jadi sama-samalah kita cuba perbaiki diri ni jadi lebih baik dari sebelumnya. kalau boleh, mulakan dengan meminta ampun dengan kedua ibu bapa kita setiap kali kita nak tidur.

p.s: Sambil-sambil beraya atau kutip ampau tu hulurkan tangan dan mohon maaf kepada individu tersebut. tak kiralah kita ada buat salah atau tidak ;)

Saturday, June 18, 2011

Rezeki Tunang



Alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi atas limpah rezekiNya yang tak terhingga..

dalam minggu ni sahaja terlalu banyak berita gembira yang saya terima.

banyak lamaran dan tawaran baik dari pihak-pihak tertentu yang pastinya gilerbesttahap gabanpunyetakhengat!. I'm so overwhelmed with gratitude of all the generous offers. I'm absolutely feeling head over heels right now.\(^^,)/

For the first time i was offered a sponsored post from Nuffnang which it only requires me to create a post meanwhile the payment is in 4 digits sums and for time to time i got offers from a number of people for few things which i can't reveal just yet.

OMG OMAIGOD..the best part, saya dapat tawaran dari editor sebuah majalah untuk tampil sebagai salah seorang penulis tetap untuk majalah mereka. i got my own column(s)! they said they like my writings so they offers me to send an article every month and the super duper best part is i will be paid for each article every month!

yup...i know..i know.. korang mesti nak elia spill it out in details about the offer rite? but too bad saya tak boleh lagi sebab benda ni still dalam perbincangan dan belum boleh release lagi.. serious memang saya tak sangka dapat offer macam ni. bersyukur sangat-sangat.. dan pastinya i got u guys to thank for..

TERIMA KASIH BERIBU RIBU LEMONADE la kepada pembaca setiaku semua.. Sayang korang semua!! tanpa sokongan dan doa korang, Elia takkan sampai ke tahap ni. Semoga Allah sajalah yang membalas jasa baik kalian ;)


P/S: Korang..korang.. apa agaknya nama sesuai untuk column Elia nanti ek? bagi idea sikit leh? :p

Monday, May 30, 2011

Sakit apa doktor?


Seperti yang korang sedia maklum, Elia jatuh sakit haritu.

tanpa ribut tanpa petir....

it starts with a minor headache. sakit kepala ringan. sebelah kiri kepala. makin lama makin sakit. sampai tak boleh nak buat apa. rehat je kat bilik. masa tu ingat mungkin sebab tak cukup tidur. keesokan harinya sakit kepala tu diiringi demam panas pulak. sepanjang hari tak bangun dari katil. guling-guling menahan kesakitan. tapi malam start muntah-muntah dan lepas tu dalam kul 2 pagi dah tak tahan sangat saya kejutkan my sis, Cicik ajak dia bawa gi klinik sebab dah tak tahan sangat dah. jadi pergilah saya ke sebuah klinik 24hours di Setiawangsa.


Saya ingatkan Migraine.. tapi bila check doctor kata saya takde symptom migraine sebab katanya migrain ni sebab keturunan dan simptom-simptom selain sakit kepala sebelah saya tak ada. yang pastinya saya demam panas dan perut masuk angin. tapi yang pasal sakit kepala tu dia suruh refer kat hospital untuk buat pemeriksaan. Doc siap bagi surat untuk dirujuk masalah ni ke hospital berdekatan. i kept the letter, took my medicine and then pay the bill.



otw balik cicik singgah drive-thru McD belikan bubur for me to eat before taking the medicine.

mula-mula niat tu malas nak pergi hospital sebab leceh dan saya takut jarum(;p) ..ingat lepas makan ubat everything will be okay.. tapi ternyata silap.. the next day my condition getting worst. makin teruk! seawal pagi dan sepanjang hari saya mengalami muntah-muntah yang teruk! every single food i take, xsampai seminit dah dimuntahkan balik. even nak minum seteguk air pon muntah balik. cubaan untuk makan ubat pon gagal bila telan ubat ngan air pon, tak sampai seminit duduk saya akan berlari ke jamban untuk muntahkan semua isi perut ni. bayangkanlah masa travel dalam kereta i bring a normal size plastic bag untuk persediaan nak muntah. makan seketul nugget(normal size je bkn besar pon) tapi muntahnya sampai separuh penuh plastik bag tu.. memang horror la bila ingat balik..


bayangkan sepanjang 2 haritu setiap makanan dan minuman yang berjaya ditelan tak kira even bubur pon tak dapat stay dalam perut more than 5 minutes. mesti muntahkan balik. then sakit kepala plus demam. keadaan ni buat my mum berkeras hantar saya ke hospital. Mujur my dad an air force officer, dapat jugalah merasa layanan baik di wad Hospital Angkatan Tentera, Wangsa Maju. the place was nice and cozy. macam hospital swasta pon ada. memang cantik la.


:: sakit pon still mampu tersenyum;) ::


i was super duper dehydrated because of the continuous vomits and has no more energy to speak. mujur kaki ni masih larat berjalan. tak pasal admit hospital tu dan kena masuk air..(yeee...akhirnya kena gak cucuk jarum tu...dah la jarum besar...sakitttt!!)


Selepas menjalani ujian darah, (dia amik darah pon banyak...sakittt lagggiiii!!) doctor diagnosed my illness as (sebenarnya saya pon krg phm ngan ckp medical staff tu..so bagi rumusan jelah).. Blood infection+food poisoning + migraine +gastric.. so semua ni bercampur aduk jadilah sakit dan masuk hospital dicucuk jarum besor yang sakit sekali harap maklum terima kasih bye!!


Lepas balik dari hospital tu dalam 2-3 hari jugaklah tak boleh keluar rumah. mum took good care of me(thanks mak!) sepanjang tempoh berpantang tu(cewahhh!)...

dah selang beberapa hari lepas tuh Cicik a.k.a Erin ajak saya keluar teman dia lepak dengan member-member dia kt sg besi.. disebabkan kebosanan asyik terperuk dirumah saya pon ikot..(walau cik tunang tak abes2 risau kedegilan cik jejariruncing ni untuk kua..heheheh)


That day is the first time makan makanan solid (macam nasi) selepas beberapa hari makan bubur or soup je. nikmat je rasa!



On that gathering, my sis jumpa rakan-rakan "BAKAT" mereka. all the future army wives.kira macam "WAGS" la jugak tapi bagi terms askar la. sempat bergambar dengan dua blogger and my blog follower yang cun melecun and comel lotey ni.



yang kiri tu Kak Ziema, kanan tu Kak Syikin. check out their blog tau!








sorry la if muka agak pucat sikit..biasalah orang tak pulih sepenuhnya lagi tapi gatal nak kua... best la borak-borak dengan diorang ni.. tetiba terfikir...bila la nak buat gathering dengan my readers ek? mesti lagi meriah. sepatutnya buat time cuti sem ni tapi bz uruskan engagement ni dah tak sempat nak buat gathering tu.. ishk.. kena tunggu the next time saya cuti lagi lah nampak gayanya! btw sorry tajuk entry agak OFF sikit kalini.. hehehe..jgn marah haa..



p/s: THANKS BERJUTA JUTA LEMON pada semua yang wish Elia cepat sembuh dan doakan kesejahteraan saya.. Moga Allah membalas jasa baik kalian .. love u guys! ;)

Sunday, March 13, 2011

Berangan nak jadi model tudung

Haritu Kak Lela ada offer saya untuk jadi model tudung untuk website OnlineHijab. dia juga kata dekat fanpage OnlineHijab tengah hot buat Talent Search for a Muslimah Model. dia beriya-iya suruh saya masuk. katanya, steps dia senang je. nanti saya bagitahu.







Amacam, ada gaya tak?










Boleh jadi model tudung tak??


hahaha... tak payah jawab saya jawab sendiri..

Udoh-udoh le tu..hentikan le man...


Walaupun it sounds interesting but i have to nicely turn down the offer. sebab macam tak sesuai je Elia nak masuk contest camtu. kita ni dah la tak bertudung. tapi nak jadi model bertudung.. cam tak sedap je rasa.

ya.. bila sebut pasal tudung saya tahu ramai yang pelik. Elia ni freehair ke pakai tudung?.. gambar kejap2 pakai kejap tak.. mesti korang konfius kan??


Frankly speaking, at first i have no intention to wear the hijab... for me, i think that im still not ready yet to wear one.. pernah gak pasang niat, once dah kawin n dapat anak saya nak pakai tudung..


Tapi tanpa dijangka, rasa macam perasaan tu makin hampir je.. suka tengok orang pakai tudung n baju yang sopan.. sejuk je tengok.. dalam hati terdetik.. teringin sangat nak jadi camtu.. selalu je beli tudung, shawl, syria kat kedai tapi simpan je tak pakai..

Then, masa mula-mula kak Lela offer nak sponsor tudung tu i was like velli velli happy sebab mesti dapat tudung yang santek-santek. mula-mula tu pakai just untuk bergambar je.. masa tu ramai la yang puji.. cantik la, cute la, sesuai la.. ada beberapa gak yg sound suh tutup terus la.. masa tu tak terbuka hati langsung. apa org cakap, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan..


tapi kuasa Allah.. suatu haritu, tetiba rasa nak terus pakai je.. maksudnya rasa macam dah sampai seru je..

so i start pakai tudung time kelas.






then masa i balik KL tetiba nak kua haritu i pakai baju lengan pendek.. tetiba rasa cam tak selesa.. then i capai blaus i tukar baju then sarung tudung..


Semua kat rumah cam dah pelik. bila tnya, i jawab simple je.. "saje"





Ni kira baru je 2-3 hari start pakai.. kira dalam tempoh percubaan la..

so far so good.. Alhamdulillah











Tapi ingin ditegaskan kat sini. saya masih dalam tempoh percubaan. macam baby yang baru nak belajar berjalan.. mesti kena merangkak dulu..



kadang-kadang dia akan cuba untuk berjalan, tapi kadang kala tu dia akan jatuh kejap dan merangkak dan cuba yang terbaik untuk bangun berjalan balik.. dan bila dia dah boleh berjalan, insyallah dia akan terus berjalan...






Kita manusia biasa bukan Maksum. tak lari dari melakukan kesilapan. harap anda sudi memberikan ruang untuk saya merangkak dan cuba untuk berjalan.. =)



Oh ya! Korang semua jom lah like fanpage HijabOnline ni kat FB dan vote for the contestant!


*semua tudung dan jubah dalam entry ini adalah tajaan Onlinehijab.com

Sunday, February 13, 2011

Kelakar tapi mendalam




kebetulan semalam saya jumpa video ni.. dari petikan cerita "Oh Yeah" yang secara kelakarnya menyindir wartawan-wartawan di Malaysia. memang kelakar tapi tu lah hakikatnya. memang sejak terlibat secara tak langsung baru saya tahu yang sebenarnya kita tak boleh nak percaya sangat apa yang kita baca. even kalau orang tu cakap ia keluar dari mulut simpolan-simpolan ni. kita tak sure kesalihan sesuatu report tu melainkan ada bukti black and white. memang sekarang ni it changed my perspective. dulu bila baca blog, forum or majalah tentang laporan atau gosip simpolan simpolan ni kita terus percaya dan judge orang tu camni camtu. sekarang, bila kita baca sesuatu artikel pasal simpolan tu saya akan fikir balik.. "ntah betul ntah tidak benda ni..ntah-ntah diorang tokok tambah cerita..".. well who knows kan? hanya Allah je yang tahu kisah sebenar.. wahh.. panjang lak leteran kak jejar pepagi ni. k la.. enjoy your weekend!

Wednesday, January 12, 2011

Oww.. keterharuan melanda!

nak tahu nak cakap apa. terharu campur bangga campur terkesima tolak takasima saya bila mengetahui disebalik tohmahan, cacian dan fitnah dilemparkan terhadap diri ni masih ada sekumpulan manusia berhati mulia yang berdiri teguh dibelakang saya. yang tak pernah berhenti menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada saya. Alhamdulillahh..



sangat terharu dengan fanpage ini sebenarnya.
dah lama ada tapi saya baru tahu kewujudannye. T_T


tak lupa juga pada blogger (yang dah follow atau tak, even silent readers)dan rakan-rakan di facebook yang sentiasa memahami situasi dan keadaan yang menimpa diri ni. Thanks u guys so so much! u guys are my strength!

p/s: doakan kebahagiaan kami dan semoga kami boleh membawakan perkhabaran gembira secepat mungkin =p

Wednesday, December 22, 2010

Dalam Dilemma. Tolong!

Seperti yang korang sedia maklum. yang mana tak maklum lagi sila buat buat cam dah sedia maklum. buat muka faham dan angguk. ok. saya kata sedia maklum, bukan maklong ye. maklong maklong diluar sana jangan marah ye.

ok. ok. elia, ni serious matter. tolong serious sikit!

Ok. Mungkin ada segelintir dari korang tahu yang saya sekarang dalam dilemma.

tak tahu nak pilih yang mana satu. tak tahu nak pilih antara My Incik Apex atau Justin Bieber.

eh, bukan bukan. camni.. sebenarnya saya telah ditawarkan oleh Uitm untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia dekat Uitm Sri Iskandar, Perak. saya sendiri pilih that course sebab masa kerja kat CIMB dulu i was incharged bahagian koperasi. so ada unsur2 Human Resource jugak la.




Mula mula memang la bersyukur teramat sangat sebab permohonan "Fast Track" dari sem 3 Diploma lompat terus ke Degree. tapi rasa ragu ragu sama ada nak terima atau tak. fikiran berbelah bahagi.

Saya dah bincang dengan keluarga dan mereka meletakkan sepenuh kepercayaan dan kuasa untuk saya menentukan hala tuju sendiri. mereka hanya menyokong apa saja keputusan yang saya pilih.

My Incik Apex pada mulanya memang nampak terkejut tapi dia nasihatkan saya untuk buat pilihan yang tepat dan untuk kebaikan diri sendiri. dia nak saya dahulukan diri.

"Ni bukan untuk orang lain tapi untuk kebaikan dan masa depan you. i nak u buat pilihan yang mana yang the best for your future. andaikata kita terpaksa berjauhan, i terima. itu untuk masa depan kita bersama juga. dont worry. i sedia tunggu dan sokong apa je keputusan you buat. kita mungkin tak dapat jumpa sekerap sekarang ni tapi tu takkan merubah apa-apapun. kita masing-masing kena jaga r/ship ni. susah-susah dulu, kemudian hari insyallah kita akan senang sayang"


Sayup sangat hati bila dengar kata-katanya.. dah bertakung dah pun air mata tapi tahan je la. Ya Allah, syukur atas kurniaanMu yang tak terhingga.

So, sekarang ni saya dah dapat restu dari keluarga dan bf tersayang.

cuba nak minta bantuan korang je. saya nakkan pendapatan korang semua tentang keputusan besar yang saya bakal ambik ni. because there is no turning back.

Saya dah study Dip in Banking for 3 sem anf received pointer 3.++ for every sem. Dekan for 2 sem. sem 2 n sem terbaru ni. kalau saya pilih untuk amik fast track ni, saya akan sambung 3thn lagi belajar. kalau lulus terus dapat Degree. tapi kalau Fail atau terkandas di tengah jalan, Degree xdapat, Diploma pon tak dapat.

so saya risau. sebab ada dengar org kate degree ni susah dan ramai bdk fast track tak dapat nak catch up. so boleh tak nak dgr feedback dari korg. especially budak2 degree, budak yang pernah amik fast track, lagi bagus kalau student yang amik course HR atau student Uitm Sri Iskandar tu sendiri..


Please.. help me out here!

Saturday, December 18, 2010

Dilemma oh Dilemma!



Firstly nak ucap tahniah kat skuad bolasepak kebangsaan Malaysia yang layak mara ke Final Piala AFF Suzuki 2010. Special credits to MIA, who i personally think he did a great job saving few dangerous attempts by Vietnam.

Secondly, nak berbalik ke tajuk asal. stress, pening, konfius dan dalam dilemma. tak tau nak buat pilihan. sebab setiap keputusan atau pilihan yang bakal saya amik ni besar impaknya. jadi kena fikir betul2?

Nak tahu apa dia??


hurmm.. sorry sangat2 xboleh nak bagitahu lagi. sebab saya taknak benda ni MIA dapat tahu di kemudian hari. taknak la orang lain dapat tahu dulu sebelum bf kita sendiri yang berhak tahu dulu perkara ni. sebab benda ni penting.


Bukan tak nak bagitahu awal-awal kat dia, tapi disebabkan dia tengah sibuk dan saya taknak ganggu fokus dia, saya kena la hold dulu. so mungkin dia balik ni kitorang akan bincangkan. dan nanti baru saya bagitahu korang ye??


dont worry. i will let u know punyerr..

Thursday, December 2, 2010

Enough. Dah tak nak blog dah lepas ni!




Dah la sampai disini je la hidup aku sebagai seorang "blogger". Dah taknak dah buat entry pasal aku ngn bf aku dah. Taknak buat entry pasal diri atau aktiviti aku seharian dah. cukup sampai disini saje lah. Malas dah nak mengadap kritikan2 yang menjatuhkan. Ada saja tak kena dengan apa yang aku buat. Tak faham aku dengan manusia2 yang hati bau hamis ni. tak senang tengok orang senang. Sorry la kepada follower2 ku yang tersayang. saya dah tak sanggup dah!

..
..
..
..



Haa.. mesti kak enon suka kan kalau aku buat entry macam ni? kan?kan?


HAHAHAHA.. IN YOUR FACE~!

Memang TAK LAH!


Memang gila la aku nak mengalah hanya sebab sorg hamba Allah yang sangat murah hati suka beramal jariah mendermakan pahalanya kepadaku ni.. wah.. bahagianya hidup free2 dapat pahala bila orang kutuk2 kita. Alhamdulillah.

Terima kasih banyak2 juga pada mak enon tu sebab menaikkan trafic aku bila setiap kali dia klik my blog. remember, every click counts! hehe.. sukenya! tak suka-tak suka pon rajin check out blog aku. susah-susah aje. tehehe. =D


Takkan juga aku nak hampakan follower2, silent readers and all of my readers who are thirsty for my latest updates betol tak? sorang tak suka tak luak pon. ramai lagi yang suka my writings and asking for more to come. So yang mana tak suka tu, alang-alang dah rajin sangat buka blog aku tengok la kat sidebar atas sekali kat bahagian "Nak kata jugak-jugak" tu which wrote "Tapi kalau dah baca dan xsuka, menyampah atau xboleh terima blog saya ni senang je, tak payah baca lagi. Senang kan? Have a nice day~!!". Kalau tak reti baca minta sesiapa tolong bacakan. senang je.

its ain't rocket science u know~!! (sila baca dlm dialek british)

kalau xfhm jugak2 taktau la yerk..



Kata2 My Incik Apex yang menjadi azimat :
"Dalam beribu-ribu orang yang suka dan sokong kita, mesti akan ada punye yang tak suka.. dah lumrah.. biasa la tu"


So buat apa kita nak emo just sebab org tu ada masalah mental?


Kita tak buat salah atau xkacau pon orang tu, tibe2 dia nak mengarut tak tentu fasal.

"ishk3..kesian.." perasaan yang sama timbul bila tengok orang gila kat pekan Machang.


Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah menenangkan hatinya, melapangkan dadanya yang selalu "serabut perot" melihat kebahagiaan org lain. Semoga dia mendapat hidayah dariNya dan cepat sembuh.. amin..


Monday, September 20, 2010

You Know Who You Are



Dear pengikut setia,

Thanks for making my day.. im so happy to hear from you..

for all this while, thanks for being my stalker..

keep track of my updates and never erased me from your memory box..

Thanks =)

Monday, November 9, 2009

PTPTpu

Saya sangat tertekan sekarang ni. jam di lappy menunjukkan kul 2.25pagi.

Berbackgroundkan suara dua dialek. Klate dan KL membahaskan soal calculus dan diselit gelak tawa yang cuba dikawal supaya tak terlalu kuat. Saya yang kononnya berjanji xnak online sebab nak study akhirnya tewas dengan janji sendiri. Takpe, sekejap je. Pujuk hati. hehe

Esok dan lusa kami terpaksa berdepan dengan dua kertas pembunuh (killer paper) of our course. Mat 140 and Acc 115.. Tekanan.

Tambah tertekan pagi tadi dengan perasaan yang berbunga2 bila semua kata third intake PTPTN dah bank in duit. Semua kata duit tu dah masuk. But tak tau kat mana silapnya bila saya sumbatkan kad ATM yang satu tu, tiada amount yang diharapkan didalam baki simpanan.

AARRRGGGHHHH.... tekanan! tekanan!

Pelik tambah rungsing otak memikirkan kenapa jadi camni. Sedangkan masa org PT tu datang everything dah settle. Dah accept pon loan tu. Boleh ke bila loan dah approved and key in the system, last2 duit tu tak masuk???

Dah. malas nak taip dah. tiada gambar bagi entri kali ni.

tanda protes.

Thursday, October 15, 2009

Perlukah dipertikaikan?



"Ada CTU ke arini?"

" Kak ya pakai tudung ke sekarang ni??"

"Ni pakai terus ke on-off je?"

"Nape tetibe pakai tudung lak ni?"

"Kak ya tak rasa macam hipokrit ke pakai tudung ni?"

"Bile nak buka je tudung tu?"

"Sejak bila decide nak pakai tudung ni?"


Arrrrgghh... tension taukk..

Aku faham korang pelik bila tetibe nampak aku yang sentiasa free hair ni tetiba bertudung..

Yes. memang aku hanya pakai time kelas je.. perlu ke dipertikaikan?

Just because aku tak start bertudung masa bulan Ramadhan haritu, ramai yang pelik la.

Ok. aku perasan mmg dah jadi trend kat Uitm Machang yg freehair bertudung sepanjang bulan puasa. Then habis bulan puasa je hilang tudung tu.. pakai tudung hormat bulan puasa..OK, no offends. So, nape perlu pertikaikan bila aku pakai tudung bulan Syawal?

Let me explain... Aku teringin and terpanggil untuk bertudung ni bila nak start puasa enam.
Aku tetibe teringin sangat2 nak rasa nikmatnya bertudung ni. Seronok dan rasa sesuatu yang sukar aku nak explain. tapi aku akui. aku masih belum bersedia nak bertudung terus. Insyaallah i will one day. when the time comes, i akan pakai dengan sempurna. amalan juga kena sempurna. Kalau setakat bertudung je tapi amalan lain xlengkap pon xde makna juga.

Tapi, yang aku xfaham nape ramai yang nak pertikaikan soal bertudung ni?? Jahil ke apa aku buat ni??
Blog Widget by LinkWithin