Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Monday, May 29, 2017

Tetibe Rindu Ford


Diam tak diam dah lebih setahun dah tinggalkan company Sime Darby atau Ford PJ.

tetiba terasa rindu dengan company, environment dan orang orang masa kerja kat sana.


dalam setahun lebih kerja kat sana, macam macam kenangan manis dan pahit kat sana. but mostly manis ;)


teringat masa nak resign dapat limited merchandise. tq kak ;)





Rindu masa duk melawa dan mengonjeng time kerja. sekarang dah tak melawa camni dah.. hehehe. sebab dah kerja tak perlu mengadap orang/ customer dah.. heee *mengelat*



paling rindu diorang ni lah. ntah bila leh lepak sama sama lagi..



rindu celoteh cik Hanie ni.. 



tapi lumrah kehidupan lah. ada pertemuan dan perpisahan. 
yang penting kita tak putuskan silaturrahim sesama kita.

keep in touch ;)

Monday, March 14, 2016

Sepasang Mata Baru







Assalamualaikum..
Dah lama tak update blog. Harini nak cite pasal mata baru. When i said mata baru ni i mean my second pair of eyes. Specticle!

Kalau bagi orang yang rabun ni, spec jadi satu kemestian dan selalunya org ada 1 je spec.
Tapi Elia ni lain skit. Alang2 dah rabun ni spec saya jadikan keperluan dan dalam masa yang sama sejenis aksesori. Aksesori mengikut hari, mood dan keperluan untuk aktiviti hari tu.

For example, i got a spec for outdoor- bila tau haritu akan keluar tengah panas, saya akan pakai spek yg akan automatik tukar warna gelap a.k.a transition glass.

I also got a pair for bila nak melawa or makeup cantik2 i akan pakai spec yang boleh nmpk my makeup la. Frame dia transparent. So nmpk mcm tak pakai spek sgt. Glass dia biasa je multicoated since power i agak tinggi

I got a pair yang utk bawa lenjan or utk bermalas2 kat rumah. Frame jenis tahan kalau trhempap ke trpijak ke. Glass dia pula yg jenis tahan calar..

And yang terbaru ni.. Frame and glass yang lain dari yang biasa saya ambik. Frame haritu ade promotion Tommy Hilfiger, glass dia pulak saya amk jenis Hoya yang bagus untuk blue ray atau tgk screen pc, laptop, hp ataupun TV. Cermin mata ni khas saya pakai untuk kerja whereas memang kena mengadap PC je selalu.


Bahaya sebenarnya kerja mengadap PC ni. Boleh rosakkan mata. Macam masa dulu saya kerja kt Koperasi Cimb tu dlm 2 tahun power naik 250+ dari asalnye 100 lebih je. Now, power dah nak dekat 500 dah! So kalau tak jaga dan prevent, tah sampai berapa ribu power nnt. Bila power dah naik, harga spec pon makin lah naik. Sape yang pakai spek memang faham and sure can relate to what I'm saying kan?



Wednesday, February 17, 2016

Pengalaman Temuduga Kerja Baru


Assalamualaikum.. 

Seperti yang korang sedia maklum, Elia dah resigned 
from Sime Darby untuk join a new company..


Dah genap setahun, rasa macam nak tukar angin. So cuba la submit resume kat Jobstreet. 


Kalau korang yang mana tengah cari kerja tu, tips dari saya ialah sentiasa update your latest resume info dan kalau korang apply kt website agensi pekerjaan mcm jobstreet, monster, dan yang sewaktu dgnnya.. Korang kena rajin usha dan just apply je kt mana mana vacancy yang korang rasa sesuai.


Janganlah lepas dah update tu, tunggu je company offer.. Bak kata pepatah, tuah tak akan datang bergolek berguling hindustan mai kat kita.. so kena la usaha lebih sikit. Dulu Elia mcm tu jgk tp haritu jadi super rajin, hantar byk2 tempat.. Then finally dapat a call for an interview..

Memang Elia nervous gile bab2 nak gi interview ni.. (Even study HR ni, interview dah macam makanan student HR) but still, I was quite nervous that time. Sebab terus terang saya memang tak banyak pengalaman attend interview..


Rasanya dlm seumur hidup baru 4 kali je.. First masa kerja kat Kop CIMB, then masa internship,  pastu kat fitness centre, seterusnya masa dengan Sime Darby. Mungkin rezeki saya masa tu, kebetulan tiap kali attend interview i managed to get the job. Tapi gap masa untuk setiap kali interview tu lama dan bertahun.. 

So masa nk dtg interview tu memang nervous sebab almost setahun tak ditemuduga..


Temuduga kali ni lak sangatlahh susah dan banyak stage nak kena lepas.

Sebelum dipanggil interview, kena jawab questionnaires.. Essay pasal leadership. Dah jawab kena email balik then tunggu respond sama ada layak dipanggil interview ke tak.


Beberapa hari lepas tu i got the call that says i was shortlisted to attend the interview.

So saya pergilah.. Perghhh dah macam 
Audition AF lak dia siap ade stage by stage.. 
Setiap stage if xlepas dia suh balik.. 
Kalau suruh balik tu almaklum, bye bye.. tak dapet letteww..

Mula2 dtg kena submit all required documents, pastu kena jawab Math tests and English/problematic essay. Sape xdpt marks above 90% xlepas next stage which was group interview.

Group interview lak dia letak dalam 10 orang satu group dalam satu bilik. 2 orang interviewer akan tanya soalan dan masa tu kita takleh jadi passive. Kena try stand out from the rest. Tapi jangan over sangatlah. Nak kata masa group interview tu saya talkative sgt tu taklah. Tp I tried to answer the questions as best i could while maintaining the sweetest smile even tak pasti masa tu ade cili tak lekat kat gigi. Hahaha!

Lepas settle group interview, diorang biar kitorang duduk and tunggu turn for individual interview. Paling cuak, while tunggu tu nampak interviewer send off few candidates. So tiap kali interviewer kua je dup dap dup dap je jantung. Seriaauuu.. Tak tahu dia nak panggil utk mara next stage ke untuk suruh balik dlu..


Lepas individual interview, ada simulation test lak... Alhamdulillah I survived all 4 stages.. Walau ade terkucil here and there. Tak silap masa sesi tu calon dalam 20 lebih orang. Tapi yang dapat bertahan sampai stage 4 adelah dalam 5 ke 6 orang. Masa tu nak kata 100% confident dapat tu taklah.. Tapi pasrah je.. Hope for the best. Kalau ada rezeki adalah, if takde tu anggap sebagai pengalaman..

Akhirnya, Alhamdulillah, dapat panggilan yang mengatakan I got the job. Ambil offer letter, then barulah submit my one-month notice kat current company masa tu. 





For those who wonder kat company apalah yang rumit sangat interview dia yang Elia bercerita dengan panjang lebar ni, its OCBC Bank.

Dah lama tinggalkan dunia banking, tapi akhirnya kembali balik.. Heheehe.. Tak kesahlah.. Where ever my rezeki brings me, i will follow..



Cuma kalini lain sikit.. Lain dari beberapa segi.. Foreign bank, foreign market, tougher tasks, greater responsibilities.. Tapi insyallah, i will take on the challenge!

Bismillahhirahmannirrohim... Bring it on!


Wednesday, January 27, 2016

Goodbye Sime Darby



Assalamualaikum.

Rasa macam sekejap je masa berlalu meninggalkan kita.
Tup tup dah setahun dah kerja under Sime Darby.

Macam masih sedar di ingatan waktu ditemuduga haritu.
Interview pagi, petang dapat call.
Esoknya pergi medical checkup, lusa dah start kerja.

Macam macam suka duka sepanjang bekerja di sini.
tapi paling sayang dan sedih nak tinggalkan colleagues kat sini.
Paling aku akan rindu kat Cheq Hanie yang suka berceloteh


Bulan ni merupakan bulan terakhir Elia kat Sime Darby ni. hehehe. nak beralih angin.
Dapat better offer so tiba masa untuk ke company lain.




Bila dah nak exit dari company, kena isi survey. haishh.. macam macam perasaan timbul masa nak isi exit survey ni.. sayang tapi hopefully its for the best. for a brighter and better future. hehehe


Paling terharu bila rakan sekerja siap buat small jamuan farewell untuk staff yang nak berhenti bulan tu.


Paling comel siap ada kek lagi!*habuk masuk mata*


Satu petang tu lepas waktu kerja dipanggil staff berkumpul sambil dijamu dengan jamuan yang dihostkan oleh mastermind - tak lain tak bukan Cheq Hanie kita ni

Dia lah orang paling rapat dengan Elia kat sini. 
Dia lah pendengar setia, dia lah penasihat peribadi, 
Dia lah tempat nak mengadu masalah, tempat bergossip, tempat nak bergurau senda.
Dialah kawan, dialah kakak and dialah kak yong aku kat sini. dont play play ahh.. hahahaha!

Im totally going to miss this place and these people here. 
Hope I'm making the right decision for my future.  Amin




Wednesday, March 25, 2015

5 Sebab kenapa blog Jejariruncing lama menyepi








Assalamualaikum..

kan dah janji nak rajin update blog kan? haa.. tadaaa.. hehe kalau mood dah sampai tu memang boleh jadi ber-entri entri leh taip sekali. tapi takde la nak post semua serentak. simpan and set to post ikot schedule. baru lah tak pening..

oklah. as promise from my previous post,  nak cerita pasal dunia baru Elia yang menyebabkan saya menyepi lama dari dunia blogging..



1. Kerja

Hujung tahun lepas (Dec 2014) alhamdulillah I graduated from Uitm Kampus Bandaraya Melaka with a Bachelor Degree in Human Resource Management.

Sambil tunggu masa nk grad tu I've worked at a local fitness center. then tak lama lepas tu, which was early this year Elia start kerja kat Sime Darby. So almaklum lah, bila dah mula bekerja ni masa untuk nak berbelog agak limited la kan. Now dah almost 3 months kerja, and everything dah fall into places. dah boleh nak adjust time and effort utk menjengah blog kesayangan ni balik.  weehuuuu..!!





2. Pindah



Seperti yang korang sedia maklum, I have been staying with my family my whole life. So bila umur dah nak masuk 26 tahun ni, I think its the right time to start berdiri atas kaki sendiri. lagipun Abah retired dan dah mula duduk dekat our home in Senawang, Negeri Sembilan.

Elia nak kerja dan dah biasa menetap kt KL dari kecik lagi, so i decided to stay in KL. kirenya dapat la juga fefeeling 'balik kampung' tu. plus, my mom n brothers pun ade kat KL ni. Im not fully alone.

dan korang boleh imagine lah camni gayanye orang yang baru nak mula hidup sendiri ni. Cari rumah, pindah, angkut barang and settlement semua sendiri but with the help from my friends of course! semua serba sederhana. start from scratch. So ambil masa berbulan lah jugak nak pasang Unifi kat rumah. bulan ni baru install. so hence the semangat blogging ;p


3. Baking #SherperdPieCheeseLeleh



yang ni sangat unexpected. unplanned n spontaneous. mulanya Elia start baking sherperd pie as a personal request from someone yang dah lama mengidam nk rasa pai saya ni. then one day tu ala-ala small kesyukuran sebab dah settle bab pindah rumah ni, I decided to cook n bake this sherperd pie.

tapi kali ni letak extra cheese. triple cheese sensation la kekdahnye. ala2 pizza sikit. buat 2 bekas, pastu bagi kawan-kawan rapat makan sorang sikit. Alhamdulillah ramai yang suka and request nak order.




Dari suka suka jadi small bisnes. amik tempahan on weekends je dulu buat masa ni. so weekdays busy kerja, weekends buat pai. so tulah juga antara sebab tak dapat nk buat blog sangat. sebab sebok buat pai ;p


4. Workout


ok ok. promise jangan gelak. *tekup muka*. benda ni baru lagi. so dont expect much k. hehe. bila dah kerja ni, kalau tak find time to workout memang membelon la kite nanti.(walau dah sediakala membelon ;p). macam masa keje kt CIMB dulu pon macam tu. last2 boss suggest join gym. which I did n it has helped me maintain my fitness.

So bila dah join, lepas keje. Malam je jengah ke gym. kadang-kadang workout sorg kadang kadang with friends. so bila dah siang keje malam workout, bilenya nak update blog?



5. Friends and daily activities



I have no time to spend online because most of my time spend offline. this might sounds cliche or 'poyo' but its the truth. bukan la nak kata masa spend online tu xbagus ke apa. just memang bila ada masa terluang Elia selalu spent it outside with friends or family.




lagi lagi bila dah kerja ni. free time tu jadi limited sangat compare to time belajar. so adik adik yang tengah bersekolah or study lagi tu treasure lah your free time kaw kaw. bila dah keja nanti memang masa korang limited. kalau tak guna betul-betul memang rugi.




I choose to enjoy life. do things that excites me and spent my precious time with my love ones. bila makin meningkat usia ni kita macam makin kurang interest kat alam maya but lebih pentingkan real quality time. heee..



seronok and always looking forward to spend my time with budak yg belanja biceps ni. my princess Aisyah Amani. si dagu runcing pipi labuh ni my mushy mushy niece,... eee.. gerammmm!


Although there's a lot of halangan or things yang boleh buat Elia kurang update blog, tapi I have come out with a blogging plan.  which means any free time yang saya ada akan digunakan untuk update beberapa entri then susun jadi scheduled post. so even bila Elia busy pon masih bole entri entri baru tu muncul kat blog. heeee.. bijak tak?

So, hope korang sudi la nak follow and support my semangat nih.

bak kata Adnan Sempit, dimana ada kemahuan, di situ ada highway~!

Tuesday, February 18, 2014

Cerita masa temuduga untuk praktikal



Bila mengenangkan usaha nak dapatkan tempah untuk praktikal ni.. mak aihh.. ramai yang mengeluh. tapi Alhamdulillah Elia punya taklah susah sangat. Even masa mula apply kat company 1st choice tu application terpaksa ditolak sebab dorang dh penuh quota untuk internship. agak down jugak masa tu sebab memang lama aim nak buat practical kat situ. tapi rezeki takde. so takpelah.


try pulak kat company lain. yang kelakarnya masa Elia nak submit resume kat company A ni, kebetulan pulak sorang wakil dari company B ni saw my resume and request Elia untuk try apply kat company B ni. Since Uitm hanya bagi sorg student untuk apply 3 tempat je, so i just try my luck.



Bila di panggil interview.. pergh.. cuak babe.. memang cuak..
ikotkan Elia ni memang tak berapa gemar nak temuduga bagai ni kan. yelah.. sape tak cuak nak di interview kan??

Lagipon so far Elia tak banyak pengalaman di-interview. Dulu masa 1st time interview kat Koop CIMB tu Alhamdulillah trus diterima kerja. lepas tu kerja 2 tahun then i resign to further my studies fulltime.

bayangkanlah setelah like more than 5years, nak kena mengadap interviewer lagi.. sape tak cuak?

to make things worst, ada sedikit salah faham or ketegangan happen before nak set date for the interview tu. nasib i manage to handle it well and professionally. tapi sape tak cuak kalau belum pape dah ada a slight misunderstanding dengan the majikan?

ye la. risaulah kalau belum pape dia dah ada bad first impression pasal kite. even though the misunderstanding tu bukan salah kite sepenuhnya tapi kite kena pandai defend dengan cara proper la kan.


Masa Elia dipanggil interview tu. it was set at around 5pm. fuhh.. haritu tengah hari dah sebok prepare my resume and stuff. tapi apelah hidup Elia ni tanpa sebarang unsur drama atau saspen? dalam cerita nak siapkan resume pon ada drama. boleh pulak time some of my sijil-sijil hilang? sijil dekan Uitm kebanyakkannya. nasib minitranskrip ada. boleh suruh interviewer tengok kat situ je result.

tapi yang kelakarnya sijil ori hilang yang photostatnya ada. so aku fikir.. ahh.. bedal je la. ni mesti kes sijil-sijil tu tertinggal kat rumah sewa kt Melaka. mood dah sedikit terganggu dah masa tu. tapi kira kes redho je la. kalau diorang tanya just tell the truth. dapat tak dapat tu kira rezeki.

petang tu as usual datang awal. masuk office. orang kat office tu ckp the person tu tak datang lagi. so i took my seat at the waiting area. hmm. tunggu punya tunggu..

it was for almost 2 hours. 2 jam tau kena tunggu. sabo je la. sampai-sampai kena intervew dekat sejam gak. macam-macam yang dia tanya. bukan tanya je. siap kena test skali. dia keluarkan this one huge file. bappppp (hambek kau!)

dia letak depan muka satu fail besar ni..

dalam fail tu ada all this documents penting

the interviewer suruh identify each of the document

aiyooo.. tengok memang macam familiar je docs tu semua. macam penah nampak jee.. macam kenal je..macam pernah belajar masa subject finance dulu je.. huhu

tapi tergagap-gagap la. siap kena test a few general knowledge. Elia pon jawab dengan confident je. kalau tak tahu just be honest. "i'm not sure the exact answer but i think......"

jangan cuba menipu interviewer. sebab mesti diorang dapat detect. so just be yourself..


Alhamdulillah lepas interview tu die terus confirmkan my internship placement. legaaa terus. walau awal2 tu macam-macam dugaan, syukur. semua berjalan dengan lancar.

moral of the story, nothing comes easy in life. semua benda mesti ada obstacle baru kite dapat apa yang kita nak. kalau orang yang smooth sailing tu baguslah..


Friday, May 25, 2012

Bersorak sambil mencangkung


wah.. tajuk boleh tahan kan? hehe. bukan apa. meh nak cerita sikit cerita disebalik tajuk entri ni.

pasal semalam. dari awal pagi lagi me n my sis pergi menapak bershopping di sekitar Masjid India dan Jalan TAR. dari pukul 10 sampailah dekat pukul 5 baru sampai rumah. gila jauh dan merata kitorang jelajah. gile kau gi Jln TAR kalau tar memborong sakan? 

Sambil tu kitorang ambil peluang gi makan kat tempat yang saya selalu makan time lunch hour time keje dulu. Sepanjang 2 tahun kerja kat koop CIMB Bank dulu memang almost every day makan kat foodcourt OCBC ni. sampai dah macam rapat gila dengan akak gerai nasi campur tu. punya rapat sampai dulu pernah akak tu offer nak jadikan adik ipar lg. hahakks. masa gi pilih lauk tu saje je buat2 biasa sebab in my thoughts mestilah akak tu dah lupa kite. yelah dah 3 tahun kot berenti  keje sebab sambung study(plus dh bertudung+dah chubby berbanding 3thn lps) confirm akak tu xingat. masa minta pinggan nasi tu dia tenung lama sangat pastu dia cakap...

"errrmmm...*muka kerut* muka awak ni macam kenal la.. "

saya pon senyum... "akak kenal saya lagi?"

akak tu pon balas senyuman.. "ee'eeh.. Lia, mestilah akak ingat... Ya Allah lamanye tak jumpa"

"Tulah kak.. dah tiga tahun saya sambung belajar.. ingat akak dah lupa saya"

"eehh.. mane lah lupa.. buatpe sekarang?"

"baru abes belajar kak.. takbuat apa lg buat masa ni"

"lama sangat akak tak nampak awk kat sini akak ingat awak dah kawin dah"

"heheeee... belum lagi kak" *senyum*

seronok sangat dapat jumpa akak tu. dia tak ubah macam dulu. baik sangat. dan selalu bagi special price.. hehe ;p

masa tengah jalan jalan bershopping tak hengat dunia memang la tak rasa pape. bila dah nak balik tu masa naik LRT balik dari Masjid Jamek ke Setiawangsa tu kaki dah macam tak tahan sangat. nak tercabut je rasa. dalam LRT tempat duduk bagi keutamaan pada yang memerlukan. kite duk kat tepi je.

tengah bosan bosan onlinelah pakai galaxy tab pastu buka email...

tup tup tren yang sunyi tu bergema dengan sorakan saya..*waaahhhh*

 teruja dapat email yang tak disangka-sangka..


dari DIGI..



HOOOMAIIIHOMAAIII....manalah tak teruja bila diberitahu blog picisan saya terpilih antara yang beribu-ribu yang join contest ni. Setelah dinilai oleh para juri, Blog Jejariruncing terpilih (short-listed) sebagai finalis atau TOP 10 kategori Fave Kay Poh!!!






Lagiii bertambah teruja bila saya turun tercalon bagi TOP 10 kategori Blogger of The Year.. sekaligus melayakkan saya ke majlis penganugerahan Digi WWWOW Awards 2012 ini!!! 

Ya Allah memang tak disangka-sangka. syukur Alhamdulillah rezeki dari Allah dan saya nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi mengundi saya pada sepanjang tempoh mengundi yang melayakkan saya masuk senarai TOP 50. tanpa korang semua siapalah saya dan blog jejariruncing ini. pencalonan ni saya anggap sebagai hadiah hari lahir saya yang ke 23.

PENGUMUMAN: Kepada pemenang contest yg saya buat haritu, minta maaf sangat2 kalau hadiah anda masih belum diterima. saya tersangatlah sibuk sampai tak sempat lagi nak hntar parsel tu. saya sedang sibuk menguruskan pelbagai benda tapi jgn risau. hadiah anda anda dihantar nanti ye.

Atas tanda TERIMA KASIH saya yang tak terhingga kepada korang semua, saya nak bagi hadiah kat korang. .SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWERS DAN TRAFIK BLOG!!

Buat entri tak kesah la pasal apa apa pon. yang penting entri anda tu mestilah ada keyword JEJARIRUNCING kat tajuknya dan entri tu haruslah di-linkkan ke www.jejariruncing.blogspot.com. tak kesah nak buat entri pasal blog saya ke, apa yg anda nk diupdate di blog ni ke, kata2 perangsang ke, ucapan tahniah ke, apa2 jelah. be creative. dah siap, pastekan link blog anda kat komen entri ni ye. Entri yang paling menarik akan dapat hadiah menarik dan juga anda akan dapat promosikan bloglink anda di blog saya! boleh kita kongsi dan tambahkan jumlah trafik dan followers anda!




p/s: hasil tanggapan di Jalan TAR 


Tuesday, May 12, 2009

KISAH BENAR : Pengalaman menyeramkan di tandas pejabat


-->
Cerita yang bakal saya cerita ni dijamin 100% kisah benar dan bukan di cilok dari mana2 tau.
Ceritanya berbunyi begini, eh ada bunyi ke? Ala korang baca je kuat2 tu kira bunyi la jugak. Eh2.. banyak bunyi la pulak. Nak dengar cito den ko xnak ni? Ok2 saya cerita. Kita mula perenggan baru.
Al kisahnya, selama setahun setengah saya bekerja kat bangunan pejabat saya ni belum pernah saya dengar orang bercerita tentang gangguan atau sebarang perkara menakutkan berlaku kat bangunan ni.
Bangunan ofis saya ni kira bangunan lama gak la. Nama pun Oriental Building. Ia telah dibina pada tahun 1951 lagi. Apa? Pandai2 je Elia ni petik? Hello, dah terpampang kat atas bangunan tu “Since 1951” kot.
Ok2 serious. Crite seram ni.
Ada satu hari ni saya ke tandas seperti biasa. Nak buat apa tu tak perlu la saya cerita. Faham2 sendri la ye. Japgi dari genre seram jadi 18sx lak. hehe
Sedang saya mencuci tangan di singki tandas tersebut, secara tiba-tiba saya terdengar bunyi “ppshhkk”.. seperti bunyi orang bersin. Mula2 yang berlintas kat fikiran ni “shit, ada orang mengendap aku ke?”. Saya pun mula la scan satu tandas tu cari ada ruang2 yang mungkin datangnya bunyi tu.
Tandas tu tak sebesar mana pun
Namun gagal. Tiba-tiba hidung saya terhidu bau yang sangat harum. Bau bunga yang sangat wangi tak terperi hingga menusuk kalbu. Dengan serta merta bulu roma dan tengkuk ku meremang. seram sejuk satu badan. Lalu, dengan cemas aku lari keluar kembali ke meja.
Saya terfikir sendiri. Macam pelik je takkan orang bersin keluar bau wangi kot? Setahu aku bau wangi ni selalu orang tua2 kata jangan tegur. Hantu!!
Ishk merepek la.. mungkin perasaan aku je ni. Kt bangunan ni mane ada hantu. Kalau ada takkan benda tu ada siang2 buta ni?”.. tu yang saya cuba yakinkan diri lalu endahkan kejadian tu.
Petang tu juga seperti biasa “Kak Siti” mak cik cleaner akan datang tempat saya untuk berbual2 kosong. Saya tak nak la cerita pasal kejadian tu kat dia cuz saya rasa mungkin itu perasaan saya je. Kami pon berborak la pasal regional meeting yang bakal saya uruskan di tingkat 7 head office CIMB.
Kak siti pun berpesan supaya berjaga2 di sana kerana dikatakan tingkat tu “keras”. Dia pun bercerita panjang lebar tentang pengalaman orang2 yang terlihat kelibat “benda” tu kat tingkat 7 bangunan tu. Saya gelak kan aje.
Tiba-tiba saya teringat peristiwa pagi tadi kat tandas tu.
Lalu saya pun ringankan mulut bertanya kepada kak siti..
akak, tempat ni ada benda cam tu juga ke?
Kak siti pun menjawab “hmm.. ada juga
Dan dia terus berlalu menyambung tugasnya.
Ah sudah.. jangan kata benda tu yang kacau aku tadi!?” Hatiku berbisik
Sumpah seram gila aku rasa. Rasa cam tak nak g dah tandas tu .
Lalu aku berjanji dengan diri untuk tahan je nk kencing ke apa sampai la balik nanti.
Namun janji tinggal janji. Tangki ku tak sekuat mana. Tak mampu menampung capacity yang ditanggung. Aku pun kuatkan semangat g ke tandas.
Sebaik pintu di buka, bau harum tu semakin menjadi2.
Aku pun terus membatalkan niat ku dan berpatah balik. Tetiba saya terserempak ngn kak siti. Lalu dia berkata…
eh, lupa nak bagitau awak.. semalam budak maintenance pasang air freshener dispenser kat tandas tu. Ok tak bau dia?
Saya pun dengan serta merta masuk semula ke tandas tersebut dan mendapati memang ada menatang yang keluarkan bunyi “ppshhkk” dan mengeluarkan haruman setiap 5,10 dah 30 minit macam yang mak gajah cakap dalam iklan ambi purr tu..
Ciss…Buat suspense je!

Moral of the story : next time, jangan jadi terlalu superstitious sangat
kan dah termalu sendiri!
Blog Widget by LinkWithin