Thanks For Viewing My Blog =)

Tuesday, November 2, 2010

Kimia atau Chemistry

Tadi time nak buka page seorang blogger ni terdengar lagu ni..terus i upload mp3 ngan cari lirik dia.. sedap lagu ni.. currently tgh dgr lagu ni over n over n over again sampai muak! btw i dedicated this songs to MIA.. "Receive lah" bak kata Adnan Sempit


Lirik Kimia - Melda Ahmad

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Chorus
Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu

Ulang Chorus

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu


::Kimia itu penting!::

Senarai Penerima Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus-FAM

Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM

Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pertahanan Terbaik: Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)

Pemain Tengah Terbaik: Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penyerang Terbaik: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)

Pemain Muda Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)

Pemain Paling Bernilai (MVP): Norshahrul Idlan Talaha

Jurulatih Terbaik: B Sathianathan (Kelantan)

Persatuan Bola Sepak Terbaik: FA Selangor

Kelab Terbaik: Johor FC

Kelab Penyokong Terbaik: Kedah


Credits to: kelate.net

Monday, November 1, 2010

Khairul Fahmi Bolot Dua Anugerah




Panas..Panas.. Gosip panas baru keluar dari oven! aku xsepatotnya cite tapi nak cite jugak-jugak! wahh..kepochinya elia ni..

Ni radio buruk nak story morry kat korang. Sebelum baca ni korang kena tahan hidung korang dari mengembang dulu.. cepat2 amik penyepit baju.. kepit kat hidung tu supaya tak kembang bila aku nak bagi tahu cerita atau BERITA YANG TERKINI YANG KORANG DULU AKAN DAPAT TAHU SEBELUM REPORTER..kahkahkah..(sorry la wartawan2, i ter-over kepoh sikit)

Ni bakal reporter nak bagitahu yang MIA terima sepucuk surat tadi..

hek elehh.. dpt surat jeerkk..


haiipp..babap kang.. cube sabar dulu org nak cite!


dia dapat surat yang mengatakan dia terpilih untuk menerima KEDUA2 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya tengah hari esok!

Confirm.. Anugerah Penjaga Gol Terbaik & Anugerah Permain Muda Terbaik 2010 milik Khairul Fahmi Che Mat yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Yeayyy!! jom sorak ramai2!




So esok tgh hari dia akan ke Hilton untuk sesi penyampaian hadiah dan sijil..

Weee.. Excitednye! shh... korang yang "bertuah" ni jangan la spoil the suprise kat apek tau.. jangan wish dia lagi kat FB.. tunggu esok br wish tau.. buat2 cam tak tau.. hehe.. sekali sekala tunjukkn la bakal lakonan korang yang mantap tu.. ok? *wink*

OhWellWhatEverNeverMind: hmm.. esok kene berlumba2 beli paper lagi la jawabnya! adoi..

Gambar Konvoi berarak Piala Malaysia dari KL ke KB

PIALA Malaysia diarak dari sempadan Pahang ke Dataran Kesdar Gua Musang, Kelantan. Foto: Yazit Razali (01/11/10)


Sekarang ni mungkin dah sampai KB kot.. sorry tak tahu sgt update sebab My Incik Apex tak join sekali.. lepas game final tu dia terus report ke FAM. Start training ngan team kebangsaan. kesian dia, mesti dia terkilan sebab tak dapat turut serta untuk berkonvoi balik plus mesti letih sebab xdapat cuti macam pemain2 kelantan yang lain.. sekarang ni pon dia tengah ber-training.. sabar je la yunk.. rezeki tak datang bergolek.. mesti kena korban sikit.. betol tak adik2?

Khairul Fahmi Calon Pilihan Suami?

Semenjak dua menjak ni menjadi-jadi plak si MIA ni.. almost every day kua paper.. bangun pagi ada je msg atau call dari family or friends yang bagitahu muka MIA kua paper.. disebabkan saya diamanatkan untuk menyimpan mohor besar diraja(simpan keratan surat khabar je pon) MIA yg mana ada, terpaksa la drive kua uitm ni utk beli paper2 tu.. ponat.. kadang2 tu bila 7e dh abes terpaksa pecut ke pekan Machang utk cari paper.. if tak kenang jasa i xtahu la..huhu..padahal sendiri yang semangat!

Ni antara artikel yang kua paper KOSMO! harini

Khairul Fahmi calon pilihan




SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010.

Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta be- berapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya tengah hari esok.

Khairul, 21, telah beraksi cemerlang biarpun tewas menerusi sepakan penalti pada awal permainan untuk membantu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 malam kelmarin.

"Selepas kami ketinggalan menerusi sepakan penalti, ia membuatkan kami semakin bersemangat untuk bangkit memenangi perlawanan. Ia jelas kelihatan apabila kami berjaya menguasai permainan selepas itu.
"Ia pengalaman pertama buat saya beraksi di pentas final. Suasana cukup gamat di hadapan puluhan ribu penonton. Dibolosi awal membuatkan saya bertekad untuk terus bekerja keras menga- wal pintu gol.
"Bila dicalonkan untuk anugerah ini pula, ia sesuatu yang bagus buat diri saya dan seorang lagi calon iaitu Faizal Abu Bakar (penyerang Kedah).


KHAIRUL FAHMI


"Saya cukup gembira kerana berpeluang beraksi dalam banyak perlawanan sepanjang musim ini," kata pemain kelahiran Kota Bharu itu.

Biarpun masih baru dalam skuad kebangsaan, Khairul yang memasang impian untuk beraksi bersama kelab Jerman, Bayern Munich suatu hari nanti kini sedang memburu tempat berada dalam skuad ke Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung awal Disember depan.

Sementara itu, pemain tengah Kelantan, Badhri Radzi telah dipilih sebagai pemenang anugerah 100PLUS Outdo Yourself malam kelmarin selepas dia menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada perlawanan tersebut.
Bagi memastikan hanya yang terbaik dipilih sebagai pemenang pada majlis anugerah yang akan berlangsung esok, panel pemili- han kali ini terdiri daripada para jurulatih, ahli-ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) serta pegawai dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).



Btw, good luck for tomorrow ye sayang..~!!


credits to Blog Penyokong The Red Warriors

Blog Widget by LinkWithin