Thanks For Viewing My Blog =)

Monday, January 16, 2012

Mainan baru Hana



salam semua!

selamat hari isnin semua!! disebabkan harini hari isnin, saya post entry gambar gambar my baby sis, hana!

mari hilangkan monday blues anda dengan bermain bersama hana


yesss.. hana sangat suka main dalam paper beg. mentang2lah dia ni kecik. suka2 je masuk dlm paper bag then insist anyone kat rumah tu untuk tarik2!!


lepas dah gelak suka.. then come the magic word.. "nak lagi!! nak lagi!!"


hahaha..masak kau!

bukan tak ada mainan lain. hana's toys penuh satu rumah. siap ada bilik khas for her toys but xtau la nape dia suka sgt main dlm this paper bag.


another thing she love is body painting..

pantang nampak org pakai inai ke, pegang marker or biarkan pen bersepah2 memang dia kauklah


mood dia baik dia minta kita lukiskan


kalau mood dia tak berapa nak baik.. habis lantai, dinding, kerusi semua dia conteng..

lepas tu bila tanya

"sapa buat ni?!!"

dengan nada ringan kanak kanak ribena dia jawab


"hana!!"

eeeiii.. nasib la kau comel..


Thursday, January 12, 2012

20 cara halau/tangani roomate bermasalah


Salam uolls :)

hah ? ade masalah dengan roommate atau housemate?
ataupun kureng berkenan dengan roommate atau housemate?
takpe takpe . jangan risau !
ANDA boleh ikuti tips yang Elia dapat ni k? :D

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 orang bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


so ? amacam ? HAHAHA . LOL
ada yang berani nak buat macam ni ?
silap-silap kalau ikut step ni kite yg boley jadi gile!
tak ingat kat mana saya dapat tips ni tapi masa saya baca sama-sama ngan Bella(my permanent roomate) memang kitorang pecah perut la gelak. setiap kali roomate baru(junior) masuk bilik, kitorang akan saling berpandangan dengan muka penuh kejahilan*gelak jahat*. tapi lepas tu kitorang lupakan je hajat tu. gileee ape nak buat? ;p
tapi kalau korang nak mencuba apa salahnye ? kan ? kan ?


*muka jahat*

So selamat mencuba :D


Tuesday, January 10, 2012

Pagi yang sibuk

pagi ni me n my team kena buat a group project for our subject which is selling. for 3 days only. today untill thursday


we are selling girl's accessories!

so kepada student uitm machang, come on by our booth at block d


Thursday, January 5, 2012

Bakal keudara(on-air) di radio Kelantan.fm malam ini

Malam ni Elia bakal ke udara di radio KelantanFm di frequency 102.9 & 97.3 di Kelantan. Boleh juga di dengar di laman web rasmi mereka -www.kelantanfm.gov.my

Elia mungkin akan berada di konti bermula jam 9.40 hingga 11mlm. Terima kasih diucapkan kepada pihak radio KelantanFm kerana sudi menjemput saya sebagai tetamu jemputan.

Alamak.. Nervous gila ni nak cakap ape tah nanti. Mesti suara saya kelakar nanti kat radio. kena praktis suara dewasa sikit la.. Ehem ehem.. Do re mi fa so la ti doooo... Zzzzzz.. ;p

Tuesday, January 3, 2012

Betul ke ni Rozita Che Wan?


"

haritu saya pergi ke sebuah kedai buku and my sis tengah belek this section yg pamer majalah lama. then tetibe dia panggil saya.

"ya, awk kenal tak ni sape?"

hah?? org tua mana lah yg dia tunjuk kat aku ni..

"tak.. sape?"

"rozita.."

"what?? woww.. lainnya.. tak macam dia




lain kan? padahal ni pic lama kot. now nampak lagi muda remaja gitu.


like in this pic. gorgeous je. ok ok saya cuba berfikiran positif. mungkin gambar tu zaman makeup tak cantik dan belum wujub bulu mata pelesu lg kot. kontek lense biru pon xde lagi ;p
gambar ayu raudhah pon ada. dia tak banyak beze plak kan?
ntahlah.. mungkin semuanya sebab teknik solekan. positip positip ;p


Blog Widget by LinkWithin