Thanks For Viewing My Blog =)

Thursday, October 11, 2012

Wednesday, October 10, 2012

Takziah buat Ayahanda Blogger Mak Dara


Assalamualaikum..

sesungguhnya dari 2 hari lepas lagi, iaitu sebaik menerima berita sedih ni lagi saya nak update kat blog tapi banyak pula halangannya. dengan keadaan lappy yang semakin nazak ni, berkali-kali cubaan nak online asyik tergendala je. tapi tak kira. walau sedikit lewat saya nak juga update pasal ni..


Pada 8 Oktober tu(Isnin), saya difahamkan bapa kepada aunty saya Auntie Ida (Blogger Mak Dara) telah terkena serangan jantung. masa saya bangun pagi tu check status tengok kabarnya keadaan Tok Tam kritikal. masa tu saya dah mula risau. tapi tak sempat nak bertanya lebih lanjut sebab awal pagi tu saya ada kelas dan jadual kelas untuk haritu sangatlah pack.


petang tu dalam pukul 6.30 lepas dah balik kelas mak call dan bagitau bahawa Toktam dah tak ada. dia dah meninggal dunia.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. terkejut dan memang seolah olah tak percaya tok saudaraku dah tidak lagi bernyawa.

apa yang terlintas difikiranku adalah wajah-wajah auntie2 dan uncle ku. anak-anak kepada Arwah Tok Tam. Keluarga D'Adza semua. pasti mereka sangat sdih kerana diorang sangat rapat dengan arwah. kami sendiri terasa kehilangan arwah sebab keluarga kami juga sangat rapat. Malangnya saya tak dapat berada disamping mereka sbb saya berada di Melaka. Hanya Mak dan kakak je yg sempat melawat arwah dan dapat menenangkan auntieku di hospital selepas doctor memaklumkan tentang keadaan Arwah..


Arwah Tok Tam sangat ramah dan suka bergurau. seorang datuk yang penyayang pada cucu-cucunya. a very talented, calm, classy and sporting person. tak pernah nampak dia sakit atau lemah. always energetic. tapi apakan daya, ajal dan maut di tangan Tuhan.


tiada apa yang dapat saya berikan melainkan doa dari jauh. sedih sangat sebab tak dapat nak hadir majlis tahlil mereka semalam. saya harap auntie2 semua dapat hadapi dugaan dan ujian ni dengan tenang. saya juga ingin meminta jasa baik kalian para pembacaku semua untuk mendoakan arwah Tok Tam atau encik Adenan bin Arshad semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.




Al-Fatihah..





Friday, October 5, 2012

Kena cari Hijabista Magazine ni!

Assalamualaikum dan salam jumaat semua!!

Kerana kesibukan melampau haritu, tak perasan pun dah keluar gambar saya yang kat majalah Hijabista. dapat tahu pun setelah di-tag seorang hamba Allah ni.  kalau tak memang terlepas dah la. ni pun keluaran yang lepas-lepas. yang muka depan Natasha Hudson tu kalau tak silap..see.. lama dah kan?.. ikotkan banyak bendalah yang terlepas sebabkan kesibukkan ni. blog kesayangan pon dah lama tak berhapdate. nanti bila update jadi banyak lah entri yang lama berhabuk dah berbulan bulan baru la nak update.. perghh.. harap korang fahamlah keadaan saya ni ye.. student degree ni jadualnya busy sikit dari time diploma. tapi tak kira nak juga update entri-entri yg lama terperam dalam draft ni. hope korang sudilah lagi baca ye?*muncungkan mulot konon comellah sikit mintak simpati*





*sila besarkan mata anda dan cari dimana saya ;)

Thursday, October 4, 2012

Dunia baru, semester baru


Assalamualaikum dan slam sejahtera..

Hahaha.. iye.. saya tahu saya dah lammmmaa giloosss babbasss tak mengupdate belog kesayangan ni.. 
what happen?? sonyap je kann.. dah gulong tikaq ka apa kan.. ishhkk.. idok lee..

sorry sangat sangat pada sesiapa yang tertunggu tunggu tu. sesungguhnya saya terrsangatlah sibuk. haritu sebuk dengan wedding si kakak sorang ni. pastu abes je kena pi majlis bertandang si kakak kat Kedah nunn jauhnye habaq hang!

balik dari Kedah dah berkejar nak register masuk U balik..

Yess kawan-kawan. i've decided to further my studies. 

kat U mana? Uitm lah. Uitm Dihatiku katanya.. kiukiukiuuu.. ;p






Dapat sambung Bachelor Degree in what?? ramai yang dah tanya saya. kat facebook, instagram mahupun twitter.. agak-agak kursus ape ye?? hehe

kursus ekonomi rumah tangga ke? ohh tiidaakkk...




Alhamdulillah saya dapat my first choice punya course. Bac.Degree(hon) in Human Resource Management. hehe. yang haritu masa part 3 diploma dapat offer fast track HRM kat Uitm Sri Iskandar tapi saya tolak tuuu... ingat lagi tak? ingat bila tolak tu harapan nak dapat course tu balik tipis lah,. syukur sgt dapat juga amik HR. 


MODE CUTI-CUTI : OFF

MODE STUDY : ON!

Harap-harap la my lecture subject intro. to HR, Mdm Dalili ada baca entry ni. mesti dia bangga sebab I finally dapat juga course ni.  she's the reason why i took this course. dia buat saya sangat tertarik dengan course ni. to Mdm Dalili, im so sorry i didnt get to see you before i leave Uitm Machang. wish i had the chance to meet u and thankyou for all that you have thought me back then. 




Syukur dapat peluang sambung belajar balik. mula ingat nak kerja tapi dulu pun dah ada pengalaman kerja 2 tahun so buat apa nak tunggu lagi kan. dah dapat sambung tu sambung je la lagipun kalau dah stop tu nak sambung balik ntah bila la lagi kann. alamatnya memang tak bersambung lah kan. biar kita tak kaya dengan harta tapi kita kaya ilmu.

Mesti ramai yang nak tahu kat mana saya dapat sambung belajar kan?? cer teka cer teke... ni clue nya..


siapa kenal tempat ni? kat mana ye? haaa.. kat sinilah Elia sambung my degree. kepada yang tak tahu tu nanti kita update ye... jeng jeng jeng..

PEMBERITAHUAN: Sekarang ada cara paling mudah nak baca blog, like, leave comments dan berinteraksi dengan blogger kegemaran anda(chat) secara terus. Blog sekarang dah mobile friendly!! Untuk mengetahui lebih lanjut jom install Apps NuffnangX ni dari smartphone anda dan kemudian gi kat website NuffnangX ni untuk claim your blog.


lepas dah register kat NuffnangX ni jom ramai-ramai follow my blog from your account - Elia Si Jejariruncing atau search blog - www.jejariruncing.blogspot.com. followers terawal akan saya follow blog dia balik. cepat! jom kite sama-sama explore keseronokkan NuffnangX ni!!



Wednesday, September 12, 2012

Gambar Majlis Nikah dan Sanding sebelah perempuan


Assalamualaikum, salam sejahtera
kepada anda semua moga bahagia..
dihari yang indah lagi mulia.. ececeh.. teringat zaman join nasyid dulu.

dah kata entri bergambar, haruslah kurang menaip dan lebih kepada gambar kan?

sorry kalau membuatkan anda semua ternanti-nanti. selain alasan sibuk dengan urusan tertentu, saya juga menunggu 'green light' dari empunya diri untuk membenarkan saya mengupdate gambar dan details tentang apa yang bakal saya ceritakan ni..

oklah (setelah mendapat perkenan mohor besar diraja;p)
seperti yang telah dijanjikan.. entri gambar sekitar majlis dan story morry sikit la..


seperti yang anda sedia maklum, tanggal 25 Ogos yang lalu merupakan tarikh bersejarah bagi kami sekeluarga kerana buat julung kalinya sebuah majlis pernikahan dan perkahwinan telah dilangsungkan. the first ever wedding in the family.

Majlis pernikahan kakak sulung saya , my darling sister - Aimie Hazerin dengan pasangan hidupnya, Amir Redzuan telah dilangsungkan dengan sambutan yang sederhana tetapi meriah dan cukup bermakna buat kami semua. tak sangka kami dah dapat seorang ahli baru dalam keluarga. buat pertama kalinya saya dapat abg. boleh lah merasa camne ada seorang abang kan kan? hehe.. dah..dah.. jom layan gambaq plak




tujuh orang dayang atau fairies dilantik untuk membawa dulang hantaran dari pihak perempuan ketika majlis nikah yang diadakan pada pagi Sabtu tu. kitorang semua dikenakan tema polkadot.



masa majlis nikah saya pakai baju kurung polkadot purple. untuk majlis nikah belah petang tukar tudung n kain. jimat bukan?heee. padahal malas nak salin baju ;p


pakaian pengantin perempuan = pakaian nikah Mak, 26tahun lepas


Alhamdulillah, Cicik dan Abg Wan
selamat bergelar suami isteri yang sah dengan hanya sekali lafaz..



KAMI para dayang senandung polkadots bergaya selepas selesai majlis nikah.



Ready for the second session. Majlis Bersanding!









props untuk nak bergambar dan guest book disediakan. dijaga rapi oleh Nurul dan Iera.


Disebabkan my sis berkahwin dengan seorang pegawai tentera udara maka, adalah sesi 'sword barrel' yang dinantikan para tetamu. terdapat juga 'bridesmaids' dikalangan kawan rapat cicik sebagai penyeri majlis


alunan muzik dari 'bagpipe' mengiringi perarakan pengantin masuk ke dewan




kredit : EDM Events



Kek pengantin seperti biasa ditaja olah Wan Chik.
its gorgeous and tasty as always.. thanks wan chik!






Alhamdulillah komen yang diterima mengenai majlis ni positif belaka. kalau ada yang terlebih terkurang tu harap dimaafkanlah ye. biasalah majlis pertama biasanya kurang pengalaman.



mujur ada ramai rakan yang sudi membantu dalam kelancaran majlis ni. fuhh.. pening jugak nak plan a wedding ni. sampai stress jadinya. kepada sesiapa yang ada terasa atau terkecil hati dengan tindakan atau ada saya terkasar bahasa terlanjur bicara ataupun ada ter-bossy tu minta maaf banyak-banyak. sesungguhnya tiada niat dihati melainkan inginkan majlis yang berjalan dengan lancar buat si kakak tersayang.



seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. sorry saya tak dapat nak jemput semua sebab ni majlis kakak. saya ada limit number of guest yang boleh dijemput. nanti my wedding saya jemput ye. huhuuu *tutup muka*




selain kawan-kawan, terima kasih juga buat sanak saudara yang sudi membantu dan menyumbang wang ringgit mahupun tenaga bagi menjayakan majlis ni. sesungguhnya dari majlis sebeginilah kita dapat tahu dan kenal siapa yang sebenarnya "mereka".

thanks to Mak Dara for coming and the "sireh junjung" yeh!



Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati segala perjalanan sepanjang majlis. Sekali lagi sekalung ucapan terima kasih buat saudara saudari yang hadir pada majlis ini. jika ada sebarang kekurangan harap dimaafkanlah ye. almaklumlah kite-kite yang uruskan. kelam kabut jadinya.

kredit : Iera's instagram


jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dari Aswara yang banyak membantu memeriahkan majlis. nanti boleh la kita jemput korang lagi ye! hehehe.. paling tak dilupakan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru ni dan semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.


majlis sebelah lelaki pun dah selesai. nanti kami update gambar yer? ape2 pun bawak2 la bersabar. kurangkan bergosip dan mengumpat walaupun dah bukan bulan puasa yer ;)

*pada korang yang tertanya-tanya tu, bukan sayalah yang kawin. my kakak.takkanlah saya nak langkah bendul pulak. bagi kakak jalan dulu. tunggu giliran tau temanye..hehe. saya masing single mingle gitu.. haha. kalau tak kawin lagi tu kira single la tu kan?






Blog Widget by LinkWithin