Thanks For Viewing My Blog =)

Monday, December 10, 2012

Teaser : Pre konvo


Dah lama sebenarnya nak cerita pasal konvo itu hari tapi masa tak mengizinkan.
haritu dah baik punya karang entry panjang2 sekali dengan gambar. kat note ni. tup tup bila nak publish dia hilang ghaib lesap zap ntah kemana.
kat draft pon xde.sakiiiiiiit ati (mcm ropi ske ckp).

merajuk kejap tak mo tulis entry panjang2 dah.
ni pon try tulis nk nak cuba post melalui note. malas nak buka lappy sebenarnya ye. hee.
jadi supaya taknak kecewa sgt sy try hantar post dan gambar2 pre konvo.
ala2 teaser gituwww kann. hope kalau lepas post ni boleh la guna method ni je pasni. ;)

p/s: sesiapa ada cadangan tak kalau pakai note better post entry pakai app ape?







Monday, December 3, 2012

Raptai konvo

Khamis haritu saya jejak kaki ke Uitm Shah Alam untuk collect jubah dan sesi raptai untuk konvo yang bakal berlangsung esok. Punya semangat kul 7 pagi dah keluar rumah. Teman member gi amik jubah sesi pagi tu then masa sesi petang turn saya lah. Balik tu memang knock out la. Penat gila kot. Mana taknya beratur panjang masa nak tunggu giliran. Dah la dah sampai sana dari pagi. Kena tunggu sampai petang lak. Nasib la proses tu x makan masa lama sangat.
Sesi konvo saya esok tapi pagi ni baru nak gi cari baju tudung semua. Hehe. Oklah update later. Nak pi terjah kedai cari baju ni.Mungkin saya akan update blog kerap sikit 2-3 hari ni  .hee. Suka tak suka tak? ;p

Sunday, December 2, 2012

Hiburan dalam sebuah tin

some time around last week, after class I went to a convenience store to get my fave can drink. Nescafe kan ada 3 jenis can drink. Original, Mocha dan Latte kan kan.. mula-mula ingat nak beli yang Latte sebab i like the milky taste of the Nescafe. tapi last-last endup beli yang Mocha sebab Latte dah abes. Mocha pon not bad sebab dia ada rasa chocolateyy. nyummy nyummyyyy...

seperti biasa sedang merilex dan chill kan diri online fesbuk sambil menghirup Nescafe Mocha, i discover this cool app..




just klik join now dan... 

teng teng tengg...


Kebetulan tengah minum Nescafe Mocha kan.. so i pilih la yang mocha punya can.


waaahh.. kebetulan yang menakjubkan! teruja terus nak main app ni.. senang je.. lepas dah pilih flavor fave korang, dia akan analisis timeline korang dan came out dengan your future aspiration...


as for me, it says that I am a swinging stylemeister. huhu. macam kelakor je kan?  layankan ajeee..

lepas tu kite tekan "Proceed"  dan dia akan pergi ke sini '
|
|
\/


masukkan gambar-gambar korang yang sesuai dengan caption dan "create movie"

dannn... wallllaaaahh!!!



lepas dah tengok movie korang tu korang boleh sharekan kat Fb dengan kawam-kawan korang.. boleh korang invite diorang dan tengok ape diorang dapat. best ohh app ni..


kalau korang rasa keputusan yang korang dapat tu macam tak kena je, jangan risau... korang boleh je pilih semula aspirasi yang betul betul sesuai dengan karektor atau minat korang. pastu boleh sharekan among your friends. 

Tapi malangnya haritu lupa pulak nak tekan “join contest” dan submit video tu untuk berpeluang menang hadiah... waa... sedih sedih.. sobs sobs sobss

But GOOD NEWS! Rupanya walaupun dah terlambat untuk join contest tu, kita masih berpeluang untuk MENANG hadiah dengan menjadi VOTER!




Wowww... lumayan betul hadiah diorang :
RM10,000 for Grand Prize
RM2000 for 1st Prize
 RM1000 for 2nd Prize

Top 20 dapat sebuah NESCAFE RTD Mini Chiller setiap seorang
Hadiah untuk VOTERS: RM500 x 10 orang pemenang


Camne nak vote? Senang je. Beli mana-mana tin Nescafe, sama ada Original / Mocha / Latte dan gunakan the batch code yang terdapat di bawah setiap tin sebagai bukti pembelian(POP). Setiap code valid untuk 5 undian/vote. Top 20 entri boleh dilihat di 




Korang hanya perlu voter peserta yang korang rasa layak menang atau video yang korang rasa cambest je kan. Boleh vote banyak-banyak dan siapa tau korang mungkin leh dapat RM500? Siapa nak bagi kan?heee
Berminat? Haa ape lagi jom la join dan vote sebab 
tarikh tutup dia pun dah dekat dah ni. the contest is ending on this coming 9 December so hurry up! ;)






Wednesday, November 28, 2012

Majlis bertema Baby Pink dan Baby Blue








Assalamualaikum...

walaupun kebelakangan ni jadual sibuk dengan tests, quizzes dan presentations, saya tetap cuba sedaya upaya untuk attend this family event yang berlangsung  Sabtu lepas. kalau ikotkan memang tak dapat balik sebab kena siapkan keje tapi digagahkan juga travel Sabtu tu dari Melaka ke Seremban..

Malam jumaat tu ada kelas. habis pukul 10.30 malam dan pagi Sabtu tu pulak ada urusan nak selesaikan kat Melaka, jadi dalam pukul 10pagi baru dapat bertolak ke destinasi dituju..

sampai-sampai je tengok-tengok orang dah ramai. khemah dah hampir penuh.saudara-mara ada yang dah sampai dari sehari sebelum. sorry sangat tak dapat nak balik awal tolong buat persiapan apa yang patut..

dah la majlis kat umah sendiri.. tapi empunya diri sebuk. nasib dapat dan sempat jugak balik.



Haaa.. mesti korang tertanya-tanya majlis apa lah yang meriah sangat ni kan? sebenarnya sabtu lepas kami sekeluarga ada buat majlis aqiqah, kesyukuran dan sambutan hari lahir pertama my princess, Marissa Amani. sambil tu juga sekali dengan house warming kami. for more than 3 years tunggu rumah idaman kami siap sedia untuk diduduki.. Alhamdulillah akhirnya dah pon siap. tapi kami belum pindah sepenuhnya sebab kami masih lagi base kat KL. rumah ni mungkin jadi rumah persinggahan kami sementara. lagipon dah lebih dekat dari Melaka. agak2 cuti tu malas nak balik KL boleh jumpa family dekat sana je. huhu

dah la membebel.. lets have a look at some of the pictures taken during that day..


Candy + Photo Booth








Kambing golek





Acara potong kek 1st birthday Marissa a.k.a Chica



tak sempat nak halang, sekali dia grab kek tu.. semua orang gelak je...


My two handsome brothers(mata keatas) melayan kerenah Chica



Petang sikit rumah kami semakin berasap dengan barbeque.. 


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.
sorry saya tak dapat nak tulis blog kerap sebab busy sgt. nasib minggu depan dah start nak konvo. dapat la lari sekejap dr all this hectic schedules. tapi lepas abes konvo tu startlah busy balik. berlambat assignments datelines and tests awaits.. wish me luck!

p/s: oh ya.. kepada sesiapa yang akan konvo dlm masa terdekat ni saya ucapkan congrats!!




Monday, November 19, 2012

Mata bengkak

Assalamualaikum..

lama kan blog ni senyap sunyi tak berpenghuni? 

minta ampun minta maap sangat sangat sebab empunya belog ni sangatlah sibuknya dua tiga minggu ni. dengan kuiz nya dengan test nya.. dengan presentation dan dengan assignmentsnya... haissshh.. bertimbun dan bertubi2.. tak menyempat nak berbelog la jawabnyee

ni baru awal awal degree.. kalau dah dekat hujung nanti tak tahu la camne kan.. matik la kauu!

kebelakangan ni memang sibuk. sebok tak hengat.. dah berapa minggu dah tak balik. haritu setiap minggu balik sampai Abah tegur "awak ni rajin betul balik tiap-tiap minggu"..haa.. abah ni orang balik selalu pon biseng kang tak balik rainduuu ;p

lepas tu bila dah sampai musim busy bebenoor camni memang tak dapek la nak balik kan.. weekend pon tak terasa macam weekend pon. haa tulahh nak sangat sambung belajar kannn.. padan muka..

tidur pon dah tak macam orang.. macam drakula pon ada.. malam berjaga study siang mengangkang bantai tidur.. tapi kalau weekdays jangan haraplah nak dpt tidur cukup. kadang2 tu sehari mau tidor 2-3 jam je.. haaa.. mana tak mata panda makin menjadi jadi??


::nampak tak gelap bawah mata tu?::

jenuh sebelum gi kelas tepek concealer nak tutup dark circle kekdahnya tapi takdelah cover sangat. lantaklah.. tapi paling teruk haritu punya teruk study sampai kena migraine yang teruk sampai terbaring kat bilik tak dapat bangun.. terpaksa postponed test listening Mandarin.. so far tinggal lagi 2 test yang tak amik lagi... lepas minggu ni minggu depan nak konvo pulak.. yeayyy!!!

wahh.. bukan main panjang aku buat sesi luahan perasaan ni.. nak minta dikasihani letteww =_="


Blog Widget by LinkWithin