Thanks For Viewing My Blog =)

Wednesday, October 10, 2012

Takziah buat Ayahanda Blogger Mak Dara


Assalamualaikum..

sesungguhnya dari 2 hari lepas lagi, iaitu sebaik menerima berita sedih ni lagi saya nak update kat blog tapi banyak pula halangannya. dengan keadaan lappy yang semakin nazak ni, berkali-kali cubaan nak online asyik tergendala je. tapi tak kira. walau sedikit lewat saya nak juga update pasal ni..


Pada 8 Oktober tu(Isnin), saya difahamkan bapa kepada aunty saya Auntie Ida (Blogger Mak Dara) telah terkena serangan jantung. masa saya bangun pagi tu check status tengok kabarnya keadaan Tok Tam kritikal. masa tu saya dah mula risau. tapi tak sempat nak bertanya lebih lanjut sebab awal pagi tu saya ada kelas dan jadual kelas untuk haritu sangatlah pack.


petang tu dalam pukul 6.30 lepas dah balik kelas mak call dan bagitau bahawa Toktam dah tak ada. dia dah meninggal dunia.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. terkejut dan memang seolah olah tak percaya tok saudaraku dah tidak lagi bernyawa.

apa yang terlintas difikiranku adalah wajah-wajah auntie2 dan uncle ku. anak-anak kepada Arwah Tok Tam. Keluarga D'Adza semua. pasti mereka sangat sdih kerana diorang sangat rapat dengan arwah. kami sendiri terasa kehilangan arwah sebab keluarga kami juga sangat rapat. Malangnya saya tak dapat berada disamping mereka sbb saya berada di Melaka. Hanya Mak dan kakak je yg sempat melawat arwah dan dapat menenangkan auntieku di hospital selepas doctor memaklumkan tentang keadaan Arwah..


Arwah Tok Tam sangat ramah dan suka bergurau. seorang datuk yang penyayang pada cucu-cucunya. a very talented, calm, classy and sporting person. tak pernah nampak dia sakit atau lemah. always energetic. tapi apakan daya, ajal dan maut di tangan Tuhan.


tiada apa yang dapat saya berikan melainkan doa dari jauh. sedih sangat sebab tak dapat nak hadir majlis tahlil mereka semalam. saya harap auntie2 semua dapat hadapi dugaan dan ujian ni dengan tenang. saya juga ingin meminta jasa baik kalian para pembacaku semua untuk mendoakan arwah Tok Tam atau encik Adenan bin Arshad semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.




Al-Fatihah..





6 comments:

honeybells said...

Takziah utk mak dara n eliq

Unknown said...

al-fatihah..

Cik Puan Syeeda said...

Al-fatihah.

khairunnisa said...

takziah, moga arwah dicucuri rahmat

YatieOwner said...

Al-fatihah dari kita sekeluarga untuk arwah.

yandin said...

al fatihah..moga ditempatkn dikalangan org yg soleh.amin

Blog Widget by LinkWithin