Thanks For Viewing My Blog =)

Wednesday, July 31, 2013

Funny Signs/ Papan Tanda Unik dan Kelakar


Baru seminggu kat Labuan tapi saya dah rasa keunikan dan kelainan tempat ni. antaranya, papan-papan tanda yang saya temui masa round-round pusing Labuan ni.

1. Pasar Babi


Masa abang ipar bawa gi pasar basah untuk beli ikan, saya terperasankan gerai kecil yang terpencil di satu sudut ni. papan tanda dia besar-besar tulis "PASAR BABI". rupanya gerai ni memang jual khinzir. almaklumlah di Labuan ni banyak juga orang bukan Islam.


2. Gerai Sumber Rezeki


macam agak kelakar juga tak lama lepas beli ikan kat area pasar basah ni saya ternampak nama gerai ni. Gerai Sumber Rezeki. takde la kelakar mana tapi agak unik sebab memang gerai tu sumber rezeki mereka kan.. gerai makan ni saya tak pasti sangat dia jual ape sebab ngah bulan puasa kan. hehehe


3. Notis kebakaran




mula-mula nampak macam biasa je kan. tapi bila baca betul-betul rasa macam kelakar sangat part yang arahan no.1 yang die suruh jerit api api api!!! haha.. so xboleh jerit lebih dari 3 kali la yerk?

btw, so far ni je la yang saya perasan. lepas ni kalau ade lagi saya snap gambar dan post lagi ye..



Friday, July 26, 2013

Ke Oversea Sebulan Sampai Raya



Setelah mengharungi musim atas semester yang sibuk, sekarang masa untuk Elia retreat atau being away untuk tenangkan fikiran. ecceceehh.. ayat nak poyo je kan. 

Sepanjang bulan puasa ni sampai la seminggu lepas raya nanti Elia takkan berada di KL. tapi berada nuunn jauh di seberang lautan. org kate oversea..

tapi bukan kat luar negara. masih lagi dalam Malaysia. tapi masih lagi seberang lautan. bukan pulau perhentian, bukan pulau pinang, bukan juga pulau tioman. tapi di Wilayah Persekutuan Labuan!



Rabu lepas Elia bertolak ke Labuan dengan menaiki flight Airasia..




dengan baggage untuk menetap sebulan di sana, saya menaiki pesawat yang mengambil masa 2jam setengah untuk ke Labuan.



walaupun diri ni seorang yang sangat gayat dan takut akan ketinggian, tapi Elia sangat suka duduk tepi tingkap setiap kali naik flight. best tengok permandangan. tak takut or gayat plak kan? dont ask me, i pon pelik dengan ke'freak'an diri ni ;p



Dapat tidur sejam je dalam flight, lepas tu terbangun mulalah melangok.


Nak tau something interesting tak? masa Elia dok syok belek2 baca article dalam magazine yg kat flight tu, saya tertarik dengan satu artikel ni. pasal salah sorang pilot AirAsia yang lamar gf die dengan buat mob. i was thinking, auwww... thats cute!

tetibe dengar bunyi announcement

"ting..tong... Good evening, this is your captain speaking.. Capt. Vincent Chong speaking.....bla...bla..bla..."

aik.. terkedu kejap. kebetulan yang melampau. captain yang melamar awek die tu is the has the exact name with the capt yang mengendalikan flight kami hari tu..

taktau la whether its the same person or the name was just a coincident.

but,

tak lama lepas tu Elia perasan sorang pilot airasia ni keluar gi toilet. tup2.. muka memang sebijik mcm yang dalam magazine tu! hahahah. kat bawah ni elia sempat snap pic tapi xdlm capture the face for u guys to see..


me and my mom memang tergelak besar sebab macam kebetulan melampau sangat kot! 
elok elok tengah baca pasal die bole plak die keluar terpacak depan mata.


me.. enjoying the view, dont worry, my phone were on flight mode!


dan.. we're here at LABUAN!!


Sepanjang kat Labuan ni Elia nak lebih merajinkan diri update blog. dah banyak sangat entri-entri yang berabuk terperap untuk disiarkan. korang pon asyik tnya je kan bila nak update blog entry lagi.. so.. harap-harap elia dapat update sekerap yang mungkin dan jamu korang dengan gambar-gambar best! ;)

*tak lupa juga checkout video/keek/pics dari saya kat 
Keek dan Instagram (ID : elia_jejariruncing)



OhWellWhateverNeverMind : Demi nak jimat masa untuk study dari keluar shopping yang leh makan masa berjam-jam tu i developed a new hobby which is online shopping! and guess which online shop i fancy? 

ofcuz la MilkaDeal.com. serious delivery service diorang tiptop cepat dan efficient! PLUS, now diorang ada MAD Giveaways prizes yang bernilai RM20,000 termasuk package percutian ke luar negara tuuu! 



dengan setiap RM1=1penyertaan. so makin byk korang spend lagi banyak peluang utk menang! korang juga akan instantly dapat RM10 utk shop kat MilkaDeal ni bila korang daftar kat SINI





So jangan berlengah lagi. korang boleh "like" facebook page MilkaDeal kat https://www.facebook.com/MilkADeal

dan silalah subscribe kat MilkADeal’s newsletterhere.

tak lupa juga yang korang boleh check berapa banyak entries yang korang dah submit kat account dashboard korang.. Happy shopping and good luck guys!

Wednesday, July 24, 2013

Product Review : Hansaegee Masks

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

segala paper final, kesemua 8 subject untuk semester 4 Degree in Human Resource Management dah settle!! waaaahuuuu...

Final exam kali ni memang mencabar dari yang sebelum sebelum ni. selain sebab banyak paper, hari exam diadakan semua beza dalam 2-3 hari ni je. selang sehari dua ada paper. sehari dua je ade paper. memang agak pack la hari-hari study. 

rumah kat KL dekat 2 bulan gak tak jejak. selain tu tak ada pun study week macam selalu Uitm bagi tempoh seminggu tanpa kelas untuk study before the exam starts.  tapi kalini memang direct. dah la kelas pack. macam macam assignments kena buat.

sepanjang musim yang gila ni memang sedikit terabailah masa nak jaga muka ni. hectic schedules la katakan. memang tak terjaga muka segala bagai. kalau korang ade terjumpa Elia time ngah musim exam ni maafkanlah rupa diri ni. 

masa musim-musim exam ni banyak masa terluang kat luar, study kat library or kat mana-mana selain kat rumah. dengan cuaca yang jerebu teruk baru-baru ni. habis kulit muka semua. blackhead, whitehead, minyak semua bukan main banyak naik kat muka.

but i said to myself, "Sabar Elia, habis je semua papers siaplah kau si budak itam(blackheads) dan putih(whiteheads), akan ku proses korang!!"

dan as soon as the last paper finished, OPS KULIT pon bermulalah!

Biasalah time stress camni blackheads dan white heals menjelma, untuk selesaikan masalah ni tanpa perlu memicit ngah seksanya, salah sorang kawan saya syorkan guna produk Hansaegee ni. beberapa keping mask dia recommended untuk saya gunakan bagi menyelesaikan malasah kulit yg membelenggu diri dn kulit ni. ececeh..ewahh!




Since blackheads and whiteheads amatlah sakit untuk dikeluarkan dengan teknik picit manually, i choose another alternative iaitu menggunakan mask or nose strips. banyak nose strips kat pasaran tapi dah banyak brands Elia cuba tapi ni antara yang terbaik. one of the best solution so far!



Nose pack dari Hansaegee ni comes with a pore serum. kira macam 2-in-1 la. sangat practical. 








sharing is caring so me and my roomate, Az pon pakai benda alah ni sama-sama. masing-masing blackheads dah bermaharajalela kan ;p




lepas dalam 15 minit tu tanggalkan nose strip tu pelahan lahan


lihatlah hasil tangkapan ku...


lepas je dah tanggalkan nose strip ni memang rasa kulit lembut sangat. bila semua kepala(black/white heads) dah keluat, memang lembut la kulit kita jadinye ;)


lepas dah keluarkan segala kekotoran yang ada kat liang roma, pori kita kan terbuka luas. oleh itu, fungsi pore stamping serum ni untuk tutup balik pori atau liang roma yang terbuka tu. 



sapukan just a small amount kat bahagian yang dah kena tadi. 
then, its done!



NEXT- eye bags, dark eye circle, mata panda atau whatever you want to call it. bila dah study ni tidur memang tak tentu. kadang-kadang tu sehari dapat tidur dua tiga jam je. mata tu makin tired la kan. makin gelap bawah mata. once again Hansaegee has the solution.

so far memang banyak jenis eye mask yang Elia guna. macam-macam bentuk, rupa, warna dan fungsi.

tapi sekali lagi product dari Hansaegee tak menghampakan.




rupa dan cara pakai dia macam normal and like any other eye mask. tapi memang dapat rasa kelainan pakai yang dari Hansaegee ni.  mask dia tak meleleh atau berair sangat, tak mudah koyak, sejuk bila dipakai and the best part is ianya sangat melekat. korang tak perlu sentiasa terbaring pun bila nak pakai. tak mudah slips down. memang kuat di mencengkam kulit. best!




lapisan mask yang lembut dan mencengkam membuatkan saya boleh buat benda lain sementara tunggu mask ni kering. nose strip dan eye mask ni saya pakai serentak selalunya.


boleh tengok movie kat laptop...


leh baca buku. dan macam-macam lagi lah sambil pakai mask ni.

 

produk seterusnya yang telah disyorkn ialah Pore Stamping Mask ayng berasaskan Charcoal atau arang yang bertindak untuk menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma


cara pemakaian macam mask yang lain. tapi pakai mask ni memang rasa penyerapannya yang cepat..
 sejuk je.. rileks sangat rasa sambil layan musik kat bilik. very calming!


lepas dalam kira-kira 10-20 minit, tanggalkan mask jangan basuh muka. biarkan ia menyerap segala cecair yang ade kt permukaan muka kite tu. sambil2 u boleh buat sapuan lembuut untuk bagi rata dan kulit kita dapat serap semua kebaikan mask ni




Bila dah try tiga produk dari Hansaegee ni  memang saya sangat puas hati. lepas dah pakai semua mask ni kulit rasa sangat lembut dan sejuk je. very refreshing!


* btw, minggu lepas adalah minggu terakhir saya berpuasa di semenanjung. starting from today i'll be spending my ramadan and raya di seberang lautan iaitu di Labuan. cuaca dikawasan pulau selalunya kering. jadi memang semua produk penjagaan kulit kena prepare bawa ke sana. kecantikn dan kesihatan kulit kena jaga setiap masa dan dimana jua kite berada.

kat Labuan ni juga saya akan lebih kerap update my blog, instagram takpun keek! jangan lupa follow ye!

selamat menjalani ibadah puasa dan selamat mencuba!

Wednesday, July 17, 2013

My new beau



Sejak bulan 5 haritu tak balik rumah KL. So tak dapat nak jumpa buah hatiku sorang ni.



Yang geramnya ada plak yang ambil kesempatan!



Tapi akhirnya, jejak kasih



Smart plak die ;)



Hehe.. Btw harini Elia sepanjang hari ada appointment kat Shah Alam. Berbuka pun insyallah kat sini. So Sully teman Elia harini. Anda plan berbuka kat mana harini?
posted from Bloggeroid

Saturday, July 13, 2013

Aku pantang dicabar!


tengah time Final Exam ni masa untuk keluar berjalan-jalan sangatlah limited dan berharga. lagi-lagi kalau sekadar nak shopping tapi tak tahu nak beli ape. mahu berjam-jam gak la masa yang akan burn camtu je.

bagi saya, time-time macam ni memang semua benda kena express. 

lagi-lagi bab shopping.. hehe.. study study jugak.. shopping mak tetap maintain.
tapi just lebih express dari yang biasa.

dulu masuk kedai tu kadang-kadang sampai berjam duk dalam tu. menelek satu-satu barang, baca labels and buat perbandingan.

tapi now semua dah kat hujung jari. Dengan adanye butik-butik online ni. senang sikit mak nak menyoping(shopping). browse, scroll, click dan tunggu je.

tapi kalau nak pilih butik online untuk shopping pon kena pandai gak pilih.

Ni nak share ni. yang terbaru Elia suke shopping kat butik maya "HiShop".

sebab ape? sebab HiShop cabar saya untuk mencabar mereka! haa.. aku ni pantang dicabar.

ada ke patut dia cabar saya untuk challenge Hishop punya 4 janji-janji manis a.k.a the Hishop's FOUR PROMISES???

Saya pon apa lagi.. sahut la cabaran untuk cabar their 4 promises/claims tu. jom tengok keputusannye!


HiShop Claim #1 : Delivery dalam masa 7 hari

Result : Saya purchase my items on 24th June n i got it like in 2 days only! so claim #1 check!


HiShop Claim #2 : 100% secure payment

Result : Alhamdulillah so far secure. so, check!


HiShop Claim #3 : variety of beauty products

Result : memang banyak pun pilihan sampai jadi rambang mata taktau mana nak beli. dari beauty products, skin care, makeup, hair care and more!

HiShop Claim #4 : Selection of awesome deals

Result : memang banyak deals yang bertukar-tukar. sales up to 60%



these are the things that i bought from HiShop. skin brightening ampoule and hair sebum. siap bagi 2 free gift lagi. kita siap boleh pilih nak free gift ape.

now, ape lagi.. jom sahut cabaran and why I dare you guys to challenge their 4 Promises! nanti korang boleh bagi your comment or review about their services dekat report cards(macam dalam gambar saya tu). kalau anda tak berpuas hati dengan service mereka, they also promise to send you a full sized product - absolutely FREE!



*PROMOSI EKSKLUSIF UTK PEMBACA! HiShop akan memberikan baucer tunai bernilai RM20 untuk sebarang pembelian melebihi RM99(termasuk brg dgn harga promosi!). Baucer ini hanya sah sehingga 15 July 2013. exclusive voucher code : JEJARI20

jangan lupa subscribe Hishop's newsletter untuk more special offers!

dan jangan lupa "LIKE" FB fanpage Hishop 
Blog Widget by LinkWithin