Thanks For Viewing My Blog =)

Wednesday, August 8, 2012

Berfacial bersama Mak Dara



Harini saya berjaya kidnap my aunty iaitu blogger Mak Dara untuk dibawa menikmati facial kat salun favourite saya. Haritu berbuka kat rumah mak dara ni dia ada kata dah lama tak facial. Jadi inilah masanya kebetulan saya pon nk buat facial. Syok la kali ni ada teman. Huhu. Lepas ni kitorg nak gi berbuka bersama lak. Alang alang dah kidnap tu biar sampai berbuka sekali kannn

Oklah nak sambung sesi kidnap. Ni ngah tunggu mak dara siap facial. Nnti kite update lg ye. Buhbye!

posted from Bloggeroid

Sunday, August 5, 2012

Berbuka ala kampung


Assalamualaikum,

diam tak diam dah 2 minggu kita berpuasa.
sekejap je kan rasa?

tup tup nanti tau tau je dah raya...
sedang saya menggodek hp terjumpalah gambar2 dibawah ni. gambar ketika menyambut bulan Ramadhan tahun lalu bersama keluarga angkat di Kelantan. tahun lepas kan saya still study lagi kat Machang, jadi bila diajak berbuka bersama tu memang saya teruja sangat. makan free lajuuu je aku ni tauu...

terima kasihlah kat keluarga che lah yang sudi menerima kunjungan kite ni.. iolls semangat sangat sampai sanggup travel dari Machnag ke Bachok. seronok sangat dapat pengalaman berbuka dengan suasana tradisional.


diapit si dara dan mak dara, Che Lah (kiri) dan Che Ti (kanan)
bergambor sementara tunggu waktu berbuka



Ni pulak mama kepada Che Lah yang baik hati and treat me very well rasa macam home sweet home je masa kat sana. thank you for making me feel closer to home as possible ;')




with Che Lah or shall i call "cikgu" Che Lah. huhu. sementara menunggu waktu berbuka tu sempat la melayan kerenah anak Che Tie, anak saudara Che Lah si Auni ni. cute gile dan nak kat orang. memang tak ku lepaskan peluang la kalau dengan budak yang jenis tak meragam banyak ni.. hehehe



sekarang dah besar dan makin cantik si kecik ni. cepatnya masa berlalu. dah setahun dah pon..


berbalik kepada juadah berbuka kita.

bila sebut berbuka ala kampung, tak feel la kalau makan atas meja kan..


duk bersila/bersimpuh makan barulah boleh fefeeling ala kampung ye dop?heee

nak ingat menu juadah satu satu memang tak hengat sebab dah setahun kan..

tapi yang ingat ada ayam percik, tomyam, sotong goreng kunyit and macam macam lagi laaa korang tengoklah sendiri..

tempting bukan??

walau selera naga telah menerpa diri, haruslah iolls pose maintain ayu gadis melayu.. anak sapo la ni yeee...

pingganku haruslah dipenuhi segala lauk. rakus rakus.. anak sapo la niiii


walau dah setahun berlalu, kesedapan dan keseronokkan berbuka kat rumah Che Lah ni masih terasa.. macam terasa je ayam percik tu kat celah gigi lagi. aipp.. aipp.. jangan terbawa bawa sangat. puasa wehh.. *telan balik air liur*


apa-apapon terima kasih bebanyaklah kat Che Lan and the family for inviting me. kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi.. heheh.. pantun lagi tau!

** Siapa nak dapat advance duit raya RM1000 dari Celcom First Data setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ni?(sape taknak wehh??!!) apa yang anda perlu buat hanyalah puchase additional volume ataupun subscribe dengan mana-mana Instanet plan atau Mobile Internet plan, dari sekarang hingga 20 Ogos 2012. untuk maklumat lanjut sila layari www.celcom.com.my



Kids and Toys : Bajak Korek


Muhammad Zahin Rayyan . Budak domok kesayangan hamba . umur kecik , badan besar . ikut badan umi laa besar , ikut badan ayah dia tinggi . hihi . apa apa pun angah sayang zahin ! sayang semua !
satu keletah zahin yang kami makcik makcik dia dok terikut , bila dia main 'bajak' ni , mulut dia cakap ;
"ajakkk uyett , ajakk uyett"
dengar macam lucah , tapi dia pelat , sebenarnya dia cakap ;
"bajak korek , bajak korek" *sambil buat gaya korek tanah .

zahin nak ikut jejak ayah dia , kontraktor besar . mula dari bawah , main 'bajak' je . banyak dah koleksi 'bajak' zahin , kecik besar , cantik buruk , semua ada . hihi


*kepada anda yang diluar sana yang ada gambar dan cerita menarik tentang si kecil dan mainannya, bolehlah join Segmen Kids and Toys ni. Tak sabar nak baca dan siarkan cerita anda pula selepas ni ;)


Monday, July 30, 2012

Genting Day 2 - Haunted Adventure


Oh. ini adalah cerita basi atau projek kerjaraya yang terbengkalai setelah sekian lama.
taktau la orang minat lagi nak baca ke tak.
huhu. lantok le janji kita nak cerita jugak jugak. sebab cerita ni sangat kelakar. very the lakar laka for me and my siblings. bila cerita balik sure kitorang akan tergelak besar sampai sakit sakit perut.




Cerita ni pasal trip kitorg ke Genting Highland haritu.
kitorg bertiga. me, si kakak dan si adik lelaki konon berani dan excited masuk rumah hantu. teruja la konon mula-mula tu.

kitorang pon bagi tiket kat orang yang jaga kaunter tu. sementara nak tunggu turn kitorang nak masuk ni :

Si kakak: Eh, Ajat! awak duk depan sekali la.. biar kitorang duk belakang awak
Si adik lelaki: Haa.. ok ok. korang duk belakang ajat
Saya : haa.. elok sangat tu.. biar kak ngah duk belakang skali *sedar diri ni tak berapa nak berani*

Masa ni muka si adik lelaki ni machoman ala ala berani gituee kan..

pastu sambil tunggu turn tu ada screen tv kat depan kitorang yang tunjuk demo atau parts of the excitement and scenes dalam rumah hantu tu. nampak la orang duk lari jerit jerit. ada banyak adegan adegan terkejut hantu timbul dari mana ntah.. pastu pengunjung lelaki tu terjerit2 terlari2 hilang kemachoannya begitu saje.


masa tu hati ni dah rasa nerbes dah..

dup dap dup dap macam motor bot daaa..





Sebaik je kitorang bagi pass masuk masing-masing, kami dibawa naik this rickety cart that slowly hauled us up to the doorway of the Haunted mansion. Masa ni bulu roma dah mula meremang sikit. ececehh. takyah nak poyo berani la kan. kalau korang naik menatang kren ni mesti sikit sebanyak rasa sereeemm tu akan timbul.


Sampai kat atas tu kami disambut dengan pekerja yang agak misterius. taktau la dia ni into character sangat or dia tengah lapar tak keluar lunch lagi ke hape. muka nak serrremmm gituw kann..

Bila pintu entrance Haunted Mansion ni dibuka, it reveals nothing but darkness. huisshh.. gelap gulita babe..

This is the best part of the story...

bayangkan ekk..

posisi kami 3 beradik : Si adik lelaki depan sekali. si kakak belakang adik dan saya kat belakang sekali.

tapi tak sampai 10 saat je bila sampai kat pintu masuk yang gelap gelita tuuu terdengar bunyi dentum dentam siap ngan nyilai tawa yang menyeramkan..si adik lelaki ni jenguk kepala kat lorong rumah hantu tu*rumah hantu ni memang byk lorong dan simpang yg mendebarkan!*.. terus dia kecut perut and freak out. terus dia pusing seraya berkata :

"eehhh...uisshhh.. Ajat tak boleh.. korang la gi depan!"

tersentak sekejap saya dan kakak. si kakak pon berkata

"oitt.. pesal lak? gi jelah.." *tolak si adik*

"Ajat nampak ada benda kat tepi lorong tuu.. eeii. korang la gi depannn"

situasi hang tolak aku aku tolak hang berlaku hampir 5 minit. lama woii. masa tu rasa nak patah balik keluar je. the first rule of attraction tempat ni there is no turning back katanya..(which was soo hazab)bayangkanlah sampai pekerja yang tadi tu tegor suh kitorang masuk cepat. lama agaknya dia tunggu kitorang duk gaduh tolak menolak. in the end....

si kakak : ehh.. awk la elia gi depan. cicik xleh.. ajat pon taknak..

me: uissshhh... me? ya? adoiiii.. (aku yang paling penakut ni lak yang kena gi dulu?)

si adik : haa. gi la kak ngah. ajat memang xnak gi dulu *geleng2 kepala*

setelah si adik dan kakak
berkomplot memaksa saya gi dulu.. akhirnya aku yang paling penakut ni terpaksa memberanikan diri to lead the whole journey of the haunted house to brace through the creepy, narrow, twisted hallways la kekdahnye. menciiikk taukk!!

Ahkak yang ketakutan tapi cuba memberanikan diri ni pon terintai intailah di setiap penjuru lorong rumah hantu yang bersimpang siuh tuu.. bunyi surrounding toksah cakap lah. susah nak gambarkan. macam-macam bunyi yang menyeramkan. u just have to be there to experience it yourself i tell yah!



main cak cak kalau kat rumah memang best tapi kalau kat rumah hantu sangat tak best dan mendebarkan dap dip dup di dalam dada.. wah.. berdandut pulak. macam gambar nilah aku duk terintai intai di setiap penjuru lorong yang bersimpang siuh ni. nak pastikan takde benda yang nak terkejut2kan kite. serious nervous tak hengatlah.

dah la kena lead dua ekor penakut yang konon berani on the outside tu kann.. hisshh.. tak puas ati lagi ni sebenarnya. sebab kalau apa2 memang yang depan yang kena dulu.


Mata kitorang dalam tu memang macam nak tak nak je bukak. takut takut. worst dari macam tengok cite hantu kat movie! yelah. live kot! We figured early on that closing our eyes or ears was not an option, the pathways proved to be tricky and we needed all our senses to detect our way through the dimly lit passage.


Ntah menatang apalah yang ada dalam tu. tak ingat sangat sebab i was running and screaming like crazy in there. jalan slow-slow, usha line, lari, jerit, tunduk.. macam-macam ghupe dan gaya dah aku kat dalam tu. nasib tak merangkak macam komander je!




the worst park bila i spot lembaga seorang manusia in disguise as ghost grabbing and chasing us!memang dalam tu semua deria kena peka. sebab memang macam2 jenis kejutan yang in store for us. ada letupan la. moving potraits la. isshkk.. macam2. rasa macam masuk dalam thriller, horror and scary movie!




kitorang semua took a deep breath; clung on to each others clammy palms and braved on. We made our way pass bloodstained walls, monstrous creatures with shrilling screams and characters with menacing laughter, making sure to avoid bizarre hands which reached out to grab us from all angles.(sila bayangkan)

Just when we thought that we were going to pass out from the lack of oxygen (sebab jerit bagai nak rak) our eyes caught on lampu yang menghala ke pintu keluar. fuhhh... EXIT!!

Punyalah lega sangat rasa masa tu. rasa macam nak sujud syukur je. lega. keluar tu we look at each other and laugh so hard sampai terkeluar air mata. kejang perut gelak mengenangkan perangai masing2 dalam tu. i just couldnt imagine what just happen back then and how brave i was! haha. at least berani la dari 2 ekor tu kan. hehh. *hidung kembang kempis

Sampai sekarang cerita ni menggelikan hati kami sekeluarga. kisah di Haunted Adventure di Genting Highland. Epik!



Saturday, July 28, 2012

Kids and Toys : Blok bukan Blog




Assalamualaikum Elia,
Apa khabar?..bila saya baca entry Segmen Kids & Toys dalam blog JejariRuncing ni terus rasa nak join segmen ni gak..hehe..so sy attachkan gambar aksi anak saya dengan toysnya..


Cerita aksi pertama
– Puas hati aku dapat sepahkan blok ni.




Cerita aksi kedua

– Ish, apa la dorang ni pasang tangkai ni tak betul la..meh sini nak buat balik


Waaa... tq kak sebab sudi berkongsi cerita dengan kami semua.. kepada anda yang ingin mengikuti kisahsi kecik comel ni, ini link blobeliau-- www.ceriteracinta3souls.com


Selain daripada itu, Celcom dah umumkan HADIAH UTAMA untuk Whatchuwant.. 

untuk memenanginya anda perlu meneka apakah hadiahnya..



Agak-agak boleh teka x menatang apa ni? kalau tak boleh ni clue yang diberi:

.      It’ll make you go “Wheeeeeeee!”
2.      Hello social life!
3.      Instant confidence booster.
4.      It’s a super awesome prize!

kttak cukup clue? nak clue lagi? Click on http://bit.ly/WCWGrd setiap hari dari 23-29 July 2012 dan lebih banyak persoalan akan terjawab. Korang juga bole teka di Twitter dengan mengunakan hashtag #PeekWhatchuwant atau via Facebook 

ketahui jawapannya pada 30 July!
Blog Widget by LinkWithin